Showing posts with label xde label yg sesuai tp aku rasa Liyana Jasmay comel..ada prob??. Show all posts
Showing posts with label xde label yg sesuai tp aku rasa Liyana Jasmay comel..ada prob??. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Mainan emosi

Aku kaku seketika. Kadang kadang aku terlepas dengan permainan dia, kadang kadang aku terperangkap dengan permainan dia. Psikologi dan emosi sangat sangat menjadi senjata utama dalam permainan. Kawan baik, sedang bergembira apabila musuh tumpas oleh pergolakan emosi. Hanya perlukan sedikit perang psikologi dan Bang! musuh mati. 

Kenapa aku perlu bersimpati dengan musuh?

Kerana dia pernah membahagiakan aku. 

Dia musuh emosi. Mainan emosi yang kadang kala sukar diramal. Adakalanya kejam dan ganas adakalanya halus tetapi sakit!

Sunday, April 1, 2012

Dua bulan senarai yang perlu dibuat

Yaa-Haa

Tanggal 30 April 2012. Aku menamatkan semester keenam. Oleh kerana aku pelajar special. Sem depan aku ada lagi. Hahaha >.<

Okay, taknak cerita pasal semester depan. Nak cerita tentang To-Do List aku sepanjang cuti 2 bulan ni. Harap harap semua menjadi lah. 

  1. Nak kurus. Oleh kerana nak kurus, aku dah deal dengan mama jangan masak sedap sedap waktu weekend dan hari mama sekolah tak perlu tapau nasi dari sekolah. Pandai pandai lah aku survive nanti. 
  2. Gym. Memandangkan dekat taman aku tak ada trek jogging, jadi aku nak pergi gym tempat aku selalu pergi. Bermula 13 Apr 2012 aku start pergi gym.
  3. Sarawak! Hell yeah. Aku nak berehat seminggu di sana. Kalau ada kereta, dapatlah aku berjalan disamping itu aku nak update blog tentang Sarawak. Tempat tempat menarik di sekitar Kuching. 
  4. Balik dari Sarawak nanti, aku dah janji dengan mama nak buat jasa dekat rumah. Mula mula aku nak bersihkan akuarium ikan tu. Nak beli ikan lain. Ikan lama mati kekenyangan setelah adik aku bagi makan overdose dekat ikan tu. Kesian mereka.
  5. Nak decorate ruang tamu tu. Dah berkurun gaya yang sama jer. Hi I'm Elic Leong :D
  6. Pokok bunga dekat luar tu dah layu. Tugas aku nak segarkan balik bunga bunga tu.
  7. Kelainan pada kereta. Mungkin juga. Tapi aku tak terfikir lagi nak buat apa dekat kereta tu.
  8. Hujung minggu aku nak bawa mama dan adik berjalan. Maybe pergi Perlis atau Penang. Lepak lepak main bowling, tengok wayang dan makan makan dekat tempat yang kami tak pernah cuba. 
  9. Attend my friend wedding. Tak sabar tengok dia bersanding. My boy gonna be man soon. Congrats bro! 
  10. Melawat kubur ayah setiap minggu. Mungkin 3 kali seminggu. Cuti aku semakin senggang. Rasa sunyi pula bila tiada suara menyuruh buat itu ini, pergi situ sini. Ayah, I miss you T_T. Al fatihah.
  11. Habiskan novel. Semestinya. 
  12. Aku nak pergi Pulau Langkawi lah. Last aku pergi umur 4 tahun. Hahaha. Bercuti dekat sana pun okay jugak.
  13. Pos broadband Nasha. Mengamuk pulak dia nanti. Adoyai. Ini pun masuk To Do List.

To Do list aku taklah sehebat orang lain yang dalam senarainya ada termasuk percutian keluarga ke luar negara. Seriously aku tak mampu. Tapi aku teringin nak pergi Pulau Jeju, Korea. Harap harap ada anak orang kaya yang baca blog aku dan suruh papa dia bank in RM20k untuk aku melancong ke sana. Haha. Harapan. -.-

Ini bukan senarai perlu dibuat sebelum mati dalam cerita Korea Scent Of A Woman atau Never Ending Story. Harap maklum. Hehe

Okay. Itu sahaja untuk hari ini. Selamat bercuti kepada seluruh umat  Diploma UiTM Malaysia. Tahniah kepada semua mahasiswa UiTM yang grad on time. Tahniah!

Kepada Byha, thanks sebab sanggup turun Kangar semata mata nak jumpa aku. Rindu katanya. Haha

Kepada Shah a.k.a Kucing. Jangan sedih sedih. Aku bosan dekat rumah nanti aku pi jumpa hang :)

Adioss (^_^) 

Tuesday, February 28, 2012

Kahwin awal


Bekas budak UiTM Kedah kahwin masa cuti semester haritu. Sekarang dia degree. Mula hidup yang baru bersama tersayang. Alhamdulillah. Kahwin awal cegah maksiat.

Semua orang excited terutamanya perempuan. Semua berebut nak kahwin awal. Lelaki pun sebenarnya seronok jugak nak kahwin awal. Sekarang pegang tangan pun maksiat.. Adoyai (mengeluh)

Bila dah kahwin nanti. Semua benda halal. Siap dapat pahala lagi. Ber round round lah jawabnya. Err. Okay. Abaikan. 



Kalau dapat boyfriend tua 2 3 tahun daripada girlfriend tak apa lah. Maybe boyfriend dia dah ada pekerjaan. Kalau macam aku ni. Student. Memang harapan lah nak kahwin waktu belajar. Macam yang aku kata tadi. Semua nak kahwin awal terutamanya perempuan tetapi bagaimana dengan pihak lelaki? Lelaki pun nak kahwin awal jugak. Senang. Tetapi kami cool. Sebab tanggungjawab selepas berkahwin sangat sangat berat. Sebab tu cool. Kalau jada bini macam jaga motor kapcai. Aku pun nak!

Kalau sekarang baru couple. Cuba kamu usha perempuan lain depan si dia. Mana dia tak marah. Silap silap tangan lekat dekat muka. Just saying. Itu baru couple. Cuba kalau dah kahwin. Haish. Kalau tak ready. Jangan lah ada niat nak kahwin awal.

Lagi satu. JANGAN CAKAP DEKAT GIRLFRIEND KITA BAHAWA KITA AKAN KAHWINI DIA.

Mungkin dia buat tak kisah tetapi, dia sangat sangat sangat kisah. Beware of dog!



Tetapi. Kalau kahwin awal pulak. Macam macam persepsi buruk masyarakat kita sekarang. Mengandung luar nikah lah. Tak sabar lah. Galak. Apa lagi? Semua benda benda yang buruk. Haish. Tak faham betul aku.

Bila bestfriend aku cakap dia nak kahwin pada umur 25 tahun. Aku yang nervous. Macam aku pulak yang nak jadi husband dia. Tetapi aku nak sangat jadi husband dia. 

Kalau lah ada pinjaman untuk student kahwin. Ada ke universiti yang encourage student kahwin awal?  

Haha. Okay, aku merapu.

Adioss...

p/s: N_____ please be my last love

Sunday, July 17, 2011

Ada lagi blogger tak reti bahasa

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Kawan kawan. Tolong aku kejap. Aku ingat tak ada dah blogger macam ni. Rupa rupanya ada lagi. Ada seorang blogger ni, copy paste entry aku dan langsung tak letak credit or something.

Demm, aku tak suka orang macam ni. Please lah. Respect others copyright.
 
Lepas tu disable right click pulak. Siap tulis. Padan muka tak boleh copy.
Babi. Sial lah kau!!

ini link blog dan entry yang dia tiru sebijik sebijik tu.


Tak bodoh pun kau nak copy entry aku sesuka hati. Yaa. Kau boleh ambil entry aku mana yang kau suka but please give me some credit.

Adioss...

Wednesday, July 13, 2011

Sebab musabab dan birthday yang dilupakan

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Percayalah! Apa sahaja yang kita buat adalah bersebab tanpa kita sedari. Mukadimah entah apa apa pagi pagi ni.

Semalam secara tak sengaja aku call kawan baik aku. Punya lah berborak then dia tanya bila birthday dia. Terkial kial aku jawab bulan 9 lah, bulan 7 la. Sumpah memang aku failed bab bab birthday ni. Even birthday mama pun aku terlupa. Derhaka punya anak =.='

Rupa rupanya birthday dia esok. Mana tak sekali lagi terkial kial aku nak bagi alasan kenapa lupa birthday dia. Shit always happen.

Tapi aku sendiri confused. Kenapa tiba tiba aku call dia secara tiba tiba sehari sebelum birthday dia. Mungkin kebetulan tapi entah lah. At least aku jadi orang pertama wish birthday dia kan (tu pun lepas kena maki dengan dia)

Aku rasa tindakan aku bersebab tapi aku tak tahu apakah itu.

Adioss...

p/s : satu lagi kuiz minggu ni kemudian rehat seminggu

Tuesday, July 12, 2011

Hari ini tak pergi kelas

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Okay, hari ini mood dah stabil. Semalam agak ting tong. Semalam tiba tiba rajin sampai study group habis pukul 3 pagi. 
Yess!! At least aku dah khatam 3 chapter setengah. Lagi setengah tu tergantung sebab cikgu fateh cantik dah malas nak explain panjang panjang. Dia cakap baca sendiri. =.='



Pagi ini aku ponteng kelas tutorial LAW. Sejam jer. Petang ni pulak kelas Costing. Yes! Tunggu masa je nak memekakkan telinga dengar ibu Jurina membebel. -.-'



Malam ni ada test MKT (marketing). Senang okay! Just letak minyak sikit, bawang merah dan putih dan GORENG!!!

Harap harap lebih seronok berbanding test LAW.

Wish me luck.

Rasanya itu je nak tulis. Yup, thats all. 

Adioss...

p/s : she homesick. kesian :(
p/s : kena tembak Arau lagi minggu ni. Ah, bosan.

Wednesday, May 11, 2011

Sung Kang as Han

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Semalam aku berpeluang tengok cerita Fast Furious 5 (Fast Five). Gaya penceritaan yang hebat, watak yang kuat, mesej yang jelas, sistem bunyi yang sangat wow! tambah pulak adegan kejar mengejar dan aksi yang nampak 'real'. Yeah, mungkin buat betul betul aksi tu. Sangat dahsyat lah. 



Aku bagi 10/10 kepada cerita ini. Dalam 5 sekuel setakat ini, Fast Five adalah yang paling hebat yang pernah aku tengok. Sumpah, tak tipu punya. Kalau belum tengok, pergi tengok sekarang. Worth watching :)

Ok, bercakap pasal Fast Five nih, aku dah mula tertarik dengan watak Han lakonan Sung Kang. 
 
 
 
Watak Brian O Conner lakonan Paul Walker semua orang suka, so tak perlulah aku ulas. Sampai ada yang mengaku abang sendiri pulak tu. Betul tak awak? :P

Sung Kang. Nama macam apa ntah, tapi disebalik nama yang boleh buat orang gelak guling guling tu, terselit satu bakat lakonan yang hebat.

Beliau dilahirkan di Gainesville, Georgia selepas berhijrah dari Korea Selatan.

Memegang watak sebagai Han Lue dalam filem:
Better Luck Tomorrow (2002)
The Fast The Furious : Tokyo Drift (2006)
Fast And Furious (2009)
Fast Furious 5 (2011)

Lakonan beliau begitu cool dalam cerita Tokyo Drift menyebabkan beliau mula dikenali ramai. Dia pernah muncul dalam CSI Miami dan CSI. Time tu aku tak tahu nama dia dan just panggil dia Han sahaja. 

Dalam CSI Miami dan CSI juga dia berlakon seperti mana dalam sekuel Fast Furious. Selamba, relaks, cool dan tak banyak cakap.


Tak banyak aku tahu pasal mamat ni. Tapi aku suka gaya dia dalam sekuel Fast Furious. Tip Top.




Adioss...

Thursday, April 28, 2011

Masalah rumah sewa

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Direct betul tajuk aku hari ni.

Pernah ada masalah? Mestilah kan?

Masalah aku sekarang, petang kelmarin lepas balik dari library, wah, dengan muka riak dan bangganya rasa semangat nak jawab paper sekarang jugak! Baru je jejak depan pintu rumah.

"Pin Pin(hon motor)..adik"

Aku : Yaa, En Fizan.

En Fizan : Hangpa nak duduk rumah ni sampai bila?

Aku : Kami ada lagi setahun setengah.

En Fizan : Owh, hangpa habis paper bila?

Aku : Habis 8, tapi 9 balik kot (8hb budak degree baru habis)

En Fizan : Ok. Kira 10hb la, hangpa kena keluar dari rumah ni. Kira bulan 6 kosong la rumah ni.

Aku : Aik, awat?

En Fizan : Tuan rumah nak masuk balik rumah ni. Dia tak mau bagi sewa dah.

Aku : Owh, tak pa, nanti kami sembang lain cam na.

En Fizan : Duit sewa rumah dah bayar ka? 

Aku : Tolak deposit yang awal dulu la.

En Fizan : Owh, ok ok.
 
Aku : ...(*&%^$#%^*#%##$%^&)

Terus dia blah motor dari rumah aku.

Entah berapa bakul aku maki dia dalam hati. Waktu waktu beginilah dia nak buat hal. Semua masih lagi dalam mood final. Haiyaa. Memang tak ada rumah sewa dah waktu macam ni. Demm betul.

Dear part 6,
Err, kalau ada yang nak keluar dari rumah tu, roger roger lah. Kalau ada rumah kosong tolong habaq mai. 

0124804576-Khai
 
Call me if you have house for rent in Lembah Bujang area. 
Trouble comes in no time

Adioss..

Sunday, March 13, 2011

Beza maki hamun dan caci cerca

Yaa-Haa

Hello there world

Wow! Bombastik tak ayat aku hari ini? Caci cerca? Tak pernah ada dalam kamus dewan bahasa. Kalau ada sila cakap Khai Mr. Bombastik sekarang. Ok. Itu tak lawak

Maki hamun dan caci cerca. Sama ke? Gila lah kalau sama

FUCK | Common word we used everyday

Maki Hamun
Maki hamun lebih kepada menggunakan kata kata kesat dan intonasi  dan nada suara yang keras dan tinggi. dalam bacaan Bahasa Melayu akan ada tanda seru (!). Sengaja aku tunjuk macam mana rupa tanda seru itu kerana masih ada lagi pelajar universiti tidak tahu apa kejadahnya nama tanda itu. Pergerakan tangan seperti mengangkat 1 jari di tengah tahu pula. Inilah manusia. Maki hamun selalunya di gunakan oleh golongan lelaki yang terkenal dengan keangkuhan serta panas barannya. Laki yang tak baran tak cool. Siapa setuju? Haha Selalunya kaedah ini digunakan dalam pergaduhan mulut, ketika menyaksikan perlawanan bola sepak atau di atas jalan raya. So, faham faham sendirilah bagaimana ia diaplikasikan. Nak contoh ke?



Caci cerca
Caci cerca digunakan ketika dalam keadaan tenang. Senang cerita ia adalah adik beradik perli cuma ia lebih kasar berbanding perli. Caci cerca digunakan ketika berhadapan dengan orang yang kita nak caci. Begitulah lebih kurang. Perempuan gemar menggunakan caci cerca ini kerana mungkin nampak lebih sopan barangkali. Jika menggunakan kaedah maki hamun mungkin orang akan tengok seperti dia terkena histeria, jadi jalan terbaik untuk menjatuhkan seseorang dengan mulut bagi seorang perempuan adalah bukan dengan meniup tetapi mencaci. Ada faham? Baguslah begitu kerana aku sendiri kurang memahaminya. Girl is complicated. Bagaimana rupa caci? Tak pernah tengok drama melayu atau sinetron indon? 



Setelah lama mengkaji persamaan antara maki dan caci aku dapat tahu bahawa kedua duanya berdosa. So kau maki dapat dosa, kau caci pun dapat dosa. Moral of the story, jangan caci maki orang sesuka hati.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update apa. Kalau cikgu korang tanya apa beza maki dan caci, jangan ambil entry ini sebagai sumber rujukan ok? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Bombastik sangat ayatnya. Adoyai.

p/s: present BEL 312 tomorrow, wish me luck!
p/s: Semakin hampir dinner, semakin banyak kerja aku yang tertunggak

Adioss..


Saturday, March 12, 2011

Orang sibuk concern bagai nak rak dengan Tsunami di Jepun, aku sibuk dengan Merong Mahawangsa pulak

Yaa Haa

Hello there Malaysian and Nippon

Maaf semua. Semua orang tengah bersedih tentang tsunami yang melanda negara pengeluar anime paling berjaya di dunia sedangkan aku leka lagi excited dengan Hikayat Merong Mahawangsa.

Maka dengan itu hatta sekalian alam ini turut musnah dilanda ribut badai sehingga memecah belah kan sebuah negara yang gah di mata seluruh mergastua serta sekalian makhluk bumi yang ada.

Maaf. Saya terpengaruh dengan suara latar cerita Hikayat Merong Mahawangsa itu tadi. Teringat zaman sekolah menengah. Sorang sorang kena baca cerita lama di depan waktu subjek Bahasa Melayu Komsas. Lepas lepas baca tu rasa macam berada di zaman Hang Tuah. Hatta maka. Hahaha. Lawak. Tapi itulah seni bahasa dan sanjungan kita generasi sekarang hasil hikayat dan bahasa di zaman silam.

Ok. Saya ingin menyampaikan sedikit kata kata semangat kepada rakan rakan yang berada di Jepun sama ada yang terkena tsunami mahupun tidak.

Uzumaki Naruto, Onizuka Eikichi, Uchiha Sasuke, Kobayakawa Sena. Baca ini.







Orewa Khairul Adilah wa, Nippon niokeru tsunami no gisei-sha no gisei-sha ni aitō no i o arawashite. Nippon ni wa, subete no hitobito wa,-shin no utagawa rete iru. Anata ga gaman shite, subete no hōpu.
Watashi wa nani ga okotta no ka to kanashiku naru. Anata wa subete ni kansha shimasu. Kōun
Aku harap dengan kata kata semangat aku ni. Dorang boleh survive. Ok. Tu je nak cakap. Aku nak sambung kerja BEL 312. Actually tak start lagi =.="

Adioss....

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Yaa Haa

Hello there Malaysian

Aku rasa nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi tak tahu bila. Ada siapa siapa nak teman? Jom. Sendiri tengok sendiri belanja. Aku ingat nak ajak orang tu. Tapi dia 50 50. Maybe ajak Anis Tasnim kot. (cuba nasib). Kalau tak pun ajak Nadya atau Aien. 
Tapi lagi best kalau ajak member rumah. Ok. Pagi ni nak siapkan BEL312 dulu. lepas Jumaat nak pergi usha tiket. Kalau orang tu tak dapat tengok. Member rumah la jadi mangsa. Ayuh kawan kawan!!

Malay : Hikayat Merong Mahawangsa
International : The Malay Chronicles Bloodlines

Friday, February 25, 2011

Anwar Hadi atau Mat Luthfi? Apa kata anda?

Yaa-Haa

Kebetulan pagi ni aku malas sedikit nak study, aku buka Youtube. Thanks to Fira dan Apih sebab memperkenalkan 2 orang budak Kedah yang superb. Anwar Hadi katanya orang Bedong, Kedah.
Memang tak jauh sangat dari UiTM Merbok tu. Mat Luthfi aku tak pasti dia orang mana tapi dia memang orang Kedah. Sebab apa? Tengok video dia nanti.

Jom layan serba sedikit video Mat Luthfi dan Anwar Hadi

Mat Luthfi - Nama pun sampah


Mat Luthfi - Serta paksa


Anwar Hadi - Beruang Duit


Anwar Hadi - Negaraku



Ini adalah di antara video yang Mat Luthfi dan Anwar Hadi buat. Both of them superb but i choose Luthfi.

Dia lebih relaks dan kreatif. Kadang kadang kualiti video juga memainkan peranan penting.
Mat Luthfi pilihan saya.

Apa kata anda?


Tuesday, February 8, 2011

Fasa paling aku tak suka

Yaa-Haa

Sampai sudah fasa yang aku paling tak suka. Fasa kuiz dan test. Urghh. Ok. Stop it. Jangan nak merengek macam budak kecil. Esok malam ada kuiz LAW dan khamis pagi ada kuiz ECO. Kalau gabung jadi LAWECO atau ECOLAW atau ELOCAW. Macam macam lagi boleh terjadi. Wish me luck. Itu je aku nak cakap.

p/s: menulis dalam keadaan mamai.
p/s: pagi ni posmen datang pukul berapa haa?

Tuesday, January 18, 2011

Akibat termakan provokasi, perjanjian gila berlaku

Yaa-Haa

Anda pernah berjanji? Selama mana perjanjian anda berlangsung? Apa yang terjadi sekiranya perjanjian itu dimungkiri? Berapa banyak nilai yang diperlukan untuk pampasannya? Dah macam soalan subjek undang-undang.

 
 
Kelmarin ketika aku lepak di kafe bersama beberapa orang rakan sekelas, satu perjanjian telah termaktub disitu. Berbekalkan 6 orang saksi kejadian aku telah termakan provokasi mereka sehingga sebuah perjanjian berlaku di situ. Iaitu :

Aku akan single sehingga habis Diploma.

Menurut saksi hari ini akan diadakan sesi menandatangani Perjanjian tersebut. Perjanjian ini tidak boleh dimungkiri dan jika aku mungkir pada perjanjian ini pelbagai kejadian akan berlaku nanti mengikut ketetapan 6 orang saksi tersebut. Tapi aku masih berpegang dengan qadak dan qadar. Semuanya kehendak Allah SWT. Jodoh dan ajal Dia yang tentukan. 
 
Bermula hari ini. Aku single but not available in 1 year and 4 months.
 
Statement kekwat nak mampus bila aku baca balik ayat tu. Biarlah.


p/s: Hari ni adik perempuan aku ambil ujian undang2 jalanraya, hopefully dia lulus :)
p/s: Tema dinner SISDA semester ini bakal menjadi satu kejutan besar.

Thursday, January 6, 2011

8 terpilih-Tahniah

Yaa-Haa

Alhamdulillah, hari ni aku kelas pukul 12 (gedik seketika). Ini ada story sikit.Semalam aku pergi jumpa lecturer LAW 240, eh bukan semalam, kelmarin. LAW tu semester lepas aku dah belajar cuma aku lambat faham sikit tentang undang2 ni, itu pasal la aku kena repeat ni. Bosan. 
Aku ketuk pintu bilik lecturer tu dan buka pintu, selepas melafazkan kalimah mulia kepadanya, dia sedikit terkejut. Aku datang dengan kawan repeaters aku. 

Tahu apa dia cakap? 
Tak sangka kamu semua nak datang jumpa saya.

WTH. Apa maksud dia? Seolah-olah ada sesuatu yang dia simpan. Biarlah. Dia cakap lagi, kami ni 8 terpilih. Hell!! Repeaters boleh dilabel sebagai terpilih?  Sesuatu yang ganjil disitu. Aku pun tak pasti apa yang ada dalam fikiran dia. Satu lagi, dia cakap dia terpaksa failed kan kami. Okey. Syafaat yang dia bagi tak cukup nak bantu kami untuk lulus. Mungkin markah aku 49 selepas mendapat syafaat dari dia. Markah lulus 50. Mungkinlah kan. Tapi tak apa, aku tahu kemampuan aku dan aku tak marah atau terasa dengan tindakan dia kerana aku tahu aku akan fail juga paper ni. Lecturer ni boleh dikatakan jujur. I loike! Kalau semua Universiti mengamalkan prinsip sebegini, mungkin boleh membantu para pelajar untuk berjaya.

Lecturer Akaun aku cakap:
Come on lah, tak ragged la kalau tak repeat, saya pun repeat, kalau tak, takkan saya ada kat sini sekarang.
Norehan,2010
*Syafaat- Bantuan lecturer kepada para pelajarnya untuk mengelakkan dari pelajar tersebut gagal seperti menaikkan carry marks,memberi markah kesian dan membetulkan jawapan dalam final paper. Anda juga pernah alami kan?

Ok. Cukup sampai situ cerita pasal lecturer. Satu lagi cerita pasal blog. Hahaha. Seronok aku. Blogger yang aku admire dia disebabkan cara penulisan dan olahan cerita dia telah mengiktiraf aku dalam kolumnya They Hot and Spicy. Aku hot ker? Spicy mungkin!
Saya bukan gay. Saya ok!!

Terima kasih kepada Apih El Nino yang sudi letak nama aku sebaris dengan blogger2 terkenal dan juga sebaris dengan girlfriend tak jadi Hanis Zalikha.


Nampak tak nama Khai The Kerozer tu? Haa..tu nama lama aku time tak famous lg.
(apa kau ingat kau dah famous? perasan!!)

Blog better than Facebook. Blogwalking more interesting than watch videos in Youtube. Comment and critic is better than "Like" and Bloggers are more famous than singer and actor/actress. Siapa setuju? Sila komen.haha

Okey. Nak keluar cari makan, pagi2 ni chef tidur sebab main PES2011 banyak sangat. Apa menu best pagi nih? Roti telur? Nasi Lemak? Nasi Goreng?
Siapa tak breakfast lagi? Jom!!!!

Monday, December 27, 2010

Bahana rehat 5 minit-Indonesia rebah di bumi Malaysia


Yaa- Haa

Tajuk entry aku dah macam tajuk surat khabar. Biarlah. Dua benda terjadi semalam. Guess what? Malaysia menang dan Manchester United menang. Apa persamaan mereka? Dua-dua bermula dari huruf M.Haha.Okey, enough, tak lawak pun.
  
Safee Sali | Terbaik Malaysia

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Malaysia menunjukkan cara untuk bermain bola sepak dengan betul kepada Indonesia yang rata- ratanya anak manja apabila hal kecil pun mahu di adukan kepada pengadil. Mujurlah pengadil sangat2 bagus malam tadi. Mutu pengadilan yang mantap, Sorakan padu tuan rumah, pertahanan kental pasukan Malaysia dan penjaga gol Indon, Markus bermain dengan hampeh. Aku sungguh teruja menyaksikan gol ke-2 Safee Sali dengan tandukan padu yang membuat Markus (GK Indon) tergamam menyaksikan bola melepasi jangkauan dan penglihatannya lalu menerjah gawang. Kenapa lain macam je ayat yang aku guna harini? Biarlah..

Aku harap Skuad Malaysia tetap seperti ini, mengekalkan jurulatih, mengingatkan pemain agar jangan lupa diri, meneruskan pencarian bakat2 muda, meneruskan corak permainan dengan hantaran pendek dan counter attack yang pantas dan teratur, rakyat Malaysia juga harus sama2 memenuhkan stadium selepas ini andai kata Malaysia menang AFF Suzuki Cup ini. Jika apa yang aku harap ini berterusan selama 2 tahun. Malaysia mungkin boleh memasang angan2 untuk bermain di pentas dunia. Bunyi macam lawak kan? 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Malaysia hanya perlu memantapkan lagi perebutan bola di udara dan memperkemas counter attack ketika bertandang di Gelora Bung Karno. Apih kata Indon dah sediakan laser merah beserta raifal untuk pemain Malaysia di sana. Bila aku baca entry budak nih, agak menyirap darah aku dengan perangai mat mat indon ni. Tapi berani ke diorang buat macam tu?

p/s: Man Utd di tangga teratas liga dengan perbezaan 2 mata dan kelebihan 2 perlawanan.
p/s: Lepas ni penyokong Malaysia yang pergi ke Gelora Bung Karno boleh bawak banner 
Aku Darah Anak Malaysia

Sunday, December 26, 2010

Anggaran harga satu semester di UiTM Merbok

Yaa-Haa
 
Mari belajar mengira sambil meramal masa hadapan
Accounting | The art of counting

  1. Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
  2. Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
  3. Makan : RM 10/hari = 10 X 151 (5 bln) = RM 1510 (estimate)
  4. Buku = RM150 (estimate)
  5. Minyak motor : RM 0.70/hari = 0.70 X 151 = RM 105.70
  6. Minyak enjin : RM50/bln, 1000 km = 50 X 5= RM 250
  7. Dobi : RM 16/bln = 16 X 5= RM 80
  8. Topup : RM 20/bln = 20 X 5= RM 100
Semua jumlah adalah : RM 2645.70

Loan PTPTN : RM 2500 - RM 500(yuran)= RM 2000
 
Kekurangan : RM 645.70
Selepas ditolak di campur di bahagi dan di darab :
 
 
Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
Makan : RM 5/hari = 5 X 151 (5 bln) = RM 775 (estimate)
Buku = RM100 (estimate)
Minyak motor : RM 0.50/hari = 0.50 X 151 = RM75.50
Minyak enjin : RM 35/bln, 1000 km = 35 X 5= RM 175
Dobi : RM 10/bln = 10 X 5= RM 50
Topup : RM 10/bln= 10 X 5= RM 50
 
Semua jumlah adalah : RM 1675.50
 Pinjaman PTPTN : RM 2000 (tolak yuran)

Aku hanya boleh berjimat sekitar RM 324.50

p/s: bayar ganti rugi Cik Husna, tggl RM 124.50 T_T
p/s: itu pun x kira Wax rambut, deoderent(aku xreti eja), salun, selalunya benda alah tu dah hampir RM50..dunia dunia..

Lahir awal matang, lahir lambat manja?


Yaa-Haaa

Okey. Aku tak tahu kenapa tajuk entry aku macam tu. Macam ada tak kena tapi biar lah. Terdapat satu teori mengatakan bahawa sesiapa yang lahir pada awal tahun iaitu antara bulan 1 dan 3 mereka lebih cenderung dengan sikap lebih matang. Sesiapa yang lahir antara bulan 10-12 mereka lebih cenderung ke arah bersikap manja. Betulkah teori ini?

Teori yang pertama tadi agak atau mungkin betul. Sesiapa yang lahir sekitar bulan Januari sehingga Mac lebih kelihatan matang dari segi sikap dan cara bergaul. Sebagai contoh, kawan aku masa bersekolah rendah dahulu. Walaupun dia bukan ketua kelas, tapi sikap dia yang macam abang kepada kami amat-amat disenangi semua. Apa-apa keputusan tentang kelas akan dirujuk terlebih dahulu kepada dia. Ketua kelas pula hanya memerhati sambil bertanya dalam hati.
Siapa ketua kelas yang sebenar?
 Teori yang kedua adalah sesiapa yang lahir pada bulan 10 -12 lebih cenderung dengan sikap manja dan kebudakan. Betul ke? Kalau orang itu anak bongsu ditambah pula lahir pada hujung tahun, maka memang manja lah dia. Kalau orang itu anak sulung, tetapi lahir pada hujung tahun, bagaimana pula? 
Beberapa pemerhatian aku sepanjang 5 tahun (dari form 3 sampai sekarang), rata-ratanya setiap manusia lebih terbawa-bawa perangainya ketika berada di rumah. Jika dirumah dia adalah abang/kakak maka di mana-mana pun dia tetap sebegitu. Dengan erti kata lain, dia seorang yang matang dan bertolak ansur. Jika dirumahnya dia anak tunggal,bongsu dan anak manja maka sikapnya juga akan terbawa-bawa kemana sahaja dia berada. Dia tetap manja dan bersikap kebudak-budakan dengan rakan-rakannya. 

*********


*********

Bolehkah sikap itu diubah?

Mengikut pada situasi, sikap manusia boleh berubah mengikut tempat. Selalunya anak sulung dan seseorang yang matang akan mudah membawa diri dan boleh menyesuaikan diri mereka di mana sahaja mereka berada. Lain pula ceritnya dengan anak bongsu yang kerap kali di istilahkan dengan gelaran anak manja dan anak emas. Mereka lebih sukar utuk menyesuaikan diri pada sesuatu tempat dan keadaan kerana sering bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu. Hanya segelintir sahaja anak bongsu yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Keadaan ini sebenarnya diajar dan diterapkan oleh ibubapa mereka. Yang sulung diajar agar mengalah dengan adik2 manakala adik2 pula hanya menunggu masa untuk mendapat apa sahaja yang diingininya dengan pendapat abang/kakak akan mengalah demi adik beradik.
So pathetic

Sampai bila perkara sebegini harus diteruskan? Adakah ini sudah jadi benda biasa dalam kehidupan?



Saturday, December 25, 2010

Gempar-Kehadiran Taliban Di Malaysia


Yaa-Haa

Okeyh. serius.
 
War | Good for few, bad for most


Baling, 24 Dec- Kegemparan berlaku apabila seorang mangsa diculik oleh pejuang berani mati tentera Taliban dekat sini ketika selepas solat Maghrib tadi. Siasatan dibuat oleh ASP Mohd Izham yang mendapat 6A dalam PMR tempoh hari berkata mangsa adalah rakyat tempatan yang sedang mundar mandir di dalam rumah sebelum diculik seorang tentera yang berpakaian ala-ala Pakistan jual karpet. Tentera tersebut mempunyai selaras senapang M-16 buatan China. Jurukamera merangkap wartawan ada mengambil gambar suspek dan mangsa tersebut.
 
 Bangali Jual karpet | Penyamaran terbaik Hazim


Mangsa penculikan | Muaz Abd Hadi
 
Manga dikenali dengan nama Muaz Abd Hadi sementara tentera Taliban tersebut bernama Hazim Iskandar tetapi mengaku dirinya berasal dari Pakistan. Tentera Taliban @ Pakistan tersebut meminta wang tebusan RM 2 kepada keluarga mangsa sebagai jaminan tidak apa-apakan mangsa. Apabila keluarga mangsa  tidak memperdulikan hal tersebut, mangsa nekad dengan keputusannya menyertai Tentera Taliban tersebut dalam misi perjuangannya.

Seorang menembak ke langit sementara seorang lagi melaungkan azan


We Are The Gang | Muaz dan Hazim


Sehingga kini polis gagal memberi kata putus sekiranya kumpulan terbabit menjadi ancaman kepada Malaysia atau pun tidak.

Di laporkan oleh,
Khai.


p/s: tetiba menulis berita, gila agaknya.hehe ;P
p/s: ini dua budak kecik bikin gua geli hati tengok diorang.

Sunday, December 19, 2010

You?? Me?? Him??


Dia berjalan dengan selamba sambil menghampiri seorang pemuda. Pemuda itu hanya melihatnya dari atas ke bawah dan naik semula ke atas.
Belum sempat dia membuka mulut. Seorang lelaki tua menegur pemuda itu dari belakang. Pemuda itu hanya berdiam diri. Dia menatap menuju ke arah lelaki tua itu.

Dia: Who are you?

Lelaki tua: Yu.

Dia: Not me. You?

Lelaki tua: Yes. Yu

Dia: WTH. What his name? (sambil menunjuk kepada pemuda tadi)

Lelaki tua: Mi

Dia: Not you..him?

Lelaki tua: Yes.. I'm Yu, he Mi.

Dia: Huh?? What the hell...... (lalu blah dari situ)



p/s: Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mengaum.
p/s: Pergi tempat orang bawa akal bukan pisau.
p/s: Adaptasi Rush Hour 2 lakonan Jackie Chan dan Chris Tucker.