Friday, December 31, 2010

Entry terakhir 2010- Rush Friday in Sungai Petani

Yaa-Haa

Arghh!!!

Semalam tak update blog,pagi tadi kehulu kehilir cari kunci rumah, hantar barang ke rumah sewa, teman adik beli handset baru sebagai hadiah PMR. Done. Petang tadi tidur berdengkur kerana keletihan. 

1.Rumah
Okey. Aku berpuas hati dengan rumah aku(rumah sewa) walaupun semak sedikit, itu boleh buang. Bilik besar, kemudahan memasak cukup cuma mesin basuh tak ada. Leceh! Housemate baru 2 orang aku kenal/jumpa. Okey, stop. Nanti borak lain pasal rumah.

2.Lembah bujang-The Carnival-Lembah Bujang
 
 
Pergh. Sumpah penat apabila terpaksa patah balik ke The Carnival setelah dapat tahu tuan punya kunci rumah ada di The Carnival, lawan Paint Ball. Haish!! Then pergi pula sana letak barang apa semua. Sorry kepada Wira Biru plat tak ingat yang cuba memotong saya sebanyak dua kali tetapi gagal. 
Uncle, you know the gap between Proton and Honda? So pathetic right?

Fuh, bernafas dalam ego untuk seketika. Meter KM memang sentiasa ada di kawasan 90-140km/h. Penat drive laju-laju. Rushing punya pasal.

3. Blackberry or SE Vivaz Pro?
Adik aku beli handphone, Vivaz. Okey, aku tak kisah, itu duit dia, sukati dia lah. Aku terpandang Blackberry Curve 9300 2nd hand. RM450. Haish. Tergugat juga lah. Condition masih bagus, like new. Tapi bila difikirkan balik, macam2 benda aku nak guna dengan duit tu. So, no Blackberry. 
Tahniah Khai!! Anda semakin matang dalam membuat keputusan.

4.Speeding.
Lepas keluar dari Central Square, Fahmi(sepupu) bersuara :

Fahmi : SP ke Kuala Ketil berapa lama? (sambil tengok jam pukul 1.10 p.m.)
Aku: 30 minit.
Fahmi: Boleh buat 20 minit tak? kalau boleh kita sembahyang kat Kuala Ketil jaa..
Aku: Insyaallah. Pakai seatbelt.

SP-Kuala Ketil 20 minit. Cun-cun stop depan masjid. Semasa dalam perjalanan sekali lagi race secara tak langsung dengan Honda. Honda vs Honda. No win no lose. Sama-sama sampai di lampu isyarat yang sama. Mungkin kereta dia laju sikit dari kereta aku. Dia menang. Aku 10 saat di belakang.



Speeding | Too fast too blur


Entah apa yang aku nak sampaikan disini pun aku tak pasti. Tetapi Honda hebat! haha.

Okey cukup aku merapu.Kalau nak baca merapu aku, sampai tahn depan pun tak habis. Jumpa lagi di tahun hadapan. 


~Sayonara 2010~
p/s: semalam tanya tauke kedai bila printer mau siap. Dia jawab tahun depan. Demm mati-mati aku tertipu :P

Wednesday, December 29, 2010

10 TOP ENTRY BLOG PADA SAAT INI TAHUN 2010


Yaa-Haa

1.Tolong-26/5/10 (18 comments)

2. Apa Maksud Cinta?- 22/6/10 (16 comments)

3. Anggaran harga satu sem di UiTM- 26/12/10 (12 comments)

4. 8 Sebab kenapa aku drive laju- 18/12/10 (10 comments)

5.Dear Pro- 4/8/10 (19 comments)

6. Pos Dipang-Usha lama kawen- 1/8/10 (13 comments)

7. Anganku-Girlfriend- 3/12/10 (12 comments)


9. Kisah Aku Cinta Kamu - Ep6- 8/12/10 (6 comments)

10. Siapa Aku Dihatinya- 5/5/10 (8 comments)


Terima Kasih kerana menyokong, komen dan kunjung blog Pada Saat Ini @ In Da Moment

Ikhlas daripada 
Khai


p/s: tahniah Malaysia kerana mengelora di Bung Karno =)

7 sebab kenapa Khai demand girlfriend yang boleh drive kereta?


Yaa-Haa

Kenapa Khai memilih? Memilihkah? Mungkin.. Ok. Hari ini punya topik. Aku nak girlfriend yang boleh drive kereta, lagi bagus kalau dia juga boleh bawak motor. Kenapa?

1. Senang pergerakan. Andai aku sibuk dan sebagainya dia boleh keluar seorang diri atau dengan rakan-rakan tanpa mengharap dan menyusahkan orang lain. Dah ada lesen, senang lah nak keluar.

2. Perempuan yang boleh drive nampak ragged. Diorang lebih nampak cantik dan lincah dan juga independent kalau boleh drive sendiri, tambah-tambah kalau diorang drive kereta sendiri. 

3. Perempuan yang boleh drive, automatik faham tentang kereta dan faham erti kelajuan dan perlahan. Aku rasa perempuan macam ni juga boleh dibawa berbincang tentang kereta dan tak kisah sekiranya kita drive laju. I LIKE It.

4. Jika perempuan tersebut boleh faham jentera mekanikal yang complicated tu, tahu dimana absorber, brek, enjin, lower arm, ekzos, tangki minyak, piston dan segala mak nenek komponen kereta, rasanya dia lebih bagus dalam memahami hati lelaki. Hati lelaki x kompleks seperti enjin kereta.

She Drive Car | Drive with her own will

5. Mereka juga tahu kemana duit dibelanjakan. Jika tidak kepada mereka sudah tentu kepada kereta. No wonder la ramai isteri2 mengaku kereta adalah bini no. 2 husband mereka.

6. Percaya tak kalau lelaki lebih tertarik kepada perempuan yang boleh memandu kereta tak kira perlahan atau laju? That the facts. Percayalah!
 
Hot Girl | Hot Car | Hot Driver

7. Akal pemandu lebih panjang daripada penumpang sebelah. Kenapa? Sebab pemandu akan bercakap dan  berhelah untuk melepasi tembok utama pintu pagar UiTM iaitu Pak Guard a.k.a F**k Guard



p/s: baru berangan dapat tumpang Nadya pegi klas pagi2 sebab dia bawak kereta, tgk2 kereta dah penuh, hampeh =.='

Monday, December 27, 2010

Ganyang Malaysia? Aku cool jer.


Yaa-Haa

Indonesia nak ganyang Malaysia. Ada aku kisah? Rilek sudah. Malaysia dah menang 1st leg, doa je la 2nd leg nanti at least draw. Sebagai rakyat Malaysia yang katanya berfikiran terbuka dan mempunyai minda kelas pertama, tak perlu terlibat dalam komen dan perdebatan dengan rakyat Indonesia. Bagi aku sesiapa yang  balas komen dan juga kritikan tu ibarat masuk ke akuarium Piranha. Termasuk jugalah Khairy Jamaluddin, dah tahu orang Indon jenis yang panas baran dan tak nak mengaku kesalahan sendiri, yang awak pergi layan juga kenapa? Cuba lah jadi macam Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Arsene Wenger yang berjaya menyerap tekanan walaupun macam macam kritikan kepada skuad mereka. Mereka hanya berdiam diri dan membiarkan pengritik berang dengan sikap berdiam diri mereka. Jika hendak bersuara pastikan kata-kata anda mampu menutup mulut si pengkritik jahanam.

Indonesia tiada semangat kesukanan walaupun mereka mempunyai segerombolan Die Hard Fan yang sangat-sangat ramai itu. Aku malas nak komen lebih pasal Indon nih. Biarlah dekat diorang. 

Pergaduhan | Tanda akhir zaman

p/s: tengah usha handphone Xman Mobile buatan Msia,cantik dan murah :)

Bahana rehat 5 minit-Indonesia rebah di bumi Malaysia


Yaa- Haa

Tajuk entry aku dah macam tajuk surat khabar. Biarlah. Dua benda terjadi semalam. Guess what? Malaysia menang dan Manchester United menang. Apa persamaan mereka? Dua-dua bermula dari huruf M.Haha.Okey, enough, tak lawak pun.
  
Safee Sali | Terbaik Malaysia

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Malaysia menunjukkan cara untuk bermain bola sepak dengan betul kepada Indonesia yang rata- ratanya anak manja apabila hal kecil pun mahu di adukan kepada pengadil. Mujurlah pengadil sangat2 bagus malam tadi. Mutu pengadilan yang mantap, Sorakan padu tuan rumah, pertahanan kental pasukan Malaysia dan penjaga gol Indon, Markus bermain dengan hampeh. Aku sungguh teruja menyaksikan gol ke-2 Safee Sali dengan tandukan padu yang membuat Markus (GK Indon) tergamam menyaksikan bola melepasi jangkauan dan penglihatannya lalu menerjah gawang. Kenapa lain macam je ayat yang aku guna harini? Biarlah..

Aku harap Skuad Malaysia tetap seperti ini, mengekalkan jurulatih, mengingatkan pemain agar jangan lupa diri, meneruskan pencarian bakat2 muda, meneruskan corak permainan dengan hantaran pendek dan counter attack yang pantas dan teratur, rakyat Malaysia juga harus sama2 memenuhkan stadium selepas ini andai kata Malaysia menang AFF Suzuki Cup ini. Jika apa yang aku harap ini berterusan selama 2 tahun. Malaysia mungkin boleh memasang angan2 untuk bermain di pentas dunia. Bunyi macam lawak kan? 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Malaysia hanya perlu memantapkan lagi perebutan bola di udara dan memperkemas counter attack ketika bertandang di Gelora Bung Karno. Apih kata Indon dah sediakan laser merah beserta raifal untuk pemain Malaysia di sana. Bila aku baca entry budak nih, agak menyirap darah aku dengan perangai mat mat indon ni. Tapi berani ke diorang buat macam tu?

p/s: Man Utd di tangga teratas liga dengan perbezaan 2 mata dan kelebihan 2 perlawanan.
p/s: Lepas ni penyokong Malaysia yang pergi ke Gelora Bung Karno boleh bawak banner 
Aku Darah Anak Malaysia

Sunday, December 26, 2010

Anggaran harga satu semester di UiTM Merbok

Yaa-Haa
 
Mari belajar mengira sambil meramal masa hadapan
Accounting | The art of counting

  1. Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
  2. Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
  3. Makan : RM 10/hari = 10 X 151 (5 bln) = RM 1510 (estimate)
  4. Buku = RM150 (estimate)
  5. Minyak motor : RM 0.70/hari = 0.70 X 151 = RM 105.70
  6. Minyak enjin : RM50/bln, 1000 km = 50 X 5= RM 250
  7. Dobi : RM 16/bln = 16 X 5= RM 80
  8. Topup : RM 20/bln = 20 X 5= RM 100
Semua jumlah adalah : RM 2645.70

Loan PTPTN : RM 2500 - RM 500(yuran)= RM 2000
 
Kekurangan : RM 645.70
Selepas ditolak di campur di bahagi dan di darab :
 
 
Sewa rumah sebulan : RM400 / 5 orang = 80 X 5 bulan = RM 400
Bil api dan air: RM 50 /5 orang = 10 X 5= RM 50 (estimate)
Makan : RM 5/hari = 5 X 151 (5 bln) = RM 775 (estimate)
Buku = RM100 (estimate)
Minyak motor : RM 0.50/hari = 0.50 X 151 = RM75.50
Minyak enjin : RM 35/bln, 1000 km = 35 X 5= RM 175
Dobi : RM 10/bln = 10 X 5= RM 50
Topup : RM 10/bln= 10 X 5= RM 50
 
Semua jumlah adalah : RM 1675.50
 Pinjaman PTPTN : RM 2000 (tolak yuran)

Aku hanya boleh berjimat sekitar RM 324.50

p/s: bayar ganti rugi Cik Husna, tggl RM 124.50 T_T
p/s: itu pun x kira Wax rambut, deoderent(aku xreti eja), salun, selalunya benda alah tu dah hampir RM50..dunia dunia..

Lahir awal matang, lahir lambat manja?


Yaa-Haaa

Okey. Aku tak tahu kenapa tajuk entry aku macam tu. Macam ada tak kena tapi biar lah. Terdapat satu teori mengatakan bahawa sesiapa yang lahir pada awal tahun iaitu antara bulan 1 dan 3 mereka lebih cenderung dengan sikap lebih matang. Sesiapa yang lahir antara bulan 10-12 mereka lebih cenderung ke arah bersikap manja. Betulkah teori ini?

Teori yang pertama tadi agak atau mungkin betul. Sesiapa yang lahir sekitar bulan Januari sehingga Mac lebih kelihatan matang dari segi sikap dan cara bergaul. Sebagai contoh, kawan aku masa bersekolah rendah dahulu. Walaupun dia bukan ketua kelas, tapi sikap dia yang macam abang kepada kami amat-amat disenangi semua. Apa-apa keputusan tentang kelas akan dirujuk terlebih dahulu kepada dia. Ketua kelas pula hanya memerhati sambil bertanya dalam hati.
Siapa ketua kelas yang sebenar?
 Teori yang kedua adalah sesiapa yang lahir pada bulan 10 -12 lebih cenderung dengan sikap manja dan kebudakan. Betul ke? Kalau orang itu anak bongsu ditambah pula lahir pada hujung tahun, maka memang manja lah dia. Kalau orang itu anak sulung, tetapi lahir pada hujung tahun, bagaimana pula? 
Beberapa pemerhatian aku sepanjang 5 tahun (dari form 3 sampai sekarang), rata-ratanya setiap manusia lebih terbawa-bawa perangainya ketika berada di rumah. Jika dirumah dia adalah abang/kakak maka di mana-mana pun dia tetap sebegitu. Dengan erti kata lain, dia seorang yang matang dan bertolak ansur. Jika dirumahnya dia anak tunggal,bongsu dan anak manja maka sikapnya juga akan terbawa-bawa kemana sahaja dia berada. Dia tetap manja dan bersikap kebudak-budakan dengan rakan-rakannya. 

*********


*********

Bolehkah sikap itu diubah?

Mengikut pada situasi, sikap manusia boleh berubah mengikut tempat. Selalunya anak sulung dan seseorang yang matang akan mudah membawa diri dan boleh menyesuaikan diri mereka di mana sahaja mereka berada. Lain pula ceritnya dengan anak bongsu yang kerap kali di istilahkan dengan gelaran anak manja dan anak emas. Mereka lebih sukar utuk menyesuaikan diri pada sesuatu tempat dan keadaan kerana sering bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu. Hanya segelintir sahaja anak bongsu yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Keadaan ini sebenarnya diajar dan diterapkan oleh ibubapa mereka. Yang sulung diajar agar mengalah dengan adik2 manakala adik2 pula hanya menunggu masa untuk mendapat apa sahaja yang diingininya dengan pendapat abang/kakak akan mengalah demi adik beradik.
So pathetic

Sampai bila perkara sebegini harus diteruskan? Adakah ini sudah jadi benda biasa dalam kehidupan?



Saturday, December 25, 2010

Gempar-Kehadiran Taliban Di Malaysia


Yaa-Haa

Okeyh. serius.
 
War | Good for few, bad for most


Baling, 24 Dec- Kegemparan berlaku apabila seorang mangsa diculik oleh pejuang berani mati tentera Taliban dekat sini ketika selepas solat Maghrib tadi. Siasatan dibuat oleh ASP Mohd Izham yang mendapat 6A dalam PMR tempoh hari berkata mangsa adalah rakyat tempatan yang sedang mundar mandir di dalam rumah sebelum diculik seorang tentera yang berpakaian ala-ala Pakistan jual karpet. Tentera tersebut mempunyai selaras senapang M-16 buatan China. Jurukamera merangkap wartawan ada mengambil gambar suspek dan mangsa tersebut.
 
 Bangali Jual karpet | Penyamaran terbaik Hazim


Mangsa penculikan | Muaz Abd Hadi
 
Manga dikenali dengan nama Muaz Abd Hadi sementara tentera Taliban tersebut bernama Hazim Iskandar tetapi mengaku dirinya berasal dari Pakistan. Tentera Taliban @ Pakistan tersebut meminta wang tebusan RM 2 kepada keluarga mangsa sebagai jaminan tidak apa-apakan mangsa. Apabila keluarga mangsa  tidak memperdulikan hal tersebut, mangsa nekad dengan keputusannya menyertai Tentera Taliban tersebut dalam misi perjuangannya.

Seorang menembak ke langit sementara seorang lagi melaungkan azan


We Are The Gang | Muaz dan Hazim


Sehingga kini polis gagal memberi kata putus sekiranya kumpulan terbabit menjadi ancaman kepada Malaysia atau pun tidak.

Di laporkan oleh,
Khai.


p/s: tetiba menulis berita, gila agaknya.hehe ;P
p/s: ini dua budak kecik bikin gua geli hati tengok diorang.

Thursday, December 23, 2010

Pelan perancangan masa hadapan-Cikgu


Yaa - Haa

Pagi tadi terngiang-ngiang kata-kata sepupu aku yang bakal mengajar di sebuah sekolah menengah di Kudat,Sabah. Oleh itu, aku nak kongsikan sedikit kata-kata beliau. Beliau? 

Setiap manusia diberikan akal fikiran dan juga keupayaan. Makan gaji adalah salah satu cara kita menghasilkan nafkah hidup untuk kita tetapi sejauh mana dengan hanya makan gaji kita boleh survive?

Berdasarkan daripada kata-katanya. Fahamlah aku, dia adalah seorang graduan UTHM yang mempunyai kebolehan membuat wiring dan berkaitan dengan elektrik . Walaupun sekarang dia seorang guru, tapi pada masa lapang mahupun cuti sekolah, dia akan mengambil upah wiring. Sekurang-kurangnya sekali buat wiring dia akan dapat sekitar RM500-Rm 1500. Bayangkan cuti sekolah yang panjang. Dengar katanya, bulan ini dia berjaya menjana sekitar RM14000 dengan wiring sahaja. Tak kisah lah sekiranya dia pulang dari Sabah menaiki Toyota HILUX atau Mercedes Compressor. Biar terbeliak mata orang kampung yang mengatakan dia tak mampu mempunyai duit yang sebegitu banyak. 

Dia juga sempat memberikan pandangan kepada pembelajaran aku. Katanya, aku seboleh-bolehnya mesti ada 3 pilihan apabila masuk ijazah nanti:
    • Pendidikan
    • Perakaunan
    • Perbankan Islam
Dia juga mengesyorkan aku mengambil bidang pendidikan sepertinya. Kalau aku masuk pendidikan, maknanya aku akan menjadi guru akaun. Permulaan gaji sekitar RM2600 dan ditambah elaun itu dan ini sekitar RM1000. Maka gaji lebih kurang RM3600. Kalau part time fotografi aku diteruskan, kira-kira sebulan aku boleh menjana sekurang-kurangnya RM400. Gaji aku RM4000 sebulan. Kalau umur aku waktu itu dalam 24-25. Andai kata cita-cita aku tercapai, alangkah seronoknya. Amin.

Saya sudah buat pelan perancangan, anda pula bagaimana?

Paul Walker with Skyline |
Bayangkan aku  seorang cikgu sambil bergaya dengan Skyline. Ranggi beb!!


 RM | Tanpa RM kita lapar

p/s: breakfast Cornflakes sambil tulis entry.

Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Perempuan Cantik Pilih Lelaki Biasa?

Yaa-Haaaa

Pada saat ini. Aku terfikir, kenapa perempuan cantik rata-ratanya memilih teman lelaki atau suami yang biasa sahaja. Atau pun dalam bahasa yang lebih terang dan kasar, perempuan cantik bak model tetapi lelaki hodoh bak cimpanzi meneran berak.

Laman Google aku semak. Hampir semua lawan web dan blog yang sama dengan kata kunci aku buka. Setiap blog dan website tersebut hampir sama sahaja alasan yang diberikan. Antaranya ialah:

1. Perempuan tersebut ingin mendapatkan lelaki yang mampu membimbing mereka tentang hal agama dan kekeluargaan. Semua perempuan di dunia ini akan memikirkan bagaimana untuk mendapat suami yang mampu membimbingnya ke jalan kebenaran. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Beauty and the beast | Si Cantik dan Si Buruk

2. Kurangnya persaingan dengan kaum hawa yang lain. Seandainya suami/ teman lelaki si cantik ini adalah seorang yang hensem dan macho, tentu sahaja ramai perempuan dan awek2 di luar ingin sekali mengoda dan mencuba nasib mendapatkan sang jantan tersebut. Akan tetapi jika sang jantan tersebut hanya berpesonaliti biasa dan tak terlalu menarik, si cantik tersebut tidak perlu bimbang ancaman luar terhadap kekasih hatinya.

3. Mungkin muka biasa tetapi kaya. Haaa.. Jangan ingat semua perempuan cantik boleh terima hidup sederhana. Ada juga perempuan yang high maintanance. Mereka bukanlah mata duitan tetapi sudah diasuh untuk mendapat segala kemewahan. No wonder la kalau kamu hensem tapi dia tak pilih kamu, bro....ada orang lagi kaya drpd kamu..hik3

Mata Duitan | Ciri-ciri seorang akauntan :P

4. Ayat jiwang tangkap leleh. Disebabkan ayat2 sebeginilah hati perempuan mudah cair. Sebagai contoh pada suatu masa dahulu. Bengali karpet pun si suri rumah ni nak kebas. Entah ayat bunga ros, orkid apa tah yang boleh buat si suri rumah ni jadi tak keruan. Wahai sang suami..Benggali karpet pun jadi ancaman *sigh

5. Kasih sayang dan perhatian beserta hormat yang tinggi kepada seorang perempuan dapat mencair hati seorang si cantik bak super model  *balik balik supermodel, x ada perkataan lain ke? Okey. cantik bak srikandi. Ada juga lelaki seperti ini. Keikhlasan dalam bercinta mungkin berjaya menambat hati srikandi tersebut sehingga Brad Pitt gigit jari sebab tak dapat kahwin dengan dia.... Mungkin!!

6. Cinta pandang pertama. Mungkin lah kan. Kenal daripada kecil dan berkahwin bila sudah besar. Aku x reti nak komen tentang ni. Best ke?

7. Pilihan keluarga. Walaupun dunia dah maju, tapi benda macam ni jangan kita pandang remeh. Jangan sesekali berharap kisah I'm Not Single tu akan menjadi realiti sekiranya senario ini terjadi dalam kehidupan anda. Jika si perempuan tu cantik, rezeki kepada Sang lelaki. Kalau sang lelaki pula muka seperti bontot periuk? Sebal je hati si cantik tu....

8. Kerjaya yang memerlukan si cantik tersebut komited terhadap kerja mampu mengundang kurangnya masa untuk mencari calon suami. Oleh yang demikian, mana mana lelaki yang si cantik tersebut rasa boleh buat suami, terus dia kebas. Perigi mencari timba. Kadang2 aku teringin juga perempuan datang ayat aku...hahaha.

Agak-agaknya, ada ke lelaki hensem sanggup terima perempuan yang biasa seperti perempuan cantik menerima lelaki biasa?

Tunggu dalam entri seterusnya.

p/s : bila PRU 13 diadakan?

Rindu


Yaa - Haa

Aku buka Formspring. Ada 24 soalan sekali aku login. Tak apa. Aku jawab. Satu soalan nih. You prefer single or double? Aku jawab single itu senang. Ok. Full stop. Secara automatiknya segala jawapan aku akan terus di post dekat FB sebab aku da link antara FS ngan FB. So..tak ada hal lah!! Okey jer.

Hari ini, aku sengaja login FS, aku tengok balik soalan2 yang aku jawab semalam. Aku tertarik dengan owner soalan di atas tu. Prefer single or double? Aku bukak profile dia. Dia sekolah di SMK TTJ, Negeri Sembilan.

Aku teringat seseorang. Seseorang yang aku amat2 sayang. Seseorang yang membuat aku sangat2 bahagia. Seseorang yang gila2 sehingga kami mampu menghabiskan 100 mesej percuma dengan hanya 1jam. Setiap mesej bukanlah pendek malah mampu mengalahkan karangan penulisan!

Aku rindu dia sangat2. Sangat2!



Waiting | Keep waiting and waiting and waiting


Dulu dia pernah menipu aku tentang namanya. Katanya namanya adalah Nurul Nabila. Entah sekian lama akhirnya mesteri terbongkar. Kawannya memberitahu nama sebenar dia adalah Nurul Qabiella.

Tak guna aku nak marah2. Bukan ada apa sangat. Lepas dari itu, aku panggil dia Bella mengantikan nama yg sebelum ini Nabila.

Setiap detik aku berada di UiTM. Aku tercari-cari sekiranya ada nama sebegitu yang berasal dari Seremban. Tapi usaha aku sia2. Ketika dia berada si SMK TTJ, dia mengambil jurusan akaun. Secara kebetulan pula, aku mendapat jurusan akaun ketika memasuki alam kampus.

Probability untuk aku berjumpa dia sangat2 cerah. Merata aku bertanya kawan2 aku di seluruh pelusuk Malaysia andai ada nama Qabiella atau yg berasal dari Seremban yg mempunyai nama seiras itu.

Sampai sekarang aku tak jumpa. Aku harap dia masih hidup dan meneruskan usaha untuk mencapai cita2nya. Sekiranya hati dia telah dicuri..just go on.

Semoga berbahagia

p/s: agak2 aku akan jumpa dia x suatu hari nnt?
p/s: penat fikir pasal belanja sem depan.

Monday, December 20, 2010

Digital Camera Magazine

Yaa-Haa

Pagi tadi aku pergi ke Kepala Batas,Pulau Pinang. Teman sepupu aku urus urusan perbankan dia. Dah selesai kerja dia, kami pergi ke Sungai Petani. Aku singgah di Tesco SP Utara. MPH Bookstores menjadi target. Kedai buku Popular dan Hasani agak hampeh kerana tidak menjual magazine yang aku selalu baca. =.=!

Seperti biasa. Digital Camera Magazine 1!!!
Edisi Disember. Keluaran kali ini agak lambat. Ntah kenapa. Ribut salji yg lebat agaknya. Tu yang lambat semacam jer keluar di pasaran.

RM 9 jer untuk magazine ini. Aku rasa amat berbaloi beli magazine ni. mana taknya. Dengan cover magazine yg kalis air dan shiny bila terkena lampu di tambah pula dengan hampir + - 130m/s setiap edisi. Rm 9 itu menjadi murah. Dengan setiap helai dan mukasurat di penuhi dengan gambar dan info yang sangat2 berguna dia tambah pula dengan review DSLR dan kamera digital. Sangat menarik!! Banyak gambar2 aku buat sebagai info dan inspirasi untuk menjana idea setiap kali menekan shutter.

Kalau anda seorang yang suka bergambar dan suka mengambil gambar. Apa salahnya cuba membelek majalah ini dan pelbagai lagi majalah fotografi di kedai buku berhampiran anda. Pelbagai tips boleh dipelajari untuk mendapatkan gambar yang cantik.

*Digital Camera Magazine antara yang termurah dalam kelasnya. Yang lain sekitar RM10 ke atas.

Bagi peminat edit2 gambar melalui Adobe Photoshop. Magazine ini juga ada bahagian cara mempelajari teknik2 Photoshop. So.. Photography and Photoshop just likes music and melody.
*betul ker ayat aku nih?



DCM | Antara koleksi yang aku ada

Buku nih dah start jadi bahan bacaan aku setiap bulan dan novel karya RAM akan menjadi selingan.

p/s: aku pernah cuba baca majalah Remaja. Tapi xley blah..
p/s: Baca maskulin. banyak info tapi gambar2 laki kat majalah tu seolah2 aku rasa mcm baca buku gay. geli siot...

Sunday, December 19, 2010

You?? Me?? Him??


Dia berjalan dengan selamba sambil menghampiri seorang pemuda. Pemuda itu hanya melihatnya dari atas ke bawah dan naik semula ke atas.
Belum sempat dia membuka mulut. Seorang lelaki tua menegur pemuda itu dari belakang. Pemuda itu hanya berdiam diri. Dia menatap menuju ke arah lelaki tua itu.

Dia: Who are you?

Lelaki tua: Yu.

Dia: Not me. You?

Lelaki tua: Yes. Yu

Dia: WTH. What his name? (sambil menunjuk kepada pemuda tadi)

Lelaki tua: Mi

Dia: Not you..him?

Lelaki tua: Yes.. I'm Yu, he Mi.

Dia: Huh?? What the hell...... (lalu blah dari situ)



p/s: Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mengaum.
p/s: Pergi tempat orang bawa akal bukan pisau.
p/s: Adaptasi Rush Hour 2 lakonan Jackie Chan dan Chris Tucker.

Saturday, December 18, 2010

8 sebab kenapa aku drive laju.

Yaa-Haaa

Too Fast Too Furious

Lagi laju lagi teruja

Sememangnya. Hampir 80% lelaki di dunia ini suka akan kelajuan, bak kata Hujan. Jiwa kelajuan.
Perempuan pula sekitar 50% yg suka laju-laju nih. Jangan double meaningkan maksud laju2 tersebut.

Ramai orang kata aku bawak kereta laju. Berapa?

160 km/h?

180 km/h?

200km/h?

Tak lah. Tak pernah sampai tahap tu pun. 90-120 km/h di jalan biasa. Kalau di highway lain cerita lah. 11o km/h is minimum speed. hehehe

Kenapa aku drive laju?

1. Kalau jalan lenggang tak ada kereta. Adakah anda nak pandu sekitar 60 km/h?

2. Rushing. Ni kadang2 la.

3. Jimat masa. Kalau bajet perjalanan kita sekitar 15 minit. Kenapa tak kita singkatkan menjadi 10-13 minit? 2 minit terakhir tu masih sempat kita guna untuk cari parking dan sebagainya.

4. Test power. Bukan di jalan lurus. Di jalan yg banyak selekoh. Kadang2 kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan kereta kita. Tak hanya berharap pada laporan spesifikasi sahaja.

5. Hilang rasa mengantuk. Memandu dengan laju dapat membuatkan kita lebih fokus pada pemanduan. Ini juga dapat membantu kita bertindak cepat dan spontan dengan lebih baik selari dengan pemanduan. Yang kadang jadi excident tu sbb selalu drive slow, tetiba drive laju. Stimuli awak tu lembab, kalau dah nak bawak laju mestilah kena peka dengan keadaan sekeliling.

6. Fikir segala kemungkinan. Dah nature aku kot. Setiap kali drive, even aku drive laju atau perlahan. Aku mesti fikir segala kemungkinan yg terjadi sama ada dari depan dan belakang. Kadang2 siap boleh imagine moto yang keluar dari simpang berlanggar dengan treller yang panjang tuu..ngeri betul!!

7. Kepuasan diri. Dah kata jiwa kelajuan mesti lah drive fast. Selaju-laju aku pun, aku tetap kalah dengan hukum fizik. Mengurangkan kelajuan ketika mengambil selekoh. Aku masih tunggu mana pencipta kereta yang boleh cipta suspensi yang memboleh kan kereta mengekalkan kelajuan seperti dijalan lurus ketika mengambil selekoh.

8. Marah. Masa marah inilah segala darah, limpa,jantung, hati beroperasi dengan laju. Seperti adrenalin mengalir laju dalam diri dan diterjemahkan dengan kekuatan menekan pedal minyak. Hasilnya jarum meter sentiasa berada di enjin limit. 4-6 rpm | 140 km/h


p/s: tayar berpusing atau berputar?

Wednesday, December 15, 2010

Review Rayyan Fantasi- Karya teragung Ramlee Awang Murshid


Yaa-Haaa

Saya baru selesai membaca novel terbaru nukilan Ramlee Awang Murshid (RAM), Rayyan Fantasi. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah....

Mikhail
+

Cinta Sang Ratu
+
Ungu Karmila
=

Rayyan Fantasi


Rayyan Fantasi | Apa yang terfikir..itu ada!!

Dalam cerita ini ada sedikit adegan yang boleh dikaitkan
dengan Mikhail spt pemburu dan pembunuh upahan, manakala setiap tindakan Ibrahim,Pak Markum, Supinah dan Aiddin berserta niat kerana Allah SWT sama seperti cerita Cinta Sang Ratu(Trilogi Bagaikan Puteri) ketika Laksamana Sunan berserah kepada Allah atas segala tindakannya ketika menentang musuh.

Ungu Karmila pula dikaitkan sedikit dengan kawasan tanah tinggi dan kabus tebal. Persamaannya adalah dlm novel Ungu Karmila, latar tempatnya di kawasan tanah tinggi Brinchang dan Cameron Highland. Dlm Rayyan Fantasi pula Kota Kinabalu, Kudasang dan Kudat menjadi latar tempat pada permulaan plot cerita.

**************************
Sinopsis
Cerita Rayyan Fantasi ini berkisar tentang bagaimana anak kecil yg x diketahui identitinya dan diasuh menjadi manusia yg berguna. Aiddin dan Ibrahim adalah makhluk ciptaan Allah tetapi bukan manusia. Aiddin adalah seorang budak yang pintar lagi genius hasil dari genetik bapanya Ibrahim yg merupakan penduduk planet Yuk'kaa.

Supinah adalah isteri kepada Ibrahim dan anak tunggal kepada Pak Markum. Kehidupan mereka sungguh sederhana sehingga Aiddin memasuki alam kampus apabila dia berkenalan dgn Feena, Mie Long, Suhaila dan Zaidan. Kelima-lima rakan ini membentuk sekumpulan kawan baik.

Tetapi Zaidan iri hati terhadap Aiddin kerana mesra dgn Feena. Akhirnya Aiddin bertunang dengan Feena. Aiddin juga disahkan hanya mampu hidup selama 3 bulan sahaja akibat barah otak tahap 4. Pelbagai hasrat Aiddin ditunaikan kerana dia hanya mampu hidup tidak lama lg. Antara hasraatnya mendaki Gunung Kinabalu.

Ketika turun dari puncak tersebut, Aiddin hilang di dalam kabus yg tebal. Setalah 5 tahun Aiddin ditemui semula tetapi pelbagai kejadian pembunuhan ngeri berlaku setelah kemunculan mengejut Aiddin.

Apakah perasaan Feena apabila melihat Aiddin? Bagaimana dengan Zaidan yg selalu mencemburui Aiddin? MieLong dan Suhaila tahu akan kemunculan semula Aiddin?

************
Apa kata saya?

Tidak terfikir bahawa RAM mampu membuat pembaca berfikir tentang hidupan lain yang boleh hidup seperti manusia di planet lain.

Dalam novelnya kali ini ada beberapa kelemahan yg saya dapati iaitu
Rayyan menghidupkan api di planet Yuk'kaa sedangkan planet Yuk'kaa itu sebuah planet yg penuh dengan Karbon Dioksida (CO2). Jadi mustahil manusia mampu hidup dikawasan itu.

Api memerlukan oksigen(O2) yg cukup untuk dinyalakan, tetapi RAM tidak menceritakan bagaimana api dihidupkan dalam situasi tersebut.

Bagaimana Rayyan mengasingkan CO2 menjadi O2 utk menghidupkan api?

RAM juga tidak menceritakan secara detail bagaimana rupa bentuk makhluk planet Yuk'kaa. Hanya diceritakan sistem tubuh mereka tidak seperti manusia dan mereka lebih maju drpd manusia di bumi.

RAM juga tidak begitu berminat utk menceritakan bagaimana Sanggora menjadi baik secara detail dan apa yg terjadi kepada Zaidan selepas pengsan di dlm longkang tersebut.

Tetapi...

Di sebalik kelemahan terdapat juga kekuatan cerita ini. Seperti saya katakan awal2 td, RAM berjaya membuat pembaca terfikir tentang hidupan di planet lain yg mampu hidup seperti manusia secara fantasi mahupun realiti.

RAM juga berjaya membuat pembaca membenci dengan Zaidan di atas percubaannya untuk memenangi hati Feena. Saya cukup membenci watak Zaidan. RAM berjaya melakukannya dengan baik. Tahniah!

RAm juga ada sedikit menyelit motivasi kepada pembaca bahawa segala cita2 mampu direlisasikan seperti Mie Long yg akhirnya berjaya menjadi wartawan di Sinar Harian.

RAM tidak pernah lupa dalam kehidupan masyarakat Islam yang harus disembah adalah Allah SWT. Beliau secara langsung sentiasa mengingatkan kita siapa kita diatas muka bumi ini dan siapa kita disisiNya. Ia tindakan yg terpuji oleh RAM.

Cerita ini tidak banyak memberi impak dalam kehidupan seharian kpd pembacanya tidak seperti nukilannya Hatiku Di Harajuku dan Mikhail yg ternyata memberi impak yg mendalam kepada pembaca.

Saya amat berpuas hati atas karya RAM kali ini dan berharap RAM membaiki kelemahannya di dalam karya yg seterusnya, Sutera Bidadari. Sambungan cerita cinta sufi Laksamana Sunan.

Pembaca selalu mengharapkan yg terbaik dari anda RAM

Sayonara..

Monday, December 13, 2010

Kan Best kalau...X best pulak kalau..

Yaa-Haaa

Kan Best Kalau..
Kita genius..semua masalah math, science n account dapat selesai dengan mudah

X Best Pulak Kalau..
Kita jer tempat kwn2 bergantung, kena ajar dorang setiap masa sbb kita GENIUS!!

Kan Best Kalau...
Kita ada kereta sport..boleh drive ke sana ke mari dengan bangganya..

X Best Pulak Kalau..
maintanance bulan dekat 2k..buleh botak kepala woo...

Kan Best Kalau...
Kita ada DSLR lengkap dengan full equipment..

X Best Pulak Kalau...
Pic yang kita snap tu asyik blur n gelap jer...

Kan Best Kalau...
Kita adalah ace player untuk team sukan kita..

x Best Pulak Kalau..
Kita terpaksa mewakili kampus untuk sukan tersebut..

Kan Best Kalau..
Kita dapat apa yang kita nak..

X Best Pulak Kalau...
Tiba2 apa yg kita nak x dapat..

Kan Best Kalau...
ada follower ramai..

X Best Pulak Kalau...
follower tu asyik condem blog kita jer..

Kan Best Kalau....
ada awek tahap super model...

X Best Pulak Kalau..
kawan2 kita asyik pandang berahi jer kat awek kita..

Kan Best Kalau..
Kita ada ramai kawan...

X Best Pulak Kalau...
Kawan2 kita tu perangai mcm pundek..

Kan Best Kalau...
Semua orang faham kita..

X Best Pulak Kalau..
X ada konflik dalam dunia..buleh tengok jer Bush minum kopi ngan Osama dlm White House

Kan Best Kalau..
Aku tulis cerita xpernah2 habis..

X Best Pulak Kalau..
Tengah2 tulis cerita bateri Laptop abis..hampeh..

babai...

Rayyan Fantasi...hehe


Fast Update:

Yaa-Haa

Aku dah beli novel Rayyan Fantasi anak baru Ramlee Awang Murshid.

Aku nak siapkan dahulu Video Kenduri ni then aku nak baca novel ni secepat mungin.

Tadi dah baca sikit..mmg best


Status: Excited

Mood: Silent Handphone


Friday, December 10, 2010

From Cool Photographer Become Nervous Cameraman

Yaa-Haaa

Semua orang sibuk bercerita pasal result masing. Aku? Diam-diam sudah. Tak hot pun kalo bagitahu orang. Yang penting aku terima hakikat aku x capai target. cukup.full stop.

Okey..

kembali kepada kisah peribadi sudah sekian lama mencairkan otak untuk idea cerita bersiri ini. sepatutnya cerita ini boleh dipanjangkan, banyak lagi adegan2 n konflik2 dlm cerita ni. Aku boleh jer buat ttbe khai tu sebenarnya jahat dan jeff hanya mempengaruhi alisa utk percaya khai kerana mereka adalah rakan kongsi atau ttbe amri dan datuk amiruddin berjaya dapatkan tender dgn syarikat Tokyo Land.

Tapi...

Ntah lah..lepas2 aku tengok result, cerita tu pun berakhir disitu. Aku takut jugak risiko kegagalan cerita ni. Lama2 konflik makin byk dan pembaca jemu. So..untuk karya ke 2 aku ni aku titikkan noktah. karya yg 1st aku tersadai cmtu jer..aku sendiri yg pening tgk jln cerita dia..haha


okey cukup merapu setakat itu..

panjangnya mukadimah aku..

esok kenduri kahwin pakcik aku yang bongsu seraca rasminya dipanggil pak su.

Syahrunidzam dan Siti Mariam

kalo tahu rumah tu datang lah.

*ajak2 ayam

Setiap ahli keluarga mempunyai dress code sendiri.

Anak2 semua pakai baju korporat

menantu baju kaler orange

cucu perempuan baju kaler merah

dan cucu laki baju kaler orange

aku ni tergolong dalam cucu laki la...

tapi aku x eksaited langsung...

sepajang persiapan yang buat hanya aku yang nampak cool dan selamba shj..

jgn salah phm..
cool aku ni bukan cool macho tu..tu cool lain..

lagi pun aku x hensem..macho apatah lagi..

tp awek THAQIEF..ARINA dan kwn aku BYHA ckp aku comel..haha

dari seorang photographer menjadi cameraman

hampeh betul.

dari gambar statik ke gambar bergerak.

aku pro pada gambar statik

bukan pada gambar bergerak a.k.a video..

hurm..

tapi dah itu pakcik aku suro..

hanya aku seorang boleh sentuh handycam tu..

aku yang bertanggungjawab penuh di atas handycam tu..

so.. i will be the best for that.


Photoghraphy | beauty with intelligence



Video | Best moment you can get


See you later..bye...

Yaa-Haaaa

Thursday, December 9, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep Akhir





Alisa: Nad, adakah betul semua laporan you ini? Kita catat hampir 34 juta dalam masa 2 minggu.

Nadya: Ya, betul bos. Selepas cukai.

Alisa: Bagus. Khai, selepas Forza Delight... Airfort Cargo dan LCCT?

Khai: Forza sebagai katering, Airfort Cargo perkhidmatan kargo terpantas dunia dan LCCT sekarang jadi milik penuh Al-Fin Airlines dan beberapa rakan kongsi kita yang lain. Air Asia terlepas peluang mendapatkan tender untuk kekal di situ.

Alisa: Berapa semua tanggungan?

Khai: Baki keuntungan syarikat selapas cukai.

Alisa: 34 juta setahun??

Khai: Setiap 3 bulan.

Jeff: Gila kau Khai. Kena potong gaji kalau plan kau tak berjaya.

Khai: Aku da tengok semua. Kita mampu buat.

Alisa: Khai.. Khai..kau ni memang menyusahkan aku...Jeff, penerbangan bertambah 3 kali sehari dari setiap destinasi? 2 kali ke luar negara?

Jeff: Kita dah punya airport sendiri. Kapal terbang mencukupi. Perkhidmatan kargo berkelas dunia. Apa lagi yang tak cukup?

Alisa: Kau dan K dah rancang awal2 lagi tanpa pengetahuan aku?

Jeff: Macam tu lah.

Alisa: Apa nak jadi korang ni.... Lynd, kenapa pendapatan kita kamu anggar menyusut 30%?

Lynd: Untuk tarik perhatian media bos. Bila media hebah kadar revenue kita kurang, MAS dan Air Asia akan ambil langkah berjaga-jaga, so plan Balista kita akan berjaya. Give them in one shot.

Alisa terkedu mendengar penerangan setiap pekerjanya berdasarkan laporan yang dihantar. Mereka benar2 mahu bersaing dengan syarikat gergasi Malaysia. Kapal terbang jumbo jenis Airbus dan Boeing, perkhidmatan kabin berkelas dunia, lapangan terbang sendiri, perkhimatan kargo terbaik dunia dan katering 5 terbaik dunia kini berada di awan biru dengan pesawat Al-Fin Airlines. Pengguna mendapat segala-gala yang terbaik. Alisa meleretkan senyuman apabila membayangkan keselesaan penumpang mereka.

*******

Pejabat MAS

Berkerut dahi Datuk Amiruddin melihat laporan kewangan syarikat Al-Fin. Pendapatan menyusut sehingga 30%. Laporan sebegini adalah tulen dan tiada sebarang unsur penipuan. Amri juga gelisah memikirkan strategi untuk mengelakkan daripada kerugian jika pendapatan MAS menyusut. Amri mengambil langkah selamat dengan mengurangkan jumlah pesawat dan meminta rakannya mengatur semula jadual penerbangan agar dia boleh mengubah angka2 itu menjadi keuntungan bersih.

Dalam masa 5 bulan, hasil dan keuntungan bersih Al-Fin Airlines meningkat sebanyak 50% dan 30%. Al- Fin kini menjadi pilihan nombor satu pengguna dan penerbangan khas ke Tokyo Land dua kali sehari dari pelusuk negara hasil kejayaan kerjasama dengan Tuan Hitoshi menjadikan Al-Fin kini lebih baik berbanding MAS dan Air Asia.

Datuk Amiruddin begitu marah apabila para pelabur beralih angin kepada Al-Fin. Keuntungan dan hasil syarikat juga menurun dengan cepat. Amri bingung dengan situasi ini sekarang. Ternyata dirinya begitu khilaf apabila menyedari dia termasuk perangkap Khai dan Lynd.

Datuk Amiruddin mengadakan sidang media. Beliau menegaskan Al-Fin telah menipu semua rakyat Malaysia yang kononnya hasil mereka menyusut dengan mendadak. Beliau juga menambah, salah seorang pekerja Al-Fin cuba menculik pekerja MAS.

Alisa kelihatan tenang apabila menonton siaran televisyen tentang penipuan itu.

Lynd, you're up..

****

Keesokan harinya wakil media memenuhi ruang legar bangunan Al-Fin Airlines untuk mendapat jawapan daripada Alisa sendiri. Lynd menghadiri sidang media seorang diri. Para wakil media terkejut melihat Lynd seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Gosip tentang penipuan itu semakin rancak diperkatakan dan orang ramai mula percaya apabila melihat hanya Lynd seorang di sidang media itu.

Lynd dengan tenang berkata.

Sememangnya Al-Fin mengalami kemerosotan sebanyak 30% kerana proses rundingan dengan Tokyo Land, Forza Delight, Airfort Cargo dan mengambil alihan LCCT. Al-Fin juga telah membeli 3 buah Airbus dan 2 buah Boeing untuk meningkatkan khidmat kepada penumpang kami.

Lynd juga mendedahkan bahawa Khai pernah menjemput Amri kembali ke Al-Fin tetapi dia enggan. Kemudia tiada lagi ugutan atau paksaan untuk dia kembali ke sini.

Para wakil media agak terkejut mendengar cerita ini. Keadaan sekarang benar-benar memerangkap Amri. Kesilapan percaturan telah membuatkan dia dibuang kerja. Datuk Amiruddin tidak lagi mahu menggunakan khidmatnya apabila MAS mengalami kerugian yang besar akibat kesilapan percaturan oleh Amri.

*******

Setelah hampir setahun Al-Fin Airlines berada dipersada dunia, Alisa kembali menemui jodoh. dia berkahwin dengan seorang jutawan Turki.

Jeff bakal melangsungkan perkahwinannya dengan buah hatinya, Nadya yang juga Financial Manager di Al-Fin Airlines.

Lynd termenung melihat keadaan kota dari cermin pejabatnya.

Masih teringatkan si dia...

Khai menyapa Lynd.

Lynd:Eh tak lah. Entah apa dia buat sekarang...

Khai: Dia? Amri?

Lynd: Saya cuma ada dia seorang jer...

Khai: Apa kata kalau saya mencadangkan seseorang. Hensem orangnya. Dia Operational Manager yang baru di sini.

Lynd: Tak apalah. Kirim salam saja kat dia. Saya tak berminat.

Khai berjalan keluar dan bercakap dengan seseorang, Lynd masih dapat mendengar perbualan mereka.

Am..dia reject...apa kata kau sendiri yang pergi..

Hati Lynd mula berdebar-debar. Entah dari mana orang itu
datang tiba-tiba mahu melamar menjadi kekasihnya.

Saya tahu saya sayang awak. Saya tahu awak sayang saya. Saya datang untuk bersama-sama awak. Saya janji saya tak akan tinggal awak. Saya kenal sayang saya.
Lantas dengan itu, Lynd menoleh dan Amri benar-benar berada di hadapannya. Amri kini menjadi sebahagian keluarga Al-Fin Airlines. Hubungan mereka kembali terjalin. Amri kini dibawah pemantauan penuh Jeff. Khai telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Presiden Al-Fin Airlines.

Kau bila lagi nak kahwin? Vice President tak boleh single lama2, nanti banyak skandal

usik Jeff kepada Khai.

Nantilah aku fikir pasal tu. Sekarang kita adalah yang terbaik. We are the greatest now.

.Tamat.


p/s: terima kasih kepada yang sudi membaca dan mengkritik dan memuji cerita berdiri pendek ini. Terima Kasih. Arigato.Sayonara~~

Kisah Aku Cinta Kamu Ep7


Kemas berpakaian kemeja dan baju kurung. Mereka bergerak bersama-sama ke lobi hotel. Alisa sudah siap menunggu mereka di hadapan lobi hotel.

Okey guys, hari ni kita breakfast dengan CEO Tokyo Land, so behave yourself and enjoy the meals.

Kata-kata yang keluar dari mulut Alisa membuatkan para pekerja sandarannya berasa begitu bersemangat untuk melakukan yang terbaik demi kejayaan Al-Fin Airlines.

Mereka memperkenalkan diri kepada Fujikawa Hitoshi, CEO Tokyo Land. Tokyo Land adalah sebuah kota keriangan yang terbesar di dunia. CEO nya sedang mencari perkhidmatan penerbangan terbaik untuk dijadikan rakan kongsi dan syarikat utama untuk penerbangan ke Tokyo Land dari seluruh negara.

Mereka bersarapan dengan penuh sopan. Setiap tatatertib yang baik itu adalah wang yang mengalir ke poket mereka.

Hitoshi-sama, kami berbesar hati tuan sanggup turun ke sini dan membincangkan hal ini secara berdepan. Kami juga akan memberikan yang terbaik untuk ini.

Ucap Khai dalam bahasa Jepun, sementara yang lain terlopong melihat kefasihan Khai bercakap bahasa negara matahari terbit itu.

Ketika memasuki bilik mesyuarat, Telefon Khai berdering dan meminta izin untuk menjawab panggilannya itu. Alisa dan Nadya hanya memandang Khai dengan penuh rasa curiga, tetapi tidak bagi Jeff dan Lynd, mereka lebih kenal siapa Khai yang sebenarnya.

Mesyuarat berjalan dengan lancar. Tuan Hitoshi berpuas hati dengan persembahan dan strategi pemasaran yang di sembah oleh Jeff dan Khai. Khai terutamanya mengejutkan rakan2nya sendiri apabia menyatakan Al-Fin Airlines bekerjasama dengan Forza Delight, sebuah restoran mewah dan terkenal dari Itali dalam menyediakan makanan ketika penerbangan.

Setelah semuanya selesai. Alisa menarik tangan Khai dan menampar muka Khai.

Alisa: What are you doing? You know how much we have to pay for the meal?

Khai: More than fifty..

Alisa: Grand?

Khai: Million.

Alisa: Khai..what wrong with you? Mana kita nak dapat duit sebanyak tu nak bayar untuk setiap 3 bulan?

Khai: Aku dah semak penyata akaun kita. Lynd dah atur segala-galanya dengan teliti. Boss tak perlu risau.

Alisa: Kau gila. Apa lagi yang kau nak buat lepas ni? Ini berisiko tinggi Khai...

Khai: Alisa..I need win. Not more than the sweetest things than win. Sampai bila kita nak berada di belakang MAS dan Air Asia?

Alisa: Tak ada cara lain?

Khai: To be number one, we must defeat the greatest. That all I have for the sake of win.


Jeff dan Lynd menghampiri Alisa.

Jeff: Boss, serahkan semua kepada kami. Boss hanya perlu set goal syarikat sahaja. Saya,Khai, Lynd dan Nad akan buat yang terbaik untuk syarikat ini. I already tired to be number 3.

Alisa seperti hilang kata-kata melihat kesungguhan mereka semua, tiba-tiba Nadya datang dengan riak muka yang mencemaskan.

Syarikat kita..syarikat kita....

sambil memberikan sehelai kertas kepada Alisa. Alisa mengambil dan menatap laporan itu dan dia pengsan.

**********

Cik Alisa..Cik Alisa.....

Cik Alisa sedarkan diri. Dia berada di dalam wad di hospital.

Alisa: Kita di Malaysia?

Nadya: Kita di Jepun boss.

Al-Fin Airlines??

Nadya: Nombor 2 naik 4 anak tangga. Financial boost, kewangan kita stabil..lebih dari stabil...

Alisa hanya mampu meleretkan senyuman tatkala anak buahnya bekerja keras untuk naikkan syarikatnya terutamanya Jeff dan Khai. Mereka selalu sahaja buat keputusan di luar jangkaan tanpa berbincang terlebih dahulu.

Khai dan Jeff bersandar di dinding di penjuru bilik tersebut.

They already here. Aku keluar dulu..

Khai memberitahu Jeff dan meninggalkan mereka semua.

Khai berjumpa dengan seorang lelaki yang dikawal dua orang pengawal yang serba hitam. Mereka masuk kedalam sebuah limosin untuk berbincang sesuatu.

******
Seminggu kemudian
Di Malaysia

Jeff mengajak Nadya keluar makan tengahari bersama, Nadya mengajak Lynd tetapi Lynd menolak dengan baik. Jeff dan Nadya sekarang seperti pasangan bercinta. Lynd duduk termanggu di atas kerusi dan memandang telefon bimbitnya. Gambar hadapan telefon diletakkan gambar Amri ketika di kampus dahulu. Hatinya kini benar-benar rindu akan cinta pertamanya.

Sementara itu Alisa gelisah memikirkan tentang keadaan Khai yang tiba-tiba mengambill cuti rehat selama 3 minggu setelah pulang dari Jepun. Lynd masuk ke pejabat Alisa.

Lynd: Cik Alisa masih risaukan Khai?

Alisa: Hati siapa tak risau bila dia tba2 sepi tanpa berita. E-mel tak ada, telefon off. Pening saya dibuatnya.

Lynd: Haa....tu tandanya rindu...indahnya cinta (nakal)

Alisa: Eh..kamu ni..kesitu pulak..saya dan dia just bos dengan pekerja okey, not more than that.

Lynd: Alaaa boss...lebih2 pun tak apa..haha (sambil tergelak)

*********

Setelah 3 minggu menghilang, Khai muncul di pejabat hari ini. Alisa orang yang paling gembira melihat Khai kembali berada di hadapannya. Khai seperti biasa, selamba sahaja.

Laporan kewangan, strategi pemasaran dan operasi projek Balista telah dihantar ke meja Alisa.

Alisa membelek dan meneliti semua laporan tersebut dan memanggil semua pekerjanya.

Khai,Jeff,Lynd dan Nadya muncul tidak lama selepas itu.

Bersambung.....

Kenapakah?


Kenapa kita dilahirkan?

Kenapa kita bersekolah?

Kenapa kita takut untuk melihat keputusan peperiksaan kita?

Kenapa kita beria-ria nak tengok keputusan orang lain?

Kenapa kita bercinta?

Kenapa kita sedih pabila di tinggalkan?

Kenapa perempuan cakap laki semua sama?

Kenapa lelaki ego?

Kenapa sampah busuk?

Kenapa bola sepak tak boleh menggunakan tangan?

Kenapa dari Malaysia nak ke London kena naik kapal terbang?

Kenapa pramugari cantik-cantik?

Kenapa model tinggi2?

Kenapa pelakon kacak/cantik?

Kenapa suara perlu merdu kalau nak nyanyi depan public?

Kenapa FACEBOOK seperti assignment? Perlukah login hari2?

Kenapa Laptop tak ada printer dibawahnya?

Kenapa Bill gates cipta Windows?

Kenapa Apple menjadi teknologi canggih abad ini?

Kenapa??

Kenapa??

Banyak lagi tak terungkai soalan ini.......

Wednesday, December 8, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep6







Kereta Mazda 3 bernombor pendaftaran KHA 1 bergerak laju dan menyelit ke kiri dan ke kanan jalan.

Lynd, bawak slow sikit boleh tak?

Soal Khai yang duduk disebelah. Setiap kali keretanya menyelit sebalik kereta2 lain, dia merasakan seperti degupan jantungnya telah terhenti. Lynd begitu fokus dengan pemanduannya. Jarum meter telah mencanak naik sehingga 120 km/h. Lynd memberhentikan kereta betul2 di hadapan bangunan MAS. Baru hendak dia membuka pintu kereta, Amri keluar daripada bangunan itu.

Lynd: Amri!!! (separuh melaung)

Amri tertoleh dan mendekati Lynd, seolah-olah tak percaya apa yang dilihat dengan mata kasarnya.

Amri: Lynd...

Lynd: Saya datang untuk selesaikan masalah kita. Antara kita cuma tinggal kenangan. Oleh kerana awak degil tak nak kembali ke Al-Fin dan awak pilih untuk berada di sini. I'm declare this is war between us. The greatest will win.

Amri: Apa semua ini? I dont get it..

Lynd: Al-Fin akan berada 3 teratas dalam board minggu ini dan akan kekal. Finance kami kembali stabil. MAS hanya akan kejar dari belakang. See you later. Two weeks from now at Tokyo.

Amri: Tapi...

Belum sempat Amri menghabiskan ayatnya, Lynd telah memandu keluar dari situ.

Khai: Amacam? Puas?

Lynd: Yes I am..

Khai: Lets go back to the office..I want you submit to me copy of our income statement and a few accounting document.

Lynd: Tak nak minum dulu? Like just another day?

Khai: Maybe next time. Balista is more important right now.

Lynd: All right. As you wish bro...

Lynd terus memecut laju kereta yang di pandunya. Khai hanya duduk di sebelah padahal itu adalah keretanya.

******

Alisa berjalan ke pejabat Nadya dan berhenti dihadapan bilik Lynd. Dia terus berjelan ke bilik Nadya.

Alisa: Nad, you nampak Lynd tak pagi ni?

Nadya: Lynd keluar dengan Khai tadi, katanya ada hal penting.

Alisa: Hal penting? Saya nak kamu siapkan report tu petang ni juga. Esok kita ke Tokyo. Packing baju you untuk seminggu.

Nadya: Tokyo???? Buat apa boss?

Alisa: Tak kan makan angin pulak? Kerja lah.

Nadya: Eh..okey2.. (tersipu-sipu malu)

******

Hakim menuju ke sebuah kedai buku berhampiran kampusnya. Tiba- tiba matanya ditutup dan tangannya di pegang.
Dia begitu tenang.

Am...aku tahu kau..

Amri melepaskan tanganya dan ketawa melihat reaksi Hakim.

Kau makin hebat la Kim. Kata Amri kepada Hakim.

Absolute prediction. Kata Hakim.

Amri tersentak dan memandang Hakim.

Amri: Kau disebelah Khai, Hakim?

Hakim: Khai senior aku, aku harus hormat dia sebagai senior walaupun dia musuh kau. Tanpa dia tak mungkin aku dapat tawaran ke Havard. Kau masih ingat projek yang kita buat dulu? Balista. Projek plan untuk bangunkan kewangan syarikat dengan hanya mengunakan media massa?

Amri: Errr...

Hakim: Aku dapat tawaran tu sebab aku ulang balik apa yang kita pernah buat dulu. Khai percaya kebolehan kau dan aku. Sebab tu dia ambil kita yang junior dari dia, bukan sebab dia nak buli tapi dia nampak potensi kita. Mungkin aku akan pergi ke Havard. Aku tak nak mencipta satu lagi masalah kepada Khai. Khai tetap senior kau walaupun kau anggap dia musuh kau.

Amri: Aku tak percaya dia. Dia gunakan Lynd untuk membenci aku. Cukup lah si Alisa tu dah buat aku macam sampah. Sekarang dia dan Lynd anggap aku macam musuh mereka. I'm had enough of this.

Hakim hanya membiarkan Amri dengan amarahnya. Biar api yang marak itu padam dengan sendirinya.

Terpulanglah. Aku no komen. Kau dan Khai bukan sehari dua kenal. You know him better. Good luck for the selection.

Hakim memasuki kedai buku dan meninggalakan Amri keseorangan di situ.

***

Keesokan hari
KLIA

Khai, Jeff dan Lynd sedang duduk di meja di Starbucks menikmati secawan kopi dan melayari internet. Khai sibuk dengan Iphone nya. Meneliti misi Balistanya itu sementara Lynd dan Jeff masing2 mengadap komputer riba dan leka dengan laman web dan berita perniagaan.

Alisa dan Nadya duduk di bangku sementara tunggu untuk masuk ke pintu yang tertera di tiket tersebut.

Ketika di dalam kapal terbang, Khai duduk di belakang Lynd di kelas VIP dan Jeff duduk di bahagian kelas ekonomi bersama Nadya sementara itu Alisa duduk berseorangan di kelas perniagaan. Dia lebih selesa begitu ketika menaiki kapal terbang.
Nadya agak terkejut melihat keadaan rakan sekerjanya. Seolah-olah tidak mengenali satu sama lain. Setelah penerbangan selama 7 jam berakhir, mereka telah menjejaki bumi edo. Bumi dimana samurai dan yakuza bermula.

Masing2 membuat hal sendiri, berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Nadya agak kekok dengan keadaan sebegini. Akhirnya dia memilih untuk berjalan di belakang Khai. Mereka menaiki van hotel yang telah ditempah sebelum berlepas tadi. Khai menegur Nadya.

Awak nampak gelisah. Kenapa?

Nadya: Tak ada apa2. Just tak selesa bila tengok awak tak tegur dengan sapa2 antara kita.

Jeff: Selalunya begitu. Lama-lama jadi seronok bila buat macam tu.

Alisa: Lynd diam jer. Ok tak?

Khai: Tak perlu la ganggu dia lagi. Fikirannya masih di Malaysia.

Lynd: Dont worry boss, i'm good.

Setelah tiba di hotel itu, para pekerja membawa beg2 mereka naik kebilik masing2.

Arigatokonzaimas

Kata Khai kepada pemandu van dan pembantu hotel itu.

Jeff: Kau reti cakap Jepun?

Khai : Itu jer yang aku tahu.

Jeff melatu kelapa Khai dan Khai mengepit kepala Jeff. Keletah mereka seperti budak2 kecil. Terbentuk ikatan adik beradik yang kuat walaupun mereka hanya kawan. Alisa hanya tersenyum melihat kerenah dua orang pekerja harapannya itu.

Hari masih awal. Hari korang boleh main2. Boleh jadi macam pelancong. Tapi esok aku nak korang ready pukul 7 pagi di lobi hotel berpakaian formal.

Kata Alisa kepada Khai,Jeff Nadya dan Lynd.

Khai: 7 pagi jam Malaysia atau jam Jepun? (sambil melihat jam tangan)

Jeff: Pukul 7 jam Jepun.

Khai : Ok..jam aku memang jam jepun.

Serentak dengan itu, semua orang ketawa.

Jeff: Hangit betul aku dengan budak ni. Masa ikut waktu Jepun la ngok!

Khai: Owhh..haha...ok2.. (sambil set jam dan buat muka tak bersalah)

Jeff: Aii..macam mana la budak2 kau boleh tahan dengan sikap kau? Kalau diorang mintak naik gaji or bonus mesti kau buat2 pekak lepas tu buat muka innocent kan.

Khai: Time diorang mintak gaji naik, aku cepat tukar topik atau aku buat2 ada orang call. (sambil buat muka innocent)

Lynd: Khai ni memang sengal sikit. Kat Malaysia cool jer..kat sini dia buat perangai x senonoh dia.

Nadya pergi mendapatkan Alisa yang telah beradar dari lobi hotel itu.

Nadya: Boss...mana boss dapat Khai tu?

Alisa: Kenapa you tanya macam tu? Dia apply kerja kat sini.

Nadya: Bukan apa.. saya rasa Khai ada muslihat tertentu lah. Saya rasa tak sedap hati.

Alisa: You pun dapat rasa yer. I awal2 lagi dah tahu Khai sedikit berubah.

Bersambung...

Apakah perubahan Khai yang telah Alisa hidu? Apakah agenda Khai seterusnya?? Teruskan membaca....


Tuesday, December 7, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep5





Amri dan Datuk Amiruddin berlepas ke Hong Kong untuk membincangkan projek dua hala tetapi projek itu membawa lebih banyak kebaikan kepada MAS. Sesungguhnya rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat dianugerahkan CEO yang berjaya seperti Datuk Amiruddin. Beliau telah banyak menyumbang jasa sehingga MAS mendapat anugerah 5 bintang kabin terbaik dunia. Kini MAS berada antara 5 terbaik di dunia, jauh meninggalkan Air Asia dan Al-Fin Airlines.
Amri menggunakan peluang perbincangan ini sebaik-baiknya. Segala ilmu yang dipelajarinya di kampus dahulu dipraktikkan dan dia harus bijak menerapkan idea2 yang baik dalam apa jua keadaan demi memastikan kejayaan syarikat gergasi Malaysia ini. Walaupun dalam bayangannya cuma ada Lynd tetapi jauh disudut hatinya dia bersyukur dapat berkhidmat dalam MAS ini. Datuk Amiruddin berjaya mengubah persepsi orang ramai tentang keupayaan graduan universiti tempatan.

Jeff, Khai dan Alisa berada di pejabat Alisa ketika ini, sedang berbincang dengan rakan kongsi mereka di London. Perbincangan mereka hanya memerlukan kamera web, televisyen dan kemudahan jalur lebar berkapasiti tinggi. Tidak perlu terbang kesana kemari untuk mengadakan sesuatu perbincangan dengan rakan2 mereka di seluruh pelusuk dunia. Andai perbincangan ini berjaya, Al-Fin Airlines akan membuka satu revolusi baru. Destinasi yang menyeronokkan, khidmat krew kabin berkelas dunia dan kabin 5 bintang sejajar dengan slogan mereka : All You Want Is Here, Al-Fin Airlines. Misi mereka ini dinamakan sebagai Balista.

Setelah selesai perbincangan itu, Alisa berkata

Ini satu pelaburan yang besar, aku harap ia berbaloi.

Khai: Boss, kau jangan risau. Pasaran kita semakin kukuh, ekonomi stabil dan cuaca bagus. Apa yang penting sekarang our consumer taste and preference.

Jeff: Wah!! Bukan main semangat kau K. Sepatutnya Aidil yang berada di tempat kau sekarang, Operational Manager. Tapi kau lagi advance. Galas 2 tugas dalam satu masa.

Khai: Aku hanya jalankan tugas, lagipun yang telah pergi tak usah lah kita kenang2kan. Life must be go on.

Alisa: Aku tahu kau tanggung bebanan syarikat. Kau jer yang aku boleh harap selain J. Korang berdua lah yang akan jadi peneraju syarikat ini nanti.Korng masih muda, aku jamin korang akan merasa bagaimana menjadi CEO.

Khai: Kau tak nak kahwin ke? Ini harta pusaka. Sayang kalau terlepas ke tangan orang lain.

Jeff: Khai..kenapa lah kau lembab sangat, Cik Alisa kita ni kan single. Kau jadi la suami dia.Haa..tu kan boleh jadi darah daging kau...Apalahhh....

Alisa: J!! Ini kerja!! Kau jangan nak memandai.

Jeff: Maaf boss.

Nadya dan Lynd muncul tidak lama selepas itu.

Nadya: Cik, saya Nadya. Financial Manager baru Al-Fin Airlines

Lynd: Saya Shazleen, akauntan baru Al-Fin Airlines.

Alisa: Bagus, great timing. Kamu berdua mula jawatan baru sekarang. Boleh pindah ke pejabat baru sekarang. K dan J boleh tolong kamu.

Nadya: Encik Khai tak apalah. Kami boleh buat sendiri.

Khai: Tak perlulah encik2 dah. Kita da sama level. Okey lah kalau macam tu, saya ada banyak lagi kerja nak buat. Lynd, congratulations and good luck (sambil tersenyum kepada Lynd)

Lynd hanya tersenyum.

Jeff: Apa la kau ni Khai, Tak gentlemen langsung. Tak ape, biar saya tolong. Kamu berdua boleh panggil saya Jeff atau J. Kalau nak lagi mesra, panggil Abg J pun boleh.

Lynd: Panggil Baby boleh?

Jeff: Eh..boleh sangat. I like.

Belum apa-apa dah gedik. Over pulak tuu...

Kata Lynd dalam hati.

Sementara Khai beredar dari situ. Nadya tidak senang hati. Nadya mengekori Khai dan menegurnya dari belakang.

Maaf Khai. Saya cuma rasa curious. Awak marah saya ke?

Khai hanya tersenyum, tanpa menoleh dia berkata

Kalau awak nak menjadi yang terbaik, jangan ada sifat kemaafan dalam diri awak terhadap musuh awak.

Nadya tidak memahami dan dia menegaskan Khai bukanlah musuhnya. Lantas Khai berlalu pergi dan memasuki pejabatnya. Sememangnya Khai bukanlah seorang yang mudah untuk difaham orang.

********
Keesokan harinya

Lynd memasuki pejabatnya yang baru. Hatinya begitu seronok dapat berada dalam pejabat sendiri, tidak seperti sebelum ini, cuma ada meja,kerusi dan komputer. Dia menari berpusing-pusing seperti kipas syiling. Menari dengan hati yang gembira. Langkah tarinya terhenti apabila melihat kelibat manusia di hadapan pintunya. Pintu di ketuk. Amri didepan matanya. dengan langkah bergaya Amri berjalan dan memeluk Lynd sekuat mungkin. Hilang bebanan rindu di dada.

Lynd..Lynd..Lynd...oiiiii...

Panggilan suara itu mengejutkan Lynd dari terus dibuai lamunan.

Lynd: Eh Khai..sorry saya mengelamun tadi. (tunduk malu)

Khai : Tak apa.. tadi saya ketuk pintu tapi tak ada reaksi dari awak..tu yang saya masuk ni.. (lalu berjalan menuju ke cermin lutsinar untuk melihat permandangan dari atas)

Lynd: Owh.. (seperti menyimpan satu rahsia)

Khai: Saya yakin dia masih cintakan awak. Hanya menunggu awak maafkan dia. Sebenarnya pejabat ini sepatutnya menjadi milik dia, tapi dia telah dipecat sebelum mula bekerja akibat terlanggar Cik Alisa.

Lynd: Saya dah lama maafkan dia. Saya dengar Jeff dan Cik Alisa berborak hari tu. Cik Alisa bengang bila dapat tahu awak berjumpa dengan Amri. Cukuplah saya dapat tengok Amri kali terakhir sebelum saya menjadi musuhnya. Khai..awak tak mampu bawa Amri ke sini?

Khai: Sorry Lynd. Kalau saya dapat bawa dia kesini sebenarnya 3 minggu yang lalu. Dia disini sekarang. tapi takdir telah mengubah jalan hidupnya. Tak menjadi masalah sekiranya awak bercinta dengan pekerja syarikat lawan. Business is business. Personal is separate thing.

Lynd hanya mampu mengesat air mata dan berharap Amri datang kesini bersama-sama dengannya membantu Cik Alisa menjadikan Al-Fin Airlines nombor 1 di dunia.

Lynd bangun dari tempat duduknya dan berdiri di belakang Khai sementara Khai masih tidak bergerak, masih dihadapan cermin melihat persekitaran di luar bangunan.

Lynd membuka mulut....


Sebelum misi Balista kita bermula, izinkan saya membuat sesuatu....


bersambung...


p/s: Apakah yang ingin Lynd buat? Apakah reaksi Khai? Bagaimana hubungan Amri dan Lynd akan berakhir? teruskan membaca episod 6. Akan datang..

Kisah Aku Cinta Kamu Ep4





Baik kau balik Khai. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi!!

Herdik Amri kepada Khai.

Begini cara kau melayan seorang senior yang telah tolong kau banyak benda. You deserve it Am... The one who suppose to go to Notre Dame is me not you. But you reject that offer because of Lynd, so pathetic.

Khai meninggalkan pejabat Amri dengan rasa yang amat kesal apabila dia kembali teringat kisah silamnya.

*****

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
di suatu tempat selepas tamat waktu kuliah

Amri: Khai, aku dapat tawaran degree kat Notre Dame.

Khai: Wow..biar betul? best lah..kau pergi kan?

Amri: Tak kot, aku sayang Lynd.

Khai: Kalau betul kau sayang Lynd, better kau pergi. Tahu lah aku handle Lynd tu..

Amri: Tak Khai. Aku takkan tinggal Lynd seorang diri kat sini.

Khai : Kalau surat tu boleh tukar nama aku, aku tak perlu paksa kau pergi... Peluang macam tu cuma hadir sekali seumur hidup...

Amri: Khai....ke mana sangatlah Notre Dame tu. Kalau aku berjaya nanti, aku akan buat Khai Universiti untuk kau (sambil tergelak)

Dengan perasaan cemburu dan marah, Khai meninggalkan Amri dalam keadaan tergelak keseorangan di situ. Notre Dame adalah tempat terbaik untuk belajar tentang dunia perniagaan yang penuh pancaroba ini, sebagai buktinya, Jeff hasil terbaik Notre Dame University sepanjang sedekad penubuhannya.

********
Lapangan Terbang Antarabangsa KL

Khai menuju ke satu kaunter daftar masuk Al-Fin dan bertanya kepada pegawai yang bertugas disitu. Kemudian dia bergegas ke hujung bangunan ke sebelah kiri dan masuk kedalam sebuah bilik.

Khai: Ada apa?

Alisa: Apa rancangan kau?

Khai: Kalau tak ada apa-apa aku nak balik sekarang..

Alisa: Kau jangan fikir aku tak tahu. Apa kau buat di office Amri?

Khai: Aku nak bawa dia ke Al-Fin. I know his potential but he doesn't want to be with us. Aku akan guna sepenuhnya Lynd sebagai musuh sebenar dia.

Alisa: Kau jangan nak memandai Khai. Aku dah serahkan tugas ini kepada Jeff. kau tak ada hak nak masuk campur.

Khai: Demi kepentingan syarikat, Jeff perlukan aku.

Alisa: Apa yang kau merapu Khai? Khai hanya keluaran UiTM, Jeff keluaran Notre Dame.

Khai: Tricky play kalau tiada jangkaan dan Plan B tak kan kemana...

Alisa memandang Khai dengan pandangan yang tajam, seolah-olah harimau yang ingin membaham mangsanya. Sementara itu Khai hanya melihat Alisa tanpa sebarang reaksi.

Tak stim langsung...

Kata-kata Khai telah buat Alisa tertunduk dan melihat rupa badannya. Sememangnya itu kelebihan Khai. Mampu membuat orang lain berasa rendah diri dengan hanya sepotong ayat dan renungan yang menyakitkan hati walaupun dengan majikannya sendiri.

Khai : Kau cantik, tapi kau garang...

Alisa: Sudahlah Khai. Annoying....

Tiba-tiba pintu bilik diketuk.

Saya dari Jakim dan dapat tahu kamu berdua sedang berasmara dalam bilik ini.

Alisa: Dekat sini juga kau nak buat lawak Jeff.

Jeff: Sorry my boss..tak kan gurau senda tak boleh kot?

Alisa:Stop it. Apa benar kau perlukan Khai dalam permainan ini?

Jeff: Khai?? Nak buat ape? Buat semak boleh lah... (menjeling sinis kepada Khai)

Alisa: Khai..kau dengar tu? Kau boleh balik sekarang....

Khai hanya membisu.

Jeff: Boss..relaks okey? Aku perlukan bantuan Khai. Absolute prediction penting dalam permainan ini. Aku juga yakin Khai dah ada Plan B dan C.

Khai: Jangkaan aku tak pernah meleset. Tender penerbangan KL ke Eropah dulu pun hasil Plan B aku.

Alisa: Okey. Khai and Jeff. Do whatever you want to stop domination MAS even you die.

Khai: Boss..kau jangan lupa satu benda. Penumpang lebih gemar flight yang direct kalau dalam negara. Air Asia juga lawan kita.

Jeff: Dari segi kualiti mungkin mereka kurang, tapi pilot mereka semua laju2.

Alisa: Nanti aku fikirkan. Kamu berdua perlu naikkan hasil dan net profit Al-Fin dulu baru senang kerja kita seterusnya.

Khai & Jeff: Pinjam duit kat Bank Negara..

Alisa: Hoi..kau berdua gila??

Khai dan Jeff hanya ketawa. Khai telah merencanakan sesuatu dan memelukan pertolongan Jeff sebagai ancaman kepada Air Asia dan Khai sendiri akan mengatur strategi menentang CEO MAS dan Financial Manager, Datuk Amiruddin dan Amri.

Sementara itu di Pejabat MAS.

Amiruddin: Amri, kamu dah bersedia untuk ini?

Amri hanya tersenyum. Rancangan harus dilaksanakan. Misi bermula.

bersambung........

Monday, December 6, 2010

Poster khas untuk Kisah Aku Cinta Kamu



sebarang cadangan atau komen sila komen di kotak di bawah. Terima Kasih :)