Sunday, December 18, 2011

Cerita orang 1st time guna Blackberry

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ketak ketik ketak ketik aku main password blogger. Akhirnya boleh jugak bukak blog. The reason aku lama tak update blog sebab aku terlupa password. Okay terang terang aku tipu. Tettttt.

Aku malas sebenarnya nak update blog. Tengoklah tajuk aku hari ini. Aku rasa macam over semacam. Tapi aku tak dapat memikirkan tajuk yang lebih sesuai dari tajuk ni. Hahaha. Semenjak aku beli Blackberry Curve 9300 ataupun nama senangnya Curve 3G, laptop dan berukband aku menjadi public. Budak rumah yang selalu guna. Lepas ni boleh charge sorang sikit nak bayar bil berukband :D

Disebabkan online guna BB jugak lah aku jadi malas nak update blog. Sikit sikit tweet. Sikit sikit tweet. Maaf lah silent readersssssss. SSS tu nak tunjuk ramai yang baca blog aku tapi tak reti nak komen. Nanti aku nak buat satu kad ucapan penghargaan kepada silent readerssss aku nih. Terasa ke? Tak perlulah begitu. Chillax

Sebenarnya aku nak cerita serba sikit pengalaman aku guna BB ni dekat uolss. Amboi ngade ngade. Untuk pengetahuan semua, aku 1st time guna benda alah ni. Memandangkan aku dah guna Android phone, sekarang saja gatal tangan nak guna BB. 

Curve 3G, kamera yang hanya 'cukup makan'. Kalau anda jenis yang camwhore. Hindari sebarang BB yang tak mempunyai flash sebab kamera memang sucks habis. 



Jenis yang macam aku ni memang connected. So, internet menjadi satu keperluan. Dengan adanya BB, internet dihujung jari habaq hanggg. Blackberry Internet Service (BIS) sebulan RM20 memang sangat menjimatkan! Er, yang itu untuk Maxis. Ada yang RM48/bln dan data plan tu memang lebih besar kapasiti muat turun. Untuk BIS rangkaian lain, aku tak tahu. Harap maaf. Hihihi. Kegunaan BIS ini adalah untuk main tenet dan BBM. Twitter, Facebook, Foursquare semua dihujung jari!

Keypad QWERTY BB sangat awesome. Lebih baik berbanding keypad Nokia E71. Dari sudut pandangan aku lah. Apa yang aku suka tentang Blackberry. Lagi ramai kawan lagi seronok. 
Blackberry Messenger (BBM), bila ada benda alah ni. Kredit aku pun jimat. Tak perlu nak mesej or call bagai. Just BBM. Very simple. Lepas ni nak hadiahkan BB Torch dekat mama aku. 
Tapi kena kumpul dulu lah. 

Harga? Oh harga. Dekat tempat aku ni aku beli dengan harga RM800. Kalau area KL dalam RM700 dah boleh dapat kot. Kawan kawan macam tu lah. Bila kita suruh rekomen. Jawapan diorang : tak tahu, sorry. Bila kita dah beli, baru terhegeh hegeh nak rekomen harga lagi rendah dari retail price yang kita dapat. Cilaka!

Kalau ada sesiapa blogger yang main BB jugak, bolehlah tukar tukar BBM pin. Macam blogger Kaca Retak, dia dah guna Iphone. Makin sakan lah dia update tweet via Iphone :D

Okaylah sebelum aku melalut lagi. Baik aku stop. Seribu kemaafan kepada semua readers yang menunggu entry baru blog hitam ini. Walaupun tak femes tapi tetap ada pembaca. Terima kasih semua! 

Adioss....

p/s: Curve aku guna OS 6. Kalau berminat nak beli, pastikan mintak tauke tu upgrade ke OS 6. Takut dapat yang OS 5. Lagi afdal beli dekat BB center. Dapat warranty 2 tahun dari Brightstar  ^_^