Showing posts with label dari dapur Bujang. Show all posts
Showing posts with label dari dapur Bujang. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Saya pandai buat sup sesumpah

Yaa-Haa

Riak betul tajuk aku kan? Hari ni hari Khamis. Pergi ke kelas macam biasa. Lecturer yang pernah mengajar aku time Part 1 sudah berjaya mengingati nama penuh aku. Khairul Adilah. Tahniah Puan! Maka selepas ini nama aku akan sentiasa terpahat dibibirnya. Demm!! Selesai kelas yang pertama. Masuk pula kelas yang ke dua pada pukul 10. Tanpa Take 5 seperti selalu sesi pembelajaran diteruskan selama 1jam 56 minit. Otak tepu. Formula, jalan kira,term semua menjadi satu.Hahaha. Aku sendiri yang pening. Entah apa yang aku belajar tadi. Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan entry langsung. Aku tengah ting tong.

Too much formula to memorize


Pukul 12 tengahari balik rumah dengan housemate. Tumpang motor dia sebab motor aku tak ada minyak. Motif sangat nak cerita tak mampu nak isi minyak. Najib!! Minyak mahal la dowh!!

Balik rumah, Top Chef ada kelas pulak. 2nd Chef kena masak. Siapa 2nd Chef? Aku lah! Khairul Adilah, pakar dalam memasak nasi yang lembut dan enak dan membancuh air yang not sweet just nice. Statement macam nak suruh orang maki je.

Masak | Lebih seronok dari makan

Ok. Dengan berat hati dan nervousnya mengangkat kuali dan letak atas dapur. Chef Khai memulakan masakannya.

-Sup Sesumpah
-Belalang Panggang
-Katak Goreng
-Jus Rumput

Sedap tak? 

Gila agaknya nak buat menu macam tu. Dah macam makanan eksotik dah.

Aku masak:
-Sardin dalam tin
-Ayam goreng yang frozen tu
-Telur goreng

Tu jer yang aku pandai. Tapi yang hairannya. Pujian melambung pula yang aku dapat.
Kerak ayam sedap lah. Nasi cun lah. Air sedap. Telur cair sedap. Hahaha

Korang tahu tak betapa nervousnya aku nak tunggu feedback korang? Tahu tak?
Tapi mindset aku cakap:
Tengahari, semua orang lapar.. Makan apa pun sedap.

Aku anggap pujian mereka tadi sebagai pujian orang lapar.Hahaha..

Gila ke apa? Tak pernah-pernah masak sardin dalam tin dengan goreng ayam. Tiba-tiba orang puji sedap.
Selalu dekat rumah mama jer yang masak. Eden tolong habiskan jer..Hehehe.

Malam ni awek angkat aku ajak pergi fun fair dengan classmate. Nak pergi ke tak?
Minggu depan ada meeting Dinner lagi. Cepatlah bagi aku info untuk dinner. Tangan dah mengeletar nak buat poster ni. Aku sekali lagi dilantik sebagai Exco Publisiti. Apa famous sangat ke aku ni?

Ok lah. Aku nak jadi orang Jepun kejap. Mengecilkan mata. Tido.

Tuesday, January 11, 2011

Apa itu MYOB??

Yaa-Haa

MYOB? Mind You Own Bisnes. 
I Like That. Sama dalam kelas AIS280. Ok. Tengah tunggu jawapan dari seseorang. Lepas ni tengok lah macam mana. 
Menu makan tengah hari tadi, Nasi goreng (gila apa makan nasi goreng tengah hari buta), Udang Kunyit, Ikan Masin dan Jus Anggur.

Kenyang sangat. Mengantok. Bye.

p/s: nanti aku cerita lagi pasal MYOB. tak ada masa sekarang.

Wednesday, January 5, 2011

Mari memasak


Yaa-Haa

Semenjak aku berada di rumah sewa yang terletak kira-kira 800m, 32' 178' dari arah utara, 45' 190' dari arah barat dari kampus UiTM Kedah, aku semakin matang. Kenapa?
Aku rasa aku boleh bawa diri, boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan boleh menghadapi cabaran utama apabila jadual clash iaitu, ketuk bilik Dr dan minta pendapat dan pertolongan dia. For your info, tak ramai yang boleh buat macam tu sampai ada yang sanggup tunggu sejam untuk ketuk pintu bilik dia. Dr bukan makan orang pun.

Tengah hari ini, chef utama ada kelas, memandangkan kelas aku batal hari ini, so aku kena MASAK!! 
Aku nak masak apa?

  • Nasi
  • Telur dadar
  • Ikan goreng
  • Rendang daging
  • Ayam goreng
  • Sayur Campur
Yang itu jer aku reti. Lepas ni nak belajar masak sambal ikan bilis, tomyam dan kari ayam dari chef utama. Ok. nak masak tanam padi kejap. Bye-bye



p/s: jangan percaya bearing aku tu, kang ada pulak letak arah kiblat tak betul. hehe.
p/s: label baru-Dari dapur Bujang :)