Monday, December 6, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep2

Amri terus mencapai telefon bimbitnya yang berada di tempat simpanan di hadapan pedal gear. Tangannya pantas menaip kata kunci Al-Fin Airlines di telefon bimbitnya dan mendail nombor tersebut.

Al-Fin Airlines HQ, boleh saya bantu

Amri: Ina, awak tahu Madam Alisa ke mana?

Ina adalah operator yang berada di kaunter reception yang kebetulan menyaksikan adegan Alisa dan Amri pada pagi tadi. Amri dapat mengenali Ina hasil daripada pertanyaannya tentang Madam Alisa untuk menghantar barang2nya itu. Amri juga sempat memanjangkan tangannya untuk mencapai kad perniagaan yang terletak di atas kaunter tersebut.

Ina: Madam kena culik, ini Amri kan?

Amri: Yela. Awak tahu dia naik kereta apa?

Ina: Mana awak tahu dia kena culik dengan kereta? Awak jangan nak sembarang Amri, tak kan sebab awak ena buang kerja awak terus nak culik dia.

Amri: Hei, Jangan jadi bodoh lah. Aku tengah kejar kereta Inspira depan aku ni. Aku ternampak bayang Alisa meronta2 dalam kereta tu.
Helo!! Helo!!

Hati Ina seperti tidak menentu apabila Amri menggunakan bahasa yang kasar terhadapnya. Hatinya tidak keruan. Hati yang lembut ini telah dicuri oleh insan bernama Amri dan hanya selepas beberapa jam hatinya ibarat dicucuk sembilu oleh si pencuri hati itu. Gagang telefon di letak dan air mata berjujuran membasahi pipi.

Bodoh!!

Bentak Amri kemarahan. Amri mendail nombor Hakim, rakan yang berada di belakangnya.

Hakim: Yoo broo..ape kes..ntah datang dari mane tetibe potong aku...

Amri: Aku nak kau masuk jalan Begawan beli masa sebanyak mungkin, overtake Inspira ni.. kereta ni culik orang!!

Hakim seolah-olah faham akan semua kata2 Amri sebentar tadi dan memperlahankan keretanya untuk masuk ke sebuah simpang kecil.

Ketika ini Skyline dan Inspira masih berkejar-kejaran, seolah-olah sedang menonton adegan Paul Walker dan Simon Pires melarikan diri daripada polis dalam filem Too Fast Too Furious.
Sementara itu Hakim terus memecut laju di jalan yang kosong itu. Dia membelok ke kanan dan kemudia ke kiri. Ibarat di mana ada simpang di situ dia akan membelok. Hakim telah keluar ke Jalan Padungan. Dia hanya perlu memandu sekitar 50 km/h sahaja kerana ingin merehat enjin keretanya yang bekerja keras sejak tadi.

Aku tak beli masa, aku borong masa

Kata Hakim sambil memandu seperti tiada apa-apa yang berlaku dan gelagatnya seperti orang yang begitu mematuhi peraturan jalanraya. Telefonnya berdering, itu isyarat dari Amri yang mengatakan kereta yang mereka kejar tadi sekitar 100 meter darinya. Ketika Inspira memecut laju di lorong paling kanan, Hakim memasuki lorong tersebut secara mengejut dan Inspira yang di pandu oleh penyangak itu membrek secara mengejut dan memusingkan stereng ke kanan jalan dan merempuh penghadang jalan. Tindakan tersebut adalah tindakan spontan sekiranya kereta di pandu dengan laju. Amri yang berada di belakang memasang lampu kecemasan. Mujurlah ketika itu kereta tidak lagi sibuk. Hakim dan Amri keluar dari kereta dan menapak ke kereta itu. Mereka membuka pintu dan menarik dengan kasar tangan penculik itu dan membelasah mereka yang sudah berada dalam keadaan separa sedar.

Amri cepat2 mengangkat Alisa dan membawa pulang ke pejabatnya. Keretanya memecut selaju mungkin, degupan jantung berdegup seaka-akan tidak akan berhenti. Titik2 peluh mula berjejeran di dahi Amri. Hakim mengikutnya dari belakang. Risau akan apa2 yang terjadi sekiranya penculik itu masih mengejar mereka. Ketika dihadapan bangunan Al-Fin Airlines, sekmpulan polis berjaga2 disitu dan Ina ternampak kelibat Alisa di dalam kereta Amri dan terus menjerit.

MADAM ALISA!!!

Polis yang berada di situ terus berkumpul dan mengacukan senapang dan pistol kearah kereta Amri. Amri mematikan enjin kereta dan keluar daripada kereta dengan memangkat tangan. Dengan muka yang selamba, dia berjalan kehadapan kereta dan berkata

Saya bawa Madam Alisa kembali, ada kemalangan di kilometer 5 sebelah Subway. aKereta Inspira warna Hitam.

*********

Selepas 3 hari, Madam Alisa telah sedarkan diri akibat terhantuk di kusyen hadapan kereta ketika kemalangan pada hari penculikannya. Dia berada di hospital sekarang. Ahli keluarganya sentiasa ada disisinya. Kakak, abang ipar, mama dan anak2 sedaranya serta sepupu terdekat. Doktor masuk ke bilik Alisa dan memeriksa keadaan Alisa. Alisa kehilangan 30% memori akibat hentakan dan trauma. Keluarga Alisa dapat menerima takdir tuhan dengan rela hati.

Setelah seminggu dia berehat, Alisa kini mula untuk meneruskan tugasnya di pejabat. Ketika masuk di pejabat, semua kakitangannya meraikan kepulangan peneraju syarikat itu dengan mesra.

Nasha, kalau ada apa2 appoinment saya hari ni, tolong cancel okey..

kata2 lembut yang keluar dari mulut Alisa seperti menampar pipi si pembantu peribadinya. Selalunya Alisa akan bercakap dengan ksar terhadap pekerjanya tetapi kali ini dia jauh lebih baik daripada dahulu.

Nasha: Madam sihat?

Alisa: Tak perlulah panggil saya madam, just panggil saya cik jer (sambil tersenyum)

Nasha turut tersenyum apabila melihat perubahan besar Cik Alisa.

Bagaikan Puteri

kata Nasha dalam hati. Telefon Nasha berbunyi, Alisa mamanggilnya masuk.

Nasha: ada apa boleh saya bantu, Cik?

Alisa: mana akauntan yang baru masuk kerja seminggu lepas? saya tak sempat kenal lagi orang tu..

Nasha: Owh..Cik dah pecat dia sebab dia terlanggar cik di pintu depan pejabat.

Seperti ada pancaran kilat, Alisa dapat ingat segala2nya tentang perilaku dan perbuatannya terhadap semua pekerjanya dan Amri, lelaki yang baik hati. Berjujuran airmatanya membasahi pipi menyesali perbuatannya itu. Dia keluar dari pejabat dan memanggil semua pekerjanya. Alisa merendah diri dan meminta maaf atas segala perbuatan dan sikapnya sepanjang dia mengendali Al-Fin ini. Para pekerja semua memaafkanya, tiba2 ada satu suara di kalangan pekerjanya menyata mahukan bonus atas segala sikap buruk Cik Alisa. Alisa hanya tersenyum dan mengumumkan bonus 8 bulan gaji. Para pekerjanya bersorak keriangan seperti meraikan Berbatov menjaringkan gol ke-5 untuk Manchester United.

Setelah beberapa hari leka menguruskan hal2 berkaitan dengan penerbangan, Alisa termenung. Dia harus mendapatkan khidmat seorang yang cekap dalam pusing2 duit. Seorang Financial Manager dan Akauntan di perlukan. Dia mencari profile Amri dan mendail nombor telefon yang tertera di resume tersebut.

Hello, Amri bercakap..

Suara Alisa seperti tersangkut di kerongkong dan meletak telefon bimbitnya. Dia menyuruh Nasha mencari profile Amri dan statusnya sekarang. dalam masa 2 - 5 minit, Nasha masuk kedalam pejabat Alisa dengan muka yang risau.

Cik Alisa, Amri adalah Financial Manager di........

bersambung............

4 comments:

Anonymous said...

update lg..
dh curious nie,hha..

Khai said...

haha...sabo2...rileks2..bertenang2...hehe

Anonymous said...

madam alisa cantik x????

Khai said...

Umar: kalo berpandukan Ep1 cantik ler..janda berhias..haha