Showing posts with label gila bola. Show all posts
Showing posts with label gila bola. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Surat khas untuk Man Utd

Kepada Alex Ferguson,

Tolong lakukan sesuatu! Saya selaku salah seorang penyokong setia kelab Man Utd  ingin melihat Red Devil menjaringkan lebih dari 1 gol ketika menentang kelab EPL. Satu gol menentang Everton, Sunderland, Swansea. Seriously, I'm sick!

Dengan Ashley Young sudah kembali dari kecederaan, Barbatov sudah skor ketika menentang Benfica dan Chicarito sentiasa tajam di hadapan, saya harapkan MU dapat menjana serangan yang lebih baik selepas ini. 

Biarkan Rooney di bangku simpanan. Sudah 5 perlawanan beliau tidak skor sekali gus mengganggu point Fantasy Premier League saya. Huhuhu T_T 



Masukkan Tom Cleverley pada separuh masa kedua. Gandingan Anderson dan Cleverley lebih bagus berbanding Anderson dan Fletcher.

Kekalkan Phil Jones walaupun beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang Benfica. He is something. Please stay focus when visit St James Park. Newcastle Utd is great team now. Sila mark Demba Ba untuk elak kekecewaan.

Terima kasih.

Please lah menang besar sikit. Asyik 1-0 ja. Penat eden bersengkang mata semata mata nak tengok 1 gol sahaja. Jiran bising tu sakan membelasah lawan mereka. Shit!  Wake up guys!

I'm nobody talk about tactical. You know the best Sir. We all rely on you. Show the champions style of play.

Adioss...

Monday, October 24, 2011

Antara kegembiraan dan kesedihan

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Wah tajuk bukan main. Action! Okay, start berlakon sekarang. Ini bukan cerita cinta jiwang jiwang muntah darah. Kawan aku yang frust menonggeng pun dah okay. Kot! Aku call tapi tak dapat. Phone off. Bercuti gamaknya. Bersangka baik pulak aku kan. Entah entah dia commit suicide tak! Shit! Hell No! Ramai lagi girl dalam Malaysia ni dia boleh buat awek. Nonsense!

Okay. Aku merapu lagi sorang sorang. Haishhh. -.-'

Semalam ada 3 berita. Bercampur baur perasaan ni haa. Gila bajet ayat aku. Pertama, Marco Simoncelli mati kemalangan di litar Sepang. Bak kata kawan aku, hilanglah seorang permata rempit bertauliah dunia. 
Hurm, nice word actually.

Kedua, All Blacks menang Piala Dunia. Patut aku gembira ke? Semalam tengok ragbi 20 minit dengan adik tapi tak faham kejadah. Dia tanya aku, aku tanya dia. Macam orang bodoh je tengok ragbi semalam sebab tak faham rules. Haha. By the way, tahniah All Blacks

Ketiga, Old Trafford. Tak perlu aku nak ulas panjang. Aku cuma nak cakap, Fergie patut letak Jones bukannya Evans. Dia sayur. Jones more determine. He's everywhere. 

Campur ini, ke empat, pagi ini aku check Fantasy Premier League. Robert Huth tak main match semalam, so sistem buat autosubs. Dzeko ganti Huth. 12 points from Dzeko alone. Mujurlah ada dia. Aku bercampur baur. Nak sedih ke nak happy? Pening sudah. 


Gameweek 7 & 8, point aku sekitar 25 je. Minggu ni naik sikit. Oklah. GB league pun naik 1 anak tangga. Hehe. UiTM & Sail River League macam tak ada saingan. Bosan. (riak & takbur)

Okay. Tu aje nak cakap untuk harini. 

Adioss..

p/s: eh, sayang dah bangun? awal pulak harini. :P

Saturday, August 27, 2011

Berita fantasy team- gameweek 3

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Super Sunday!! 



Manchester United vs Arsenal

It comes at the great time. I loike!

Skuad Fantasy team Khairul Neymar berubah lagi. Selepas prestasi Drogba tidak menentu semenjak 2 perlawanan lepas, hanya bermula dari bangku simpanan, pengurus pasukan, Khairul Neymar (KN) telah mengantikan Drogba dengan Edin Dzeko. KN tertarik melihat aksinya dalam perlawanan Man City menentang Bolton minggu lepas. 

Philip Bardsley juga kelihatan goyah selepas dikenakan layangan kad merah pada perlawanan minggu lepas. KN telah menggantikan dia dengan Robert Huth. 

Bakary Sagna pula kelihatan berada di bangku simpanan kerana KN begitu bias dalam kemenangan MU terhadap Arsenal. Beliau berkata,
Saya tidak nampak Sagna dapat bermain ditahap prestasi beliau ketika ini dengan kehadiran lawan seperti Rooney,Young, Welbeck dan Nani.

UiTM League #2
Geng Bola #23

Dibahagian tengah pula, KN masih mengharapkan keajaiban terhadap Nani dan Petrov. Sementara itu Gutierrez hebat mengemudi bahagian tengah skuad Devilbats ini.

Asamoah Gyan pula mungkin bakal digantikan selepas Gameweek 3 jika dia tidak dapat menembusi pertahanan lawan. Kata KN lagi,
Saya percayakan beliau. Dia kuat dan laju. Mungkin sedikit masa lagi dia pasti menjaringkan gol. Just keep faith in him.

Dzeko- Pembelian sensasi baru KN minggu ini. Menggantikan Drogba yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.Dzeko kelihatan menyengat dalam perlawanan minggu lepas selepas menjaringkan sebiji gol buat Man City.

Kapten Devilbats, Wayne Rooney bermula garang dengan 2 gol daripada 2 perlawanan. Secara automatik menjadi pilihan KN sebagai pengempur utama pasukan dan kapten.

Transfer Rumour

David Silva
Aksi hebat minggu lepas dengan 10 mata dalam 1 perlawanan. KN masih melihat perkembangan beliau untuk 3 perlawanan seterusnya. Kemungkinan menggantikan Martin Petrov di bahagian tengah.

Danny Welbeck
Penyerang muda United telah menjaringkan gol minggu lepas dan peluang berada dalam 1st 11 adalah tinggi tetapi perlu bersaing dengan kehadiran semula Chicarito. KN tidak mahu mengambil risiko kehilangan mata pada perlawanan seterusnya.



Jarvis
Pemain tengah Wolves telah menunjuk kelasnya yang tersendiri. Begitu hebat dalam 2 perlawanan. Dengan harga yang jauh lebiih murah berbanding Silva, mungkin menjadi pilihan terbaik untuk KN menggantikan Petrov dengan Jarvis.


On the bench
Shay Given dan Sagna pasti bebai dengan sikap bias yang ditunjukkan pengurus mereka. Ternyata KN tidak meletakkan harapan tinggi kepada Given untuk menjaga gawang kerana lawannya minggu ini adalah Wolves. Pasukan bawah yang masih kekalkan rekod 100%


News from Kuching,Sarawak

Sunday, August 14, 2011

Man Utd malam ini

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ia datang lagi.

Apa yang datang? Disebabkan aku tak ada awek, girlfriend, skandal dan yang sama waktu dengannya. Jadi aku layan BPL dan Fantasy Premier League.

Sebenarnya, aku tak sabar nk tengok larian kencang Ashley Young dan stunt melayang David De Gea malam ni. Sem ni nampaknya aku kena layan bola sorang sorang la. Geng rumah lama dah pindah and graduate.

Pilihan aku untuk team yang menjuarai BPL musim ni semestinya Man Utd. Tapi aku rasa Chelsea dan Tottenham akan bagi saingan sengit.

Nak harap Arsenal dan Liverpool. Hurmmm. 2 2 main macam sial. Liverpool benar benar memerlukan seorang atau dua 5 star player. Setakat Charlie Adams bekas kapten Blackpool tu tak cukup. Bukan setiap set piece (free kick) dia boleh score. Liverpool need next Gerrard. Seriously

Arsenal pulak, aku tak faham kenapa tak lepaskan Fabregas. Lepaskan je lah. Hasil jualan tu boleh beli sorang lagi penyerang bertaraf dunia. Benzema atau Pato. Gervinho tu aku tak nampak apa yang specialnya dia. Aku rindu dengan kehebatan Arsenal zaman win league without lose. 

Henry, Berkamp, Pires, Reyes, Seaman, Ashley Cole, Gilberto. 
Stylo gila time tu.

They make Nistelrooy, Solskjaer, Scholes and Giggs berbulu. muehehehe.
 
Fantasy Premier League
Untuk fixture minggu depan, aku kena drop Barton. Lingkup aku kalau guna dia. Tak habis habis buat hal. 

Rooney dan Drogba diharap menyengat malam ni. Naik lah sikit point aku malam ni. Hehe

Tak faham apa aku tulis? Lantaklah. hahaha

Adioss..



p/s: Mu vs West Brom malam ni pukul 10 ESPN Star Sports

Thursday, August 11, 2011

Demam Fantasy Premier League

Yaa-Haa

Kalau bercakap tentang Fantasy Premier League. Gua legend. 

Macam haram. Aku drop Berbatov sebab dia tak function dan letak Drogba dengan Rooney sebagai striker. Tup tup Berba hatrik lawan Liverpool. Pffttt.



Lepas tu terus tak main Fantasy ni. Sekarang ni nak start balik. Azam baru, team baru, player pun baru. Hahaha

Aku terbaca blog Aizuddin ritu tentang joining league yang dia create ni haa.
Ni entry beliau. Klik sini.

Kalau ada siapa siapa nak join. Meh la. Kasi meriah sikit table. 

Ini kod join league ni.
1072709-251705


Ni starting team aku.


Pergh! David De Gea tu. Sial lah!

Jom cabar aku dalam Geng Bola League. (bajet macam gua legend)

hehe

Adioss...

p/s: ringan kepala hotak bila assignment BEL 313 yang berminggu2 pulun buat sudah dihantar tadi dan kuiz Tax senang. Keluar awal beb! Confident tak aku? Hahaha :D

Wednesday, August 3, 2011

Craving for Neymar hairstyle

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Semangat bangun sahur ni. Sapu butter dekat roti dan mengunyah. Hahaha

Eh, apa aku nak tulis tadi?

Erm..... Erm.... Erm....

Demmm... tunggur Blogger loading punya lama (berukband tak bayar lagi) sampai lupa apa nak tulis tadi.

Sebab tu aku lama tak update. Lagi pun aku memang tak ada idea nak tulis buat masa ini. Cerita jiwang geli geli aku macam la korang nak dengar sangat kan? So, aku simpan jela, buat koleksi syok sendiri.

I'm craving for Neymar hair style.

Mohawk beb!

Dengan bangganya aku pun potong la ikut gaya Neymar. Tapi amoi saloon mana tengok bola maa. Yang dorang kenal just Mohawk Beckham jer. =.=  Sedeyh!!

So, dorang pun potong pendek. Dah la aku ni jenis yang boleh tengok beribu batu tanpa spek mata kan??

Takpe la, tunggu panjang sikit, boleh alter lagi rambut ni. 
 
Si Acap Kalap tu pun nak buat fesyen cenggini jugak. Tapi rambut dia panjang. So, bolehlah 70% macam Neymar. Demm. Jealous!!

Err.. ni sebelum aku merapu panjang panjang, korang kenal tak siapa Neymar?

Ni haa, jiran sebelah rumah aku.

Neymar



Tak lawa? AAK. Ada aku kesah?

Kalaulah mamat ni masuk Chelsea, ada jugak peluang aku nak tengok Chelsea main. FYI, aku tak suka tengok Chelsea main sebab tak best! 


Last aku tengok Chelsea main full time lawan MU or time Jose Mourinho. Pastu dah tak ada. Kalau tengok pun kejap kejap jer.

Ok. Apa aku merapu ni?

Oh ya. Sekarang dia main untuk Brazil outfit. Santos.


Playing style : Explosive run and confusing dribble



Memandai jer aku ni. Layan je lah eh?

Aku TERPAKSA buat entry bodoh bodoh macam ni sebab tak ada siapa nak COPY PASTE.

Kalau aku buat entry tips or ilmiah or fact contoh macam :

Makanan somtam kegilaan perempuan

atau

10 tips pikat lelaki berkereta Subaru (for girl)

Tak perlu nak tarik cursor dekat tulisan bold tu. Aku tak buat lagi pun entry cenggitu. Insyaallah, nanti aku buat eh. 

Maka dengan itu, mudah mudah jela entry aku di COPY PASTE. Da la aku jenis yang malas nak disable right click.

Lantak la, nak ambil entry, ambil je la. Just letak kredit sikit kat bawah tu. Tu pun dah cukup.

Tak nak letak tak apa maaa

Anak lu nanti, orang culik and mengaku anak diorang. Baru lu tahu langit tinggi rendah.

Wahahaha. Gua tak habis lagi pissed off sama lu.

Kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia,

Selamat mengharungi ibadah puasa dengan sempurna dan mengejar manfaat sepanjang bulan mulia ini.

Entry aku tunggang langgang? Jangan salahkan aku, kalo tak kerana plagismer (tukang copy paste) tu. Tak ada entry aku nak jadi macam ni.

Adiosss....

p/s: Miss you Atirah

Friday, April 29, 2011

Ada apa dengan Astro - Part 1

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ada Astro? Ada? Ada? Ada?

Ok. Baguslah kalau ada. Kalau tak ada pun tak apa. Hidup jugak kan?

Apa yang best ada Astro?

Jika hendak diikutkan dengan harga yang fakap tu, ramai jugak yang mengeluh. Betul. Gila hape sebulan sampai RM90 semata mata dengan channel package family tambah Sport HD. Dah tu, cerita asyik ulang ulang. Habis habis, TV 3 jugak di tengoknya.

Astro | The great repeater


Bola adalah tarikan utama pengguna untuk melanggan Astro. Yelah, mana lagi nak tengok bola kalau bukan dekat Astro. TV 1 dan TV 2 tak habis dengan propaganda mereka. Kalau ada dorang tunjuk bola Liga Super atau Liga Malaysia tak apa jugak. Alih alih Astro Arena jugak di cari kalau nak tengok bola Malaysia. Sepatutnya kerajaan kena ada inisiatif nak bantu memajukan bola sepak atau sukan sukan lain dengan menyiarkan secara langsung dekat stesen tv yang free nih!

Astro Arena Nadi sukan Malaysia | TV 1 kanser Malaysia

Berbalik kepada bola tadi, English Premier League atau Barclays Premier League, adalah antara event yang paling popular diatas muka bumi ini. Pemain bintang silih berganti, corak permainan yang menakjubkan, kualiti pemain yang superb dan penyokong yeng mencetuskan suasana yang penuh emosi. Itu adalah tarikan EPL.
 
Tanpa penyokong, sukan tiada makna.
 
 
Bila ramai orang tengok, mendapat demand yang tinggi, mulalah syarikat penyiaran berebut nak dapatkan hak penyiaran bersama ataupun secara ekslusif. ESPN berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk benua asia secara tak langsung, harga langganan bulanan Astro meningkat sekali ganda. What The Hell!! 
Tapi Man Utd punya pasal. Apa apa pun boleh.

Semenjak guna Astro B.yond nih, aku pun jadi demand kalau dekat rumah, channel ESPN yang 811 tu tak usik langsung, pergi tengok yang ESPN HD punya. Ngada ngada kan? Sebenarnya, apa guna amik channel HD kalau tak tengok. Channel HD memberi suasana lebih seronok ketika menonton bola contoh seperti hari Ahad ini. Man Utd vs Arsenal.

ESPN HD | Give you more details


Aku dah mula pening, nak tengok dengan kawan kawan yang boleh bersorak ramai ramai dekat kedai makan atau tengok di rumah dengan adik dalam keadaan senyap dengan channel HD. 

Apa yang aku tulis ni sebenarnya? Tadi nak kutuk TV1 sebab tak tunjuk bola, ni jadi benda lain pulak. Tenggelam punca dah. Ok lah. Aku tak nak sambung lagi. Mungkin ada sambungan ini cerita.

Adioss...

Wednesday, March 2, 2011

Of course he ruin the game.

Assalamualaikum.

Well hello there. As you all might be able to see my blog background is black right?

(Ini Bukan Anwar Hadi)

Okay.That not my style.

Yaa-Haa

Hello there. Did you see the BPL match between Chelsea and Manchester United right now? As you might be able to see Chelsea win the game because of referee stupid decision. I don't think Alex Ferguson can take chin on that. I believe he will react angrily because of biased referee decision.

Ok. Back to my simple and understand language. Malay.

Dari apa yang kita dapat lihat daripada perlawanan sebentar tadi, pengadil tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna. Terlalu banyak  high profile errors yang dibuat oleh pengadil pagi ini.
(pada pendapat aku la)

For your information:
Chelsea 2
-David Luiz
-Lampard (pen)

Man Utd 1
-Rooney

Rooney got striking goal in this match.


Kegagalan pengadil melihat Luiz mengasari Rooney, Ivanovic mengasari Nani dan kebodohan pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila Chris Smalling hanya melihat bola tanpa ada niat untuk melakukan terjahan tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Aku tak ingat siapa pemain Chelsea yang langgar Smalling sehingga dia jatuh dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

What the Fish la pengadil.

Itu lah yang dinamakan permainan.

Sometime we lose, sometime we win.

Tapi point aku dekat sini.

PENGADIL BIAS!!

Geram tahu tak bila pengadil menjahanamkan sebuah permainan pantas sehingga berlakunya kemeriahan layangan kad. Demm.

He ruin the beautiful game. He totally more worst than scum.

Adioss...


Sunday, January 30, 2011

Pertandingan: Apa itu kitar semula?

Yaa-Haa

Setelah mengubah segala bagai design sehingga kembali ke asal. Aku menggunakan sepenuhnya kemudahan internet kelajuan tinggi di rumah. Tak macam dekat rumah sewa. Agak hampeh di situ. Aku blogwalking sehinggalah sampai ke sebuah blog mamat ni.

Dia buat pertandingan. Bukan contest. Ada beza ke? Tak kisah lah kan. Aku nak try masuk pertandingan ni. 

Click pada gambar untuk menyertai pertandingan

Ok.

Kitar semula dari perspektif aku adalah barang lama yang diguna semula menjadi barang terpakai. Tapi aku nak cerita kitar semula dalam bola sepak. Jadi tajuk entry akan jadi seperti ini.

Kitar semula dalam bola sepak Inggeris.

English Premier League atau sekarang dikenali sebagai Barclays Premier League telah menjadi kegilaan dan kewajiban setiap hujung minggu bagi sang bola tak kira lelaki mahupun wanita. Terdapat 4 pasukan utama yang digelar sebagai Big Four iaitu Manchester United, Arsenal,Liverpool dan Chelsea. Tetapi kini mungkin tempat Liverpool bakal diganti dengan pasukan yang semakin meningkat seperti Aston Villa, Tottenham Hotspurs dan Manchester City. Mungkin anda pernah dengar nama Alex Ferguson, Arsene Wenger mahupun Jose Mourinho. Tetapi pernahkah anda mendengar nama Sam Allardyce dan Harry Redknapp?

 Sam Allardyce

 Harry Redknapp


Dua orang pengurus berwibawa ini telah mengangkat pasukan lemah bertukar menjadi giant killer dalam saingan liga inggeris. 

Mereka berdua datang dari tempat yang berbeza. Berbeza falsafah dan idealogi tetapi mempunyai kekuatan yang serupa iaitu,
Mengangkat pemain terbuang menjadi pemain terbilang
Itu juga dipanggil kitar semula. Sebagai contoh, El Hadji Diouf. Setelah cemerlang dalam Piala Dunia 2006 bersama skuad Senegal, beliau terus di rekrut oleh Liverpool tetapi prestasi tidak menentu dan corak permainan pantas Liverpool gagal buat Diouf menempatkan diri dalam kesebelasan utama. Dia menjadi pemain terbuang. Surplus requirement kata orang kampung aku. Keperluan berlebihan. Senang cakap, sampah lah.
 Akhirnya Sam Allardyce telah memberi harapan baru buat Diouf dengan membawanya ke skuad lemah Bolton Wanderers.  Sam Allardyce bijak menggunakan kepakaran dan kekuatannya. Mencari pemain terbuang dan kini mereka naik semula menjadi pemain yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Rafael van Der Vaart, Peter Crouch, Robbie Keane, adalah nama besar bola sepak suatu ketika dahulu, pernah jatuh dan kini mereka meniti naik semula seperti dahulu dibawah bimbingan Harry Redknapp.

Jika ingin disenaraikan, terlalu ramai pemain terbuang yang kini telah diguna pakai semula dan diberi kepercayaan penuh oleh pengurus mereka sehingga menjadi pemain terbilang. Alan Smith, Louis Saha, Nicholas Anelka, Thierry Henry, Roy Keane, Paul Ince, Kieran Richardson, Sean Evans dan ramai lagi pemain bola sepak yang sebenarnya adalah sampah tetapi kini mereka naik semula meniti nama dipersada dunia.

Jangan sesekali ingat bahawa kitar semula hanya untuk barang keperluan harian. Manusia juga sampah, manusia jugalah emas. Terpulanglah cara untuk membentuknya jadi sebagaimana yang kita inginkan.
Think about it.

Adios.. 


Saturday, January 15, 2011

Full HD. Mengagumkan. Jakun nya aku.

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak minta maaf kepada semua peminat Yuna dan semua Gentleman dan Ladies di atas kekhilafan aku merosakkan lagu Cinta Sempurna. Tak semua orang faham apa yang aku nak sampaikan dan maaf kepada sesiapa yang gagal memahaminya. 
 
Tengok tu! Tetap tak nak mengaku yang dia tu silap. Asyik nak orang je faham dia. Insaflah Khai.

Ok. Cukup. 

Bosan. Itu yang aku rasa sekarang. Sekarang aku sedang menonton bola secara live di hadapan tv baru. LG Full HD beserta Astro B.yond. Antara perlawanan yang sedang berlangsung sekarang adalah:

Chelsea vs Blackburn (CH 812)
Man City vs Wolverhampton (CH 813)
Stoke vs Bolton (CH 817 dan CH 831)

Aku sedang tengok di CH 831 Astro Supersport HD. Stoke vs Bolton. Walaupun team yang lawan tak best tapi kualiti video menyebabkan aku terpaku seketika menonton corak permainan sederhana dari 2 pasukan sederhana. Very smooth. Sangat seronok rupanya menonton dalam Full HD ini. 

Astro B.yond | More than you can imagine

Slogan tu aku memandai je reka. Aku sendiri tak tahu apa slogan Astro Byond. Entah ada ntah tidak.
Peluh, rumput berterbangan dan putaran bola begitu jelas kelihatan. Dengan Full HD ini aku dapat melihat kelemahan benteng Bolton di pertahanan kanan. 
 
Apa sebelum ini memang tak nampak kah kelemahan sesebuah team bila tengok bola? Ngada-ngada. 
 
Disebabkan HD ini juga membuatkan aku tak ingin lagi melihat perlawanan Chelsea mahupun Man City yang sarat dengan aksi bintang kelas dunia. Betapa jakunnya aku, inilah 1st time menonton EPL live dengan HD. Sebelum ini cuma Piala Asia je. Dah rasa macam dalam game aku tengok padang Piala Asia Qatar. Macam real!!
Hello!! Dalam tv memang real ok! Bukan kau main game. Apa daa!!

Kadang-kadang rasa diri ini diperbodohkan dengan teknologi. Mungkin orang lain sudah biasa berhadapan dengan keadaan sebegini, tapi aku? Jakun kan? Tapi tak apalah. Dapat juga merasa menonton bola dengan tv nipis dan HD. Sebelum ini asyik tengok bola dengan TV besar gerabak yang kadang-kadang warna pun dah kelabu. Pernah sekali tv meragam, jersey MU yang warna merah bertukar ke warna ungu. Tak feel langsung! Mungkin ada juga orang lain yang tak pernah merasa apa yang aku rasa. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

Nazmi Raja Lawak 5 cakap semua dalam kedai ada HD. TV, mesin basuh, peti sejuk. Semua HD.
 
Hutang Dulu.
 
 Google sahaja terus copy paste
 
Dalam ramai ramai peserta, aku suka si Nazmi ni. 1st week dah nampak dia punya serlah bintang. 2nd week makin menjadi. Tunggu saja lah apa pula lawaknya selepas ini.
 
Memang Dahsyat.

Sunday, January 9, 2011

Kenapa mereka boleh sokong 3 team sekaligus?

Yaa-Haa

Tak ada pangjang lagi ke tajuk entry aku ni ha? Team yang aku maksudkan adalah team bolasepak. Kadang-kadang aku hairan apabila sesetengah orang menyatakan secara terbuka bahawa dia fan MU dan dalam masa yang sama dia mengaku dia sokong Liverpool. Pelik kan? Kenapa aku kata pelik? 

Semenjak dahulu lagi trend ini tercetus. Arsenal,Man Utd,Liverpool, Real Madrid dan Barcelona wajib dipisahkan. Mereka adalah musuh ketat. Perpindahan pemain di antara kelab ini adalah ketat dan mungkin sekali mustahil. Begitu juga dengan para penyokong mereka. Pantang berjumpa pasti akan ada percakaran dan pergaduhan antara mereka. The Life Of Football. 
 
 Arsenal | They love their club

Sekarang? Perpindahan pemain melibatkan puluhan juta seolah olah begitu senang sekali dibelanjakan untuk mendapatkan pemain musuh. Boleh aku katakan, Real Madrid adalah pasukan yang tak tahu malu apabila sanggup melabur ratusan ribu untuk mengambil harta musuh ketatnya. Tanpa ada usaha untuk membangunkan pemain remaja mereka sendiri. Too pathetic. I'm not proud if  I one of their fans. Disebabkan perpindahan pemain inilah tercetusnya duo club supports. Mereka menyokong MU kerana menyokong dari kecil dan mereka juga sokong Real Madrid kerana adanya bekas pemain MU seperti David Beckham, van Nistelrooy dan Cristiano Ronaldo. Ramai juga peminat bola sepak yang menyokong 2-3 pasukan kerana corak permainan mereka. Sebagai contoh Arsenal (permainan laju), Man City (pemain dunia) dan Chelsea (Juara BPL). 
 
 Galaticos | Hebat di musim perpindahan

Aku tak suka apabila ada segelintir peminat bola sepak menyokong lebih dari 1 team bola sepak kecuali berlainan negara. Aku tetap menyokong Man Utd andai Rooney keluar dari Old Trafford dan aku mengagumi corak hantaran pantas Arsenal, tapi aku tak pernah sokong Arsenal.

Rooney | Maybe last season for him

p/s: suka hati melihat ketidaksabaran seseorang pemilik kelab memecat seseorang pengurus. Unlucky for Roy Hodgson and Carlo Ancelotti. Congratulations to Arsene Wenger and Sir Alex Ferguson because both of you still can smile :)

Monday, December 27, 2010

Ganyang Malaysia? Aku cool jer.


Yaa-Haa

Indonesia nak ganyang Malaysia. Ada aku kisah? Rilek sudah. Malaysia dah menang 1st leg, doa je la 2nd leg nanti at least draw. Sebagai rakyat Malaysia yang katanya berfikiran terbuka dan mempunyai minda kelas pertama, tak perlu terlibat dalam komen dan perdebatan dengan rakyat Indonesia. Bagi aku sesiapa yang  balas komen dan juga kritikan tu ibarat masuk ke akuarium Piranha. Termasuk jugalah Khairy Jamaluddin, dah tahu orang Indon jenis yang panas baran dan tak nak mengaku kesalahan sendiri, yang awak pergi layan juga kenapa? Cuba lah jadi macam Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Arsene Wenger yang berjaya menyerap tekanan walaupun macam macam kritikan kepada skuad mereka. Mereka hanya berdiam diri dan membiarkan pengritik berang dengan sikap berdiam diri mereka. Jika hendak bersuara pastikan kata-kata anda mampu menutup mulut si pengkritik jahanam.

Indonesia tiada semangat kesukanan walaupun mereka mempunyai segerombolan Die Hard Fan yang sangat-sangat ramai itu. Aku malas nak komen lebih pasal Indon nih. Biarlah dekat diorang. 

Pergaduhan | Tanda akhir zaman

p/s: tengah usha handphone Xman Mobile buatan Msia,cantik dan murah :)

Bahana rehat 5 minit-Indonesia rebah di bumi Malaysia


Yaa- Haa

Tajuk entry aku dah macam tajuk surat khabar. Biarlah. Dua benda terjadi semalam. Guess what? Malaysia menang dan Manchester United menang. Apa persamaan mereka? Dua-dua bermula dari huruf M.Haha.Okey, enough, tak lawak pun.
  
Safee Sali | Terbaik Malaysia

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Malaysia menunjukkan cara untuk bermain bola sepak dengan betul kepada Indonesia yang rata- ratanya anak manja apabila hal kecil pun mahu di adukan kepada pengadil. Mujurlah pengadil sangat2 bagus malam tadi. Mutu pengadilan yang mantap, Sorakan padu tuan rumah, pertahanan kental pasukan Malaysia dan penjaga gol Indon, Markus bermain dengan hampeh. Aku sungguh teruja menyaksikan gol ke-2 Safee Sali dengan tandukan padu yang membuat Markus (GK Indon) tergamam menyaksikan bola melepasi jangkauan dan penglihatannya lalu menerjah gawang. Kenapa lain macam je ayat yang aku guna harini? Biarlah..

Aku harap Skuad Malaysia tetap seperti ini, mengekalkan jurulatih, mengingatkan pemain agar jangan lupa diri, meneruskan pencarian bakat2 muda, meneruskan corak permainan dengan hantaran pendek dan counter attack yang pantas dan teratur, rakyat Malaysia juga harus sama2 memenuhkan stadium selepas ini andai kata Malaysia menang AFF Suzuki Cup ini. Jika apa yang aku harap ini berterusan selama 2 tahun. Malaysia mungkin boleh memasang angan2 untuk bermain di pentas dunia. Bunyi macam lawak kan? 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Malaysia hanya perlu memantapkan lagi perebutan bola di udara dan memperkemas counter attack ketika bertandang di Gelora Bung Karno. Apih kata Indon dah sediakan laser merah beserta raifal untuk pemain Malaysia di sana. Bila aku baca entry budak nih, agak menyirap darah aku dengan perangai mat mat indon ni. Tapi berani ke diorang buat macam tu?

p/s: Man Utd di tangga teratas liga dengan perbezaan 2 mata dan kelebihan 2 perlawanan.
p/s: Lepas ni penyokong Malaysia yang pergi ke Gelora Bung Karno boleh bawak banner 
Aku Darah Anak Malaysia

Wednesday, June 30, 2010

Beckham coach England!!!!



Yaa-Haaa!!!

Wow!!!
Why Not???

itu yang ada dlm pikiran aku bila aku baca surat khabar Metro bahagian Piala Dunia hari ini..

David Beckham bakal jadi coach baru England

hahaha

sangat2 menarik..
~Bossy Beckham~


England masih perlukan seseorang yang berwibawa dan dpt meningkatkan semangat pemain Three Lions..

David Beckham

ketika waktu England dibelasah teruk oleh Jerman..
Beckham lebih banyak memberi sokongan,movivasi kpd rakan2nya di dlm padang..

siapa sangka..

kalau Maradona yg terlibat dlm ketagihan arak dulunya..
kini telah berjaya membawa Argentina ke peringkat suku akhir..

David Beckham yg telah lalui naik turun kerjayanya
who knows..
dpt mengembalikan England ketika di zaman Sven Goran Eriksson

x kesah lah sapa jd coach England..
Capello x akan letak jawatan lg..
maybe something can happen in Euro 2012
who knows...
aku rasa Capello harus di beri peluang lagi..
sedangkan Alex Ferguson dan Arsene Wenger pun terkial2 nak naikkan kelab MU n Arsenal dlm masa 2 tahun...
ini kan pulak Capello yg baru setahun jagung dlm England dan masih xpandai ckp bahasa inggeris...

andai kata Beckham jd coach England..

cuba tgk cara berpakaian Beckham pd mlm tu..
stylo kan..
setiap kali perlawanan England,Beckham pakai mcm tu..
akan jd trend kpd coach2 yg seangkatan dgnnya..
hehe

tgk Jose Mourinho dgn skarf hitam dan jaket labuh..
tgk Mancini dgn skarf biru muda..
tgk Joachim Loew dgn t-shirt v neck..sempoi saja..
x lama lg..cara berpakaian Beckham yg kemas dan bergaya..
akan menjadi ikutan pengurus2 muda kelab atau negara..
hehee

bukti menunjukkan England masih memerlukan khidmat bekas pemain MU ini..
apabila Englan membida utk jd tuan rumah WC2018
Beckham di pilih menjadi duta..
bayangkan Beckham time tu..dah tua kn..
tp siapa yg FA amik??
bukan Lampard,bukan Gerard,bukan Rooney..
tapi Beckham
coz..
kehadirannya akan menjadi satu tumpuan..
dan akan dihormati sesiapa shj..

Beckham juga antara pemain yg dpt menyerap tekanan dgn baik
lagi pemain yg dpt bermain dgn baik ketika tekanan memuncak adalah,Ronaldo(Brazil),Zidane,Terry,Gary Neville,Klose,Deco dan beberapa pemain lagenda..
Ryan Giggs=pemain penyerap tekanan terbaik dunia
(sapa sejutu angkat tgn)

p/s:lagi 3 ari nak balik kampus
p/s:pg td pegi skolah amik sijil kawen n ke pasar tani..ada cerita menarik..dlm entry seterusnya..hihi


Thursday, June 17, 2010

entry ini pasal bola..x suka..jgn baca..terima kasih..hehe

bapak panjang dowh tajuk entry aku kali ni...amik ko...haha
mintak maaf byk2 la kepada pembaca2 blog aku niyh...
pasal bola x abes2...
sorry erk..huhu
hari2 ngadap bola....
apa boley buat..
hurm...
orait...
xde ape sgt pun ak nak citer..
just this...


WAKA-WAKA
WAVIN'FLAG
2 lagu penuh makna...

WAKA-WAKA
lebih kepada keraian Afrika Selatan sebagai tuan rumah World Cup 2010

WAVIN'FLAG
lebih menyentuh hati..
lirik yg padat dengan keamanan..
dlm lagu WAVIN'FLAG..
aku suka lirik ni..
WHEN I GET OLDER
I WILL BE STRONGER..
THEY'LL CALL ME FREEDOM
JUST A WAVING FLAG
AND THEN IT GOES BACK
AND THEN IT GOES BACK
AND THEN IT GOES BACK

2 lagu ni mmg menarik...
mana2 pergi pun kita akan dengar lagu ni...

WORLD CUP kali ni penuh dengan kejutan...
ENG seri..
SPAIN kalah..

tahniah buat ARGENTINA kerana menang keatas KOREA SELATAN
MARADONA boleh rehatkn pemainnya n guna barisan kedua utk perlawanan ke-3 coz dorang da layak..
ARGENTINA adalah pasukan pertama layak ke pusingan kalahmati..

TAHNIAH juga kepada GONZALO HIGUAIN kerana menjadi pemain pertama menjaringkan HATRIK

5-star player
***

p/s: lagu WORLD CUP mmg SHAKIRA nyanyi ker stiap 4 taun??
p/s: ade org xsuka aku lyn bola tiap2...kesian dia...


Saturday, June 12, 2010

Rugi X Tengok Bola Beb!!!

Bola
Bola
Bola
Goal


Yaa-Haaa

Semalam da start bola...
best sangat2...

tapi...
malam pertama da ada kontroversi..

oppss..
bukan malam pertama..
hari pertama...

goal Carlos Vela dikatakan ofsaid..
padahal ada sorang lagi pemain di ujung tiang sana..
haish...
tolong la...
celik la mata wahai pengadil dan penjaga garisan..
janganlah anda lena dalam larian...
btw...
aku njoy tgk bola semalam....

pemain afrika selatan tu..
rambut macam Anderson...
x igt nama..
Gol dia cantek..hehe

p/s:time aku nak layan bola jangan ada yg berani antar msg or call aku wat suara manja2...hehe

Friday, June 11, 2010

Lagi EntrY xdE taJuk

Yaa-Haaa....

happy jer bunyinyer kan..hehe..

biarlah..
ape aku kesah...

bende da lepas..biarkan berlalu...
kalo aku nanges air mata darah sekali pun..

tggu beruang makan penguin ker...

aku tetap failed kertas FAR150(akaun)

budak akaun failed akaun...
hehe..

biarkan...kalo failed CTU lg malu kan..hehe

mlm ni aku nak bergumbira sahaja....

pernah x korang terpikir...
Khairul Adilah Bin Ahmar Saberi jd pelajar akaun??
aku xpenah amik akaun kat skul menengah dlu...
dlm UPU..akaun pilihan ke-8
last sekali kowt..
tup..
tup..
dapat akaun..

GILA!!

tp tu la rezeki..

aku masih terpinga2 kenapa aku dlm jurusan ni..
aku lebih suka kepada benda2 yg memerlukan pemerhatian,hipothesis,kesimpulan dan berkenaan..
tp..
takdir aku bukan di situ...

Ya Allah...
berilah hambamu petunjuk
dan cahaya kebenaran..
kau tunjukkan jalan yg benar kepadaku agar
aku tidak sesat didalam
menempuhi jalan
yg berliku
di dalam
dunia fana ini...

amin...


malam ni gua nak enjoy,happy..
gua nak sorak GOAL!!!
lantak la jiran gua nak bakar umah gua ker hape..
aslkan jgn bakar TV n Astro gua sudaa..
kalo x..
gua bakar umah lu sampai hancuss...
hancus mcm hati gua sekarang...
YAA-HAHAHAHHA
(GELAK MENGALAHKAN SETAN)

P/S:kepada aweks2 diluar sana..sila fahami pakwe anda...beri mereka sedikit personal time...

p/s: mujurlah aku single..kalo x mesti kurang kasih syg gf ak skunk...hehe

Yaa-Haa


Monday, June 7, 2010

Peraduan Kick To The World


Yaaa-Haaaaaa!!!!!

bertemu kembali....

4 hari lagi Piala Dunia akan bermula...

Yeah!!!!
I'm looking to it..
sempena dgn World Cup ni saya nak anjur satu contest..
semua rakyat Malaysia boleh masuk...
ingat..
RAKYAT MALAYSIA SAHAJA
bangla,nepal,indon..x boley
ekeke


hadiah??
3x topup RM10 kepada 3 pemenang utama
MAXIS,CELCOM,DIGI

sila jawab soalan di bawah..

  1. SIAPAKAH JURULATIH SKUAD AFRIKA SELATAN SEKARANG?
  2. APAKAH NAMA PENUH BINTANG PORTUGAL CRISTIANO RONALDO?
  3. BERAPAKAH NEGARA YANG MENYERTAI PIALA DUNIA?
  4. APAKAH NAMA JOLOKAN SQUAD NIGERIA?
  5. SIAPAKAH JURULATIH SKUAD JERMAN?
  6. BERAPA KALI BRAZIL PERNAH MENJULANG PIALA DUNIA?
  7. BILAKAH CAPS PERTAMA WAYNE ROONEY UNTUK ENGLAND?
  8. KUMPULAN G MENGANDUNGI NEGARA KOREA UTARA,PORTUGAL,BRAZIL DAN____
  9. SIAPA PEMENANG KASUT EMAS PIALA DUNIA EDISI 2006?
  10. TIM CAHILL MEWAKILI NEGARA MANA?

TULISKAN NO DAN JAWAPAN BESERTA NAMA DAN NO TELEFON

SILA HANTARKAN JAWAPAN KEPADA:


KHAIHIRUMA@GMAIL.COM

tarikh tutup adalah pada 21 jun 2010
pengumuman pemenang akan di siarkan di
padasaatini.blogspot.com pada 23 jun 2010

TQ.

Wednesday, May 26, 2010

Group B pulak!!

Okey!! ritu da bicara psl group A..niyh..group B pulak...
ape?? xphm??? World Cup la syg...hehe
okey la...xmo buang2 msa..here we go....

Group B
  • ARGENTINA
  • GRECCE
  • SOUTH KOREA
  • NIGERIA
ARGENTINA
jgn ckp la..antara team feveret taun ni..kekuatan dorang adalah d bhgian serangan...triple attack..MESSI,TEVEZ n AGUERO..subs pulak..HIGUAIN,MILITO,RODRIGUEZ
sume hebat2..so xde masalah la anak buah Diego Maradona nk melangkah hingga ke pusingan kalah mati..

GRECCE
hanya hebat ketika d EURO 04...pastu..sume hampeh jer....team ni bkn lg pilihan..just sekadar team biasa2 yg memeriahkan piala dunia taun niyh..huhu...harapan agk sukar ke stage yg seterusnya...sorry 2 say....

SOUTH KOREA
jgn ckp la..tunjang utama..PARK JI SUNG N LEE YONG PYO...sape xknal 2 org player ni..arap2 doarng ley kekal prestasi mcm WC 02 dlu..huhu

NIGERIA
x byk yg aku tahu psl team ni...erm..cmne nk ckp yer....antara pemain tunjang skuad SUPER EAGLES niyh...JOSEPH YOBO,VINCENT ENYEAMA,OBI MIKEL,OBAFEMI MARTINS...
harapan...perlu bersaing ngan KOREA n ARGENTINA utk layak ke pusingan seterusnya...

pilihan:ARGENTINA n SOUTH KOREA

Friday, May 14, 2010

KiTa bAkal DEmAm lAgi !!!!!!

tak lama lg Piala Thomas akan munutup tirainya...lepas ni masayarakat dunia akan disajikan dengan pelbagai lagi juadah seperti F1,MOTO GP, dan bola sepak...sebenarnya ada byk lg sukan yg tgh hot sekarang ni..tp kali ni..aku nk citer sket sal...
PIALA DUNIA 2010 AFRIKA SELATAN.....(^_^)

setelah research drpd majalah bolasepak tempatan spt WISEL,STARSOCCER n GILA BOLA....tmbah pakcik WIKI n pakcik GOOGLE sudi memberi info...ini lah dia sedikit sebanyak ulasan2 dan team2 faveret WORLD CUP kali ini....stay tuned..only on padasaatini.blogspot.com..ahakz!!!

okey!!! here we go...
1st of all...GROUP A
  • PERANCIS
  • MEXICO
  • AFRIKA SELATAN
  • URUGUAY
PERANCIS sebuah pasukan cap ayam sbb logo pasukan mereka adalah ayam..huhu..jurulatih mereka ialah RAYMOND DOMENECH..kapten Perancis buat masa ini adalah PATRICK VIERA n penjaring terbanyak setakat ini adalah THIERRY HENRY(44 gol) ..mungkin ini bukanlah penyertaan impian mereka disebabkan bola tangan HENRY,seluruh masyarakat dunia mencemuh perbuatan itu dan meranapkn impian Ireland untuk menjejakkan kaki ke benua afrika ini..JOHN O'SHEA dan ROBBIE KEANE antara yg kecewa kerana tidak dpt bersama2 rakan2 kelab mereka yg lain dalam drama aksi merebut piala dunia kali ini...

MEXICO...apa yg aku boleh katakn dlm negara ni...coach dorang sgt2 bagus...JAVIER AGUIRRE...team ni mempunyai beberapa org pemain bertaraf dunia dan bakat2 baru..antaranya..RAFAEL MARQUEZ,HECTOR MORENO,ANDRES GUARDADO,GIO DOS SANTOS n CARLOS VELA..harapan untuk melangkah ke peringkat kalah mati agak sukar....

AFRIKA SELATAN...tuan rumah World Cup kali ini...mana2 negara x boleh memandang ringan pasukan tersebut kerana tuan rumah mempunyai kelebihan..kelebihan mereka ialah dpt bermain pada altitud yg tinggi..ia adalah satu kelemahan kpd pasukan eropah spt England,Germany n Italy....antara pemain Afrika yg aku kenal adalah STEVEN PIENAAR AARON MOKOENA,MCBETH SIBAYA..

URUGUAY..EDINSON CAVANI n DIEGO FORLAN...apa yg boleh aku katakan..2 penyerang ini adalah terbaik d Uruguay..aku xpernah menonton lagi perlawanan membabitkan Uruguay..jika di lihat kejohanan Piala Dunia sebelum ini..2002..Uruguay terkandas di peringkat kumpulan sahaja..2006 mereka xlayak...hurmm..kali ini nmpak agak sukar bg mereka meneruskn kemaraan ke peringkat kalah mati..

pilihan: PERANCIS n AFRIKA SELATAN

TO BE CONTINUE