Showing posts with label jiwang seketika. Show all posts
Showing posts with label jiwang seketika. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

He's your everything


One night, got an unexpected call from the person I never met her again. She ask me about 'that girl'. When I said I love 'that girl'. She hang up the phone.

Tomorrow, she declare her relationship with other guy. Handsome and quite attractive guy.

One unexpected conversation occur in twitter via direct message. She told me she wait for me too long. Just before I'm with Miss F. She sick.

What The Fuck!

I didn't see your effort. Now she with other guy. One day away from I dump her. 

You're just like me. Having many option. Too much to grab but wise decision, you got the best from the best. Congratulations! 

I'm happy for you.

Be nice with him.

He's your strength.

He's your soul.

He's your love.

He's your everything.

Have a nice moment with him.

Sayonara~

Sunday, September 18, 2011

I do I love you

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Entry ini dibuat khas untuk Miss F. Nak baca boleh baca. Tak nak baca sila buka blog orang lain. Trimas.



Thank you dear. I'm in love again. I do I love you.

Dah lama tak dating, tak tengok wayang berdua, makan berdua dan belajar berdua. Kadang kadang saya rasa tak percaya masih ada orang yang sayang saya. I'm appreciate you dear. Sometimes I feel that I'm nothing but you comes in great time and makes up my day. 



Walaupun kita kenal tak lama but I feel like I already be with you in such a long time. Kita ngam. Kita ada good chemistry. Err...Kimia mungkin. Haha.

You tak kisah langsung I stylo ke tak. I gemuk or kurus. I hensem or hodoh. You just accept me like I am. Thanks dear.

I love you from bottom of my heart. I promise to take care of you. I wont let you go. I can't afford to lose you.



Hopefully you are my wife sooner or later. Gatai. Hehehe. But that my hope.

Thanks for entering my life, thanks for spend your time with me, thanks for loving me, thanks for have faith in me, thanks for makes up my day, thanks for make me feel comfortable with you, thanks for not being choosy. Hehe.

I do I love you. Thanks for be my special one.

we know each other
1/9/2011

we keep update everyday, learn each others so fast

and we together start from
9/9/2011

Aishiteru

Adioss..

p/s: Ilysm. I love you sampai mati :)

Sunday, May 22, 2011

I catch grenade for you konon

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Entry ni aku malas nak letak gambar, so baca dengan laju dan penuh penghayatan supaya tidak bosan. 
Terima Kasih

Cinta. Sebut mudah, cari mudah, kekalkan susah.

Sepatutnya aku buat entry pasal kemenangan MU malam ni, tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi aku nak cerita tentang cinta.

Cinta. Apa kejadahnya cinta dengan mesej dan call sepanjang masa? Aku tidak mengerti. 

Kadang kadang, aku bertanya sendiri kepada diri ini. Kepada hati.

Adakah berbaloi cinta atau hubungan jarak jauh.

Kata orang, sejauh mana kita dari si dia, selama mana kita terpisah dengan dia. Cinta sejati tetap tersemat di hati.

Okay, cinta sejati tetap tersemat di hati. Apa pula dengan cinta jarak dekat dan kemudian putus? 
( I'm talking to myself)

Adakah ia tidak benar benar sejati?

Mungkin juga.

Kata orang, allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul.

Bila ada yang break up. Yeah! Its okay for me. That boy/girl was a wrong guy.

Hello!!! Wake up guys! Sampai bila nak terima takdir sebegitu. Couple break sesenang hati dengan andaian dia bukan untuk kita.

What the hell!

Jangan salah erti kan pernyataan itu. Human change. Itu sebenarnya perumpaan yang tepat kepada, kita jumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa orang yang betul.

Orang yang kamu cintai sekarang adalah mungkin orang yang salah dan mungkin juga orang yang betul.

Human change, believe me. Sometime thief give orphan money to them for survive. Sometime, lecturer give shit to their own student.

Sekali lagi aku tekankan di sini. Manusia sentiasa berubah. Terpulang kepada kita bagaimana nak mencorakkannya. Jangan salahkan takdir andai cerita cinta kamu separuh jalan.

Sebelum berjauhan dengan si dia. Setiap malam katakan kepadanya:

I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya

Tapi bila berjauhan dengan si dia. Di mana janji kamu? Baru hanya sehari tiada di sisi, tiada call tiada mesej sudah ibarat seperti cacing kepanasan.
I catch grenade for you konon. Budak tu ada MDS la bang. Sabar la kejap. Seminggu jer pun. Chill lah.

Tak perlulah buat muka concern tahap pelanduk makan sampah. Kau pernah tengok pelanduk makan sampah camne muka dia? Buruk kau tahu!!

Haish, geram aku.

Kalau kau boleh sabar demi dia selama seminggu, baru aku percaya kau boleh tangkap grenade untuk dia, sebab aku tak mampu nak tangkap bahan letupan cenggitu.

Baru berjauhan 2 hari dah macam pelanduk makan sampah. Macam mana lah nak tinggal lama lama. Bila aku tengok orang terdekat dengan aku berada dalam situasi ni. Hilang mood aku nak bercinta. 

Ya. Mungkin belum masanya. Entah apa aku merapu malam ni.

Ok. Motif sebenar entry ni, aku nak cakap supaya mana mana boyfriend/girlfriend yang berjauhan dengan pasangan dia supaya percaya pada pasangan anda dan percaya kepada sikap manusia sentiasa berubah.

Human is variable.
Our emotion is completely change everytime.
Adioss...

Wednesday, May 18, 2011

I want it too

Yaa-Haa

Assalamualaikum

I want to write it someday



Yeah, someday for sure! :)

Tuesday, May 17, 2011

When life shared is complicated

Yaa-Haa

Assalamualaikum

English again? I think so. Come on, just go with it.

What means by shared life?

I mean the life are shared with someone.

Yeah.

Its about relationship.

I got request from someone about her boring relationship but I'm not Dr Love.

Okay. I will answer her question. Err..what her question again?



********

Oh yeah, it not a question actually, she wants advice so I give her advice.

BREAK UP WITH HIM AND COME TO ME

TELL HIM, I DONT WANNA BE WITH YOU ANYMORE. TELL HIM YOU GOT NEW CUTE DUMBSHIT BOYFRIEND.


Yeah!! Its so simple right? 

Did you think before you say ' I accept you as my boyfriend or Yes, I do love you' to him, did you think how much you love him? How long you can be with him? How could you lives without him?

Its not about how long or how far you from him. Its about commitment. Commitment from you to him and vice versa. 

Love | Its about commitment

You bored with him? You disgusting with him? 
*betul ke ayat aku ni?

Find new way to make it fun again. 

Fall in love make you like flying like a G6


Yeah, sometime typical date are so bored. Why don't you twist it like jog with him every evening. Argue about something ridiculous such as ask him how orange juice is orange colour not yellow or blue. Make him answer your question. I'm sure you will be amaze with his facial expression to answer your question.

"I do anything for you", Bruno Mars

Hey girl, don't talk shit about love. Love is so meaningful to everybody include you. Honest with yourself, if you still love him, love him like you will die tomorrow. If not, end the relationship before its too late.

"Failed today? Better luck tomorrow", Han


Free advice, love him like you will die tomorrow or ended the relationship.

Its just about your commitment. 

Your love your decision

adioss....

p/s: hell yeah!! Im ready for MUET next sem :)

Tuesday, April 5, 2011

Kisah antara lobak dan kangkung

Suatu malam, ketika semua penghuni kolej sedang sibuk menyiapkan tugasan masing masing, ada juga yang sedang ber'online' Facebook. Begitu juga dengan salah seorang penghuni bilik B214. Berbalas komen dengan stranger. 
Bukan sahaja berbalas komen, tapi lebih kepada bertekak menggunakan ruangan komen. Setelah lama bertekak, barulah salah seorang daripada mereka memulakan perkenalan dengan add friend. 

Bermula saat itu, mereka berkomen komen dalam FB. Semakin lama semakin maju. Sehingga lah pada suatu hari, mereka ber 'voice' message menggunakan Yahoo Messenger(YM). Semakin lama semakin akrab hubungan mereka. Perbualan daripada kau aku menjadi I U. Si puteri tersebut mengenali sang jejaka kerana sebuah poster di kampus. Selalu sahaja nampak sang jejaka tersebut di mana mana. 



Malang pula bagi sang jejaka tidak tahu siapa gerangannya si puteri tersebut. Pernah sekali sang jejaka mendapat mesej dari si puteri,
Hye u, I nampak u tadi, pakai baju oren. Comel!!

Sang jejaka hanya mampu tersenyum dan berasa terkilan kerana tidak mengenali si puteri, inikan pula berjumpa dengannya.

Semakin lama hubungan mereka, semakin renggang disebabkan sang jejaka telah menjumpai kekasih hatinya. Si puteri seperti biasa sahaja, tidak sedih, tidak pula gembira.

Setelah hampir 3 bulan tidak lagi berhubung, tiba tiba, pada suatu malam, ternyata sang jejaka berasa kesunyian. Kini dia kembali seperti sebelumnya, single. 
 
 
 
Dengan kekuatan mental dan fizikal yang ada, dia mendail nombor si puteri. 

Siapa sangka, hubungan mereka yang terputus kembali rapat. Mereka gembira seperti sedia kala. Si puteri begitu marah kepada sang jejaka kerana meninggalkannya dahulu tanpa sebarang berita. Mereka kini semakin baik dan sang jejaka amat terkejut kerana si puteri tidak lagi berada di sini. Si puteri telah pun berpindah ke kampus lain untuk meneruskan cita citanya. Sayang seribu kali sayang. Mereka tidak pernah berjumpa.

Hey kangkung, kata si puteri.
Hey lobak, balas sang jejaka.

Akhirnya, sama sama meletakkan nama samaran mereka sebagai kangkung bagi sang jejaka dan si puteri pula adalah lobak. 

Sejauh mana pun lobak dan kangkung terpisah, mereka tetap ditanam di atas tanah. Tanah itu lambang perhubungan mereka.

Mungkin tanah sang kangkung lebih baik dari lobak kerana jauh dari arus pembangunan, tapi lobak dari tanah bandar juga hebat.

Kini, sang kangkung dan sang lobak masing masing sibuk dengan kehidupan mereka sendiri.
Tidak lagi berhubung seperti dahulu.
 
Mungkinkah kitaran hubungan mereka akan berterusan atau muncul pula sebuah episod baru?
Tapi, inilah reaitinya. Mereka saling merindui tetapi tidak pernah bertemu.

Adioss...

Monday, March 7, 2011

Apa perbezaan antara kawan baik dan teman tapi mesra

Yaa-Haa

Assalamualaikum. Hello there Malaysia.

Ada perbezaan antara kawan baik dan teman tapi mesra?

Ada tak agak agak?

Aku rasa ada. Ini menurut perspektif aku sendiri yang sememangnya aku pakai spek. Take note. Sesiapa nak boyfriend yang specky. Hello!! I'm here. Oh maaf. Promote diri kejap. Back to the topic.

Kawan baik.
Kawan yang boleh dibawa kedalam dunia kita. Dia boleh bersama kita time senang mahupun susah. Dia juga yang banyak tolong kita dari semua segi dari soal pelajaran, kewangan, sehingga ke percintaan. Dia ibarat penasihat peribadi dan kadang kadang seperti abang/kakak yang sayang kepada adiknya. Begitu lah kot. Ini definisi aku. Kalau tak puas hati, boleh tulis kat komen nanti. Baca sampai habis dulu ok? Orait.

Teman tapi mesra.
Selalunya orang cakap teman tapi mesra ni macam skandal ataupun pra awek/pakwe. Macam tu ke? Teman tapi mesra. Of course dorang mesra bukan. Kadang kadang keluar sekali, makan sekali. Gelak gelak sampai keluar air mata. Melawak. Kadang kadang melawak kasar. Dah nama pun teman tapi mesra. Memang mesra setiap masa. Tak pernah emo walaupun sesaat. 



Kebaikan kawan baik dan teman tapi mesra

Kawan baik.
Kemana pun kita pergi. Dia ada dengan kita even jauh. jauh dimata dekat di hati. Dia ibarat Mr/Mrs Fix. He/She can solve all our problem. Sometime we need other than best friend to solve our problem. Kawan baik selalunya pendengar yang setia. Dia sentiasa mendengar masalah anda bilamana ande perlukan dia.

Teman tapi mesra.
Kawan seperti ini akan bertindak seperti buah hati kita tetapi tidak melebihi tahap yang dibenarkan. Kongsi keinginan yang sama, mungkin serasi. Banyak membantu kita dalam kehidupan kita. Kadang kadang dia seperti dadah. Kita ketagih untuk bercakap, mesej, atau pun berjumpa dengan dia.Kelebihan kawan seperti ini adalah kita boleh layan dia macam kita layan kawan sejantina tanpa perlu berkompromi dengan masalah berlainan jantina. Cool der. Aku tak malu dengan kau. Jangan nak baik sangat lah. Teman tapi mesra aku cakap cam tu dekat aku. Hehehe

Kekurangan kawan baik dan teman tapi mesra.

Kawan baik.
Jangan sesekali memulakan ataupun meng upgrade status anda daripada kawan baik kepada in relationship kerana itu bukan jalan terbaik. Lebih banyak mendatangkan masalah dari kesenangan. Bayangkan, anda kapel dengan kawan baik anda. Suatu hari, korang gaduh. Kemudian ko pulak pergi jumpa awek ko.
Cth: 
Kau : Wei, ko kena tolong aku. Awek aku merajuk. Ko kan kawan baik aku.
Awek/Bestfriend ko: Erk???

Nampak? Timbul konflik di situ. Bagi aku agak susah nak differentiate antara kawan baik dan kapel bila kedua duanya adalah orang yang sama.



Teman tapi mesra.
Konflik perasaan. Bila selalu bersama dia. Kita akan kenal dia dengan lebih rapat. Kemudian mungkin kita akan suka kepadanya. Soal hati kadang kadang Hakim pun tak dapat selesaikannya. Sekiranya anda tiba tiba berhajat untuk menjadikan dia special one anda tetapi ditolak kerana dia hanya aggap anda kawan ataupun teman tapi mesra. Tak ke frust menonggeng kau? Susah kan. Tapi kalau 2 2 on. Ok jer. :)

Kesimpulan. 
Lebih baik ada kawan dari hidup sorang sorang.
Teman tapi mesra orang lain, kawan baik lain orang. Special One and your future Husband/Wife are the same person.

p/s: selsema sebab nak tengok bola punya pasal.
p/s: berbakul bakul maki hamun aku dapat dari teman tapi mesra aku semalam. Best!! haha

Adioss....

Saturday, January 22, 2011

Gelap dalam malam, sunyi dalam tenang

Yaa-Haa

Entry ini berentak perlahan dan jiwang. Jangan baca ketika mendengar lagu rock. Harap maklum.

Malam ini aku sendiri. Menikmati malam yang gelap di anjung rumah. Melabuhkan punggung di atas seat motor EX5 kawan. Memandang ke langit. Tiada awan, hanya ada bulan purnama tegap memantulkan sinar cahaya hasil kuasa sinaran matahari yang berada di dunia sebelah lagi.

Matahari sentiasa berputar sehingga terjadinya siang dan malam. Seperti kerja rutin tanpa rasa jemu. Tetapi aku? Masih disini, seperti dahulu. Tiada apa yang berubah. Tatkala menikmati malam yang tenteram dan damai, mata ku tertarik pada 2 objek yang dipanggil sebagai manusia. Duduk berdua-duaan. Tidak begitu jauh antara satu sama lain. Berborak, kadang kadang gelak. Gembira melihat pasangan 2 sejoli gembira sebegitu. Setelah salah seorang daripada mereka pulang. Malam menjadi semakin gelap, semakin sunyi. Hanya terdengar desiran angin meniup lembut menampar pipi.

Alone | Just feel better

Sunyi dalam malam. Sunyi dalam gelap.Sunyi dalam tenang. Itulah ibarat hati ku kini. Jauh dari kekecohan mahupun keributan. Jauh dari sebarang ancaman sang pencuri hati, jauh dari serangan virus yang mampu membuatkan hati tidak keruan, sehingga otak tidak waras dan membutakan mata hati. Itu lah virus cinta.

Kini aku bebas dari segala ancaman itu. Bebas menikmati hidup ini. Bebas dalam sunyi. Sunyi dalam gelap. Baru aku tahu betapa indahnya dunia tanpa kehadiran si jantung hati. Di saat ini. Aku hanya mampu tersenyum sambil melihat bulan. Ingin sekali ku tanya sama bulan. Adakah cinta itu mampu membuat manusia berubah?. Adakah bulan mampu menjawab bagaimana 2 hati menjadi satu? Adakah bulan pernah menjadi lambang cinta dan kesetian setiap kekasih.

Oh Bulan | Terang dalam gelap


Oh Bulan. Andai kata engkau boleh berbicara, katakanlah wahai bulan. Katakan manusia itu perlukan cinta seperti mana engkau perlukan cahaya untuk menyinari bumi dengan pantulan badanmu bulan.  Malam ini bulan sangat cantik. Mampu berdiri teguh tanpa kehadiran bintang bintang. Ingin sekali aku berdiri teguh seperti mu. Berdiri teguh dengan perasaan yang cukup kuat mengharungi semua pancaroba ini. Jalan yang aku bakal aku tempuhi  ini amat amat memeritkan. Andai aku sekuat mu wahai bulan. Mampu menerangi sebahagian bumi tanpa kewujudan bintang bintang di langit. Ingin sekali aku pergi kepada seseorang dan ucapkan I Love You. Tapi, hati ini.....

Malam ini, ku sendiri, tak ada yang menemani seperti malam-malam yang sudah sudah.........



bersambung......

Wednesday, January 12, 2011

Sekarang ini pelik, Ego dan Cinta ia saling berkait?

Yaa-Haa

Pelik sangat tajuk entry aku kali ni. Pelik kan? Kenapa aku cakap pelik? Banyak benda yang berlaku disekitar aku sekarang sangat-sangat pelik. Couple, Single, Complicated, Not Single But Available. Macam macam.

Selepas entry aku yang bertajuk Mohd Hazmi in relationship with Nadya Aziz, Hazmi call aku semalam. Gelabah cukup. Relaks bro. Selalunya yang perempuan yang akan melenting, marah-marah. Ini tidak, laki pula yang lebih-lebih. Dunia sudah berubah. Berubah sama sekali. Aku pelik dengan lelaki sekarang. Tersangat ego, termasuk diri aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apa yang aku nak. Kawan aku aku namakan sebagai A dia minat kepada kawannya yang aku sendiri tak pernah jumpa dan hanya berkomunikasi di telefon dan FB sahaja. Kawan dia tu aku namakan sebagai B sahaja. A sayang B tetapi B cool sahaja. B tahu A sayang dia sangat-sangat. Tetapi ego. B adalah lelaki. Semua orang tahu characteristic lelaki adalah ego. Aku tak kenal sangat dengan B dan kalau boleh tak nak kenal pun. Ego kan? 

EGOISM | Know the man, know their ego


Kawan aku ni, aku kesian dia, aku sayang dia sebagai kawan. Dia dah banyak kali menderita dan kecewa dengan dirinya dan hubungan nya dengan hamba Allah yang lain. Aku harap aku dapat menolong dia.Aku akan cuba tolong dia. Orang di luar sana pasti akan cakap aku bodoh. Sanggup menolong kawan untuk memastikan cintanya sekurang-kurangnya dilihat ikhlas walaupun tidak terbalas sedangkan diri aku sendiri masih seperti ini. Setiap malam housemate sanggup keluar lewat malam mencari topup untuk mesej dan call awek sedangkan aku hanya lepak depan tv dan mentelaah buku sementara menunggu masuk tidur.
 
Tengok tv | Lebih jimat dari call awek 
 
Single itu simple. Betul. Aku tak mengalakkan sesiapa yang dah berpunya kembali single tapi bagi aku single itu sunyi tetapi seronok. Bebas berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu menjaga hati seseorang, bebas keluar dengan sesiapa sahaja tanpa perlu cover line. Tapi tak bermakna aku Playboy. Aku setia tapi orang tu tak percaya aku seratus peratus. Aku akui aku ramai kawan baik laki mahupun perempuan. Kalau aku borak dengan diorang tak bermakna aku tak setia. Jika aku tengok perempuan hot tak bermakna aku tak ingat siapa di hati tapi ini lah hakikatnya. Tiada persefahaman dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing. Full Stop. Aku dah tak larat nak luah isi hati ini. Cukup lah buat masa sekarang. Aku bahagia denga keadaan aku sekarang.

Single Season | Bukan Syok Sendiri


Aku pelik kenapa perempuan susah nak percaya lelaki dan kenapa lelaki sangat suka dengan status Not single but available. Aku takut nanti dia pula yang permanent disable. Ok lah. Dah panas terik. Perut pun dah berbunyi, so time to cook and eat. 

p/s: semalam meeting Dinner Sisda, aku sekali lagi dilantik menjadi Exco Publisiti. Popular sangat agaknya. Bulan March nanti aku akan date dengan Photoshop CS3 je la.

Friday, January 7, 2011

Saya Sayang Girlfriend Saya, Sayangkah?

Yaa-Haa

Saya SAYANG boyfriend/girlfriend saya.

WTH??

Kenapa kita kadang kadang begitu? Kenapa perlu mention kita sayang mereka sedangkan semua orang tahu kita sayang dia atau cuma sebahagian sahaja yang tak mengetahuinya atau tidak minat untuk mengetahuinya. Contohnya seperti aku, coursemate couple pun aku tak tahu, budak course lain pula yang khabarkan berita gembira ni kat aku. Demm kan?

Cinta suci | Cinta monyet

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Selalu kita nampak di wall Facebook orang tulis macam-macam terutamanya yang sedang hangat bercinta. Saya sayang awak. I love you. Wo ai ni. Macam-macam lah kan. Aku rasa semua couple sama. Cuma orang sahaja yang berbeza. Cara mereka buat,lafaz dan tunjuk cinta dan kasih sayang itu boleh dikatakan sama sahaja.
Sudahlah Khai, apa yang kau merepek ni? Kau tak couple baik kau senyap.
 
Entahlah. Housemate aku, handphone dia tak lekang di tangan, muka ganas tapi dalam hati ada taman. Time borak dengan awek, wah suara dia boleh mencairkan besi pagar rumah beb! Kadang kadang aku jeles. Bodoh, entah kenapa aku nak jeles. Kawan baik aku ni lagi seorang, dah 2 kali aku nak pinjam kereta dan dia tak bagi sebab cakap ada date. Demm la, awak tu single, jangan nak pura-pura bahagia dan couple ok? Rimas aku dibuatnya.Siap mention dekat FB lagi hatinya sudah dimiliki.Poorah!!!

Bergayut | Manfaat atau keburukan?

Biarlah kat dia. Malas aku nak fikir. Misi aku sekarang, tak akan terlibat dalam aktiviti,gayut,mesej,topup selalu, belanja awek dan keluar date. You know what I mean right?
No girl,no couple,save budget :)
Selama 3 semester, aku nak fokus dengan diploma dulu, bila tiba masanya nanti, adalah tu. Cinta tak perlu dipaksa-paksa. Apa-apa pun, kepada kawan-kawan aku yang dah couple, couple elok-elok. Jangan buat maksiat, bimbing awek/boyfren kita ke jalan yang lurus, dont belok-belok!!

Apa yang penting dalam bercinta? 

p/s: buat entry ni kes panas dengan kawan. haha.emo.

Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Perempuan Cantik Pilih Lelaki Biasa?

Yaa-Haaaa

Pada saat ini. Aku terfikir, kenapa perempuan cantik rata-ratanya memilih teman lelaki atau suami yang biasa sahaja. Atau pun dalam bahasa yang lebih terang dan kasar, perempuan cantik bak model tetapi lelaki hodoh bak cimpanzi meneran berak.

Laman Google aku semak. Hampir semua lawan web dan blog yang sama dengan kata kunci aku buka. Setiap blog dan website tersebut hampir sama sahaja alasan yang diberikan. Antaranya ialah:

1. Perempuan tersebut ingin mendapatkan lelaki yang mampu membimbing mereka tentang hal agama dan kekeluargaan. Semua perempuan di dunia ini akan memikirkan bagaimana untuk mendapat suami yang mampu membimbingnya ke jalan kebenaran. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Beauty and the beast | Si Cantik dan Si Buruk

2. Kurangnya persaingan dengan kaum hawa yang lain. Seandainya suami/ teman lelaki si cantik ini adalah seorang yang hensem dan macho, tentu sahaja ramai perempuan dan awek2 di luar ingin sekali mengoda dan mencuba nasib mendapatkan sang jantan tersebut. Akan tetapi jika sang jantan tersebut hanya berpesonaliti biasa dan tak terlalu menarik, si cantik tersebut tidak perlu bimbang ancaman luar terhadap kekasih hatinya.

3. Mungkin muka biasa tetapi kaya. Haaa.. Jangan ingat semua perempuan cantik boleh terima hidup sederhana. Ada juga perempuan yang high maintanance. Mereka bukanlah mata duitan tetapi sudah diasuh untuk mendapat segala kemewahan. No wonder la kalau kamu hensem tapi dia tak pilih kamu, bro....ada orang lagi kaya drpd kamu..hik3

Mata Duitan | Ciri-ciri seorang akauntan :P

4. Ayat jiwang tangkap leleh. Disebabkan ayat2 sebeginilah hati perempuan mudah cair. Sebagai contoh pada suatu masa dahulu. Bengali karpet pun si suri rumah ni nak kebas. Entah ayat bunga ros, orkid apa tah yang boleh buat si suri rumah ni jadi tak keruan. Wahai sang suami..Benggali karpet pun jadi ancaman *sigh

5. Kasih sayang dan perhatian beserta hormat yang tinggi kepada seorang perempuan dapat mencair hati seorang si cantik bak super model  *balik balik supermodel, x ada perkataan lain ke? Okey. cantik bak srikandi. Ada juga lelaki seperti ini. Keikhlasan dalam bercinta mungkin berjaya menambat hati srikandi tersebut sehingga Brad Pitt gigit jari sebab tak dapat kahwin dengan dia.... Mungkin!!

6. Cinta pandang pertama. Mungkin lah kan. Kenal daripada kecil dan berkahwin bila sudah besar. Aku x reti nak komen tentang ni. Best ke?

7. Pilihan keluarga. Walaupun dunia dah maju, tapi benda macam ni jangan kita pandang remeh. Jangan sesekali berharap kisah I'm Not Single tu akan menjadi realiti sekiranya senario ini terjadi dalam kehidupan anda. Jika si perempuan tu cantik, rezeki kepada Sang lelaki. Kalau sang lelaki pula muka seperti bontot periuk? Sebal je hati si cantik tu....

8. Kerjaya yang memerlukan si cantik tersebut komited terhadap kerja mampu mengundang kurangnya masa untuk mencari calon suami. Oleh yang demikian, mana mana lelaki yang si cantik tersebut rasa boleh buat suami, terus dia kebas. Perigi mencari timba. Kadang2 aku teringin juga perempuan datang ayat aku...hahaha.

Agak-agaknya, ada ke lelaki hensem sanggup terima perempuan yang biasa seperti perempuan cantik menerima lelaki biasa?

Tunggu dalam entri seterusnya.

p/s : bila PRU 13 diadakan?

Monday, August 23, 2010

Nota buat si dia.....


kenapa awak??

kenapa masih x percayakan saya??

mmg dulu dia dlm ati saya...

tp kini....

she nothing....

plizz.....

saya sygkan awak...

saya hargai apa yg awk telah buat pd saya sebelum ni..

even kadang2 kita selisih phm...

tp saya xpernah pertikaikan kasih sayang awk pd saya...

percayalah sayang...

saya syg awak...

hanya awak seorang yg ada dlm hati saya sekarang..

xkan ada orang lain selain awak..

insyaallah...

saya janji akan sayang awak sepenuh hati saya..

jaga awak sedaya upaya saya..

perhatikan awak selagi saya melihat...

saya akan buat selagi saya mampu

sehingga awak x perlukan saya lagi..

apa yg perlu awak tahu...

saya sayang awak sangat2...

rupa yg cantik hanya sementara....

hati yg baik lg jujur adalah sesuatu yg berharga di dlm dunia ini.....


p/s: i'm yours~jason mraz
everything~ micheal buble
p.s i love u~ the beatles

i dedicated song for u....



Thursday, August 12, 2010

Doa buat kamu...secebis nota buat si dia ;)

Assalamualaikum semua....

Yaa-Haaaa...

jumpa lagi...

aku rasa lama sangat x update blog niyh...

kenapa?

  1. aku sibuk dengan ELC dan kerja Sportday..
  2. jiwa aku kacau..
  3. kekosongan idea pabila berada di hadapan laptop.
  4. aku pening dengan tutorial LAW,CTU dan lecture MGT yg xphm sepatah haram...
adess...

1st sekali...

aku nak sedekahkan
Al-Fatihah kepada Allahyarham..
LIYA BT NORDIN
yg meninggal pada khamis petang di Asrama Kolej MARA, Seremban
(6hb Ogos 1991- 5hb Ogos 2010)

beliau adalah rakan baik aku ketika di Sek. Keb Penghulu Abu Bakar..

Liya...seorang yg happy go lucky,baik,nakal,intelligent..
kalo dia xde..x meriah klas tu...

rindu sama kamoo..Liya...

maafkan sy sebab x dpt memberi penghormatan terakhir kepada kamu kerana sy ada sportday pada hari Jumaat tersebut..

hanya bacaan Al-Fatihah, linangan air mata dan memori indah ketika dulu mengiringi kamoo ke sana...

saya xdpt enjoy pd Sportday tersebut...
hati saya tertumpu kepada kamu..

bukan tidak percaya bahawa kamu telah pergi selamanya..
just terkejut....kamu pergi terlalu awal daripada kami..

shah,hanim,amir,khairul....

kami sentiasa bersama kamu walau apa yg terjadi....

maafkan kami andai ada salah dan silap terhadap kamu..

ternyata tuhan amat menyayangi mu Liya..

kami rindukan senyuman mu....

semoga kamu ditempatkan bersama org beriman...


~ sayonara | LIYA NORDIN~


kepada semua yg terlibat dengan Sportday SISDA...

aku minta maaf sgt coz aku x dpt bg full komitmen..

i'm not pro enough to handle this situation...

btw...tahniah kerana berjaya menghasilkan pelbagai aktiviti yg best...

tema Wet N Dirt berjaya!!

tahniah!!


kepada si dia.....
i sayang u....
(^_^)

thankz for make me feel worthy again...
b'coz..before dis i still said I'm Nothing...
u turn me into Something..
thankz dear...

thankz for be My Special One

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

bila saya silap cakap
sayang selalu touching
sayang manja pabila kita berdua..

saya kenal sayang saya.....


~my syg~

p/s:kredit to Fynn Jamal~150 juta (sedikit modifikasi pada lirik..maaf)









Monday, July 5, 2010

My Reply to Aien


Aku wat entry ni coz menjawap segala pertanyaan yg terbuku kt ati seorang blogger yg bernama Aien

klik di sini utk baca segala pertanyaan/opinion yg dia tulis psl aku

Sebab apa saya x contact awak..

jawapan saya: kegilaan bola yg melanda (credit hnya cukup utk berdebat dgn rakan bola yg lain)

bila nak belanja kat pasar malam?
jawapan saya: erm...agak susah nak jawap..im quite bz rite now..(padahal malas :p )

To Aien

Awak memang XTAU saya minat fotografi sebab awak xpernah nak amik taw psl saya..haha

Awak XTAU yg sebenarnya..saya xpernah tgk cerita korea..cuba fahami maksud lirik tu betul2 (kisah gurl yg kasar..tp hati lembut)
p/s:aku suka suara manja dia..haha

Awak XTAU saya minat MU sbb awak x tgk bola..hehe

Saya stay kolej coz i'm MASEC (SEKETERIAT MPP) kerek di situ..haha

Awak XTAU saya kat mna sbb saya bersembunyi di sebalik kelas2 di TEC dan Blok B..haha

Awak XTAU saya kawan baik awak atau x???
jawapan saya...yes..u still my bestfren..

salah satu sbb saya jauh ngan awak...
awak suka speaking English...
kalo saya dgr org ckp English...
saya da blank..
saya rasa merendah diri sgt2...huk3 :(
actually...saya akan jd blur kalo awak speak Eng..
tp saya buat2 faham...
hehe..
sori to say... :)

awak x perlu lah rasa bersalah seumur idop awak...
sbb tu bkn salah awak..
inilah kehidupan....
sumtime we lose..sumtime we win...
eh..bola pulak..
hohoho..

btw...

selamat maju jaya..

bye..

p/s:td makan kat CT YANA..ada budak klas DIA 3C celebrate bufday...tp bufday aku lmbt lg..haha

p/s: beli DSLR x buang duit ok...we need to learn new thing everyday..aku dah expert digital camera n kamera fon..x slhkn kalo aku nk improve level aku...thee....

Tuesday, June 29, 2010

150 juta kali~Fynn Jamal

Aku terdengar lagu ni kt blog Apih
boleh tahan...
best gak...
nak dengar??
ini dia...







ni liriknya..

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“SAYANG mungkin baran tak kira masa”

“Tapi SAYANG tahan kalau yang salahnya saya”

“SAYANG mungkin saja keras kepala”

“Tapi SAYANG manja bila kita berdua”–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..




selamat mendengar (^_^)

Tuesday, June 22, 2010

Apa maksud CINTA???



Yaa-Haaaa
Khai da jiwang beb...
haish...
tlg la....

ada org msg aku tnya apa itu cinta..




~Cinta-sesuatu yang membahagiakan~





aku xley jawap..
coz aku pun xtaw jawapannyer

kalo aku jawap soklan tu..
esei BM wktu SPM la jawapan nyer..
kuang3..

apa itu cinta??

"cinta itu buta", kata adik aku


sebab?

"tak cukup duit nak operate mata"

kenapa begitu??

duit sume da labur kat awek....

itu jawapan aku..haha

apa itu cinta?

bagi aku cinta itu adalah satu perasaan yg bermula drpd suka menjadi
sayang..
sayang menjadi cinta..
cinta menjadi kasih..

bagaimana terjadinya cinta?

dari mata turun ke hati...
so simple right??
how to explain that answers??

very hard to explain...

tp bagi aku...

korang akan rasa bila korang bercinta..
korang akan tahu jawapannya..
(^_^)

Cinta kpd Allah,cinta kepada manusia,cinta kpd alam sekitar,cinta kepada kekayaan,cinta kpd pangkat dan darjat..

wah.banyak sungguh cinta ini...

cinta ini sgt2 indah...

cinta yg indah ialah cinta seorang hamba kpd tuhannya..

Laksamana Sunan pernah brkata dlm novel Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pen
cinta

Sebagai manusia..aku sayang kepada mu..



~Cinta kepada kecantikan hanya seketika~



apa akan jadi dalam dunia jika tiada cinta..

hurm...

xde kenduri..
of coz la.
xde sape kawen...
(x wujud la wedding photographer)
berperang sana sini..

x aman..
semestinya

syukurlah kita dikurniakan cinta..
jagalah cinta hati anda sebaik mungkin..
kerana cinta adalah permata dalam kehidupan

tiada cinta dlm kehidupan seperti
tiada permata di dlm lautan..
kosong tanpa hiasan..

(jiwang karat..sembur anti rust pun xjadi ape)

p/s: Nadya..rasanya saya dah jawab soalan awak

p/s: Bercinta itu pasti...Couple itu haram...2 benda yg berbeza





~mau chenta hati macam ni boley ka??~

kui kui kui

hanya angan dan angau mu Khai...

(*_^)