Saturday, November 26, 2011

Surat khas untuk Man Utd

Kepada Alex Ferguson,

Tolong lakukan sesuatu! Saya selaku salah seorang penyokong setia kelab Man Utd  ingin melihat Red Devil menjaringkan lebih dari 1 gol ketika menentang kelab EPL. Satu gol menentang Everton, Sunderland, Swansea. Seriously, I'm sick!

Dengan Ashley Young sudah kembali dari kecederaan, Barbatov sudah skor ketika menentang Benfica dan Chicarito sentiasa tajam di hadapan, saya harapkan MU dapat menjana serangan yang lebih baik selepas ini. 

Biarkan Rooney di bangku simpanan. Sudah 5 perlawanan beliau tidak skor sekali gus mengganggu point Fantasy Premier League saya. Huhuhu T_T 



Masukkan Tom Cleverley pada separuh masa kedua. Gandingan Anderson dan Cleverley lebih bagus berbanding Anderson dan Fletcher.

Kekalkan Phil Jones walaupun beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang Benfica. He is something. Please stay focus when visit St James Park. Newcastle Utd is great team now. Sila mark Demba Ba untuk elak kekecewaan.

Terima kasih.

Please lah menang besar sikit. Asyik 1-0 ja. Penat eden bersengkang mata semata mata nak tengok 1 gol sahaja. Jiran bising tu sakan membelasah lawan mereka. Shit!  Wake up guys!

I'm nobody talk about tactical. You know the best Sir. We all rely on you. Show the champions style of play.

Adioss...

Friday, November 25, 2011

Minggu pertama semester baru

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah selesai minggu pertama sesi pembelajaran di UiTM Kedah. 
Ehem... dah senior year dah cik abang oii sedar sedar diri sikit. Minggu pertama, macam biasalah, serabut jadual, tanya kawan sana sini masuk kelas mana, call lecturer, koordinator, dekan, pengarah bagai nak solve problem pasal subjek clash. Err, over nya. Minggu pertama juga adalah minggu yang best sebab kelas selalu batal. Batal batal dan bantal. Hehe. Last last, tak ada kelas langsung. Best!

Kereta aku sudah bertinted gelap tapi still boleh nampak driver. Cukup sekadar menjaga kulit si buah hati dan menahan bahang Merbok yang cukup panas sekitar pukul 1 ke 4 petang. Apa motif aku cerita dekat public? Hahaha. Okay, over lagi. Euwwww ngada ngada benda macam tu pun nak bagitahu. 

Nak baca, sila baca. Nak komen, sila komen. Tak nak baca jangan baca, tak nak komen jangan komen. Aku  tak kisah. Chill lah.

Okay, tak ada idea apa nak tulis. Maybe dah masuk kelas nanti, aku tengok ragam lecturer, ragam rakan rakan. Mungkin ada idea nak update blog. Silap silap lepas ni aku update blog sebab nak bahan orang. Haha. Okay. Aku memain jer. Perangai aku yang suka membahan orang sekarang telah di ambil oleh si buah hati. Sakan dia membahan dalam Twitter. Hoho :D

Okay. Nak tweet tweet pulak.

Adioss...

p/s: I miss our night walking in front of Seoul Garden :)




Monday, November 14, 2011

Aku merindui mu ayah

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Apa khabar silent reader semua? Harap harap sihat selalu. Blog aku sudah tidak berupdate pada satu tempoh masa yang lama. Maaf semua, ada hal yang lebih penting perlu di uruskan.

[Note: Ini mungkin entry sedih jika dihayati secara bersungguh sungguh. Sediakan tisu atau tekan sahaja button X di atas. Terima kasih]

Hari ini genap 12 hari pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang beriman. 

Sejak pemergian ayah yang telah menderita 5 tahun sakit strok, kencing manis dan darah tinggi. Segala rutin harian telah berubah. Walaupun aku sendiri jauh dari ayah tapi sepanjang cuti semester ini aku asyik memerap di rumah menemani ayah dan akan keluar jika ada kerja yang perlu diselesaikan dan keluar dengan ajakan beliau.

Rumah ini terasa sangat sunyi. Selalunya setiap pagi dia akan memanggil nama aku dan adik supaya bangun tidur untuk mengerjakan solat subuh. Ketidakupayanya beliau untuk berdiri dan berjalan tanpa bantuan menyebabkan semua arahan melalui mulut. Kadang kadang hampir setiap masa ayah memanggil nama aku, adik dan mama silih berganti untuk membantunya seperti menukar channel tv, telefon orang, nak makan dan sebagainya.

Kereta Honda City maroon. Ayah sekali pun tidak pernah pandu. Silih berganti stereng kereta itu bertukar tangan sehingga aku mendapat lesen. Kemana sahaja ayah mahu pergi, pasti sampai ke tempat itu. Kadang kadang puas bergaduh mengenai arah jalan baru lah sampai ke destinasi tujuan.

Tapi semua itu sudah tiada lagi. Tiada lagi panggilan membingitkan setiap pagi, tiada lagi panggilan nama setiap masa, tiada lagi arahan membawa beliau ke sana dan ke sini. Walaupun aku tahu tanggungan aku sudah di ringankan tetapi aku merindui ayah.

Kata orang, allah lebih sayangkannya. Telah lama ayah menderita. Jika ayah masih hidup mungkin beliau menderita sekarang. Sebelum arwah pergi, beliau koma 6 hari akibat pendarahn besar pada otak. 

Ya, sudah tiba masanya menemui Yang Maha Esa.

Aku redha di atas ketentuan mu Ya Allah walaupun ia pahit untuk ditelan.

Sayonara...

In memory ayahanda tersayang 

Ahmar Saberi Bin Mohd Khatib
8.6.1960 - 3.11.2011

3 Nov adalah ulangtahun perkahwinan Mama dan Ayah

Ayah mengambil mama pada tarikh itu dan melepaskan mama pada tarikh itu.

Al Fatihah

Adioss...