Showing posts with label what man want. Show all posts
Showing posts with label what man want. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Demam Fantasy Premier League

Yaa-Haa

Kalau bercakap tentang Fantasy Premier League. Gua legend. 

Macam haram. Aku drop Berbatov sebab dia tak function dan letak Drogba dengan Rooney sebagai striker. Tup tup Berba hatrik lawan Liverpool. Pffttt.



Lepas tu terus tak main Fantasy ni. Sekarang ni nak start balik. Azam baru, team baru, player pun baru. Hahaha

Aku terbaca blog Aizuddin ritu tentang joining league yang dia create ni haa.
Ni entry beliau. Klik sini.

Kalau ada siapa siapa nak join. Meh la. Kasi meriah sikit table. 

Ini kod join league ni.
1072709-251705


Ni starting team aku.


Pergh! David De Gea tu. Sial lah!

Jom cabar aku dalam Geng Bola League. (bajet macam gua legend)

hehe

Adioss...

p/s: ringan kepala hotak bila assignment BEL 313 yang berminggu2 pulun buat sudah dihantar tadi dan kuiz Tax senang. Keluar awal beb! Confident tak aku? Hahaha :D

Thursday, August 4, 2011

Tips memikat lelaki berkereta Subaru

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Excuse me, but I might drink a little bit more than I should tonight. Yup. Aku terlebih minum harini.

Adoyai. Berkocak kocak air dalam perut ni. Mabuk!!

Fresh oren 2 gelas dan tebu fresh beli kat bazaar lembah bujang tadi.
Air tebu ni pun tak habis lagi. Ada sebelah laptop ni haa.

Erm, apa aku nak cakap malam ni. Haa

Tips lah. Barang siapa yang curik lagi entry aku lepas ni, duit Nuff dia tak halal RM50 hengget. 
Hahaha

Seperti tajuk di atas. 

Tips memikat lelaki berkereta Subaru



1. Jangan sombong.
Kalau dapat tahu cik abang sedang membodek bapaknya kereta baru. Janganlah jual mahal pulak. Go on jer dengan dia. Untunglah kau dapat boyfriend kaya. Kalau BF kau sekarang guna kapcai atau kereta buruk. Sabar jela. Tak lama lagi dapat merasa bau Subaru.

2. Don't ever talk shit about Japan's cars
Lelaki tak suka girl cakap tahi tentang kereta Jepun. Tahulah bapak kau guna Hyundai Matrik dengan Proton Saga FL. Jangan berani nak kondem kereta Jepun. Tak merasa kau naik Subaru nanti.



3. Don't talk BMW
Tahu tak syarikat pembuat kereta mewah BMW dan Merc berbulu sangat dekat syarikat kereta jepun terutamanya Honda dan Toyota. Orang Jepun tiru dan buat lebih baik dan lebih murah. Toyota Camry dan Honda Accord dinobatkan sebagai Mercedes Jepun oleh taiko dan tauke cina. Melayu je berlagak naik BMW dan Merc yang maintenance tinggi setiap bulan. Apa kejadahnya.

Don't make boyfriend pissed off

Motifnya sekarang, cik abang naik Subaru, so jangan cakap la pasal BMW yang bapak kau guna pergi kerja tu depan dia. Makan hati woo.

4. Puji kereta dia
Take note! Laki suka perempuan puji kereta depa even kereta tak basuh sebulan. Jaga hati beb. Kalau kereta pakwe kau busuk. Ko tolong la beli perfume kereta tu. Berapa hengget sangat nak dibandingkan minyak kereta dia dengan makan pakai kau lagi. BBM, bil P1 Wimax nak berSkype malam malam. Tu tak termasuk cardigan dekat Armani Exchange habuan birthday gift engkau lagi!
Eh, A|X ada jual cardigan ke?



5. Janganlah jadi mata duitan sangat. 
Kalau BF atau ada boy yang ngorat kau tu naik moto cabok atau kereta bapak dia sahaja. Terimalah seadanya. Dah bukan rezeki kau nak merasa Subaru. Maybe Honda, Toyota, Nissan, BMW or Merc. 

Who knows. :)

Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa Subaru. Mungkin sebab kawan aku nak pakai Subaru kot tak lama lagi. Berdoa jela. Untung untung boleh tumpang pergi kelas.

Adioss...

Saturday, April 9, 2011

Cerita semalam | Cikgu

Yaa-Haa

Assalamualaikum cikgu, anak murid, guru besar, kerani pejabat, tukang kebun.

Siapa lagi eh?

Tiba tiba bagi salam dekat cikgu. Buang tebiat nak mampus ke hape?

Sebenarnya, aku nak cerita sikit (ringkas dan padat). Semalam aku jumpa parent aku dekat RFC Laguna Merbok. Ini kes anak tak nak balik rumah parent tak nak ziarah anak kat pedalaman Merbok nun. Jauh. Yes, Sg Petani ke Merbok jauh. Hahaha.

Tiba tiba ayah tanya aku, lepas ni nak jadi apa, means nak sambung mana dan nak ambil apa lepas ni. Mujurlah dia tak sekejam Virus dalam cerita 3 Idiots, suka menyuruh anaknya jadi engineer.

Aku cakaplah, nak masuk UTM, sambung education. Nanti ada rezeki boleh jadi cikgu akaun. 

Ok. Percaturan silap. Ayah suruh aku ambil perakaunan dan pendidikan. 
Mama aku cakap, ye la, dia nak ambil pendidikan la tu, education.

*Itu pentingnya english education
 
Masalahnya sekarang, ayah nak aku ambil di UUM. Aarghhh. Hate this. Tak kemana lah aku, sekitar Kedah juga. Demm.
Tapi buat apa aku nak argue depan dia kan?

Nanti keluar UPU, isilah yang mana aku suka. Kalau UiTM Sarawak atau UNIMAS ada Bachelor in Education, why not?

Yang penting sekarang, habiskan diploma dulu. Setahun je lagi.

Err..

Saidatul Atikah, Amir Nordin, selamat ber praktikal di sekolah lama. Hehe

Shamila Amran, selamat berjumpa kembali. Cikgu eh? Tahniah! :D

Adioss....

p/s: make school fun

Friday, March 18, 2011

Girl's thing :When Devil wears Prada

Yaa-Haa
 Hello there everyone

Aku terjaga pukul 4.36 a.m. and I couldn't continue my sleep. Ok then. Aku belek segala movie yang aku ada dan decide nak tengok cerita Devil Wears Prada.

Lepas tengok movie tu (actually baru habis tengok) aku baru terfikir kenapa girl perlu ada lebih dari 1 handbag, kena ada at least 3 kotak kasut, perlu ada bermacam macam corak dan warna untuk shawl, tudung dan selendang. All this things is Fashion. Fashion is how you make your day. Fashion is your characteristic and fashion is all about obsession.

Girl, please correct me if I'm wrong. I'm intentionally not trying to get all this kind of girl who have very massive amount of taste and preference about fashion. I like to keep it simple.

Okay, back to the topic. Eh, apa tajuk kita tadi? A'ah. Ok. Pukul 8 malam ini akan bermulanya SISDA Gala Night. Seriously, I'm nervous. Aku hanya akan pakai sesimple yang mungkin sedangkan kawan2 perempuan, senang cakap, classmates aku semuanya melaram sakan. Baju dah beli sebulan sebelum Dinner. Ok. Thats ridiculous. But them? Its how to make your great night. Jeez. It can't be helped.
So, apa yang aku nervous sangat adalah bagaimana penerimaan aku terhadap kaum kaum ini. Ya. Tak salah satu sem sekali melaram, tapi, entahlah. Haha. I'm speechless.

Sebenarnya, aku bukan nak cakap sangat tentang fashion kerana aku seorang yang buta fesyen. (Dah tulis panjang panjang tentang fesyen, kau cakap tak cakap tentang fesyen? Damn you!!)

Girls, tolong jangan sentap dengan entah apa yang aku merapu dekat atas tentang fesyen apa bagai. Bukan niat aku nak condem benda alah ni ok? Maaf.

If devil wears jersey, it will become Man Utd

Kalau kita tengok cerita Devil Wear Prada kan? Dah tengok ke belum? 
Ceritanya sangat berkait dengan realiti sekarang. 
When you boss, you are the King.
Apa kejadahnya itu. Pekerja bekejar kesana kemari semata mata dengan benda remeh bin temeh.

Tema cerita ini juga boleh dikatakan sebagai obsession to work. Kadang kadang cerita ni menampar pipi aku sendiri. Aku terlalu sibuk dengan hal Dinner dan assignment (haram tak banyak mana pun)
sampai ayah aku call nak jumpa kejap pun tak boleh. Apa yang aku dah buat ni?

Fashion needs Egoism


Yup. Aku stress dengan kerja sebagai Exco Publisiti. Itu ini, semua aku. Pembantu? Tak ada sebab setiap kali tanya semua tak ada, tak tahu dan bila aku tanya ada Photoshop ada tak? Dia tanya aku balik. Apa kejadahnya tu? Kedai gambar jawapan aku. Senang. So, I.m worked alone, I'm screwed it up and I'm done.
Pening pening pun kerja semua dah settle. Alhamdullilah.

Ayah, abang minta maaf sebab tak ada masa nak jumpa ayah minggu ni. Kalau tak ada aral melintang, maybe minggu depan balik kot. Tu pun kalau tak ada lah. Ayah rindu abang ke rindu kereta? (Soalan sentap di situ)
Awat senyap?

Hahaha. Ok. Ayah aku tak mungkin baca blog ni.

Ok. Have a good day. Wish us luck for incoming dinner tonight.

Adioss...

Wednesday, January 12, 2011

Sekarang ini pelik, Ego dan Cinta ia saling berkait?

Yaa-Haa

Pelik sangat tajuk entry aku kali ni. Pelik kan? Kenapa aku cakap pelik? Banyak benda yang berlaku disekitar aku sekarang sangat-sangat pelik. Couple, Single, Complicated, Not Single But Available. Macam macam.

Selepas entry aku yang bertajuk Mohd Hazmi in relationship with Nadya Aziz, Hazmi call aku semalam. Gelabah cukup. Relaks bro. Selalunya yang perempuan yang akan melenting, marah-marah. Ini tidak, laki pula yang lebih-lebih. Dunia sudah berubah. Berubah sama sekali. Aku pelik dengan lelaki sekarang. Tersangat ego, termasuk diri aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apa yang aku nak. Kawan aku aku namakan sebagai A dia minat kepada kawannya yang aku sendiri tak pernah jumpa dan hanya berkomunikasi di telefon dan FB sahaja. Kawan dia tu aku namakan sebagai B sahaja. A sayang B tetapi B cool sahaja. B tahu A sayang dia sangat-sangat. Tetapi ego. B adalah lelaki. Semua orang tahu characteristic lelaki adalah ego. Aku tak kenal sangat dengan B dan kalau boleh tak nak kenal pun. Ego kan? 

EGOISM | Know the man, know their ego


Kawan aku ni, aku kesian dia, aku sayang dia sebagai kawan. Dia dah banyak kali menderita dan kecewa dengan dirinya dan hubungan nya dengan hamba Allah yang lain. Aku harap aku dapat menolong dia.Aku akan cuba tolong dia. Orang di luar sana pasti akan cakap aku bodoh. Sanggup menolong kawan untuk memastikan cintanya sekurang-kurangnya dilihat ikhlas walaupun tidak terbalas sedangkan diri aku sendiri masih seperti ini. Setiap malam housemate sanggup keluar lewat malam mencari topup untuk mesej dan call awek sedangkan aku hanya lepak depan tv dan mentelaah buku sementara menunggu masuk tidur.
 
Tengok tv | Lebih jimat dari call awek 
 
Single itu simple. Betul. Aku tak mengalakkan sesiapa yang dah berpunya kembali single tapi bagi aku single itu sunyi tetapi seronok. Bebas berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu menjaga hati seseorang, bebas keluar dengan sesiapa sahaja tanpa perlu cover line. Tapi tak bermakna aku Playboy. Aku setia tapi orang tu tak percaya aku seratus peratus. Aku akui aku ramai kawan baik laki mahupun perempuan. Kalau aku borak dengan diorang tak bermakna aku tak setia. Jika aku tengok perempuan hot tak bermakna aku tak ingat siapa di hati tapi ini lah hakikatnya. Tiada persefahaman dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing. Full Stop. Aku dah tak larat nak luah isi hati ini. Cukup lah buat masa sekarang. Aku bahagia denga keadaan aku sekarang.

Single Season | Bukan Syok Sendiri


Aku pelik kenapa perempuan susah nak percaya lelaki dan kenapa lelaki sangat suka dengan status Not single but available. Aku takut nanti dia pula yang permanent disable. Ok lah. Dah panas terik. Perut pun dah berbunyi, so time to cook and eat. 

p/s: semalam meeting Dinner Sisda, aku sekali lagi dilantik menjadi Exco Publisiti. Popular sangat agaknya. Bulan March nanti aku akan date dengan Photoshop CS3 je la.

Friday, January 7, 2011

Kenapa kamu single?

Yaa-Haa

Persoalan yang sering menjadi soalan cepu mas iaitu kenapa kamu single? Kalau dapat kawan yang mulut tak ada insurans dia akan cakap macam ni:


Kau bila nak ada awek haa?? Tak bosan ke asyik ngadap PES2011 jer? Ko niyh tak de life la..

Ko ni tak laku ker? Takkan tak de sorang pun minat engko?

Ko tak jeles ke tengok si Nadya tu asyik berkepit jer dengan Adnan? Ko tak rasa nak buat macam tu jugak ker?

Kesian aku tengok kau..Sumpah ko nih memang tak laku kan? Tak nak mandi bunga ker?

Kalau korang dapat kawan yang macam ni punya mulut, korang belasah dia hidup-hidup kemudian cari awek sorang. haha. Mau tak tersirap kalau dengar ayat-ayat kat atas tu kan. 
Sepi | Ini bukan aku

Ok. Kenapa kita single? Aku guna kita sebab aku pun single, Apih pun single, Umar pun single, Hans aku tak pasti la pula. Ok. Back to the topic. Why we single? Aiseymen..speaking kau yer, ape nak ambil MUET ke semester ni?

Aku sendiri pun tak ada jawapan yang tepat dari segi teori dan praktikal dan juga dari segi bahasa dan akhlak. Fuh, gila mantap ayat aku petang-petang ni. Tapi berdasarkan dari pandangan,pendapat, pengalaman dan penceritaan yang aku dengar dari orang lain dan diri aku sendiri ialah:

1. Couple itu haram menurut Islam. Pegang tangan, berdua-duaan dan peluk-pelukan itu haram selagi tak kahwin. Jangan bantah point ni. Siapa bantah aku sembelih.hehe.

2. Komited terhadap  kerja. Disebabkan tugasan,assignment,kerja sekolah,tesis dan sebagainya yang terlalu banyak, kami gagal memenuhi waktu sosial kami. Kadang-kadang tak ada sosial life langsung. Tapi kalau dia mempunyai masa yang berlebihan untuk bersosial maka dia so sial.

3. Tak sampai seru. Pada satu tahap di mana hormon lelaki tidak akan tertarik kepada perempuan. Tidak juga kepada lelaki dan begitu juga perempuan. Mereka lebih obses terhadap benda lain seperti game, kereta permainan, memasak dan sebagainya.

4. Homoseksual. Golongan macam ini memang aku tak dapat berbuat apa-apa. Mereka kacak bergaya, badan tough bagi lelaki sehingga menjadi kegilaan wanita manakala yang wanita pula begitu hot sehingga mampu mencairkan lelaki walaupun suhu di Amsterdam berada di bawah paras beku. Mereka kebanyakkan mempunyai status dan pekerjaan yang high profile. Kenapa mereka jadi begini? Frust bercinta? Direject rakan sekerja? Entahlah..hanya mereka yang tahu....

5. Tak laku. Selalunya terjadi kepada perempuan. Gelak sikit.Hahaha. Nasib baik Dr Rozmey ada jalan menyelesaiannya. Yang gemuk jadi kurus. Yang tak laku jadi Hot Stuff, yang hodoh jadi cantik. Inilah dunia. Wanita perlukan lelaki, lelaki perlukan wanita. Wahai wanita sekalian, kamu semua adalah keangkuhan lelaki. Jika lelaki itu mampu menangis kerana kamu maka kamu hebat, tetapi jika sebaliknya, cermin dahulu muka sendiri dan malam-malam muhasabah,muhasarawak,muhakedah keatas diri sendiri.

Too Fat Too Cheap


6. Sekatan keluarga. Bukan sekatan jalan raya ok! Keluarga memilih. Nasib badan lah kalau ada manusia yang masih berada dalam era filem Antara 2 Darjat. No komen :)

7. Mengejar cita-cita. Golongan yang sebegini selalunya optimis dan tenang. Mereka sanggup mengenepikan perasaan demi mengejar cita-cita. Bak kata Aizat Amdan:

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Ada apa-apa yang aku terlepas?
Sungai Lui, Aizat Amdan

Mengejar mimpi


Ada apa apa lagi yang aku terlepas? Kalau ada, nanti aku tambah. Rasa macam nak demam. Rindu Mira(Tilu), Liyana Jasmay dan Lisa Surihani.

Ah!! Gedik kau ni Khai!!!


Apa? Aku golongan nombor berapa? Owh, aku golongan no. 7 insyaallah. Kalau hati aku dicuri orang di persinggahan ke-3 inilah aku akan hebahkan siapa pencurinya. Orang pertama yang akan tahu semestinya Nadya Aziz, ke 2 Elfira dan ke 3 blog ini, ke 4 ex2 girlfriends aku.Hahahaha. Ketuk kepala sikit!!!

Yaa-Haaa!!!!!

Saya Sayang Girlfriend Saya, Sayangkah?

Yaa-Haa

Saya SAYANG boyfriend/girlfriend saya.

WTH??

Kenapa kita kadang kadang begitu? Kenapa perlu mention kita sayang mereka sedangkan semua orang tahu kita sayang dia atau cuma sebahagian sahaja yang tak mengetahuinya atau tidak minat untuk mengetahuinya. Contohnya seperti aku, coursemate couple pun aku tak tahu, budak course lain pula yang khabarkan berita gembira ni kat aku. Demm kan?

Cinta suci | Cinta monyet

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Selalu kita nampak di wall Facebook orang tulis macam-macam terutamanya yang sedang hangat bercinta. Saya sayang awak. I love you. Wo ai ni. Macam-macam lah kan. Aku rasa semua couple sama. Cuma orang sahaja yang berbeza. Cara mereka buat,lafaz dan tunjuk cinta dan kasih sayang itu boleh dikatakan sama sahaja.
Sudahlah Khai, apa yang kau merepek ni? Kau tak couple baik kau senyap.
 
Entahlah. Housemate aku, handphone dia tak lekang di tangan, muka ganas tapi dalam hati ada taman. Time borak dengan awek, wah suara dia boleh mencairkan besi pagar rumah beb! Kadang kadang aku jeles. Bodoh, entah kenapa aku nak jeles. Kawan baik aku ni lagi seorang, dah 2 kali aku nak pinjam kereta dan dia tak bagi sebab cakap ada date. Demm la, awak tu single, jangan nak pura-pura bahagia dan couple ok? Rimas aku dibuatnya.Siap mention dekat FB lagi hatinya sudah dimiliki.Poorah!!!

Bergayut | Manfaat atau keburukan?

Biarlah kat dia. Malas aku nak fikir. Misi aku sekarang, tak akan terlibat dalam aktiviti,gayut,mesej,topup selalu, belanja awek dan keluar date. You know what I mean right?
No girl,no couple,save budget :)
Selama 3 semester, aku nak fokus dengan diploma dulu, bila tiba masanya nanti, adalah tu. Cinta tak perlu dipaksa-paksa. Apa-apa pun, kepada kawan-kawan aku yang dah couple, couple elok-elok. Jangan buat maksiat, bimbing awek/boyfren kita ke jalan yang lurus, dont belok-belok!!

Apa yang penting dalam bercinta? 

p/s: buat entry ni kes panas dengan kawan. haha.emo.

Friday, December 31, 2010

Entry terakhir 2010- Rush Friday in Sungai Petani

Yaa-Haa

Arghh!!!

Semalam tak update blog,pagi tadi kehulu kehilir cari kunci rumah, hantar barang ke rumah sewa, teman adik beli handset baru sebagai hadiah PMR. Done. Petang tadi tidur berdengkur kerana keletihan. 

1.Rumah
Okey. Aku berpuas hati dengan rumah aku(rumah sewa) walaupun semak sedikit, itu boleh buang. Bilik besar, kemudahan memasak cukup cuma mesin basuh tak ada. Leceh! Housemate baru 2 orang aku kenal/jumpa. Okey, stop. Nanti borak lain pasal rumah.

2.Lembah bujang-The Carnival-Lembah Bujang
 
 
Pergh. Sumpah penat apabila terpaksa patah balik ke The Carnival setelah dapat tahu tuan punya kunci rumah ada di The Carnival, lawan Paint Ball. Haish!! Then pergi pula sana letak barang apa semua. Sorry kepada Wira Biru plat tak ingat yang cuba memotong saya sebanyak dua kali tetapi gagal. 
Uncle, you know the gap between Proton and Honda? So pathetic right?

Fuh, bernafas dalam ego untuk seketika. Meter KM memang sentiasa ada di kawasan 90-140km/h. Penat drive laju-laju. Rushing punya pasal.

3. Blackberry or SE Vivaz Pro?
Adik aku beli handphone, Vivaz. Okey, aku tak kisah, itu duit dia, sukati dia lah. Aku terpandang Blackberry Curve 9300 2nd hand. RM450. Haish. Tergugat juga lah. Condition masih bagus, like new. Tapi bila difikirkan balik, macam2 benda aku nak guna dengan duit tu. So, no Blackberry. 
Tahniah Khai!! Anda semakin matang dalam membuat keputusan.

4.Speeding.
Lepas keluar dari Central Square, Fahmi(sepupu) bersuara :

Fahmi : SP ke Kuala Ketil berapa lama? (sambil tengok jam pukul 1.10 p.m.)
Aku: 30 minit.
Fahmi: Boleh buat 20 minit tak? kalau boleh kita sembahyang kat Kuala Ketil jaa..
Aku: Insyaallah. Pakai seatbelt.

SP-Kuala Ketil 20 minit. Cun-cun stop depan masjid. Semasa dalam perjalanan sekali lagi race secara tak langsung dengan Honda. Honda vs Honda. No win no lose. Sama-sama sampai di lampu isyarat yang sama. Mungkin kereta dia laju sikit dari kereta aku. Dia menang. Aku 10 saat di belakang.



Speeding | Too fast too blur


Entah apa yang aku nak sampaikan disini pun aku tak pasti. Tetapi Honda hebat! haha.

Okey cukup aku merapu.Kalau nak baca merapu aku, sampai tahn depan pun tak habis. Jumpa lagi di tahun hadapan. 


~Sayonara 2010~
p/s: semalam tanya tauke kedai bila printer mau siap. Dia jawab tahun depan. Demm mati-mati aku tertipu :P

Wednesday, December 29, 2010

7 sebab kenapa Khai demand girlfriend yang boleh drive kereta?


Yaa-Haa

Kenapa Khai memilih? Memilihkah? Mungkin.. Ok. Hari ini punya topik. Aku nak girlfriend yang boleh drive kereta, lagi bagus kalau dia juga boleh bawak motor. Kenapa?

1. Senang pergerakan. Andai aku sibuk dan sebagainya dia boleh keluar seorang diri atau dengan rakan-rakan tanpa mengharap dan menyusahkan orang lain. Dah ada lesen, senang lah nak keluar.

2. Perempuan yang boleh drive nampak ragged. Diorang lebih nampak cantik dan lincah dan juga independent kalau boleh drive sendiri, tambah-tambah kalau diorang drive kereta sendiri. 

3. Perempuan yang boleh drive, automatik faham tentang kereta dan faham erti kelajuan dan perlahan. Aku rasa perempuan macam ni juga boleh dibawa berbincang tentang kereta dan tak kisah sekiranya kita drive laju. I LIKE It.

4. Jika perempuan tersebut boleh faham jentera mekanikal yang complicated tu, tahu dimana absorber, brek, enjin, lower arm, ekzos, tangki minyak, piston dan segala mak nenek komponen kereta, rasanya dia lebih bagus dalam memahami hati lelaki. Hati lelaki x kompleks seperti enjin kereta.

She Drive Car | Drive with her own will

5. Mereka juga tahu kemana duit dibelanjakan. Jika tidak kepada mereka sudah tentu kepada kereta. No wonder la ramai isteri2 mengaku kereta adalah bini no. 2 husband mereka.

6. Percaya tak kalau lelaki lebih tertarik kepada perempuan yang boleh memandu kereta tak kira perlahan atau laju? That the facts. Percayalah!
 
Hot Girl | Hot Car | Hot Driver

7. Akal pemandu lebih panjang daripada penumpang sebelah. Kenapa? Sebab pemandu akan bercakap dan  berhelah untuk melepasi tembok utama pintu pagar UiTM iaitu Pak Guard a.k.a F**k Guard



p/s: baru berangan dapat tumpang Nadya pegi klas pagi2 sebab dia bawak kereta, tgk2 kereta dah penuh, hampeh =.='

Sunday, December 26, 2010

Anggaran harga satu semester di UiTM Merbok

Yaa-Haa
 
Mari belajar mengira sambil meramal masa hadapan
Accounting | The art of counting

  1. Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
  2. Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
  3. Makan : RM 10/hari = 10 X 151 (5 bln) = RM 1510 (estimate)
  4. Buku = RM150 (estimate)
  5. Minyak motor : RM 0.70/hari = 0.70 X 151 = RM 105.70
  6. Minyak enjin : RM50/bln, 1000 km = 50 X 5= RM 250
  7. Dobi : RM 16/bln = 16 X 5= RM 80
  8. Topup : RM 20/bln = 20 X 5= RM 100
Semua jumlah adalah : RM 2645.70

Loan PTPTN : RM 2500 - RM 500(yuran)= RM 2000
 
Kekurangan : RM 645.70
Selepas ditolak di campur di bahagi dan di darab :
 
 
Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
Makan : RM 5/hari = 5 X 151 (5 bln) = RM 775 (estimate)
Buku = RM100 (estimate)
Minyak motor : RM 0.50/hari = 0.50 X 151 = RM75.50
Minyak enjin : RM 35/bln, 1000 km = 35 X 5= RM 175
Dobi : RM 10/bln = 10 X 5= RM 50
Topup : RM 10/bln= 10 X 5= RM 50
 
Semua jumlah adalah : RM 1675.50
 Pinjaman PTPTN : RM 2000 (tolak yuran)

Aku hanya boleh berjimat sekitar RM 324.50

p/s: bayar ganti rugi Cik Husna, tggl RM 124.50 T_T
p/s: itu pun x kira Wax rambut, deoderent(aku xreti eja), salun, selalunya benda alah tu dah hampir RM50..dunia dunia..

Thursday, December 23, 2010

Pelan perancangan masa hadapan-Cikgu


Yaa - Haa

Pagi tadi terngiang-ngiang kata-kata sepupu aku yang bakal mengajar di sebuah sekolah menengah di Kudat,Sabah. Oleh itu, aku nak kongsikan sedikit kata-kata beliau. Beliau? 

Setiap manusia diberikan akal fikiran dan juga keupayaan. Makan gaji adalah salah satu cara kita menghasilkan nafkah hidup untuk kita tetapi sejauh mana dengan hanya makan gaji kita boleh survive?

Berdasarkan daripada kata-katanya. Fahamlah aku, dia adalah seorang graduan UTHM yang mempunyai kebolehan membuat wiring dan berkaitan dengan elektrik . Walaupun sekarang dia seorang guru, tapi pada masa lapang mahupun cuti sekolah, dia akan mengambil upah wiring. Sekurang-kurangnya sekali buat wiring dia akan dapat sekitar RM500-Rm 1500. Bayangkan cuti sekolah yang panjang. Dengar katanya, bulan ini dia berjaya menjana sekitar RM14000 dengan wiring sahaja. Tak kisah lah sekiranya dia pulang dari Sabah menaiki Toyota HILUX atau Mercedes Compressor. Biar terbeliak mata orang kampung yang mengatakan dia tak mampu mempunyai duit yang sebegitu banyak. 

Dia juga sempat memberikan pandangan kepada pembelajaran aku. Katanya, aku seboleh-bolehnya mesti ada 3 pilihan apabila masuk ijazah nanti:
    • Pendidikan
    • Perakaunan
    • Perbankan Islam
Dia juga mengesyorkan aku mengambil bidang pendidikan sepertinya. Kalau aku masuk pendidikan, maknanya aku akan menjadi guru akaun. Permulaan gaji sekitar RM2600 dan ditambah elaun itu dan ini sekitar RM1000. Maka gaji lebih kurang RM3600. Kalau part time fotografi aku diteruskan, kira-kira sebulan aku boleh menjana sekurang-kurangnya RM400. Gaji aku RM4000 sebulan. Kalau umur aku waktu itu dalam 24-25. Andai kata cita-cita aku tercapai, alangkah seronoknya. Amin.

Saya sudah buat pelan perancangan, anda pula bagaimana?

Paul Walker with Skyline |
Bayangkan aku  seorang cikgu sambil bergaya dengan Skyline. Ranggi beb!!


 RM | Tanpa RM kita lapar

p/s: breakfast Cornflakes sambil tulis entry.

Saturday, December 18, 2010

8 sebab kenapa aku drive laju.

Yaa-Haaa

Too Fast Too Furious

Lagi laju lagi teruja

Sememangnya. Hampir 80% lelaki di dunia ini suka akan kelajuan, bak kata Hujan. Jiwa kelajuan.
Perempuan pula sekitar 50% yg suka laju-laju nih. Jangan double meaningkan maksud laju2 tersebut.

Ramai orang kata aku bawak kereta laju. Berapa?

160 km/h?

180 km/h?

200km/h?

Tak lah. Tak pernah sampai tahap tu pun. 90-120 km/h di jalan biasa. Kalau di highway lain cerita lah. 11o km/h is minimum speed. hehehe

Kenapa aku drive laju?

1. Kalau jalan lenggang tak ada kereta. Adakah anda nak pandu sekitar 60 km/h?

2. Rushing. Ni kadang2 la.

3. Jimat masa. Kalau bajet perjalanan kita sekitar 15 minit. Kenapa tak kita singkatkan menjadi 10-13 minit? 2 minit terakhir tu masih sempat kita guna untuk cari parking dan sebagainya.

4. Test power. Bukan di jalan lurus. Di jalan yg banyak selekoh. Kadang2 kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan kereta kita. Tak hanya berharap pada laporan spesifikasi sahaja.

5. Hilang rasa mengantuk. Memandu dengan laju dapat membuatkan kita lebih fokus pada pemanduan. Ini juga dapat membantu kita bertindak cepat dan spontan dengan lebih baik selari dengan pemanduan. Yang kadang jadi excident tu sbb selalu drive slow, tetiba drive laju. Stimuli awak tu lembab, kalau dah nak bawak laju mestilah kena peka dengan keadaan sekeliling.

6. Fikir segala kemungkinan. Dah nature aku kot. Setiap kali drive, even aku drive laju atau perlahan. Aku mesti fikir segala kemungkinan yg terjadi sama ada dari depan dan belakang. Kadang2 siap boleh imagine moto yang keluar dari simpang berlanggar dengan treller yang panjang tuu..ngeri betul!!

7. Kepuasan diri. Dah kata jiwa kelajuan mesti lah drive fast. Selaju-laju aku pun, aku tetap kalah dengan hukum fizik. Mengurangkan kelajuan ketika mengambil selekoh. Aku masih tunggu mana pencipta kereta yang boleh cipta suspensi yang memboleh kan kereta mengekalkan kelajuan seperti dijalan lurus ketika mengambil selekoh.

8. Marah. Masa marah inilah segala darah, limpa,jantung, hati beroperasi dengan laju. Seperti adrenalin mengalir laju dalam diri dan diterjemahkan dengan kekuatan menekan pedal minyak. Hasilnya jarum meter sentiasa berada di enjin limit. 4-6 rpm | 140 km/h


p/s: tayar berpusing atau berputar?

Friday, December 3, 2010

Angan ku- girlfriend


Dia berjalan
kesana kemari tanpa pertolongan. mampu membuat kerja tanpa apa2 halangan walaupun dia seorang perempuan.

Dia pandai bergaya dan suka akan up to date fashion. tapi dia lebih suka berpakaian yg simple. simple but nice.


simple but nice | be as simple as you can

Dia juga minat apa aku minat. x pernah menghalang apa yang aku suka dan faham setiap bait2 kata aku tentang apa yang aku lakukan.


Photography | You snap my pic, i snap you forever

Dia tahu erti sense of humour dan boleh buat orang lain ketawa. bijak menggunakan masa yang betul utk membuat sesuatu perkara.

Dia juga
lasak,outgoing, simple and cool. 4 perkara ini buat dia x duduk diam. andai kata aku tidak disampingnya, dia mampu menghiburkan diri sendiri tanpa melupakan siapa di hatinya.

Dia sangat
profesional. bijak membezakan kerja dan peribadi. x kesah andai dimarah oleh bf/suami sendiri sekiranya lelaki itu boss dia. work is work..personal? save for later....

Dia
faham diri sendiri dan faham orang lain. prinsip yang perlu ada pada setiap wanita.

Dia berpegang pada
human change principal. x semua orang akan setuju dengan prinsip sebegini. prinsip menerima seseorang seadaanya bagi aku adalah mustahil dan lapuk. human change from day to day, from devil to angel and from silent to talkative. pasangan harus ada sifat perfectionist. mengharapkan yang terbaik dari pasangan dan memberi yang terbaik kepada pasangan.


believe come 1st | before change others, change you first

Dia cantik. di mata dan di hati. x semestinya hot. x perlu la hot sangat sebab neraka lagi hot.

Dia
mampu buat aku senyum walaupun dengan hanya satu senyuman atau percakapan.


kalau lah ada perempuan yang macam ni...tolong lah datang kesini.... i'll will be the best for u.. because im the one with my own ego...never find the guy like me in the world....

pehal jiwang petang2 niyh =.='

Monday, July 19, 2010

Tips For Driver (important about cornering)

*entry kali ini adalah serius..tidak ada humor seperti entry2 yang lain..

Aku menulis berdasarkan pengalaman. Sila fahami info yang aku cuba sampaikan ini.
*maaf jika anda agak susah hendak memahami artikel ini.

Kereta adalah sesuatu yang seronok untuk dipandu. Gunalah ia sebaiknya. Pemanduan berhemah adalah bermula daripada sikap pemandu itu sendiri. Jujur saya katakan, saya seorang yang perfectionist ketika memandu. Perangai saya ini telah membuat beberapa pemandu yang haram jadah sering memaki saya ketika memandu.

Saya sangat pantang dan marah jika sesebuah kereta membrek ketika mengambil selekoh. Cara yang betul ketika mengambil selekoh adalah membrek dahulu kenderaan sebelum mengambil selekoh. Anda boleh mengagak jarak kenderaan anda untuk brek sebelum memasuki selekoh. Jika anda tidak mahu menekan brek, anda juga boleh memperlahankan kenderaan anda dengan melepaskan pedal minyak dan membiarkan kenderaan bergerak dalam kelajuan yang semakin perlahan. Ketika kenderaan anda memasuki selekoh,anda haruslah menekan minyak. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan kenderaan dan dapat mengurangkan tekanan pada permukaan piring brek dan haba pada tayar.

Jika anda menggunakan kenderaan auto, tips di atas harus dipraktikkan. Ini kerana, ketika anda memasuki selekoh,gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah. Jika anda membrek ketika memasuki selekoh dan kembali menekan minyak ketika jalan lurus, gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah (gear 4 ke gear 2) sebagai contohnya. Gear kenderaan anda akan bekerja lebih dan ketika kembali di jalan lurus,apabila anda menekan minyak,maka gear yang sedang beroperasi di kedudukan 2 akan terus meningkat ke gear 4. Ini akan menyebabkan kelajuan kenderaan anda terganggu.

Jika anda membrek dahulu sebelum memasuki selekoh,gear anda akan terus berkurang kepada gear 2 dan anda menekan kembali menekan minyak ketika anda mengambil selekoh sehingga kembali ke jalan lurus.
*ketika kita menekan minyak,tujahan kuasa pada gear 2 adalah berada di tahap optimum.Di sini juga adalah hampir kepada tork maksimum. Ketika berada di jalan lurus, kenderaan kita berada pada gear ke-3 dan kuasa pecutan adalah melebihi kuasa pecutan kereta dlm kelajuan 120km/h.

cth:
kejadian: Kereta saya (Honda City 96') cuba memotong Totota Camry 02
lokasi: jalan Gurun-Jeniang
Honda City ketinggalan agak jauh daripada Camry tersebut. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengekori secara rapat Camry tersebut. Ketika menghampiri selekoh Camry tersebut menambah kelajuan dan saya memperlahankan kenderaan,ternyata Camry itu jauh dihadapan dan membrek dengan kuat ketika memasuki dan ketika berada di selekoh. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya City dengan memecut ketika memasuki selekoh.Kelebihan ada pada City kerana ketika itu City berada pada tork tertinggi dan Camry pula berada dalam keadaan mengurangkan kelajuan(breaking period). Maka City dapat memotong dengan mudah tanpa perlu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dengan cara ini juga operasi enjin dapat menjimatkan minyak sebanyak 5% dan mengekalkan kelajuan seperti sebelum memasuki selekoh berbanding membrek ketika memasuki selekoh(movement of tyre delay 10 second).

p/s: cermin cara pemanduan anda dahulu sebelum bercakap mengenai cara pemanduan orang lain.

p/s:keseronokan memandu adalah apabila kita menguasai kenderaan keseluruhannya bukannya kenderaan yang menguasai anda.






Wednesday, June 30, 2010

Beckham coach England!!!!



Yaa-Haaa!!!

Wow!!!
Why Not???

itu yang ada dlm pikiran aku bila aku baca surat khabar Metro bahagian Piala Dunia hari ini..

David Beckham bakal jadi coach baru England

hahaha

sangat2 menarik..
~Bossy Beckham~


England masih perlukan seseorang yang berwibawa dan dpt meningkatkan semangat pemain Three Lions..

David Beckham

ketika waktu England dibelasah teruk oleh Jerman..
Beckham lebih banyak memberi sokongan,movivasi kpd rakan2nya di dlm padang..

siapa sangka..

kalau Maradona yg terlibat dlm ketagihan arak dulunya..
kini telah berjaya membawa Argentina ke peringkat suku akhir..

David Beckham yg telah lalui naik turun kerjayanya
who knows..
dpt mengembalikan England ketika di zaman Sven Goran Eriksson

x kesah lah sapa jd coach England..
Capello x akan letak jawatan lg..
maybe something can happen in Euro 2012
who knows...
aku rasa Capello harus di beri peluang lagi..
sedangkan Alex Ferguson dan Arsene Wenger pun terkial2 nak naikkan kelab MU n Arsenal dlm masa 2 tahun...
ini kan pulak Capello yg baru setahun jagung dlm England dan masih xpandai ckp bahasa inggeris...

andai kata Beckham jd coach England..

cuba tgk cara berpakaian Beckham pd mlm tu..
stylo kan..
setiap kali perlawanan England,Beckham pakai mcm tu..
akan jd trend kpd coach2 yg seangkatan dgnnya..
hehe

tgk Jose Mourinho dgn skarf hitam dan jaket labuh..
tgk Mancini dgn skarf biru muda..
tgk Joachim Loew dgn t-shirt v neck..sempoi saja..
x lama lg..cara berpakaian Beckham yg kemas dan bergaya..
akan menjadi ikutan pengurus2 muda kelab atau negara..
hehee

bukti menunjukkan England masih memerlukan khidmat bekas pemain MU ini..
apabila Englan membida utk jd tuan rumah WC2018
Beckham di pilih menjadi duta..
bayangkan Beckham time tu..dah tua kn..
tp siapa yg FA amik??
bukan Lampard,bukan Gerard,bukan Rooney..
tapi Beckham
coz..
kehadirannya akan menjadi satu tumpuan..
dan akan dihormati sesiapa shj..

Beckham juga antara pemain yg dpt menyerap tekanan dgn baik
lagi pemain yg dpt bermain dgn baik ketika tekanan memuncak adalah,Ronaldo(Brazil),Zidane,Terry,Gary Neville,Klose,Deco dan beberapa pemain lagenda..
Ryan Giggs=pemain penyerap tekanan terbaik dunia
(sapa sejutu angkat tgn)

p/s:lagi 3 ari nak balik kampus
p/s:pg td pegi skolah amik sijil kawen n ke pasar tani..ada cerita menarik..dlm entry seterusnya..hihi


Wednesday, June 23, 2010

Rambut Oh Rambut








Yaa-Haaaaa...

kali ni

gua mau citer psl rambut...

dlm dunia ni ada mcm2 jenis rmbut...

kte mula ngan laki dulu..

1st...
***
**
*

Curly Style
~ini kalo kat UiTM..dah lama kena potong~

hot x??
x cukup hot..
okeyh..kte kasi hot cket..

Layer Style
~pompuan mane x cair tgk laki rambut cm nie~


seterusnya...

taa daaa....

Mohawk Style
~feveret style aku..wahaha~

lagi??

ok 2

lagi....



Straight Style
~aku xminat rambut cmnie..haha~

Wokey2..
rilek2..

seterusnya..

Messy Style (bukan Lionel Messi)
~perlukan sedikit kehenseman utk wat rambut cengini~

and the last...

pompuan cukop suke laki rambut cm ni...

****
***
**
*


fuh..
nervous niyh...

tunggu...


ini dia...

No Hair Style
~botak itu seksi~

haha..
tamat suda utk laki...

jom usha rambut pompuan lak..

okeyh...

ini

Curly Style
~opps..jgn tgk lama2~


ini pulak

Layer Style

~haa..jgn pikir laki jer ada layer~

ini pulak...


Rebonding Style(Straight Hair)
~rambut berkarat~


last..

ni

Blonde Style
~gadis malaysia xde rambut cm ni~


ni pilihan ati aku..


~Izzy..missing in the moment~

amacam??
boleh??

kui kui kui

Tuesday, June 22, 2010

Apa maksud CINTA???



Yaa-Haaaa
Khai da jiwang beb...
haish...
tlg la....

ada org msg aku tnya apa itu cinta..




~Cinta-sesuatu yang membahagiakan~





aku xley jawap..
coz aku pun xtaw jawapannyer

kalo aku jawap soklan tu..
esei BM wktu SPM la jawapan nyer..
kuang3..

apa itu cinta??

"cinta itu buta", kata adik aku


sebab?

"tak cukup duit nak operate mata"

kenapa begitu??

duit sume da labur kat awek....

itu jawapan aku..haha

apa itu cinta?

bagi aku cinta itu adalah satu perasaan yg bermula drpd suka menjadi
sayang..
sayang menjadi cinta..
cinta menjadi kasih..

bagaimana terjadinya cinta?

dari mata turun ke hati...
so simple right??
how to explain that answers??

very hard to explain...

tp bagi aku...

korang akan rasa bila korang bercinta..
korang akan tahu jawapannya..
(^_^)

Cinta kpd Allah,cinta kepada manusia,cinta kpd alam sekitar,cinta kepada kekayaan,cinta kpd pangkat dan darjat..

wah.banyak sungguh cinta ini...

cinta ini sgt2 indah...

cinta yg indah ialah cinta seorang hamba kpd tuhannya..

Laksamana Sunan pernah brkata dlm novel Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pen
cinta

Sebagai manusia..aku sayang kepada mu..



~Cinta kepada kecantikan hanya seketika~



apa akan jadi dalam dunia jika tiada cinta..

hurm...

xde kenduri..
of coz la.
xde sape kawen...
(x wujud la wedding photographer)
berperang sana sini..

x aman..
semestinya

syukurlah kita dikurniakan cinta..
jagalah cinta hati anda sebaik mungkin..
kerana cinta adalah permata dalam kehidupan

tiada cinta dlm kehidupan seperti
tiada permata di dlm lautan..
kosong tanpa hiasan..

(jiwang karat..sembur anti rust pun xjadi ape)

p/s: Nadya..rasanya saya dah jawab soalan awak

p/s: Bercinta itu pasti...Couple itu haram...2 benda yg berbeza





~mau chenta hati macam ni boley ka??~

kui kui kui

hanya angan dan angau mu Khai...

(*_^)