Friday, January 27, 2012

Cinta pandang pertama

Yaa-Haa

Tahukah anda apa itu cinta pandang pertama?

Terus jatuh cinta daripada apa yang kita lihat. Ya! Tepat sekali. Begitulah lebih kurang. 

Aku tak jatuh cinta kepada orang. Tapi aku jatuh cinta dengan blogger nih. Comel orangnya. Err.. Maksud aku blog dia. Bukan tuan punya blog. Tapi kalau tuan punya blog suka sama eden. Kecil tapak tangan, stadium Old Trafford eden tadahkan. 

Eh, eden bukan oghang Soromban! 

Okay. Balik kepada cerita aku tadi. Aku jatuh cinta tengok blog dan isi blog minah cantik ni. Maya Karin kata ko! Nama pemilik blog ini adalah Wana.

Ini header blog Wana. Walaupun banyak benda tapi kemas dan tersusun. Tak macam header blog Hamis Jalikha. Oppss! 

Dan apa yang aku suka dengan blog dia adalah ini:

Sila ke blog beliau untuk baca lebih banyak entry yang best

Entry dia berbentuk lukisan. Er..komik la senang cakap. Aku bukan budak art so tak pandai nak cakap ini apa sebenarnya. Aku just nerd accounting student yang bakal tak sambung akaun untuk degree. Almost semua entry dia berbentuk begini dan semuanya best best! WOW :O

Seriously aku kagum dengan cara dia sampaikan idea dia kepada orang ramai. Jenis aku ni tak kisah blog tu follower ramai atau sikit, yang penting best dan tak banyak widget yang annoying. Walaupun lukisan dia tak awesome(jujur) tapi dia kreatif. Kalau dia tak tinggalkan jejak kat blog aku, aku tak jumpa blog awesome yang di miliki oleh gadis awesome seperti Wana nih.

Wana,
 Terima kasih sebab usha blog saya dan saya dah follow awak sebab blog awak best! Bukan sebab awak cantik. Hehe

Maka dengan itu, Blog Wana ini akan masuk dalam list blog favourite gua. 

THEY TOP & SUPERIOR.

 Nampak tak dekat hujung sebelah kiri bawah biodata aku tu?

Nampak!

Haa. Bagus!

Ini link blog dia:


Jadi, para silent reader aku yang cantik hensem ohsem comel gojes mojes! 
Sila serbu blog beliau sekarang.

Terima kasih! :D

Okay. sampai sini jer entry aku untuk harini. 

Adioss...

Foster The People

Yaa-Haa

Pumped Up Kick. Call It What You Want. Houdini.



Tiga lagu hits dari Foster The People. Aku suka muzik dan irama muzik diorang. Bagi aku ia something yang fresh. So, it worth to heard. 

Call It What You Want

Pumped Up Kick



Houdini



Enjoy there :)


Wallpaper desktop aku sekarang.

Jeng jeng jeng....




Haha

Okay. Tu jer nak cakap. Later...

Wednesday, January 25, 2012

Pororo Haroro Pororo Haroro

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Dalam pukul 9 lebih tadi, kawan baik aku call cakap ada "Silent Reader Cantik" komen dekat blog aku. Dia tanya, bila aku nak update blog. Yelah, mana taknya. Lama sangat aku cuti dari berblogging ni. Ni nak start balik update blog.

Bila lama lama sekali jengah blog, mak aii! Header blog sendiri pun tak kenal dah. Punya teruk aku ni. 
*tutup mata dengan tangan*

Hari ini aku nak tulis tentang Pororo. Pororo, ya.. yang Haha pegang tu. Comel kan? Kalau korang tak tahu apa kejadah itu Haha atau Pororo, sila Google atau usha Running Man. Gerenti hangpa tau sapa tu Haroro lepas ni. 



Aku sebenarnya tak tahu dari mana asalnya kartun Pororo ni dan tak pernah tengok pun! Semua ni sebab Si Haroro tu. Mana nak dapat patung comel macam tu? 



Aku ingat nak letak dekat cermin belakang kereta. Atotototototo. Cute! Hahaha.

Okay! Itu jer aku nak sampaikan dekat sini. Misi seterusnya, cari patung Pororo :D

p/s: jatuh cinta dengan Kang Jiyoung lepas tengok Running Man edisi China ^_^