Friday, June 16, 2017

Marhaban ya Ramadhan

Apa guna puasa tanpa solat?

Kenapa perlu letih seharian berpuasa tanpa mendapat apa apa ganjaran?

Kenapa perlu menahan diri dari melakukan maksiat mata, telinga, hati dan mulut tetapi pada akhir waktu, kau juga tidak solat?

Apa guna kau berlapar dan dahaga tetapi kewajipan sebagai umat islam kau tidak penuhi?

Kenapa? Apa signifikasi kau berpuasa sebulan tanpa apa apa ganjaran?

Pernah kau menolong perempuan tua melintas jalan, tapi jauh dipelusuk hati, kau mengharap balasan. Mungkin bukan daripada perempuan tua itu, mungkin dari orang lain. Tapi jauh di pelusuk hati kau, aku pasti tersemat walaupun sekelumit perasaan berharap jasa kau dikenang. 

Ibarat kau mencuri masuk ke universiti, hari demi hari sepanjang satu semester kau belajar bersungguh sungguh. Kau ikhlas kan hati belajar demi masa depan yang lebih baik tapi pada hari peperiksaan akhir, kau tidak dapat masuk ke dewan, kau tidak dapat mengambil peperiksaan yang kononnya boleh mengubah destini hidup kau disebabkan kau tidak pernah mendaftar sebagai pelajar. 

Lebih parah lagi, kau rasa kau sebahagian daripada mereka(pelajar universiti) tetapi harafiahnya, kau bukan dikalangan mereka. Duduk berdiri kau tidak sama rendah mahupun tinggi bersama mereka. Kau hanya seperti unggas beterbangan. Hilang ditiup angin. 

Kenapa pendaftaran penting? Sebab pendaftaran itu membezakan kita pelajar dengan orang luar, polis dan penjenayah, doktor dan pesakit. Pendaftaran disini, kau boleh ibaratkan seperti solat atau kalimah syahadah. Tapi aku lebih tekankan solat disini.

Jadi, kenapa belajar tapi tak register?