Lengkap berbaju kemeja dan berseluar slack, Amri berjalan menapak ke kereta untuk pergi kerja. Hari ini adalah hari pertama Amri kerja setelah tamat pengajiannya. Deruman enjin kereta bingit seawal pukul 7 pagi, terus memecut laju di jalan. Dia keluar sebegitu awal kerana ingin mengelak daripada kesesakan lalulintas. Ketika meter kelajuan di papan pemuka menunjukkan 140 km/h Amri sedang rancak mengangguk kepala selari dengan aliran lagu Sorry-Sorry nyanyian kumpulan Korea terkenal Super Junior.
Ketika dia hendak masuk ke pejabat, dia telah terlanggar seseorang, dengan pantasnya Amri meminta maaf dan menunduk untuk membantu seorang wanita sebayanya mengangkat barang2 yg terjatuh. Tetapi malangnya, wanita terlebih dahulu menamparnya sehingga terbaring
Lain kali mata letak kt muka, jangan letak dekat lutut.
Wanita itu berlalu pergi dan meninggalkan barang2nya yang berterabur itu. Hati Amri tidak keruan bukan kerana tamparan yg dia kena sebentar tadi, tetapi wajah yang suci lagi jernih wanita tersebut telah menusuk mata serta hati Amri. Seperti aliran adrenalin dalam badannya, dengan pantas Amri mengabil barang2 yang jatuh itu dan bertanya kepada salah seorang pekerja yang menyaksikan kejadian yang tak terduga itu.
Derap kaki melangkah semakin laju sehingga dia sendiri tercegat dihadapan sebuah pintu besar yang betul2 dihadapannya. Kini dia dan wanita itu hanya dipisahkan dengan sebuah pintu besar itu. Amri mengetuk pintu dan membukanya.
Cik, ini barang cik yang terjatuh tadi, maaf saya tak sengaja
Wanita itu lantas menghambur makian terhadap Amri
Celaka kau.kau fikir aku siapa? keluar kau dari sini! berani kau panggil aku Cik. Aku tuan besar di sini. Call me Madam Alisa!! I dont know who the hell are you, if you work here..now..YOU FIRED!!!
Lutut Amri terketar2 kerana herdikan wanita yang bernama Alisa itu. Dia seperti tidak percaya lalu menampar pipinya sendiri setelah mendengar perkataan keramat tanpa sempat dia memulakan tugasnya.
Dengan hati yang hancur, keruntuhan semangat yang mungkin hampir bertahun untuk terubat dan segala penat lelah dia di menara gading dahulu seperti hilang dilindung di sebalik hijab atau dimensi yang lain. Tiada tempat lain dia akan tuju sekiranya dia kecewa atau sedih. Puncak Astana. Disini terdapat sebuah taman bunga yang besar dan suhu yang sederhana dingin. Sesuai untuk merehatkan minda yang sedang kusut.
Aku fikir aku akan kesini kalau aku tension dengan kerja aku..tapi aku kesini lebih awal dari apa yang aku bayangkan..
Itu lah keluhan Amri sejak keluar dari pejabat Madam Alisa itu tadi. Saban waktu dia hanya duduk diatas hud keretanya dengan berfikir nasib yang telah menimpanya. Ketika itu juga, Cik Alisa, seorang janda muda yang cantik lagi elegan yang hanya berkahwin dan bercerai dalam masa 2 hari. Panahan matanya mamou membuat sesiapa sahaja tertawan dengannya. Mangsa terbarunya adalah Amri. Alisa seorang yang panas baran, selepas dia kecewa dengan perkahwinannya, dia tidak mempercayai lelaki termasuk pekerjanya yang begitu setia denganya walaupun hari makan makian sang boss betina. Bagi mereka alah bisa tegal biasa.
Ketika waktu rehat, Alisa telah keluar berjalan kaki untuk ke kafe berhadapan bangunan miliknya yang telah diusahakan selepas arwah ayahnya meninggal dunia ketika umurnya 17 tahun. Dia memang seorang yang tabah apabila mampu mengawal syarikat dan kini syarikat itu berada setaraf dengan MAS dan Air Asia. Al-Fin Airlines kini menjadi kebanggaan keluarga Alisa. Al-Fin Airlines adalah hasil gabungan namanya Alisa yang selesa dipanggil Al dan kakaknya Fina atau nama penuh Raihana Afina.
Ketika Alisa menunggu di lampu isyarat untuk melintas, tanpa sebarang petunjuk mahupun isyarat, sebuah kereta Proton Inspira buatan Malaysia telah berhenti secara mengejut dihadapan Alisa dan 3 orang lelaki telah keluar dari kereta dengan mengacukan pistol ke arah Alisa dan menarik tangan Alisa masuk kedalam kereta tersebut. Orang ramai yang berada disitu kehilatan tergamam tanpa mampu membuat apa2. Tekak seolah2 tidak ada lagi peti suara dan mulut seakan2 tertutup rapat. Hanya dengan beberapa saat, Alisa hilang dari pandangan.
Proton Inspira yang yang mempunyai kepasiti enjin sehingga 2ooo kubik memecut laju di jalan yang sesak itu. Tiba-tiba sebuah Mitsubishi Lancer Evolution X telah mengekori rapat kereta Inspira tersebut.
Alaa...dah nama pun kereta Malaysia.. ketepi la...ni Evo la wei..
Suara tersebut datang dari dalam kereta Lancer itu. Hakim, seorang penuntut IPTA dan merupakan Junior kepada Amri. Dia minat berlumba dan kelajuan adalah sifat semulajadi dalam dirinya. Sambil menekan hon dia memecut laju keretanya dan mengikut rapat Inspira tersebut. Mereka seperti berkejaran antara satu sama lain. Alisa mula gelisah kerana tangan dan kakinya diikat dan mulutnya di tutup dengan kain berwarna hitam.
Pada masa itu juga, Amri telah menaiki keretanya untuk pulang kerumah setelah setengah hari berada di puncak tersebut. Setelah dia keluar dari persimpangan tersebut keretanya hampir dilanggar oleh kereta Lancer yg dipandu oleh Hakim. Dia mengetahui kereta tersebut adalah milik kawannya lantas pedal minyak ditekan sekuat mungkin. Koordinasi antara tangan dan kaki bermula. Tangan yang pantas menukar gear dari satu tempat ke satu tempat dan semakin padu tekanan keatas pedal minyak oleh Amri. Nissan Skyline R34 hadiah ayahnya kepadanya atas segala penat lelah Amri mengharungi alam menara gading sehingga membawa pulang segulung ijazah kepada keluarganya terus bergerak laju. Ketika di satu selekoh, Amri berjaya memotong Hakim dari luar. Ternyata kecekapan Hakim dalam melayan selekoh tidak tertanding oleh rakannya. ketika Amri sedang seronok dapat memotong Hakim, dia ternampak bayang Alisa di dalam kereta Inspira di hadapannya dan Amri terus.......
bersambung...........
4 comments:
wahh . dh mula balik ehh ? best2 . aku da bca . suka2 . cita dia len skit dri len . hehe
i like this..
keep writing yea..
nad: orait2...ada lg kena improve..nmpk mcm tergantung..hehe..thankz
lynd: thankz leen.. :)
Post a Comment