Showing posts with label tips for a day. Show all posts
Showing posts with label tips for a day. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Borak petang

Hai!

Tak ada apa sangat nak cakap. Aku buat header baru. Bosan tengok Haha. Sekarang TOP pulak.  Ewah! Bunyi macam tukar pasangan pulak. Aku bukan gay. Aku suka TOP sebab dia cool dan suara dia sangat sangat deep.  Faham maksud deep? Google. Yahoo pun boleh.

Esok pagi flight aku ke Kuching, Sarawak akan berangkat pada pukul 7 pagi. Doakan perjalanan aku selamat. Tadi aku try mobile check in guna Blackberry melalui Air Asia software. Awesome! Lepas masukkan semua butiran, akan ada barcode untuk kita scan di mesin dekat lapangan terbang nanti dan boarding pass akan di print dari mesin itu. Awesome right? Tak perlu beratur panjang.

Tak perlukan Blackberry yang mahal mahal atau Galaxy Note mahupun Iphone. Cukup sekadar telefon bimbit yang mempunyai akses internet. Semua di hujung jari :D

Aku bukan nak show off bagai just nak tunjuk betapa mudahnya teknologi di hujung jari sekarang. Kalau ada jalan mudah kenapa nak guna jalan susah kan?

Mesti chacha sayang tengah meluap luap baca entry aku ni. Beruk band dia aku tak bagi lagi. Ekeke. Nanti I post okay, sayang?

Harap harap aku ada kenderaan di Kuching nanti. Kalau tak, rosak program seminggu aku di sana. Okay lah. Aku dah promote Blackberry, Air Asia, dengan beruk band Celcom. Cepat tekan Nuff aku. 

Adioss...


p/s: nak bungkus baju nak bungkus baju..(gaya Labu dalam cerita Nasib Si Labu Labi)

Saturday, October 22, 2011

Tips kesan dan elakkan diri daripada pembenci

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Korang ada hater? Atau pun haters? Amboi, kelas kau jah. Ramai benci kau. Kau ingat kau hot? Haha.
Ok. Stop nonsense. 

Hater. Pembenci. Orang yang benci / tak suka / meluat / menyampah dengan kita. Boleh faham apa yang aku nak maksudkan? Okay, bagus.

Hater tak semestinya benci dengan attitude atau perangai kita. Mungkin dia benci kita sebab kita sokong team juara, Manchester United. Sedangkan dia sokong team muda mentah, Arsenal. Mungkin!

Ataupun dia benci sebab kita berjaya menambat hati si dia. Rupa rupanya dia pun syok dekat girlfriend kita. Adoyai, langit tak selalu cerah bang. Sorry, gua menang :D
Okay. Itu contoh jer. 

Okay. Tips untuk kesan dan elakkan diri dari pembenci :

1. Block dia
Block haters dari segala jenis rangkaian sosial, Twitter, Facebook, Google+. Tapi kalau dah follow blog dia. Biar jelah. Tak perlu nak unfollow pun. Tak rugi apa apa pun. Itu pun kalau kita tahu dia benci kita. Ye tak?

2. Tanya dia suka kita atau tidak. 
Lagi bagus kalau dia boleh bagi sebab sekali. Mustahil lah hater nak tunjuk diri dia yang sebenarkan?

Amat : Kau suka aku?
Ani : Tak
Amat : Jadi kau benci aku?
Ani : Ish. Tak lah.
Amat : Dah tu? Janganlah benci aku
Ani : Yela yela. Aku tak benci kau.
Amat : Jadi kau sayang aku kan?
Ani : &%$#%^*& 

Okay ni dah tahap annoying.


3. Kalau kita tahu siapa benci kita, mesej dia 

Mesej : Aku nak keluar tengok wayang dekat Village Mall. Jangan pergi sana sebab kau benci aku. 

Lagi bagus kalau korang boleh tulis detail. Waktu, masa, hall, tempat duduk, cerita apa. Senang dia nak racun korang. Haha. Acah jer

4. Waktu berjalan pandang bawah
Kadang kadang kita tak tahu hater sedang memerhati kita, jadi kita pandang bawah sahaja. Selamat. Nampak macam humble sikit.

5. Kalau dia benci kita sebab pasukan bola. Kerap pakai jersi bola team kita
Secara automatiknya dia tak akan dekat dengan kita sebab sakit mata tengok jersi kita. Merah tu. Jersi team dia biru laut. Alahai. Tak mengancam langsung.

6. Kalau dia benci kita sebab kita kaya, bagi dia RM100k
Kemudian cakap,
RM100,000 ni bukan nilai persahabatan kita. Persahabatan kita tak ternilai harganya. Jika kau sudi nak jadi kawan aku lagi, nescaya lebih banyak kau akan dapat. Hehehe (Berhasil kepada mata duitan sahaja) 

See? dari nak elak dia benci kita, last last dia jadi best GILLETE friend kita.

Okay. Cukuplah 6 tips yang entah apa apa ni. Kenapa idea aku macam taik sangat nih. Ish. 

Sorry. Aku perlukan blogwalking yang intensif. Asyik baca Blog Serius ja. Sampai update blog pun dah jadi malas. (Alasan)

Adioss...


p/s : khusyuk betul sayang main game. ish ish ish :)

Thursday, August 4, 2011

Tips memikat lelaki berkereta Subaru

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Excuse me, but I might drink a little bit more than I should tonight. Yup. Aku terlebih minum harini.

Adoyai. Berkocak kocak air dalam perut ni. Mabuk!!

Fresh oren 2 gelas dan tebu fresh beli kat bazaar lembah bujang tadi.
Air tebu ni pun tak habis lagi. Ada sebelah laptop ni haa.

Erm, apa aku nak cakap malam ni. Haa

Tips lah. Barang siapa yang curik lagi entry aku lepas ni, duit Nuff dia tak halal RM50 hengget. 
Hahaha

Seperti tajuk di atas. 

Tips memikat lelaki berkereta Subaru



1. Jangan sombong.
Kalau dapat tahu cik abang sedang membodek bapaknya kereta baru. Janganlah jual mahal pulak. Go on jer dengan dia. Untunglah kau dapat boyfriend kaya. Kalau BF kau sekarang guna kapcai atau kereta buruk. Sabar jela. Tak lama lagi dapat merasa bau Subaru.

2. Don't ever talk shit about Japan's cars
Lelaki tak suka girl cakap tahi tentang kereta Jepun. Tahulah bapak kau guna Hyundai Matrik dengan Proton Saga FL. Jangan berani nak kondem kereta Jepun. Tak merasa kau naik Subaru nanti.



3. Don't talk BMW
Tahu tak syarikat pembuat kereta mewah BMW dan Merc berbulu sangat dekat syarikat kereta jepun terutamanya Honda dan Toyota. Orang Jepun tiru dan buat lebih baik dan lebih murah. Toyota Camry dan Honda Accord dinobatkan sebagai Mercedes Jepun oleh taiko dan tauke cina. Melayu je berlagak naik BMW dan Merc yang maintenance tinggi setiap bulan. Apa kejadahnya.

Don't make boyfriend pissed off

Motifnya sekarang, cik abang naik Subaru, so jangan cakap la pasal BMW yang bapak kau guna pergi kerja tu depan dia. Makan hati woo.

4. Puji kereta dia
Take note! Laki suka perempuan puji kereta depa even kereta tak basuh sebulan. Jaga hati beb. Kalau kereta pakwe kau busuk. Ko tolong la beli perfume kereta tu. Berapa hengget sangat nak dibandingkan minyak kereta dia dengan makan pakai kau lagi. BBM, bil P1 Wimax nak berSkype malam malam. Tu tak termasuk cardigan dekat Armani Exchange habuan birthday gift engkau lagi!
Eh, A|X ada jual cardigan ke?



5. Janganlah jadi mata duitan sangat. 
Kalau BF atau ada boy yang ngorat kau tu naik moto cabok atau kereta bapak dia sahaja. Terimalah seadanya. Dah bukan rezeki kau nak merasa Subaru. Maybe Honda, Toyota, Nissan, BMW or Merc. 

Who knows. :)

Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa Subaru. Mungkin sebab kawan aku nak pakai Subaru kot tak lama lagi. Berdoa jela. Untung untung boleh tumpang pergi kelas.

Adioss...

Tuesday, May 24, 2011

Tips menghadapi MUET

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Tips? Haha. Kawan aku pergi buat MUET tak ada tips pun senang senang jer dapat band 4. 



Tiba tiba semangat pulak nak amik MUET sem baru ni. Itu pun kalau sem ni ada lah. Sumpah rasa ketinggalan bila most of classmate dah amik MUET. Rasa macam kena saiko zaman budak budak dulu.

Haa, aku dah sunat dah. Hang bila lagi? Bek pi sunat siap siap. Pak aku kata kalau tak sunat nanti tak boleh kawen woo..

Okay. Itu zaman mentah mentah tak tahu apa kejadahnya sebenarnya maksud di sebalik kahwin tu. Mudah sungguh tertipu. =.="

Okay. Back to the to topic.

MUET consist of  3 test. Speaking test, Writing/Reading test and Listening test.

1. Bila bercakap tentang speaking test. Fluency tu penting. Eh, betul ke aku eja ni? Kefasihan tu penting lah kalau dalam Melayunya. Cara mudah nak dapat kelancaran dan kefasihan tu dengan buat tongue twister. 

Gilo babeng budok nih


Red lorry yellow lorry
How can a clam cram in a clean cream can?
Send toast to ten tense stout saints' ten tall tents.
Stupid superstition!
 Ini adalah antara tongue twister yang aku belajar time part 2 dulu. Tapi hampeh tak amalkan pun. :P

Kalau dah terbelit lidah disebabkan banyak sangat makan belacannya. Cari lirik lagu then melalak puas puas. Make sure you all baca keseluruhan lirik tu. Jangan nak skip part yang susah and laju tu.
Kalau melalak suara sedap, upload jer dalam Youtube
2. Untuk writing test, kalau yang ada blog tu, boleh lah asah kemahiran tulis entry dalam english. Orang nak gelak? Gi mampus dekat dia lah. Cuba tanya orang yang gelak tu, dia baca Al-Quran lancar tak?


Aku pun ada jugak buat entry fully english, tu pun dah rasa yakin tahap gaban boleh amik MUET sem baru ni. Tup tup, lecturer BEL aku baca :

Khai, improve your grammar. Yang lain dah ok. Just grammar tunggang langgang sikit.

Adoyai =.=

At least aku mencuba ye tak?

3. Reading test, senang jer, korang kena banyak baca artikel english. Paling paling malas pun baca entry english kawan kawan korang. Malas lagi? Baca manual DSLR or Smartphone korang yang berharga ribuan ringgit tu. Manufacturer buat manual tu untuk baca. So, bacalah.

4.Listening test, preparation yang paling aku suka. 



KOREK TELINGA

Bila dah setahun tak korek, hambek kau. Sekilo khazanah keluar. Acah jer, gila ke hape nak simpan sampai setahun. eeuuwwww

5. Ni ultimate tips la kira nya. Paling paling malas tahap dewa. Pergi amik or pinjam buku BEL part 2 punya. Apa ntah tajuk buku tu. Tak ingat pulak den ni haa. Dah tu jangan amik saja. Bacalah dari page 1 sampai habis.

That all for today. Lets call it a day. Cewah, dah macam lecturer BEL pulak. Ngada ngada.

Adioss...

Thursday, January 13, 2011

Cara TERBAIK menghabiskan cuti 3 hari di UiTM dan sekitar Merbok

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak wish kepada semua yang nak balik tu, selamat bercuti selama 3 hari. Seronok sebenarnya cuti selang seli ni. Kejap minggu ni 2 hari, minggu depan 3 hari cuti. Tak lah bosan sangat dengan perkara rutin. Kelas pun akan jadi kejap ade kejap tak de. Siapa berani purpose benda ni kat Pengarah kita?
Okey. Stop dreaming. 
Benda itu tak akan terjadi kecuali aku yang naik jadi pengarah. Still daydreaming Mr. Khai?

Ini ada sedikit tips terbaik untuk menghabiskan masa di Kolej, KTU dan Rumah Sewa sekiranya anda tidak pulang ke kampung masing-masing. Saja aku guna kampung, rasa jauh dan dramatik sikit. Kalau guna rumah, tak cukup feeling rasanya. Okey. Ini adalah tips nya :

1. Tidur sepuas-puasnya ketika berada di kediaman anda. Maklumlah kan, dah nama pun cuti, tidur adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan memandangkan hampir hari-hari kelas bermula pada pukul 8 pagi. Orang cakap, qada' balik tidur-tidur yang tak cukup sebelum tu. Eh pandailah bab tu, kalau bab sembahyang ada kamu nak qada'??

2. Basuh kenderaan anda (sekiranya ada). Peruntukkan masa anda dengan kenderaan anda sehingga setengah hari dan ke atas kerana setiap hari anda menaikinya tanpa memeriksa tahap kesihatannya. Wash, Wax, and the important is pampered it. It worth activity. Apa ingat manusia je kena belai? 

3. Main game. Sebelum itu, install game banyak-banyak dalam laptop anda dan main game puas-puas sehingga muntah hijau. Ingat! Main waktu cuti sahaja okey? 

4. Borak-borak dengan Pak Guard. Ini aktiviti ketika di Kolej. Cuba lah beramas mesra. Tapi jangan main ramas-ramas. Kalau berani cuba tanya dia kenapa suka saman budak. Kalau dia bagi jawapan tak bernas, cuba brainwash dia. Jadikan dia berada di tempat kita. Hahaha.

5. Tulis blog. Anda boleh luahkan semuanya dalam blog itu. Marah,geram, suka seseorang, seronok. Apa-apa sahaja.
 
Blog | Best way for fun

6. Buka website TV3 atau Youtube dan tekan kata kunci AJL 25. Tengok AJL bagi sesiapa yang belum tengok dan sesiapa yang sudah tengok cuba buat analisa bagaimana Cinta Sempurna gagal menang dan kemenangan mengejut Anna Rafali. Sebenarnya aku tak puas hati dia menang tapi itu rezeki dia.
 
 "Sempurnanya lagumu, no wonderlah aku tak menang", said Yuna
 
7. Buat amal ibadat banyak-banyak sepanjang 3 hari cuti. Setiap masa kita melakukan dosa walaupun sekecil zarah. 
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
8. Ulang kaji dan siapkan assignment yang sudah tentu diberikan oleh pensyarah kepada kamu. Aku pun dapat banyak juga assignment. Hampeh.

Itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang. Ini adalah cara TERBAIK untuk menghabiskan cuti kamu. Sekarang tahukan kenapa aku guna capital letter untuk perkataan TERBAIK ini kan?

Selamat bercuti kepada semua pelajar UiTM Kedah dan semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Kedah kerana menyambut Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Sultan Kedah, happy birthday! (Boleh ke macam ni??)  Ampun Tuanku!!

p/s: packing. Mahu pulang. Aku pulang.......


Thursday, December 23, 2010

Pelan perancangan masa hadapan-Cikgu


Yaa - Haa

Pagi tadi terngiang-ngiang kata-kata sepupu aku yang bakal mengajar di sebuah sekolah menengah di Kudat,Sabah. Oleh itu, aku nak kongsikan sedikit kata-kata beliau. Beliau? 

Setiap manusia diberikan akal fikiran dan juga keupayaan. Makan gaji adalah salah satu cara kita menghasilkan nafkah hidup untuk kita tetapi sejauh mana dengan hanya makan gaji kita boleh survive?

Berdasarkan daripada kata-katanya. Fahamlah aku, dia adalah seorang graduan UTHM yang mempunyai kebolehan membuat wiring dan berkaitan dengan elektrik . Walaupun sekarang dia seorang guru, tapi pada masa lapang mahupun cuti sekolah, dia akan mengambil upah wiring. Sekurang-kurangnya sekali buat wiring dia akan dapat sekitar RM500-Rm 1500. Bayangkan cuti sekolah yang panjang. Dengar katanya, bulan ini dia berjaya menjana sekitar RM14000 dengan wiring sahaja. Tak kisah lah sekiranya dia pulang dari Sabah menaiki Toyota HILUX atau Mercedes Compressor. Biar terbeliak mata orang kampung yang mengatakan dia tak mampu mempunyai duit yang sebegitu banyak. 

Dia juga sempat memberikan pandangan kepada pembelajaran aku. Katanya, aku seboleh-bolehnya mesti ada 3 pilihan apabila masuk ijazah nanti:
    • Pendidikan
    • Perakaunan
    • Perbankan Islam
Dia juga mengesyorkan aku mengambil bidang pendidikan sepertinya. Kalau aku masuk pendidikan, maknanya aku akan menjadi guru akaun. Permulaan gaji sekitar RM2600 dan ditambah elaun itu dan ini sekitar RM1000. Maka gaji lebih kurang RM3600. Kalau part time fotografi aku diteruskan, kira-kira sebulan aku boleh menjana sekurang-kurangnya RM400. Gaji aku RM4000 sebulan. Kalau umur aku waktu itu dalam 24-25. Andai kata cita-cita aku tercapai, alangkah seronoknya. Amin.

Saya sudah buat pelan perancangan, anda pula bagaimana?

Paul Walker with Skyline |
Bayangkan aku  seorang cikgu sambil bergaya dengan Skyline. Ranggi beb!!


 RM | Tanpa RM kita lapar

p/s: breakfast Cornflakes sambil tulis entry.

Sunday, December 5, 2010

Saya telah cuba, Anda bagaimana? - COKE



Yaa-Haa

Aku baru sahaja selesai membasuh motosikal dengan Coca Cola. HUH?? COCA COLA??

Ya.. Coke.

aku guna coke untuk membersihkan bahagian bawah motor yg dipenuhi dengan minyak grease. masukkan coke ke dalam bekas kosong, x perlulah banyak sangat, yang selebihnya boleh lah diminum. amibil tuala atau kain buruk dan celup kedalam air coke selama 30 saat dan lap ke bahagian yang terkena minyak grease tu. sekali sapu jer grease tu dah keluar. bahagian yg kotor tadi telah bersih. ulang selama mana yg anda suka. hehehehe


Coke | Good for your hygiene not for your health


dah lama aku nak try benda ni, baru hari ni aku sempat buat. ini semua disebabkan pembacaan Kebaikan Coke dlm kehidupan seharian, dan ia terbukti berkesan. x perlu lah aku berpenat lelah sental dengan air sabun atau menghabiskan dut membeli grease remover.

eh..ada ker benda mcm tu dijual?

lepas ni boleh lah aku bukak kedai cuci motor dan menghilangkan grease.



grease | liat2 pekat


haaa

x semua kedai cuci motor ada perkhidmatan ni.
cuma tambah rm2 untuk hilangkan kesan minyak grease di motor anda. :)

macam2 lg yang kita boleh buat dengan air coke ni.
saya telah buat.
anda bagaimana?

renung2kan dan selamat beramal :)

p/s: aku bg adik aku minum coke td, tp dia x nak..ekeke :P

Tuesday, November 2, 2010

Gadis Semasa - lawan Gadis Tipikal (Part 2)

Yaa-Haaaaa

bersambung lagi untuk entry yang sebelum ini..sila lihat bawah yer..huhu

okay...


GADIS SEMASA

apakah maksudnya??

gadis yang serba boleh??
independent??

lincah dan aktif??
kreatif??
fotogenik??

hahaha...


JOM


Hidup lelaki x lengkap kalo tiada perempuan..begitu juga perempuan.

okay..


entry lepas kita menyingkap tentang sikap perempuan yang laki x suka..
kali ni kita kupas sikap2 perempuan yang boleh buatkan mata
lelaki hanya tertumpu padanya ;)

Go!!
Yaa-Haa!!

Sikap perempuan yang lelaki gemari:
  • AKTIF/LASAK-lelaki cukup gemari perempuan yang lasak dan aktif dengan erti kata lain, perempuan boleh tumpang sekaki apa sahaja jenis sukan yang si dia ceburi..haha..dating kat gelanggang futsal..sweet kan!!
  • MINAT PERKARA YANG LELAKI SUKA-lelaki mudah cair pada perempuan yang minat apa yang mereka suka spt: bola sepak dan kereta. hobi atau minat yang sama dapat membantu si dia mengenali lebih dekat personaliti anda,kaum hawa.
  • FAHAM SENI- tak ramai perempuan faham akan seni.*kecuali budak Art & Design. kadang2 mereka salah faham apa yang si adam cuba katakan. contoh: Adam melihat sebuah gambar seorang lelaki mencubit manja pipi kekasihnya. Adam berkata kepada Nisa: eh..comel ah pic ni..TETAPI Nisa slh faham yg mengatakan girl dlm pic tu comel. sebenarnya, situasi dan keadaan gambar itu comel..bukannya objek dalam gambar tersebut. TAHNIAH PEREMPUAN YANG FAHAM SENI
  • FAHAM MINAT LELAKI- jika kekasih hati anda minat kereta sport dan ekzos keretanya berderum bising atau dia suka drive laju2..biarkan..cuma nasihat dia akan keselamatan..jgn sesekali membebel tentang bunyi eksoz keretanya.. hihihi
  • SENTIASA RELAKS- lelaki cukup gemar perempuan yang cool walaupun sedang marah kepada lelaki tersebut. mereka lebih gemar menunggu penerangan dari sang jantan sebelum melakukan sesuatu tindakan.
  • GILA-GILA- jika anda keluar shopping, sang jantan akan mudah melakukan sesuatu secara spontan,jika anda benar2 sayang dia..biarkan dan maybe join sekaki..laki cukup suka dapat perempuan yang gila2 *orang dulu2 yer la nak sopan santun sokmo..sekarang mana ada dah..huhu...
  • TAKE IT OR LEAVE IT/GIVE AND TAKE- satu laki kelemahan lelaki apabila sikap perempuan seperti ini..CONFIRM2 X KENA TINGGAL..HAHA... lelaki MANYAK suka wooo...tp x semua benda la perempuan perlu bersikap give and take...sbg contoh SIKAP INI: andai lelaki ajak kuar makan just say yes or no..xde alasan lain..banyak lagi benda si lelaki nak fikir..bukan nak dengar rengekan..nak kuar tapi.....DAH XDE MAKNA NYA..KENA TINGGAL MAU??
  • BEHAVE YOURSELF- jika anda terlambat untuk berjumpa atau melakukan kesalahan apa2 sahaja yang boleh menaikkan darah sang jantan keparat ni..sila minta maaf dan berdiam diri sehingga si laki cakap I DA MAAFKAN YOU @ NOTHING LA SAYANG..I X MARAH PUN..jika si lelaki x cakap sepatah pun..just diam..dan tunggu timing yang sesuai..ucapkan im so sorry..i love u..tu da cukup padamkan amarah sang jantan..xperlu bergedik manja di hadapan mereka or buat muka kesian/gedik..dah la lambat/buat salah pastu gedik2 lak..silap2 ari bulan penampar yang lu dapat..Yaa-Haaa
  • PANDAI BERGAYA-faham2 sendiri lah.. x perlu lah explain..x faham memang nak kena headbang kat dinding..haha




  • INDEPENDENT-semua laki berebut nak dapatkan perempuan yang sebegini..mungkin pelik bunyinya..tapi itulah taste and preference...perempuan yang boleh buat kerja sama ada remeh atau complicated tanpa bantuan lelaki...tapi ingat..x semua okay!!
  • HEARTLESS-kadang2 perempuan perlukan perasaan/sikap ini terutama time anda bergaduh dengan boy anda..time dia maki2 marah2..jadi heartless...agak annoying but please trust me..anda patut balas perbuatan lelaki yang kadang2 setiap masa heartless.
  • BUAT HAL SENDIRI-time boy kamu sedang sibuk..jangan lah gatal2 tangan mendail or mesej mereka..silap2 boleh kena maki woo...better kamu buat hal sendiri..shopping..gossiping..studying or tido-ing..haha
  • BIJAK BERKATA-KATA-mesti bosankan hari2 jiwang jer..cuba ubah perspektif kamu dan si dia..berborak pasal bola,kereta,ekonomi dan gosip2..at least banyak la jugak benda nak sembangkan...dengan cara ini..dia akan beri pandangan tentang apa yg anda sedang perkatakan...xde la lagi conversation seperti..macam mane kalo u tinggal i satu ari nnt??......mesti muak kan nak dengar semua tuu...
  • THINK POSITIVELY-jangan sesekali fikir yang bukan2 pasal boy anda terutamanya tentang kesetiaan dia pada anda..percaya kata hati..BELIEVE COME FIRST..jgn sesekali juga anda menyebut perkataan TINGGALKAN SAYA, BREAK & CLASH..perkataan2 tersebut selalu menjadi curse kepada anda..seolah2 anda yang meminta benda tersebut terjadi.
  • ADAPT DENGAN PERSEKITARAN-jangan malukan boy kamu depan khalayak..tunjuk kamu bahagia dan bangga dia milik kamu, jika bersama kawan2nya..kamu perlu bijak bergaul dengan mereka..tackle hati kekasih anda dengan cara kamu berinteraksi dengan rakan2nya..same as interact with your future mother-in-law ;) jangan sekali tunjuk kamu gugup dengan mereka.
  • RAMAI KAWAN-jika boy anda seorang yang high profile..terlibat dengan perlbagai persatuan atau komuniti..kamu juga harus begitu..biarkan si dia berasa inferior dengan anda..dia akan lebih hargai anda sekiranya anda mudah mesra dan pandai bergaul..dengan erti kata lain..jika dia high profile..anda juga mesti high profile..jika dia low profile..anda haru suam2 kuku..at least biar dia rasa inferior dengan anda..biarkan anda mendahuluinya..anda tentu akan bahagia..INSYAALLAH.
itu jer untuk kali ni...

Bak kata Si Jali Putih dalam cerita Chapalrela
INSAN YANG CEMERLANG DATANG DARI AKAL , MINDA YANG TENANG DAN HATI YANG MANTAP


renung-renungkan dan selamat beramal!!
Assalamualaikum..



Hot & passionate inside..cool outside..that the way you live..
"Youchi Hiruma"

行く アイシールド二一!!
(Ik-ke) (Aishīrudo ni ichi)

(GO!! EYESHIELD 21!!)

Yaa-Haaa!!!!

Monday, November 1, 2010

Gadis Tipikal- x semua laki SUKA~ PART 1

Yaa-Haaa

ramai perempuan yang tipikal

90% TIPIK
AL
10% OUTRAGEOUS

LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN YANG:
  • TERLALU MANJA-Lelaki suka dimanjakan dan memanjakan perempuan.TAPI ingat, bukan setiap masa..take note!
  • KEBUDAK-BUDAKKAN- Lelaki tak suka melihat perempuan yang berlebih2 manja dan perangai mcm budak2.. cakap macam budak kecik..makan tumpah sana sini..
  • MAKE UP TEBAL- Kaum adam sangat2 x suka orang yang dia sayang make up tebal2..biar nampak neutral depan org tersayang..lagi neutral lagi sedap mata memandang.
  • TOLAK PEMBERIAN SI DIA- Lelaki cukup tak suka perempuan tolak hadiah yang dia bagi, baginya ia adalah satu penghinaan apabila perempuan menolak hadiahnya.
  • MUDAH TERSINGGUNG PABILA DITEGUR-Mana2 perempuan akan tersinggung pabila si dia menegur kesalahan/perbuatan mereka. jangan mudah tersinggung..just relaks..dengar pandangan dari mereka.
  • MENCARUT DAN MEROKOK- Tabiat yang kurang sihat, perempuan yang mudah mencarut x kira dimana sahaja dan merokok hubungan dengan si dia akan mudah retak..percaya lah..mungkin anda bakal isteri beliau..tapi selepas kelakuan buruk anda diperhatikan..anda mungkin akan jadi yang terakhir dalam list bakal2 isterinya.


  • CEPAT MENGELABAH- perempuan akan cepat gelabah dan melatah jika si dia melakukan kesalahan..jangan judge mereka sebelum mereka explain semua apa yang mereka buat.
  • SELALU UNGKIT KISAH LAMA- lelaki paling pantang di ungkit cerita2 silam (baik/buruk). mereka x suka jika perempuan mengungkit cerita lama kerana mereka percaya..by gone lets by gone..no turning back!!
  • BERKEPIT 24 JAM-x semua laki suka berkepit 24jam(kecuali dia x ada kawan lelaki). mereka ada masa mereka sendiri, masa untuk game,FB,tido,lepak ngan kawan,main gitar, main.....
  • MENDESAK-laki x suka didesak, jika mereka cakap xkan call malam ni..cuba faham perasaan dorang..jgn desak suro call jugak2..maybe kredit tu dia save untuk call parents or save untuk long distance tutorial..who know..
  • BERSIKAP BOSSY-percayalah..hubungan kamu xkan kekal lama jika perangai kamu mcm ni..kecuali laki tu takut pd kamu or kena nasi kangkang..haha
  • PAKAI MENJOLOK MATA- mana2 laki suka perempuan yg seksi..tp untuk yg tersayang dia akan menghadkan cara pemakaian kamu, selalunya dia akan suro kamu pakai yang menutup aurat(tidak terdedah)
  • USHA LAKI LAIN- walaupun kamu hanya memandang lelaki lain.tapi didalam hatinya..siapa yang tahu..hangat di dalam..
  • RASA DIRI TU DAH PERFECT- jangan sesekali rasa begitu, lelaki cepat bosan akan sesuatu benda dan x cepat puas terhadap sesuatu..buat sesuatu atau kamu menangis 3 hari 3 malam sambil mengenang saat2 suka duka bersama si dia.. do or die!
anda bagaimana??

renung-renungkan
dan selamat menjauh2kan sifat2 negatif ;)

itu sahaja untuk part 1

tunggu LELAKI SUKA PEREMPUAN YANG: dalam entry yang akan datang

just wait.............

Monday, July 19, 2010

Tips For Driver (important about cornering)

*entry kali ini adalah serius..tidak ada humor seperti entry2 yang lain..

Aku menulis berdasarkan pengalaman. Sila fahami info yang aku cuba sampaikan ini.
*maaf jika anda agak susah hendak memahami artikel ini.

Kereta adalah sesuatu yang seronok untuk dipandu. Gunalah ia sebaiknya. Pemanduan berhemah adalah bermula daripada sikap pemandu itu sendiri. Jujur saya katakan, saya seorang yang perfectionist ketika memandu. Perangai saya ini telah membuat beberapa pemandu yang haram jadah sering memaki saya ketika memandu.

Saya sangat pantang dan marah jika sesebuah kereta membrek ketika mengambil selekoh. Cara yang betul ketika mengambil selekoh adalah membrek dahulu kenderaan sebelum mengambil selekoh. Anda boleh mengagak jarak kenderaan anda untuk brek sebelum memasuki selekoh. Jika anda tidak mahu menekan brek, anda juga boleh memperlahankan kenderaan anda dengan melepaskan pedal minyak dan membiarkan kenderaan bergerak dalam kelajuan yang semakin perlahan. Ketika kenderaan anda memasuki selekoh,anda haruslah menekan minyak. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan kenderaan dan dapat mengurangkan tekanan pada permukaan piring brek dan haba pada tayar.

Jika anda menggunakan kenderaan auto, tips di atas harus dipraktikkan. Ini kerana, ketika anda memasuki selekoh,gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah. Jika anda membrek ketika memasuki selekoh dan kembali menekan minyak ketika jalan lurus, gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah (gear 4 ke gear 2) sebagai contohnya. Gear kenderaan anda akan bekerja lebih dan ketika kembali di jalan lurus,apabila anda menekan minyak,maka gear yang sedang beroperasi di kedudukan 2 akan terus meningkat ke gear 4. Ini akan menyebabkan kelajuan kenderaan anda terganggu.

Jika anda membrek dahulu sebelum memasuki selekoh,gear anda akan terus berkurang kepada gear 2 dan anda menekan kembali menekan minyak ketika anda mengambil selekoh sehingga kembali ke jalan lurus.
*ketika kita menekan minyak,tujahan kuasa pada gear 2 adalah berada di tahap optimum.Di sini juga adalah hampir kepada tork maksimum. Ketika berada di jalan lurus, kenderaan kita berada pada gear ke-3 dan kuasa pecutan adalah melebihi kuasa pecutan kereta dlm kelajuan 120km/h.

cth:
kejadian: Kereta saya (Honda City 96') cuba memotong Totota Camry 02
lokasi: jalan Gurun-Jeniang
Honda City ketinggalan agak jauh daripada Camry tersebut. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengekori secara rapat Camry tersebut. Ketika menghampiri selekoh Camry tersebut menambah kelajuan dan saya memperlahankan kenderaan,ternyata Camry itu jauh dihadapan dan membrek dengan kuat ketika memasuki dan ketika berada di selekoh. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya City dengan memecut ketika memasuki selekoh.Kelebihan ada pada City kerana ketika itu City berada pada tork tertinggi dan Camry pula berada dalam keadaan mengurangkan kelajuan(breaking period). Maka City dapat memotong dengan mudah tanpa perlu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dengan cara ini juga operasi enjin dapat menjimatkan minyak sebanyak 5% dan mengekalkan kelajuan seperti sebelum memasuki selekoh berbanding membrek ketika memasuki selekoh(movement of tyre delay 10 second).

p/s: cermin cara pemanduan anda dahulu sebelum bercakap mengenai cara pemanduan orang lain.

p/s:keseronokan memandu adalah apabila kita menguasai kenderaan keseluruhannya bukannya kenderaan yang menguasai anda.