Showing posts with label stare her face. Show all posts
Showing posts with label stare her face. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

The unspoken truth


I'm sorry. No matter how our relationship are get going after this, I still love you just like the other day.

Setelah sekian lama aku mengenali diri kamu.Baru kini aku rasa akan perasaan ini. 

Kau baik, cantik dan memahami. Aku sangat selesa disamping kamu. Hanya kau yang mampu faham aku lebih dari aku faham diri ku sendiri. 

Gundah gulana aku hilang setiap kali aku melihat kamu. Setiap kali aku sedih, duka, kecewa, ingin mati, dan kadang kadang tenggelam dalam konflik diri ku sendiri. Kau yang ku cari. Setiap kali aku dalam keadaan sebegitu kau pantas menyelamatkan aku. Kau umpama ubat ajaib. Bisa merawat hati tanpa berbuat apa apa. 

Together with you, I'm so happy

Kau lah yang pertama, mampu buat aku kembali tersenyum tanpa aku sedari. Tatkala kau di depan aku, aku gembira. Kau langkah datang kepadaku, hatiku berbunga. Kau berada disisi ku, aku tenang.

Kau lah ubat ajaib aku. Tetapi, apabila kau hilang dari pandangan. Aku merasa kosong. Kosong sekosong kosongnya. Satu hari kau menghilang, 10 hari aku tenggelam. Tiada berita, tiada apa. Hati aku memberontak. Maafkan aku. Aku terlalu merindui kamu. Kau ibarat racun. 



Bila kau di sisi, kau lah ubat. Bila kau tiada, kau lah racun. 

Ubat satu keperluan. Racun, penamat hidup. 

Kau lah segala galanya. 

Please be my last love

Aku menunggu kamu disini. Setia di sini. Bila tiba masanya, katakan kepadaku.

Aishiteru 

Andai aku bukan jodohmu, katakan 

Sayonara..



p/s: maaf atas ganti nama kau dan aku
p/s: you know how much I love you. 

Thursday, May 19, 2011

Menatap wajahnya-prelude


Hari ini, aku bangun dari tidur. Tiada apa yang berada dalam kotak pemikiran sekarang. Bersihkan diri dan bersarapan pagi. Secawan Nescafe dan sekeping roti Gardenia menjadi santapan aku setiap pagi.

Setiap pagi, berjalan jalan menyusuri sebuah tasik semula jadi di sebuah taman. Memandang tasik yang begitu mengasyikkan, terdengar bunyi burung burung berkicauan. Indah sekali dunia ini.



Seperti setiap pagi, mengelilingi sebuah tasik adalah perkara rutin sebelum ke tempat kerja. Memandangkan taman tersebut hanya seberang jalan dari kawasan rumah aku, agak mudah untuk meluangkan masa seketika disini setiap pagi.

Suatu hari, aku ternampak ciptaan tuhan yang sangat mengasyikkan. 

"Wow, she so amazing!", kata aku didalam hati.

Seorang wanita sedang berjogging. Tidak pernah aku melihat wanita itu setiap pagi dan tiba tiba dia muncul entah dari mana. Ternyata penangan wanita itu sungguh kuat. Setiap pagi aku melihatnya. Berjogging, kadang kadang berjalan seorang diri mengelilingi taman, cuma haluan aku dan dia sahaja bertentangan. 

Setiap pagi, pada masa yang sama, tempat yang sama hanya pakaiannya sahaja yang berubah. Satu babak sahaja yang aku tunggu iaitu senyumannya kepada warga tua yang berjalan berselisih dengannya. 

Ia adalah satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata kata. Aku terpana seketika melihat senyumannya. Sungguh terpesona.

"Hey boy, don't stare her too long", satu suara menegur aku dari belakang

"Yeah, sure", balas aku. Rupa rupanya jiran aku Uncle Tom. Dia seorang lelaki tua yang baik.

"I know you son. Everyday you stare at her face. Maybe it such wonderful feeling when you see her but remember, just stare her face it not enough." kata Uncle Tom.

Merah pipi aku bila Uncle Tom berkata begitu, rupa rupanya dia melihat tingkah laku aku setiap pagi.

"Come on, son. Finish this walk and get to work, You gonna be late", Kata Uncle Tom lagi bila melihat riak wajah aku.

Aku bersiap ke tempat kerja. Avenue Tower milik keluarga David Williams adalah tempat aku bekerja. Di sinilah aku menghabiskan masa sehari aku sebelum pulang ke rumah pada sebelah malam.

Ketika menapak ke dalam bangunan tersebut....

To be continue..