Showing posts with label class rap. Show all posts
Showing posts with label class rap. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Non stop busy week

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Argghh. Aku selsema pulak. Demm. Mood raya dah habis. Assignment bertimbun. Yit mungkin bebai dekat aku. Assignment LAW langsung aku tak sentuh. Status FB dia bikin gua sentap. Tak ada komitment langsung!
Dia cakap cenggitu.

Malam ni ada Marketing presentation, petang esok ada forum BEL, lusa petang ada test TAX.

Muka tak puas hati dekat Alip sebab laptop dia besar. Grrr


Ms Ho put higher expectation to us to give the very best because kami dah tengok how first 3 group perform. OMG! Kena makan spegheti banyak banyak kasi lidah fluent English. Shit!
 
Sir Naim pun sama. Dia nak tengok body language dan tahap confident yang tinggi daripada kami. Aiyoo. Cuti seminggu aku dah lupa macam mana nak buat body language.
Angkat penumbuk dan angkat 1 jari hantu. 
Hell yeah!! Body language yang aku takkan lupa. HAHAHA

I'm waiting for Friday. Nak lepak dengan Miss F.


You, I busy harini, esok lusa. See you malam Jumaat. Kita keluar dinner. 

Ah! Hingus meleleh, tak selesa. T__T

Nak pegi klinik, malas. Ok. Nak pergi kelas sekarang.

Adioss...

Friday, July 15, 2011

Mid term break lah

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Hari ini bermula sudah cuti seminggu. Mid term break. Ketika entry ini ditulis, aku berada di Beseri, Perlis. Lepas ni nak ambil sepupu aku dekat UiTM Arau. Bawak balik ke Baling then hantar dia ke Penang kemudian dia balik ke Sarawak.

Details wey cerita aku hari ini. Saja nak habaq mai ada cuti seminggu.Tu jer.

Selamat bercuti kepada semua pelajar UiTM di seluruh dunia. Dunia?

Yela, penceramah LDK aku cakap budak budak UiTM afrika perangai macam haremm..

Adioss...

Tuesday, July 12, 2011

Hari ini tak pergi kelas

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Okay, hari ini mood dah stabil. Semalam agak ting tong. Semalam tiba tiba rajin sampai study group habis pukul 3 pagi. 
Yess!! At least aku dah khatam 3 chapter setengah. Lagi setengah tu tergantung sebab cikgu fateh cantik dah malas nak explain panjang panjang. Dia cakap baca sendiri. =.='



Pagi ini aku ponteng kelas tutorial LAW. Sejam jer. Petang ni pulak kelas Costing. Yes! Tunggu masa je nak memekakkan telinga dengar ibu Jurina membebel. -.-'



Malam ni ada test MKT (marketing). Senang okay! Just letak minyak sikit, bawang merah dan putih dan GORENG!!!

Harap harap lebih seronok berbanding test LAW.

Wish me luck.

Rasanya itu je nak tulis. Yup, thats all. 

Adioss...

p/s : she homesick. kesian :(
p/s : kena tembak Arau lagi minggu ni. Ah, bosan.

Friday, July 8, 2011

Perbezaan KL dengan Merbok

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Tajuk macam bosan je kan? Perbezaan. Cubalah kalau aku buat persamaan Merbok dan KL. Baru ramai orang nak baca.

Perbezaan:
KL- Jalan sesak
Merbok-Trafik bergerak lancar sokmo kecuali waktu puncak (6.15 p.m.) Lecturer balik kerja.

KL- Perempuan pakai skirt pendek dimana mana
Merbok- Perempuan pakai skirt pendek mesti kena usha sampai menangis

KL- Bangunan pencakar langit sebagai landmark
Merbok- Bau getah pagi pagi adalah petanda utama anda di Merbok

KL-Disko dimana mana
Merbok- Candi tinggalan kerajaan Kedah Tua dan Majapahit dimana mana
 
KL- Ko aku
Merbok- Ko aku, hang aku, mu aku, kome teman ( UiTM Students)

Sebenarnya, 1001 perbezaan jika aku nak senaraikan kesemuanya. 

Kalau kamu orang KL, adakah kamu selalu keluar? Adakah kamu benar benar arif jalan sekitar KL? Adakah kamu ke disco pub apa bagai?

Kalau setakat duduk rumah kemudian cakap Merbok membosankan, tak perlulah. Pulanglah ke bandar sana. Tinggalkan kampung Lembah Bujang ini. 

We need to chill out. Keluar lah, jalan jalan tengok tempat orang. Tak salahkan? Sini mungkin tak ada disko tapi apa salahnya kalau sekali sekala keluar tengok wayang, lepak kedai makan sampai tengah malam. At least ada jugak benda untuk dibuat daripada membebel setiap masa Merbok bosan. 

kamu tu yang membosankan, no wonderlah life kamu pun bosan.

Sorry to say but that the fact. Chill

Adioss...


Tuesday, June 28, 2011

Jalan yang berbeza

Yaa-haa

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, aku sekarang dah berada tahun terakhir di UiTM Kedah. Kalau tiada aral melintang, insyaallah pertengahan tahun depan habislah Diploma aku.
Kadang kadang penat menunggu detik dimana kami semua, maaf, kita semua sama sama tersenyum sambil keluar dari pintu pagar UiTM Merbok dan membawa segulung diploma, harapan serta impian masing masing. Masing masing membawa bagasi dan menaiki keretapi masing masing menuju ke tempat di mana cita cita masing masing bakal tercapai di sana kelak. 

Different people, different path

Kini aku sedar akan kata kata kawan aku yang setahun yang lalu ibarat kata kata orang tiada ilmu.
Katanya akauntan bumiputera hanya berapa orang sangat dalam Malaysia ni. Maksud dia yang benar benar professional dan mempunyai sijil pro dalam arena perakaunan ini. 

Selepas ini, aku dan beberapa orang lagi. Mungkin berpuluh orang akan keluar dari kepompong perakaunan. Masing masing akan ikut cabang dan jalan mereka masing masing. Begitu juga aku.
Mungkin juga ada yang menyimpang jauh dari perakaunan. Public relation, kulinari, perhotelan, tourism. Apa apa sahaja kursus yang terdapat atas muka bumi ini mampu di isi oleh kita.
 
Mahasiswa Diploma Perakaunan. Bukan mahu membangga diri atau riak, tetapi itulah hakikatnya. Apabila kita berada di dalam salah satu kursus professional, maka apa sahaja jalan mahupun lorong, kita mampu tempuhi dengan jayanya. Insyaallah.
5 tahun dari sekarang aku berharap dapat berjumpa kembali rakan rakan diploma.

Mungkin sudah ada diantara mereka yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau pun ada juga yang sudah berkahwin. Mungkin juga ada juga yang sedang struggle dengan ACCA/MICPA Exam. Profesional accountant lah katakan. Aku doakan kamu berjaya.

Adioss…

Wednesday, April 20, 2011

Final telah tiba

Yaa-Haa

Assalamualaikum semua

Good Luck for final kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia



Semoga result sem ini lebih baik sebelumnya.

Amin.

Adios..

p/s: tidak update blog sehingga 1st May 2011

Wednesday, April 13, 2011

Tutup buku semester 4

Yaa-Haa

Assalamualaikum

*Entry ini agak panjang kerana menceritakan kisah seorang budak dari awal sem hingga ke akhir sem. Mungkin ada episod. Sila sediakan bantal yang empuk bersama minuman atau bahan kudapan dan selamat membaca sehingga ke perkataan terakhir. Kalau tak nak baca, just click Nuff and click X. Thank you. :)

Esok adalah kelas terakhir untuk semester 4 ini. Pejam celik pejam celik, dah habis semester.

Ketika mula mula masuk semester baru dulu, semangat tinggi. Tambah pula duduk rumah sewa. Kononnya nak berdikari. Alhamdullilah sampai sekarang masih ok dan boleh meneruskan dengan gaya sebegini.

Kata Lenka, Trouble is friend. Yes. She right. Belum apa apa lagi dah ada masalah. 

Masalah 1 : Jadual clash
Aku paling benci bila kelas yang aku nak masuk tu penuh dan clash. Demm. Minggu pertama entah berapa kali turun naik bilik Koordinator bincang pasal jadual. Akhirnya, selesai juga masalah jadual. Tapi time tu pun morale dah jatuh sikit. Tapi tak apa, still early to give up.
Dah masuk kelas pulak, tak semua yang kita impikan akan dapat.

Masalah 2 : Classmate chemistry
Ini terjadi ketika aku masuk kelas DIA 4A untuk subjek BEL312 dan DIA 4C untuk ECO 211. Memanglah kedua dua subjek tu mempunyai lecturer yang baik tapi aku tak rapat dengan budak budak kelas tu. So, awal awal agak fakap jugak lah nak rapat dan borak dengan dorang.

Kawan | tak kenal maka tak cinta

Pepatah pun ada kata, hanya Suparjo mengenal Maniam. 
Ok, itu aku yang kata. =.=! 
Sehebat mana pun reputasi kelas orang, kita tetap akan berasa selesa dengan kelas kita sendiri. DIA 4D. Aku sayang sangat sangat kelas ni. Sesuatu yang aku tak dapat bila masuk kelas lain adalah riuh. Kelas lain senyap, tapi dekat luar bising, mungkin sebab mereka FUCK
Fokus Untuk Capai Kecemerlangan
Tapi kelas aku (4D) dalam kelas dan luar kelas sama sahaja, bising riuh gamat. 

Masalah 3 : Junior
Aku masuk kelas QMT 181 dengan budak budak part 2. DIA 2C. Dorang happy go lucky terutamanya Ah Chong, Solihin, Moshi, Syuhada dan Tasha. Sebenarnya tak ada masalah pun. Tapi ada juga masalah. Masalahnya dorang satu kepala dengan aku. Err..kadang kadanglah. Kadang kadang aku pun kena paku balik dengan dorang. Niat nak tackle Tasha terhenti bila dapat tahu dia dah ada pakwe. Kenal pula dengan 2 3 orang budak kelas tu. Cantik, lawa, pandai dan taken already. Ok. Terlepas lagi T.T

Tak kemana pun perempuan kalau kita kejar.

Ok. Tu jer kot masalah yang aku hadapi semester ni. Heaven kan kalau ada 3 masalah je dalam satu sem. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak kan aku nak cerita semua kot?

Kalau pasal pelajaran, aku rasa sem ni paling best. Akaun, Costing, Statistic dan Law aku boleh carry dengan baik dan result test dan kuiz semua ok dan not bad. Tengah seronok nih. Cuma Eco jer yang tak perform. Macro susah berbanding micro. 
 ECO 211 aku masuk kelas 4C. Kelas 4C ni majoritinya budak dekan. Aku rasa inilah kesilapan terbesar aku sem ni. Masuk kelas yang bukan jiwa aku. Lecturer ok, cuma persekitaran kelas aku tak gemar. Semua ibarat robot yang mendengar dan faham dengan apa yang lecturer ajar. Tiada sebarang pertanyaan tentang topik dan tiada soalan yang bermula dengan kalau.
Contoh: Lecturer sedang ajar tajuk International trade. Tentang specilization trade antara 2 country.

Aku nak je tanya bagaimana kalau ada 3 atau 4 negara yang terlibat. Tetapi sudah tentu budak kelas tu akan cakap aku nonsense. Soalan merapu. Bazir masa. Ok. 1st and last aku masuk kelas tu.
*nak nangis kejap

macam ni la perasaan aku bila masuk kelas ECO. Cuma aku tak reti tiru mimik muka Makky nih. wuwuwu T.T


Selain daripada itu, wow, dah macam karangan. Haha. Aku suka dengan budak budak kelas akaun dan costing. DIA 3A. Dorang semua pandai pandai dan gila gila. Lebih kurang macam kelas aku jugaklah. Aku seronok mix around dengan dorang tapi jauh di sudut hati, aku tak nak convo dengan dorang. Aku nak grad on time. Entahlah. Selalunya dalam kelas aku selalu kacau Fairuz, aku selalu bahan dia dengan Fira dan dia pulak selalu cakap aku couple dengan Fira. Last last 2 2 tak dapat. Puas. :D

Hey, aku ada BFF yang baru. Err..yang lama pun ada lagi sebenarnya. Nur Elfira Eleena Ez. Dia dah upgrade menjadi BFF daripada kawan biasa. Dia selalu ingatkan aku pasal kelas Akaun dan Law. Sementara tu, Nadya yang memang bestfrend dari part 1 pulak suka ingatkan aku pasal kelas costing dan AIS. 2 2 makcik ni akan hangin satu badan bila aku ponteng salah satu kelas tu. Sayang jugak dorang dekat aku. Haha.Aku pun sayang dorang.

 Comel tak budak ni tidur?

Inilah Elfira Eleena Ez. Nama panjang gerabak. Dia happy go lucky dan bersahaja. Yaa. Memang bersahaja, tidur sejam dalam kelas, lagi sejam buat muka comel dan snap pic dia SAHAJA. Sangat sangat bersahaja.

Gambar Nadya? Dari part 1 sampai part 3 dah banyak pic dia aku snap. So sem ni tarak.
Semester ni, kawan aku bertambah lagi. Aku kenal junior akaun, aku kenal budak degree, aku kenal housemate aku, aku kenal lebih rapat coursemate aku. 

Semester ni aku banyak mendiamkan diri daripada terlibat dengan aktiviti UiTM. Tak macam sem lepas. Kesana kemari dengan aktiviti. Sem ni aku cuma terlibat dengan Dinner SISDA. Tu pun sebab nama aku tercalon sebagai Exco Publisiti. Seronok bila dapat kenal lebih rapat dengan dorang. Majoriti exco Dinner adalah budak kelas 4A. Aku pun dah jadi salah seorang dari ahli kelas tu sebab BEL aku masuk kelas tu. 

Entah apa pulak yang menunggu semester depan. Aku nak masuk balik kelas 5D sem depan. Nak tadah telinga dengan Jiha 7-11 dok pot pet, nak bergaduh dengan Nadya, RXZ, Atul. Nak kacau Tyra, Umai dan Ain. Nak bergosip dengan Wani. Nak bertekak dengan Fateh. Nak bahan Fira. Nak sembang dengan Mila. Nak dengar lawak Alip. Wow. Banyak sungguh aku nak buat semester depan.

Lagi pun budak perempuan berharap aku dan Alip kembali masuk kelas tu sebab dorang asyik tengok Yit jer. Dah bosan agaknya :P

 ini dalam kelas, yang duduk depan selalunya stok rajin.
Aku? faham faham je la.

ini Tyra. Dia selalunya hantu gambar, cuma kali ni dia memang marah aku sangat sangat sebab tolak cinta dia sebab alih kerusi time dia nak duduk. Apa lagi. Gedebap!! Nangka jatuh. Hihi


Sikit je kan yang duduk depan. Tapi di sebelah dan di belakang kamera, ramai yang sedang berblogging, berFB, bergosip dan ber'tidur'.

Sem ni tak ada aktiviti hujung sem seperti sem lepas. No more makan makan, jalan jalan sebab aku dah tak jadi class rep. Terpulanglah kepada class rep sem ni nak buat apa lepas ni.
Sem ni juga aku belajar memasak. Skill masakan makin improve. WTH puji diri sendiri.

Aku rasa tak cukup panjang lagi entry nih.
Esok hari terakhir sesi pembelajaran sesi Jan-Apr 2011

~Sayonara~

Thursday, April 7, 2011

Tiada tajuk

Yaa Haa

Assalamualaikum

I love accounting
I love accounting

I love accounting
* sambil mengetuk kepala dengan buku akaun.

Aku sedang mencuba sedaya upaya untuk menyukai tajuk ni. 

Hire Purchase

Sangat susah. Entah kenapa, dalam banyak2 tajuk akaun semester ni, HP la paling susah. Demm. Aku perlukan cikgu akaun sekarang. Bebal jugak aku dengan akaun ni kadang kadang.

Huh. Esok test akaun. Apa yang aku nak conteng dalam kertas tu?

Tak kan nak jadi macam budak tu. Hantar kertas kosong. Tolonglah, aku tak sanggup lagi nak repeat.
Perkataan repeat ni kadang kadang seolah olah taboo bagi aku. Tolongah HP. Janganlah jadi batu penghalang perjalanan aku. Janganlah sekarang.

Ini tidak adil, tidak adil tidak adil tidak adil
*pengaruh lagu Penakut-Yuna

Jeez. Lagi lagi nak mengeluh. Pergi study la bodoh.

Adios...

p/s: hopefully aku boleh buat esok
p/s: hopefully bangunan UiTM esok tiba tiba runtuh sebelum pukul 8.30 pagi esok. Jahatnya.

Friday, April 1, 2011

1st april and keep counting

Yaa-Haa

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

Err..actually aku baru bangun. Er..5 minit yang lalu.


Semalam, tepat pukul 3.26 a.m. aku terpandang handphone. 1st April 2011. OMG!! Finally its coming. Dari tarikh ini bermulalah satu fasa yang bakal membuat orang kekal kuat atau jatuh.

Test 2, BEL final assesment, ECO group and individual task, LAW group assignment, Lab Test.

Yeah, its come again, every semester. No time to say no. From now on , its time to study.

Ni Final exam time table aku :
Thursday / 21-4-11 AIS280

Tuesday / 26-4-11 QMT 181

Wednesday / 27-4-11 FAR 200

Thursday / 28-4-11 LAW 240

Saturday / 30-4-11 MAF 220

Sunday / 1-5-11 ECO 211

3 subjek berterusan selama 3 hari. Ya. Aku yakin aku mampu lakukan. What important right now, just keep strong. Dont fall before its time. 

Rancho atau nama sebenar beliau Phunsukh Wangdu dalam cerita 3 idiots selalu berkata, Everything fine.

So, it will be fine.

Hiruma in Eyeshield 21 said, keep heat up your heart, and let the your head cool. Heat heart and cool head, it will be the best weapon in battlefield. 

Keep fighting!!

Adioss...

Saturday, March 26, 2011

Balance Shit instead of Balance Sheet

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Aku tak suka jadi budak akaun. Tak suka. Tak suka. 
Aku tak suka sebab 2 tahun belajar buat Balance Sheet tak pernah balance. Hebat kan? Mana ada lagi pekerjaan atau topik yang mengambil masa hampir 2 tahun untuk mempelajari dan mempraktikkan benda dan format yang sama berulang kali tetapi tidak pernah berjaya. 

Inilah perasan aku setiap kali dapat Balance Sheet tak imbang

Even dalam kelas, lepas 3 kali padam jumlah aset dan liabiliti dan usha jawapan kawan sekeliling, baru Balance Sheet aku balance. Shit right?

Dalam test mahupun final. Aku selalu tinggal Balance Sheet.Tak pernah buat sebab aku tahu tak pernah balance.

Kawan aku cakap, perakaunan ini ibarat kahwin 4. Kahwin 4 sudah semestinya kita kena adil dan saksama. Akauntan di ibaratkan sebagai ketua keluarga. Jika akauntan berjaya mengimbangi Balance Sheet mahupun Trial Balance, maka dia seperti ketua keluarga yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki yang kahwin 4.

Adil dan saksama. Banyak mana jumlah aset, banyak tu jugalah jumlah liabiliti.

Unbalanced | Aku sendiri tak tahu apa motif aku letak gambar ni

Masalahnya, aku bukan nak kahwin 4. Aku nak tengok Balance Sheet aku balance. That all. Grrr. Geram dengan akaun.

Tahun lepas aku suka sangat guna alasan:
Aku tak ada basic akaun

Tapi sekarang, maybe its sound weird but I actually start to love accounting. Everyday I walk, I talk, I go everywhere, I never ashamed to be accounting student.

Maybe 2 to 3 years, I'll come back as 
GTK
Great Teacher Khairul
your
Accounting Teacher in service

(background music: Driver's High by L'arc-En-Ciel)
GTO Theme Song
Want to be like him | Make school fun
Motif sangat tulis panjang panjang.

Sebenarnya, aku nak cakap aku ada kuiz esok pagi. Branch, FAR200
Wish me luck

p/s: sorry for broken grammar, itu pentingnya English education, kata Usop

Adioss...

Saturday, March 19, 2011

SISDA Gala Night : Terima kasih semua

Yaa-Haa

Assalamualaikum. Hello there all accounting students.

Fuh. sangat penat semalam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar Perakaunan UiTM Kedah dari Part 1 hingga Part 6 yang sudi menghadiri dan memeriahkan Malam Gala SISDA. International Cultures and Weddings Night.

Ok. Semalam,semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah pada awalnya dan semua masalah berjaya diatasi. Bagi pandangan aku, cukuplah dengan abang kakak Part 6 balik dengan muka ceria, that good enough for me. Memang Dinner dibuat khas untuk meraikan mereka.

Aku masih mengantuk dan keletihan. Gambar gambar baru transfer dalam laptop, tak proses lagi. Insyaallah esok aku upload gambar Dinner semalam.

Adioss...

p/s: apabila kedua dua pihak sama sama meleburkan ego, berlaku sedikit perbualan. Harap ia diteruskan
p/s: nak sambung tidur

Thursday, February 24, 2011

MInggu yang fakap

Yaa-Haa

*Entry terakhir sebelum melalui minggu yang fakap.

Start dari malam ni, aku ada test. 
  • QMT 181(statistic) - 8.00-10.00 p.m.
  • Sabtu : FAR 200(akaun) 8.30-10.30 a.m
  • Ahad : AIS 280 (komputer) 8.00-9.30 a.m. 
  • Ahad : MAF 220 (costing) 12.30-2.30 p.m.
  • Wednesday : ECO 211 (ekonomi) unknown time
Fakap kan? penat kepala otak aku nak cover semua benda alah ni. 


DOAKAN AKU AGAR AKU BOLEH JAWAB SEMUANYA DENGAN MUDAH LAGI SENANG

AMIN

adioss....
 

Thursday, January 27, 2011

Cuti cuti juga, tapi jangan lupa

Yaa-Haa

Hari ni kelas habis sekitar pukul 12 tgh hari tadi. Dekat Dataran Ilmu tadi parking kereta lengang, motor apatah lagi. Tercatuk motor aku sorang sorang kat situ. Motor itu seorang. Apa kejadah Bahasa Melayu kau Khai.

Ramai juga yang dah balik terutamanya coursemate aku, tapi sekarang dah upgrade jadi classmate untuk 2 kelas. Nabilatul Husna. Dengan bangganya aku cakap Husna dah balik kat Madam Sutina dalam kelas Eco tadi. Haha. Seronok juga kantoikan orang ni. Biar dia dapat telur ayam dekat kehadiran tu. Hehehe.

Holiday | Aku bagi RM50 sapa tak suka cuti.


Sebenarnya, tak ada effect pun. Baliklah bila pun, tetap sampai juga. Kecuali bas masuk lorong yang tak sepatutnya atau badan bas terbelah dua. Ok. Stop nonsense Khai.

Bagi aku cuti  seminggu ni seronok, cuma yang tak seronoknya bila dah masuk balik. Presentation, kuiz, submit assignment. Jadi haruslah guna cuti seminggu ni buat benda alah tu. Study, study dan study.Cuti ni juga aku nak sambung research aku tentang company Carlsberg. Research yang aku perlu buat untuk 1st assessment untuk BEL312. Not enough playtime this semester. I wanna be grown up boy. Not cry baby student. Aku tak nak mengeluh, tak nak menyesal, tak nak fail dah lepas ni. Aku nak berubah. Biarlah perubahan itu orang tak nampak tapi mesti ada sedikit effort untuk merealisasikan matlamat itu.

Apa lagi aku nak tulis? 

Sambil aku selongkar file lagu aku dalam laptop ni. Aku terbuka lagu Boneca-Tunjukkan Aku. My BFF bagi lagu ni kat aku. Semalam entah berapa kali aku ulang main lagu ni. Dah macam orang angau semalam. BFF aku siapa? Nantilah aku cerita. :)

Boneca-Tunjukkan Aku

Aku nak browse tenet. Usha baju kebangsaan negara-negara lain. Untuk pakai dinner nanti. Fira ajak aku jadi pasangan dia. Aku pakai baju melayu, dia pakai baju pengantin. Hell NO!!!

Tema dinner semester ni, National Wedding and Cultures. Macam mana tu? Aku sendiri pun tak faham. Nanti aku cerita.

Adios....

Thursday, January 20, 2011

Saya pandai buat sup sesumpah

Yaa-Haa

Riak betul tajuk aku kan? Hari ni hari Khamis. Pergi ke kelas macam biasa. Lecturer yang pernah mengajar aku time Part 1 sudah berjaya mengingati nama penuh aku. Khairul Adilah. Tahniah Puan! Maka selepas ini nama aku akan sentiasa terpahat dibibirnya. Demm!! Selesai kelas yang pertama. Masuk pula kelas yang ke dua pada pukul 10. Tanpa Take 5 seperti selalu sesi pembelajaran diteruskan selama 1jam 56 minit. Otak tepu. Formula, jalan kira,term semua menjadi satu.Hahaha. Aku sendiri yang pening. Entah apa yang aku belajar tadi. Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan entry langsung. Aku tengah ting tong.

Too much formula to memorize


Pukul 12 tengahari balik rumah dengan housemate. Tumpang motor dia sebab motor aku tak ada minyak. Motif sangat nak cerita tak mampu nak isi minyak. Najib!! Minyak mahal la dowh!!

Balik rumah, Top Chef ada kelas pulak. 2nd Chef kena masak. Siapa 2nd Chef? Aku lah! Khairul Adilah, pakar dalam memasak nasi yang lembut dan enak dan membancuh air yang not sweet just nice. Statement macam nak suruh orang maki je.

Masak | Lebih seronok dari makan

Ok. Dengan berat hati dan nervousnya mengangkat kuali dan letak atas dapur. Chef Khai memulakan masakannya.

-Sup Sesumpah
-Belalang Panggang
-Katak Goreng
-Jus Rumput

Sedap tak? 

Gila agaknya nak buat menu macam tu. Dah macam makanan eksotik dah.

Aku masak:
-Sardin dalam tin
-Ayam goreng yang frozen tu
-Telur goreng

Tu jer yang aku pandai. Tapi yang hairannya. Pujian melambung pula yang aku dapat.
Kerak ayam sedap lah. Nasi cun lah. Air sedap. Telur cair sedap. Hahaha

Korang tahu tak betapa nervousnya aku nak tunggu feedback korang? Tahu tak?
Tapi mindset aku cakap:
Tengahari, semua orang lapar.. Makan apa pun sedap.

Aku anggap pujian mereka tadi sebagai pujian orang lapar.Hahaha..

Gila ke apa? Tak pernah-pernah masak sardin dalam tin dengan goreng ayam. Tiba-tiba orang puji sedap.
Selalu dekat rumah mama jer yang masak. Eden tolong habiskan jer..Hehehe.

Malam ni awek angkat aku ajak pergi fun fair dengan classmate. Nak pergi ke tak?
Minggu depan ada meeting Dinner lagi. Cepatlah bagi aku info untuk dinner. Tangan dah mengeletar nak buat poster ni. Aku sekali lagi dilantik sebagai Exco Publisiti. Apa famous sangat ke aku ni?

Ok lah. Aku nak jadi orang Jepun kejap. Mengecilkan mata. Tido.

Thursday, January 13, 2011

Cara TERBAIK menghabiskan cuti 3 hari di UiTM dan sekitar Merbok

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak wish kepada semua yang nak balik tu, selamat bercuti selama 3 hari. Seronok sebenarnya cuti selang seli ni. Kejap minggu ni 2 hari, minggu depan 3 hari cuti. Tak lah bosan sangat dengan perkara rutin. Kelas pun akan jadi kejap ade kejap tak de. Siapa berani purpose benda ni kat Pengarah kita?
Okey. Stop dreaming. 
Benda itu tak akan terjadi kecuali aku yang naik jadi pengarah. Still daydreaming Mr. Khai?

Ini ada sedikit tips terbaik untuk menghabiskan masa di Kolej, KTU dan Rumah Sewa sekiranya anda tidak pulang ke kampung masing-masing. Saja aku guna kampung, rasa jauh dan dramatik sikit. Kalau guna rumah, tak cukup feeling rasanya. Okey. Ini adalah tips nya :

1. Tidur sepuas-puasnya ketika berada di kediaman anda. Maklumlah kan, dah nama pun cuti, tidur adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan memandangkan hampir hari-hari kelas bermula pada pukul 8 pagi. Orang cakap, qada' balik tidur-tidur yang tak cukup sebelum tu. Eh pandailah bab tu, kalau bab sembahyang ada kamu nak qada'??

2. Basuh kenderaan anda (sekiranya ada). Peruntukkan masa anda dengan kenderaan anda sehingga setengah hari dan ke atas kerana setiap hari anda menaikinya tanpa memeriksa tahap kesihatannya. Wash, Wax, and the important is pampered it. It worth activity. Apa ingat manusia je kena belai? 

3. Main game. Sebelum itu, install game banyak-banyak dalam laptop anda dan main game puas-puas sehingga muntah hijau. Ingat! Main waktu cuti sahaja okey? 

4. Borak-borak dengan Pak Guard. Ini aktiviti ketika di Kolej. Cuba lah beramas mesra. Tapi jangan main ramas-ramas. Kalau berani cuba tanya dia kenapa suka saman budak. Kalau dia bagi jawapan tak bernas, cuba brainwash dia. Jadikan dia berada di tempat kita. Hahaha.

5. Tulis blog. Anda boleh luahkan semuanya dalam blog itu. Marah,geram, suka seseorang, seronok. Apa-apa sahaja.
 
Blog | Best way for fun

6. Buka website TV3 atau Youtube dan tekan kata kunci AJL 25. Tengok AJL bagi sesiapa yang belum tengok dan sesiapa yang sudah tengok cuba buat analisa bagaimana Cinta Sempurna gagal menang dan kemenangan mengejut Anna Rafali. Sebenarnya aku tak puas hati dia menang tapi itu rezeki dia.
 
 "Sempurnanya lagumu, no wonderlah aku tak menang", said Yuna
 
7. Buat amal ibadat banyak-banyak sepanjang 3 hari cuti. Setiap masa kita melakukan dosa walaupun sekecil zarah. 
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
8. Ulang kaji dan siapkan assignment yang sudah tentu diberikan oleh pensyarah kepada kamu. Aku pun dapat banyak juga assignment. Hampeh.

Itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang. Ini adalah cara TERBAIK untuk menghabiskan cuti kamu. Sekarang tahukan kenapa aku guna capital letter untuk perkataan TERBAIK ini kan?

Selamat bercuti kepada semua pelajar UiTM Kedah dan semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Kedah kerana menyambut Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Sultan Kedah, happy birthday! (Boleh ke macam ni??)  Ampun Tuanku!!

p/s: packing. Mahu pulang. Aku pulang.......


Thursday, January 6, 2011

8 terpilih-Tahniah

Yaa-Haa

Alhamdulillah, hari ni aku kelas pukul 12 (gedik seketika). Ini ada story sikit.Semalam aku pergi jumpa lecturer LAW 240, eh bukan semalam, kelmarin. LAW tu semester lepas aku dah belajar cuma aku lambat faham sikit tentang undang2 ni, itu pasal la aku kena repeat ni. Bosan. 
Aku ketuk pintu bilik lecturer tu dan buka pintu, selepas melafazkan kalimah mulia kepadanya, dia sedikit terkejut. Aku datang dengan kawan repeaters aku. 

Tahu apa dia cakap? 
Tak sangka kamu semua nak datang jumpa saya.

WTH. Apa maksud dia? Seolah-olah ada sesuatu yang dia simpan. Biarlah. Dia cakap lagi, kami ni 8 terpilih. Hell!! Repeaters boleh dilabel sebagai terpilih?  Sesuatu yang ganjil disitu. Aku pun tak pasti apa yang ada dalam fikiran dia. Satu lagi, dia cakap dia terpaksa failed kan kami. Okey. Syafaat yang dia bagi tak cukup nak bantu kami untuk lulus. Mungkin markah aku 49 selepas mendapat syafaat dari dia. Markah lulus 50. Mungkinlah kan. Tapi tak apa, aku tahu kemampuan aku dan aku tak marah atau terasa dengan tindakan dia kerana aku tahu aku akan fail juga paper ni. Lecturer ni boleh dikatakan jujur. I loike! Kalau semua Universiti mengamalkan prinsip sebegini, mungkin boleh membantu para pelajar untuk berjaya.

Lecturer Akaun aku cakap:
Come on lah, tak ragged la kalau tak repeat, saya pun repeat, kalau tak, takkan saya ada kat sini sekarang.
Norehan,2010
*Syafaat- Bantuan lecturer kepada para pelajarnya untuk mengelakkan dari pelajar tersebut gagal seperti menaikkan carry marks,memberi markah kesian dan membetulkan jawapan dalam final paper. Anda juga pernah alami kan?

Ok. Cukup sampai situ cerita pasal lecturer. Satu lagi cerita pasal blog. Hahaha. Seronok aku. Blogger yang aku admire dia disebabkan cara penulisan dan olahan cerita dia telah mengiktiraf aku dalam kolumnya They Hot and Spicy. Aku hot ker? Spicy mungkin!
Saya bukan gay. Saya ok!!

Terima kasih kepada Apih El Nino yang sudi letak nama aku sebaris dengan blogger2 terkenal dan juga sebaris dengan girlfriend tak jadi Hanis Zalikha.


Nampak tak nama Khai The Kerozer tu? Haa..tu nama lama aku time tak famous lg.
(apa kau ingat kau dah famous? perasan!!)

Blog better than Facebook. Blogwalking more interesting than watch videos in Youtube. Comment and critic is better than "Like" and Bloggers are more famous than singer and actor/actress. Siapa setuju? Sila komen.haha

Okey. Nak keluar cari makan, pagi2 ni chef tidur sebab main PES2011 banyak sangat. Apa menu best pagi nih? Roti telur? Nasi Lemak? Nasi Goreng?
Siapa tak breakfast lagi? Jom!!!!

Monday, January 3, 2011

Dalam kelas AIS 280

Yaa-Haa

Psssttt!!!  Dalam kelas AIS 280 dah macam kat kutub utara. Sejuk! 1st day kelas hari ini. Lepas ni nak keluar ke pekan, cari barang dapur.hehe. Malam ni makan masakan sendiri. Entah apa aku merapu nih. Tangan bergerak-gerak sambil menghilangkan kesejukan.Okay. Lecturer dah masuk. Seat down, Enjoy your class. Bye bye.

Friday, November 12, 2010

Home Sweet home

Yaa-Haaa

Alhamdulillah..

akhirnya aku da kembali berpijak di bumi Edo..eh silap..bumi Baling...cuma 5 hari sahaja berada di sini sebelum terbang membelah awan dan menyeberangi Laut China Selatan untuk mendarat di bumi Kenyalang..
*ayat yg digunakan ketika kepala sedang ting tong

semua sudah selesai..

BEL 311, CTU 231, QMT181, FAR150, LAW 240 dan MGT 215

Alhamdulillah...

semua aku dapat jawab..
*jawab jela,tp x yakin jawapan betul okeh..

cuma LAW 240 & MGT 215 jer yg tunggang langgang sikit..
agak hampeh di situ..

terima kasih kepada rumet2 aku untuk semester ini..
Maha,Manan,Thaqief,Fahim & Rasydan termasuk juga tukang penyibuk Nasrul..hehe

kepada Cik S..
jawap paper Biz Com tu leklok yer..xmo2 tension2..sayang kamoo..

kepada Classmate DIA 3D
thankz semua yg memeriahkan kelas ini..sape2 yg nak pindah kelas tu cepat2 la blah dan yang nak masuk dipersilakan yer..heheeh

kepada Yit..
Tahniah..anda Class Representative untuk 3 sem terakhir *itu pun kalo x buat fasttrack

kepada Elfira..
bye Fira..sangat best kawan ngan kamoo...kalo dapat Masscom..mengaji baek2 yew..kalo dpt DBS kt UiTM kedah..kamoo jd junior Cik S la yer..aku akan pastikan kamoo kena BULI ngan bdk2 Part 4 sem dpn..haha.. *gelak jahat

ok tu jer kot..
xde idea nak merapu..

see u next time..bye2..

p/s: learning tutorial photoshop..

Tuesday, October 12, 2010

Sepanjang satu sem!! Worth reading!! haha...

Yaa-Haa!!!!!


hari ini dalam sejarah

kelas MGT 215 yang terakhir tahun ini....
hahahaha
gua manyak suka...


(dalam kelas MGT..hihi)

minggu ini adalah minggu terakhir sesi pembelajaran sesi julai-nov
sekejap jer masa berlalu..

macam2 perkara yang berlaku sepanjang 1 sem ini..

kelas FAR 150 yg sangat2 best
kelas QMT 216 yg ramai laki drp
d perempuan
kelas MGT 215 yang boring...wekss ;P
kelas BEl 311 yg mcm kuliah zohor..hehe
kelas LAw 240 yg mcm bangang..(selalu skip..hehe)
kelas CTU 321 yg high tension..-.-!

tapi kali ni aku dapat roomate yg baek2..
agak janggal dlm situasi ini..
semua budak2 baik di ketuai oleh Panglima Mahazhir a.k.a Ben Panglima @ Maha
diikuti dengan
manan
rasydan

fahim
thaqief

dan..

aku??


baik ker??
T-T

selalu dlm bilik pakai seluar pendek adalah satu kebiasaan..
tp kini..aku ttp pakai seluar pendek dlm bilik dan mereka hanya diam seribu bahasa walaupun sakit mata memandang...

ish3..
sori kawan2..aku rimas pakai seluar panjang dlm bilik..

aliran music juga ada yg tidak kena..


adess...

mereka nasyid..
sedangkan aku mendengar apa sahaja jenis lagu yg en
ak di dengar..

sekali lagi...dorang hanya mampu diam tanpa suara..
mungkin salah aku kerana x sehaluan dgn mereka..
tapi..

aku x kesah dorang pasang lagu kuat2 dan lagu tu adalah nasyid..
i'm fine..
(buat masa ni x terbakar lg..hehe ;P)

tapi kalo lagu tu ada bass...lg sedap bunyi nyer..

pasang lagu kuat2 kat laptop..bass kureng..agak menyakitkan telinga dan pening kepala..
sorry to say..


korang boleh jer amik speaker aku tuu....

aku x charge pun...
(tp time aku xguna jer..hehe)


sem ini juga aku jumpa cinta hati aku..
sedih,gembira,suka,duka,kejutan..
semua berlaku...
sedang kan lidah lagi tergigit..

inikan pula kekasih hati..

huhu..

biarlah apa org nak kata..
yg penting aku dan si dia tahu perkara yg sebenar..

sem ini juga kawan2 aku bertambah..
aku kenal bdk2 pre-law
aku kenal bdk2 DBS
aku di beri tugas sebagai Exco Publisiti & Informasi Sportday SISDA

aku pergi Pos Dipang,Perak
aku pergi UiTM Penang
aku pergi UiTM Perlis
semuanya atas tiket MPP & MASEC


aku hargai semua memori tersebut..

pengalaman ke Pos Dipang amat2 seronok..
x dpt disangkal lagi.. :)


sem ini juga aku menjadi rookie photographer..

aku kenal, adhadi mohd, ijam, badrul hisham dan nadea
semua ini adalah sifu fotografi


~photography | the amazing art~
nadea yg paling banyak memberi aku inspirasi dan tunjuk ajar kepada ku..
thankz nad...

(^_^)

tahniah aku ucapkan kepada Apih yg dah grad..
congratz bro!!
teruskan bernafas dlm ego mu..

haha...

sekarang hanya tinggal masa untuk fokus sepenuh masa kepada study
final dah dekat!!!




hari khamis ini juga adalah hari terakhir aku sebagai class representative selama 3 sem..
tugas seterusnya aku serahkan kepada Zulhelmi
@ Yit sbg pemangku sebelum dilantik jd class rep..
(sape2 bantah..sila vote diri sendiri jd
class rep..hehe)

oukeyh!!


itu sahaja rasanya...

otak pun dah kering..
idea dah banyak mencurah..
see you next time..

bye-bye

Yaa-Haaaa!!!!

p/s: setiap kali tekan keyboard..aku akan usha muka lecturer..hehe
p/s: nak siapkan report statistic..last assignment to submit
p/s: teringin tgk Nikon D3100..hehe

Friday, September 17, 2010

Macam Mana Kalo Pejam X Celik-Celik.....

Assalamualaikum....

Yaa-Haaaa!!!!

pejam celik pejam celik...

esok (18/9/2010) aku dah nak balik UiTM Merbok..

hurm..sekejap jer masa berlalu..

tup tup dah ari Sabtu...

adoyai...

ok la tu.. pejam celik pejam celik....

kalo pejam x celik2...

haaaaa....

MAROBBUKA la jawabnyer...

aku bukan nak mintak..
just sebagai peringatan sementara kita masih hidup ni..
tambahan pula mcm kes kita dengar sejak akhir2 ni...
dah akhir zaman..
dunia dah nak kiamat....

bunuh.kemalangan,kebakaran,kecurian,rompakan...

macam2 lah berlaku sekarang..

pening memikirkannya..

assignment aku masih terletak comel dan rapi tanpa di sentuh mahupun diusik oleh sesiapa di dlm beg...

dan beg itu masih terletak di situ dari aku balik rumah dan masih setia di situ untuk aku capai untuk dibawa pulang ke UiTM..
(habis la aku kalo mama tahu..hehe)

hmmm...
apa lagi aku nak tulis eh??

ada org tanya aku kt Formspring..dapat duit raya x?? banyak??

jawapan aku..
haha...ada la rm30..tu pun abes wat topup..hurm..
yang aku musykilnya...
kenapa org persoal kenapa aku yg berumur 18 taun(bulan 10 ni baru befday masuk 19) ni still dpt duit raya...

bagi aku la kan...pemberian duit raya tu haruslah diberi secara ikhlas..
mmg lah tuan rumah ikhlas nak bg..
tp ada mulut busuk dan suara sumbang ckp...
cett..besar2 gajah pun dpt duit raya...

rilek sudaa...aku dpt paling sikit rm2..plg banyak rm10...
tu jer...
bukan boleh beli kapal selam pun..
(pehal ngan kapal selam ni..cari gado ker??)
buat apa la nak kecoh2 budak umur 18 dpt duit raya..
datuk2 yg dpt rasuah ribu2 tu xpulak kecoh yer...
(mmg la xkecoh..duit raya n rasuah benda yg berbeza)
hurmmm.....

watever lah...

yang penting...kita meraikan aidilfitri ni dengan hati yang bersih,ikhlas dan murni...

x ada iri hati,bongkak,riak mahupun PHD...

last wish...

kepada semua student UiTM Kedah..
selamat pulang ke kampus dan meneruskan sesi pelajaran yg tinggal lagi sebulan sebelum final...

kepada pelajar Pre-law..
reen,khairul anam,audy,star,afiq n ishma



chaiyok2...

ni final sem korang...

all the best y'all

(^_^)

p/s: line tenet meragam semalam..entry tertunda.harap maaf
p/s: teringin nak tgk iklan raya tv3 yg ditarik balik tuu.....