Showing posts with label secebis nota. Show all posts
Showing posts with label secebis nota. Show all posts

Friday, June 16, 2017

Marhaban ya Ramadhan

Apa guna puasa tanpa solat?

Kenapa perlu letih seharian berpuasa tanpa mendapat apa apa ganjaran?

Kenapa perlu menahan diri dari melakukan maksiat mata, telinga, hati dan mulut tetapi pada akhir waktu, kau juga tidak solat?

Apa guna kau berlapar dan dahaga tetapi kewajipan sebagai umat islam kau tidak penuhi?

Kenapa? Apa signifikasi kau berpuasa sebulan tanpa apa apa ganjaran?

Pernah kau menolong perempuan tua melintas jalan, tapi jauh dipelusuk hati, kau mengharap balasan. Mungkin bukan daripada perempuan tua itu, mungkin dari orang lain. Tapi jauh di pelusuk hati kau, aku pasti tersemat walaupun sekelumit perasaan berharap jasa kau dikenang. 

Ibarat kau mencuri masuk ke universiti, hari demi hari sepanjang satu semester kau belajar bersungguh sungguh. Kau ikhlas kan hati belajar demi masa depan yang lebih baik tapi pada hari peperiksaan akhir, kau tidak dapat masuk ke dewan, kau tidak dapat mengambil peperiksaan yang kononnya boleh mengubah destini hidup kau disebabkan kau tidak pernah mendaftar sebagai pelajar. 

Lebih parah lagi, kau rasa kau sebahagian daripada mereka(pelajar universiti) tetapi harafiahnya, kau bukan dikalangan mereka. Duduk berdiri kau tidak sama rendah mahupun tinggi bersama mereka. Kau hanya seperti unggas beterbangan. Hilang ditiup angin. 

Kenapa pendaftaran penting? Sebab pendaftaran itu membezakan kita pelajar dengan orang luar, polis dan penjenayah, doktor dan pesakit. Pendaftaran disini, kau boleh ibaratkan seperti solat atau kalimah syahadah. Tapi aku lebih tekankan solat disini.

Jadi, kenapa belajar tapi tak register?


Friday, January 13, 2017

Ada lagi ke orang baca blog ni?

Assalamualaikum!

Hai. 4 tahun tak jumpa. Ada lagi ke orang datang singgah sini KLMJ, lepak lepak, ketik iklan kat sini|? LOL ketik iklan. Semenjak ada mini blog kicauan burung, aku dah stop main blog. Mungkin blog dah tak sepopular dulu, but hey, tulisan mampu membunuh. So let kill people by the word. Shall we.

BIG SHOUT OUT TO KEKASIH SEUMUR HIDUP, NASHA FAZIRA!

Sebab dia, aku bukak blog pagi ni. KLMJ pulak dia pagi tadi sebelum turun kerja terjumpa gambar zaman Julai 2012. Kira kira 2000 tahun lalu.

Tengoklah, kalau aku rajin, aku menaip. tapi bukan penulisan layan perasaan macam dulu, maybe pasal politik, bola sepak, gaming, gajet, perihal insurans, review buku di kaca mata aku. So, aku bertanggungjawab di atas segala penulisan aku tapi aku  tak bertanggungjawab atas apa yang kau faham, Terutamanya yang jenis bodoh sombong. Baca tajuk je pastu komen, atau bash orang sebab grammar salah, atau cakap aku poyo sebab speaking london, dan kau yang jenis tak bagi signal nak masuk simpang (tak ada kena mengena).

Selamat tahun baru.

My new resolution is to achieve my last year resolution that have or has been made in 2012 which is "nak kurus". LOL

Adios!




p/s:Ada rezeki, tahun ni nak memetik bunga di taman. So, korang belilah insurans dengan aku. Korang mati, keluarga tak hidup melarat. Itu je aku nak pesan.

Thursday, March 29, 2012

3 tahun lepas

Yaa-Haa

Hebat kau super senior. Jalan mendongak. Tak perlu jalan tunduk. Kad matrik digantung dalam kereta. Kelas pergi tak pergi, sama sahaja. Makan? Foodcourt tak main lah. Junior perempuan panggil abang. Amboi! Kemain seronok. Yang perempuan pulak pissed off bila junior perempuan panggil akak! Hello! Kita boleh jadi kawan okay!

Bila aku lihat semua ini. Geli hati pulak. Teringat waktu mula mula datang sini. Berkemeja siap bertali leher. Bergaya dengan seluar slack dan kasut kulit hitam. Rambut kemas terpacak. Hensem habis kononnya. Apabila melihat bangunan keramat Malinja. Hati mula tak senang. Membayangkan kehidupan asrama yang super duper suck. Bilik 203B dimasuki. Barang dan beg diletak di penjuru katil. Berjabat tangan dengan budak Perak, Kelantan dan Alor Setar.  Nama diperkenalkan. Kononnya nak duduk satu bilik, hati kena baik. Muka kena manis.

Mama, adik dan sepupu balik ke Baling. Tinggal aku seorang diri di sini. Memulakan hidup baru yang bukan aku mahu. Memegang title mahasiswa UiTM sebagai pelajar perakaunan. Di sekolah aku menghanjeng budak akaun sebab aku budak sains. Otak berkembang katanya bila belajar sains. Budak akaun asyik dengan debit kreditnya. Ambik kau! Debit kredit lah selama 3 tahun dekat sini. Allah bayar cash!

Hati mula gusar apabila teman sebilik hisap rokok. Watefak! aku budak baik. Mana hisap rokok. Tapi itulah pengalaman hidup. Terpaksa tempuhi walaupun ia rumit dan perit. Mata meliar memerhati sana dan sini apabila berjalan menuju ke kelas. 

Wow! Perempuan tu tak pakai tudung!

Jakun betul aku. Memandangkan sekolah aku semua bertudung jadi bila masuk universiti, aku jakun melihat ramai gadis manis tidak bertudung. Rambut terjurai melepasi bahu, beralun alun ditiup angin. Kadang kadang manis, kadang kadang seksi. Bergantung pada penglihatan seseorang. Dalam kelas, macam macam peel manusia yang aku kenal. Blur, kuat maki, pendiam, pemalu, bajet macho, semua ada. 

Kehidupan aku di kampus dan di sekolah adalah sangat sangat berbeza. Di sekolah dahulu, aku low profile. Cikgu tak kenal aku, aku tak kenal cikgu. Masing masing buat hal sendiri. Batch masing masing pun tak semua yang kenal. Tapi di kampus, lain. Aku cuba untuk mengekalkan low profile macam di sekolah tetapi demmm. I'm failed. 

Aku dilantik menjadi class representative selama 3 semester berturut turut. Berkhidmat sebagai Sekeriat MMP di bawah naungan MPP. Aku kenal Umar, Aman, Eriq, Tyha, Angah, Bilal dan ramai lagi. Orang kenal aku dan aku tak kenal orang. Kereta Honda maroon itu satu satunya di Merbok. Semua orang boleh trace pergerakan aku. Shit!. Aku kenal cinta jarak dekat. Aku tinggalkan cinta jarak jauh yang katanya selamat itu. Aku yang mulakan dan aku yang hancurkan cinta itu. 

Aku ada stalker di kampus suatu ketika dahulu. Pada permulaan cerita, kami bergaduh dan akhirnya dia tempat menadah telinga mendengar cerita aku ketika aku tidak menghubungi kawan baik aku di sini. 

Disini juga aku mempunyai kawan baik yang sehati sejiwa dengan aku. Apa yang aku tak suka, dia juga tak suka. Apa yang aku suka dia pun begitu. Kebetulan? mungkin. Frekuensi otak sentiasa berhubung. Masing masing seolah olah tahu apa yang difikirkan oleh teman baik mereka. Andai kata aku teringat dia, tak lama lepas itu, ada mesej masuk. Ya! dari dia. Jika dia teringat aku, secara tak sengaja, aku call dia. 

Selama 3 tahun dan akan tambah 6 bulan aku di Merbok ini. Aku belajar macam macam. Dari akademik sehingga soal hati. Dari aku kutuk budak free hair sehinggalah aku bercinta dengan budak free hair. Dari kawan aku cakap aku noob sehingga lah dia cakap aku sosial. Too much to learn in 3 years.

Kehidupan kampus sedikit sebanyak mendewasakan aku. Semoga rakan yang lain juga sebegitu. Aku tak pasti apa yang bakal terjadi selepas ini. Rakan rakan rehat sebelum masuk degree, aku pula join the others menghabiskan diploma. 

Gelak, tawa, nangis, sedih, pilu, gembira, teruja. Semua perasaan ini pernah dirasai oleh semua orang. Sebahagiannya dirasai ketika ini. Campus life.

Selamat menghabiskan final paper kawan kawan. Selamat bercuti. Selamat berehat sebelum memasuki alam ijazah dan pekerjaan.

Semoga berjumpa lagi. 

Sayonara 

p/s: terlalu panjang untuk diceritakan semua disini. Let the other side of story as untold story. :)

Thursday, March 22, 2012

Penipuan itu menyenangkan

Apabila benda yang dihajati tidak dapat. Otak bejat berfikir. Mulalah mencari akal untuk menipu.

Kalau tak menipu, bukan manusia namanya.

Aku manusia. Jadi aku menipu. Aku menipu untuk mengelak. Hari ini propaganda di BBM status menjadi. Beberapa mangsa termasuk perangkap akibat penipuan tersebut. Kata cinta dilafaz tanpa erti.

 Benar aku menipu. Aku menipu di Twitter, aku menipu di Facebook. Tapi aku tak pernah tipu di blog hitam ini kerana disini segala baik jahat aku terkumpul. Amarah, sedih, kecewa, gembira, semuanya disini.

Aku akui, kita manusia pasti akan menipu. Baik bekerja, dengan ibubapa mahupun sahabat. Bercakap mengenai persahabatan. Dalam persahabatan juga perlukan penipuan untuk terus kekal selama mungkin. Kita dapat menipu kawan baik. Kawan tak baik dan juga musuh. Ya, kita mampu menipu. Sesiapa sahaja yang kita mahu. Sedangkan menteri menipu rakyatnya secara am nya. 

I trust you but I don't trust devil inside you

Tetapi, hati juga tahu apa yang tersirat disebalik penipuan tersebut. Disebalik penipuan itu terdapat satu kenyataan yang sangat perit untuk diterima akal. Akal kadang kadang bodoh. Sanggup menerima penipuan yang menyenangkan daripada menerima kenyataan yang menyakitkan. 

No one can't stop when he lies

Andai disamakan penipuan dengan dunia ini. Sejauh mana pantai, sebanyak mana butir pasir di pantai. Selagi terus berjalan di persisiran pantai, selagi pasir diheret kaki. Selagi itu penipuan tidak pernah hilang. Setiap hari manusia melakukan penipuan. 

Penipuan. Sesuatu yang salah tapi menyenangkan. 

Adioss..

Saturday, March 17, 2012

Semester terakhir katanya

Yaa-Haa

4 paper lagi. 2 minggu lagi. Semester terakhir kepada student pro dan star. Bagi aku dan segelintir lagi, ini hanya permulaan kepada hidup yang baru. Awal bulan depan, rezeki aku dapat balik Kuching. Lepak sana seminggu. Rindu semua keluarga di sana. 

Permulaan kepada hidup yang baru. Kami adalah pemilik kad hijau yang terpaksa di gantung di leher setiap kali nampak kelibat lembaga berpakaian seperti baju polis. Pak guard UiTM. 

Seperti yang sedia maklum, kad matrik bagi pelajar UiTM adalah berwarna kuning. Untuk yang warna hijau, itu adalah kad matrik yang lama. Dengan erti kata lain, kami terpaksa memanjangkan lagi pembelajaran disini. Senang cakap, Part 7. 
[Sila gelakkan aku sekarang]

Ramai orang cakap, semestinya malu jika belajar lebih sem. Tambah tambah nak sebut perkataan part 7. Tapi itulah hakikatnya. Aku tak kisah. Dari mana aku start, di situlah aku menghabisannya. 

Biar pun dulu, akaun bukan pilihan aku, tapi kini aku hidup dengan akaun. Di sini lah aku kenal pelbagai jenis manusia dan kadang kala setan atau pun babi.

Ya, setan dan babi banyak bertopengkan manusia sekarang. Cerita setan dan babi ini akan aku update pada entry seterusnya. 

Aku kena sambung study. Esok exam LAW. Doakan aku. 

Sayonara...

p/s: just stay strong. Lagi sebulan kamu nak duduk dengan dia. Be strong!

Tuesday, February 28, 2012

Kahwin awal


Bekas budak UiTM Kedah kahwin masa cuti semester haritu. Sekarang dia degree. Mula hidup yang baru bersama tersayang. Alhamdulillah. Kahwin awal cegah maksiat.

Semua orang excited terutamanya perempuan. Semua berebut nak kahwin awal. Lelaki pun sebenarnya seronok jugak nak kahwin awal. Sekarang pegang tangan pun maksiat.. Adoyai (mengeluh)

Bila dah kahwin nanti. Semua benda halal. Siap dapat pahala lagi. Ber round round lah jawabnya. Err. Okay. Abaikan. 



Kalau dapat boyfriend tua 2 3 tahun daripada girlfriend tak apa lah. Maybe boyfriend dia dah ada pekerjaan. Kalau macam aku ni. Student. Memang harapan lah nak kahwin waktu belajar. Macam yang aku kata tadi. Semua nak kahwin awal terutamanya perempuan tetapi bagaimana dengan pihak lelaki? Lelaki pun nak kahwin awal jugak. Senang. Tetapi kami cool. Sebab tanggungjawab selepas berkahwin sangat sangat berat. Sebab tu cool. Kalau jada bini macam jaga motor kapcai. Aku pun nak!

Kalau sekarang baru couple. Cuba kamu usha perempuan lain depan si dia. Mana dia tak marah. Silap silap tangan lekat dekat muka. Just saying. Itu baru couple. Cuba kalau dah kahwin. Haish. Kalau tak ready. Jangan lah ada niat nak kahwin awal.

Lagi satu. JANGAN CAKAP DEKAT GIRLFRIEND KITA BAHAWA KITA AKAN KAHWINI DIA.

Mungkin dia buat tak kisah tetapi, dia sangat sangat sangat kisah. Beware of dog!



Tetapi. Kalau kahwin awal pulak. Macam macam persepsi buruk masyarakat kita sekarang. Mengandung luar nikah lah. Tak sabar lah. Galak. Apa lagi? Semua benda benda yang buruk. Haish. Tak faham betul aku.

Bila bestfriend aku cakap dia nak kahwin pada umur 25 tahun. Aku yang nervous. Macam aku pulak yang nak jadi husband dia. Tetapi aku nak sangat jadi husband dia. 

Kalau lah ada pinjaman untuk student kahwin. Ada ke universiti yang encourage student kahwin awal?  

Haha. Okay, aku merapu.

Adioss...

p/s: N_____ please be my last love

Sunday, February 26, 2012

Ketahuan

Yaa-Haa

Tadi aku nak update benda lain. Tapi lepas baca blog adik beradik si Marya dengan Bella tu. Dah hilang idea.

Aku ketahuan

Esok kena submit business proposal. Harini, financial plan pun tak siap lagi. Kejap lagi lepak library sampai kerja siap. Okay. Aku tak tahu pukul berapa nak siap. Petang sikit nak pergi ambil printer. Printer tolong siap hari ini. Aku nak guna malam ni. Jangan buat hal. Please!!

Semalam tengah tingtong buat financial plan. Buah hati kesayangan nyer ponn, Si Nasha tu minta tolong ajarkan dia financial plan. Last last aku buat benda lain. Office layout untuk dia. Lepas tu kick in harga barang untuk Material Equipment. Sambil sambil tu usha usha video k-pop dekat laptop Lina.

Mahu tak bengang cek mek tu. Lain dia suruh aku buat, lain yang aku buat. Siap tenung gua macam nak makan. Lepas tu bila aku cakap nanti aku bawak dia main ice skating dekat Penang, terus dia cool down. Sambung kerja balik. Hahaha.

 Lagu Tonight-BigBang ulang dekat 5 kali, Genie-SNSD, 3 kali. Fiction-Beast 2 kali.

Motif aku cerita benda ni untuk apa? Apa kejadahnya?

Lepas tu pukul 9.40 malam baru gerak pergi Tesco cari harga barang. Tesco punyalah ramai orang macam esok tak boleh beli barang. Adess.  Hell yeah! Memang last minit punya kerja dorang ni. Mujurlah dengan Nasha, tak sampai hati aku nak marah. Kalau team sendiri. Dah lama kena tendang. Hahaha. Acah jer. 

Bangun pagi tadi terus bukak photoshop buat flyer dan background untuk business plan kami tu. Nak bertweet pun tak sempat. Mandi pun belum nih. Busuk!

Ni aku nak reveal logo business kami:

Mengada ngada judak lecturer ak pun. Logo 4 segi taknak. Nak jugak logo bulat. Haish. Tak faham bahasa betul. 

Doakan team aku sempat siap business plan kejap lagi. Amin.

Adioss...

Sunday, February 12, 2012

Kegilaan aku terhadap Running Man

Yaa-Haa

Daebak!

Itu yang keluar dari mulut aku setiap kali menonton variety show yang paling best atas muka bumi ini. 



Running Man. Aku mula tengok show ni time tengah malam hari Ahad. Waktu tu aku teman adik aku tengok Arsenal main. Kalah pulak time tu. Dia frust. Terus tukar tv. Tukar punya tukar tiba tiba stuck dekat channel 393. OneHD. 



Aku mula mula tengok rasa macam variety show cina punya. Tapi lepas tu, Haha buat lawak. Mau tak gelak guling guling aku tengok. Episod 26 rasanya. 

Start dari situ lah aku mula mengorak langkah nak tengok RM lagi. Check buku guide, rupa rupanya RM tu start pukul 6.30 ptg hari Jumaat. Aku ni bangang pergi tunggu yang ulangan punya hari Sabtu 12 tgh malam. Bengong -.-'

Watak yang paling aku suka adalah:
  • Haha
  • Kang Gary
  • Jong Kook
  • Kwang Soo
  • Song Ji Hyo
  • Yoo Jae Suk
Aku suka Lizzy tapi dia sekejap jer dalam show tu. Paling aku tak suka Joong Ki dengan Suk Jin. Joong Ki sebab dia jambu dan Suk Jin terlampau bodoh. Dia eja princess macam ni P R I N S E S. Adoyai. Sengal betul. 



Tapi sedih sikit sekarang sebab Gary dan Ji Hyo dah tak jadi Monday Couple. Kalau nama still ada pun tapi peminat semua dah tahu Ji Hyo bercinta dengan CEO syarikat dia sendiri. Aku tumpang sedih dengan nasib Gary.

Cerita tentang Gary, tak sah kalau tak ada Haha. Ha Dong Hoon. Orang pertama yang berjaya buat aku terus suka dia dengan hanya 10 minit menonton RM. Damn! He's funny! :D 



Ha Dong Hoon atau Haroro atau Haha sangat memberi impak kepada RM. Tanpa dia RM tak akan lawak macam sekarang. Itu pendapat aku lah. Dia comel tapi dia mampu menghidupkan watak Bad Guy Haroro dan Playboy Haha. 

Satu lagi sebab RM disukai ramai sebab Kookie. Sparta Jong Kook dengan badan tough dan perut 6 pax. Dayyum! Semua perempuan suka dia. Untunglah

RM lebih dikenali ramai apabila MC kebangsaan mereka, Yoo Jae Suk turut serta menjadi tulang belakang show ini. Kalau dekat Malaysia, macam Aznil Nawawi lah lebih kurang. Boleh?



Kalau nak cerita tentang game RM nih, sampai esok aku karang pun tak habis. Pada awal RM mungkin PD tu tak cukup idea lagi, so game diulang ulang setiap minggu sehingga pesarta boleh tahu apa yang berlaku selepas ini. Tapi setelah 20 ke 30 episod, kita akan nampak perubahan misi pada setiap minggu dan adakalanya misi tersebut seolah olah IMPOSSIBLE. 



Dalam banyak banyak episod RM, aku suka episod Thailand dan 6 orang SNSD. Time SNSD tu, aku dapat rasa betapa bahagianya Gary, Haha dan Kwang Soo. Jong Kook macam malu malu sikit so dia tak nampak excited sangat. 



Masa tu Gary lupa Ji Hyo. Kerat jari la kalau dia tengok Jessica tapi teringat Ji Hyo. Hahaha.

Okaylah. Aku ada hal kejap. Nanti sambung lain. 

Adioss...


p/s: semua gambar amik dari episod SNSD. Malas nak search keywords lain

p/s: tiba tiba batuk time kunyah Mentos. Apa kejadah? Ex aku kutuk aku ke? 


Thursday, February 9, 2012

Sesungguhnya, kau tercipta untukku


Setiap pagi, sebaik sahaja terjaga dari tidur akibat diganggu oleh bingitan alarm lagu "Call It what You Want dari Foster The People. Mata di pisat pisat. Lantas tangan lekas mengambil telefon bimbit disebelah bantal.

Sekadar memeriksa sekiranya ada mesej, BBM atau mention dari Twitter. Good morning gorgeous. Kadang kadang sayang, baby dan nama di sertakan sekali. Jika sebelum ini, jari lantas menekan nama penerima tersebut. Tapi sekarang otak berfikir dan jari menekan nama secara rawak untuk menghantar mesej selamat pagi kepada penerima tersebut. 



Selalunya, penerima mesej tersebut adalah perempuan. Pernah aku hantar mesej selamat pagi kepada kawan aku. Lelaki! Akhirnya di balas, Butuh Hang, Gay!

Serik.

Begitulah setiap pagi aku menghabis sekurang kurangnya 1 sen untuk mesej selamat pagi. Kadang kadang mereka balas, kadang kadang matahari dah memacak, baru mesej di balas. Nampak sangat baru bangun.

Give a girl good morning message will change her attitude for whole day. Aku percaya pada frasa itu. Bagi aku mesej selamat pagi akan membuatkan kita rasa dihargai. Bukan untuk mengorat, cuma tanda aku masih ingat pada dia. 

Hanya 1 sen untuk dibazirkan dan kita buat orang gembira di pagi hari. Sekurang kurangnya, mereka tahu, ada yang masih ingat pada mereka. Itu dah jadi tabiat aku setiap pagi. 

Err.. tajuk dekat atas tu macam tak masuk dengan isi entry ni, tapi aku dah janji nak buat tajuk entry tu dalam Twitter. Harap maaf lah yer.

Adioss...



p/s: Well you got what you want, and what you never knew, perfect gift from me to you :)

Friday, January 27, 2012

Cinta pandang pertama

Yaa-Haa

Tahukah anda apa itu cinta pandang pertama?

Terus jatuh cinta daripada apa yang kita lihat. Ya! Tepat sekali. Begitulah lebih kurang. 

Aku tak jatuh cinta kepada orang. Tapi aku jatuh cinta dengan blogger nih. Comel orangnya. Err.. Maksud aku blog dia. Bukan tuan punya blog. Tapi kalau tuan punya blog suka sama eden. Kecil tapak tangan, stadium Old Trafford eden tadahkan. 

Eh, eden bukan oghang Soromban! 

Okay. Balik kepada cerita aku tadi. Aku jatuh cinta tengok blog dan isi blog minah cantik ni. Maya Karin kata ko! Nama pemilik blog ini adalah Wana.

Ini header blog Wana. Walaupun banyak benda tapi kemas dan tersusun. Tak macam header blog Hamis Jalikha. Oppss! 

Dan apa yang aku suka dengan blog dia adalah ini:

Sila ke blog beliau untuk baca lebih banyak entry yang best

Entry dia berbentuk lukisan. Er..komik la senang cakap. Aku bukan budak art so tak pandai nak cakap ini apa sebenarnya. Aku just nerd accounting student yang bakal tak sambung akaun untuk degree. Almost semua entry dia berbentuk begini dan semuanya best best! WOW :O

Seriously aku kagum dengan cara dia sampaikan idea dia kepada orang ramai. Jenis aku ni tak kisah blog tu follower ramai atau sikit, yang penting best dan tak banyak widget yang annoying. Walaupun lukisan dia tak awesome(jujur) tapi dia kreatif. Kalau dia tak tinggalkan jejak kat blog aku, aku tak jumpa blog awesome yang di miliki oleh gadis awesome seperti Wana nih.

Wana,
 Terima kasih sebab usha blog saya dan saya dah follow awak sebab blog awak best! Bukan sebab awak cantik. Hehe

Maka dengan itu, Blog Wana ini akan masuk dalam list blog favourite gua. 

THEY TOP & SUPERIOR.

 Nampak tak dekat hujung sebelah kiri bawah biodata aku tu?

Nampak!

Haa. Bagus!

Ini link blog dia:


Jadi, para silent reader aku yang cantik hensem ohsem comel gojes mojes! 
Sila serbu blog beliau sekarang.

Terima kasih! :D

Okay. sampai sini jer entry aku untuk harini. 

Adioss...

Friday, November 25, 2011

Minggu pertama semester baru

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah selesai minggu pertama sesi pembelajaran di UiTM Kedah. 
Ehem... dah senior year dah cik abang oii sedar sedar diri sikit. Minggu pertama, macam biasalah, serabut jadual, tanya kawan sana sini masuk kelas mana, call lecturer, koordinator, dekan, pengarah bagai nak solve problem pasal subjek clash. Err, over nya. Minggu pertama juga adalah minggu yang best sebab kelas selalu batal. Batal batal dan bantal. Hehe. Last last, tak ada kelas langsung. Best!

Kereta aku sudah bertinted gelap tapi still boleh nampak driver. Cukup sekadar menjaga kulit si buah hati dan menahan bahang Merbok yang cukup panas sekitar pukul 1 ke 4 petang. Apa motif aku cerita dekat public? Hahaha. Okay, over lagi. Euwwww ngada ngada benda macam tu pun nak bagitahu. 

Nak baca, sila baca. Nak komen, sila komen. Tak nak baca jangan baca, tak nak komen jangan komen. Aku  tak kisah. Chill lah.

Okay, tak ada idea apa nak tulis. Maybe dah masuk kelas nanti, aku tengok ragam lecturer, ragam rakan rakan. Mungkin ada idea nak update blog. Silap silap lepas ni aku update blog sebab nak bahan orang. Haha. Okay. Aku memain jer. Perangai aku yang suka membahan orang sekarang telah di ambil oleh si buah hati. Sakan dia membahan dalam Twitter. Hoho :D

Okay. Nak tweet tweet pulak.

Adioss...

p/s: I miss our night walking in front of Seoul Garden :)




Tuesday, October 11, 2011

Thank you old friend

Yaa-Haa

Alhamdulillah, aku dah tak emo macam kelmarin. Tak mengantuk pulak pagi ni. So, tak ada kerja. Update blog kejap. Pukul 11 nanti pergi gunting rambut. Aku rimas rambut panjang. Pukul 2 flight balik Melbourne.

Esok pagi aku ada speaking test MUET. Baru hari ini aku rasa gementar. Haha. Semalam boleh chill lagi. Siap cakap dekat coursemate : Ala, hang cakap ja. Macam tak pernah buat...

Lepak la. Harap harap diorang okay. Sebenarnya aku gugup. Langsung tak prepare. Shit!

I need a wake up call. Thanks friend. Setelah sekian lama tidak dengar kata kata nasihat, semalam aku akhirnya diberikan ceramah free. Hahaha. Tapi sebelum itu, aku semestinya kena marah dan maki di atas kebodohan dan kegopohan diri. 

Try to love yourself before love others.

Aku mulai jelas mesej yang dia cuba sampaikan. Bodohnya aku bila difikirkan balik. Tapi aku manusia yang sentiasa mudah membuat kesilapan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Kau hadir tatkala aku sangat sangat memerlukan.

Adioss...

p/s: header baru dalam pembikinan
p/s: good morning the past

Wednesday, October 5, 2011

Terima kasih Blog Hitam

Yaa-Haa

Blog hitam. Lama juga aku tidak kesini. Aku tinggal kamu bersendirian sehingga bersawang. Di saat aku kesunyian kesepian dan kehilangan, baru aku menggerakkan tangan untuk klik pada bookmark "Blogger | Dashboard. Begitulah kamu digunakan setiap masa aku punya yang lain.

Di blog hitam inilah aku memarahi diri sendiri, memarahi orang lain, memuji orang dan meluahkan segala yang terpendam. Di sini juga kamu setia menjadi medium luahan rasa tuan mu yang kadang kala seperti kacang lupakan kulit. Mujurlah kamu tak mampu bercakap dan merajuk. Jika tidak sudah tentu kita akan bergaduh dan menangis setiap hari.

-biggest mistake is walk away from you-

Terima kasih blog hitam. Terima kasih kerana kamu tetap disini. Aku berharap dapat menggunakan khidmat kamu lagi selepas ini. Aku tak hebat dalam penulisan seperti Blog Hitam Bernafas Dalam Ego. Aku tak sepopular blogger Obefiend dengan Blog Serius. Aku juga bukan fenomena seperti Marya Hana, Nurul dan Maria Elena.

Aku hanya tipikal Blogger users. Hanya menulis bila perlu. 

Aku akan terus menulis menggunakan kamu kerana silent reader mahukan begitu. Mereka tetap baca apa sahaja yang aku tulis sama ada baik mahupun buruk. Mereka adalah the great loyal silent readers. 

Terima kasih blog hitam. Eh, rupa rupanya kamu sudah 1 tahun 5 bulan. Dah boleh berjalan baby saya ni. Hahaha.

Adioss...

p/s: saat melihat dia tersenyum sambil memeluk hadiahnya, aku lah manusia paling bahagia pada saat itu.
p/s: sakit rahang sebab senyum banyak sangat :)

Wednesday, September 28, 2011

Tumpahnya seperti air

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Hari sabtu yang lalu aku mengisi minyak RM20 je. Student, mana mampu nak isi full. Hari Isnin lagi RM10. Hari ini lagi RM10. Meter minyak aku main area E. Shit. Sumpah penat macam ni. Nak isi half tank terus takut nanti tak cukup bajet nak makan. 

Atau pun kereta aku yang problem. Sebelum ini memang jimat habis. Tayar belakang dah botak. Duit lagi. Haish. What the H la jaga kereta ni. Itu ini dia mintak. Coolant pun dah dekat kering. Adoyai adoyai adoyai.

Minggu ni RM40 untuk kereta. Makan RM35 dan topup RM15. Lagi RM10. Err...lain lain lah kot. Entah.

Hai duit duit. Tumpahnya duit dari dompet laksana air hujan yang mencurah curah hingga ke ladang gandum. Siapa cakap budak akaun pandai main duit, pandai jaga duit, pandai estimate perbelanjaan. Sama jer weh. Boros macam budak kos lain jugak. Kami pun nak pakai itu nak pakai ini. Nak guna itu nak guna ini. Nak labur sana nak labur sini. Nak joli sana nak joli sini.

Haaaa. Bebai. Okay. Esok paper Costing. Semua tu kerja nak kira kos sahaja. Asyik kira kos syarikat ja, kos poket sendiri pun tak terkira lagi.

Adioss..

p/s: Paper MKT pagi tadi macam orang kampung cakap, walking in the park. Senang!!

Wednesday, September 14, 2011

Untitled Wed Entry

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ohoo owoo owoo owoo...
(pengaruh lagu No Other-Super Junior)

Aku suka dengar lagu yang aku rasa boleh dan sedap didengar. Lantaklah kumpulan,band,artis mana pun nyanyi. Best tak jadi aku? Sistem telinga compatible. Hahaha

Sewaktu aku tulis entry ni, aku tak tahu nak tulis tentang apa. 

Hei, setahun aku single. Sekarang aku dah jatuh cinta. Kalau dulu aku tak percaya cinta, sekarang aku dah jatuh cinta. Hahaha. Angau terok!

Alhamdulillah, jodoh aku di Sarawak. Even that girl bukan orang Sarawak, tapi kalau aku tak ada kat Sarawak, mungkin tak kenal dia jugak. Betul lah orang kata, sejauh mana kita pergi, kadang kadang jodoh kita depan mata. Tak siapa pun tahu. Err..orang mana yang cakap macam tu entah?

That girl, dalam blog ini dikenali sebagai Miss F. Dia budak Alor Setar. Dulu aku pernah cakap kat kawan aku, kerat jari kalau aku dapat budak Alor Setar. Sekarang tetttttt. Sumpah aku tak contact dia dah. Nombor dia pun dah hilang. Haha

Ok. Dah cukup merapu. Ni saja nak habaq mai. Budak diploma sudah habis belajar. Tunggu nak jawab final je lagi. So, 

WISH US LUCK!!

(^_^)

Adioss...

Tuesday, September 6, 2011

Non stop busy week

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Argghh. Aku selsema pulak. Demm. Mood raya dah habis. Assignment bertimbun. Yit mungkin bebai dekat aku. Assignment LAW langsung aku tak sentuh. Status FB dia bikin gua sentap. Tak ada komitment langsung!
Dia cakap cenggitu.

Malam ni ada Marketing presentation, petang esok ada forum BEL, lusa petang ada test TAX.

Muka tak puas hati dekat Alip sebab laptop dia besar. Grrr


Ms Ho put higher expectation to us to give the very best because kami dah tengok how first 3 group perform. OMG! Kena makan spegheti banyak banyak kasi lidah fluent English. Shit!
 
Sir Naim pun sama. Dia nak tengok body language dan tahap confident yang tinggi daripada kami. Aiyoo. Cuti seminggu aku dah lupa macam mana nak buat body language.
Angkat penumbuk dan angkat 1 jari hantu. 
Hell yeah!! Body language yang aku takkan lupa. HAHAHA

I'm waiting for Friday. Nak lepak dengan Miss F.


You, I busy harini, esok lusa. See you malam Jumaat. Kita keluar dinner. 

Ah! Hingus meleleh, tak selesa. T__T

Nak pegi klinik, malas. Ok. Nak pergi kelas sekarang.

Adioss...

Monday, August 29, 2011

29 hari berlalu pergi

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Hari pertama umat islam berpuasa, kita sudah mula kelaparan, keletihan, kehausan. Semakin lama berpuasa, semakin sihat tubuh badan. Tidak mudah dahaga mahupun lapar.

Aku turun sekilo jer. Hehehe. Tapi kawan aku cakap aku nampak kurus 'sikit'. Gemuknya masih banyak lagi. Apa yang best tentang puasa ialah kita dapat save duit. Ya, aku saving time bulan puasa, tapi dekat nak raya. Jahanam. Lingkup! Kering dompet. Hehe. Tahun ini tarawikh aku tengelam timbul. Tapi lebih banyak dari tahun lepas. Yeay! Aku puasa penuh tahun ni. Thumb up!


Kereta sudah berkilat, ketupat sudah dikukus, lemang sudah dibeli, langsir sudah ditukar. Jalan makin jam. Sanak saudara sudah pulang ke kampung halaman.

Selamat tinggal Ramadhan. 
Selamat datang Syawal.

Semoga bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang.

Dikesempatan ini saya memohon maaf diatas segala salah silap saya di dunia sebenar, Facebook, Twitter,Foursquare, dan juga blog hitam sunyi ini.
Andai kata saya menggunakan bahasa yang tidak sedap di dengar di dalam dunia blog, tweet mahupun di status FB. Ini adalah bukti khilafnya diri ini. Tiada yang sempurna melainkan Yang satu.

Kepada DIA 5D, semua lecturer, ex students SMKB (04/08), ex students SKPAB (99/05)

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

[blogspot bodoh  gambo tak boleh upload]

adioss..

Monday, August 22, 2011

Cerita tentang kawan

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad..

4 hari aku tidak berlaptop sebab my baby boo pinjam laptop gua. Microsoft dia apa masalah ntah.

Ok lah. Esok pun dah nak raya. So, Selamat hari raya.

Hahaha XD

Arghhh!! Esok aku ada 2 test. Pagi pukul 8 test MAF dan pukul 8 malam test MKT.

Tension! Padahal aku sendiri yang tak study lagi. -.-'

Housemate aku dah advance. Guna Blackberry youuuu.

Dari yang jarang topup, asyik guna tepon orang nak call mak dia. Sekarang dah ada Blackberry gitu. Dah tak ada orang nak pinjam pinjam handphone aku lagi. Hahaha.

Okay. Good for him. Aku pun boleh tumpang sekali. Update status via BB. Hehehe. Dah bosan update guna Android. Lalala

Kawan aku sorang lagi ni pun meletopss. Sekarang dah ada boyfriend. Style gitu. Terang lagi bersuluh nampak dia makin berseri seri dan shinny. Haha.

A big thanks kepada Nasha (my bff and my silent reader) sebab banyak tolong I dalam macam macam masalah. Arigato konzaimas!!! 

I miss my secret bestfriend. Aku tunggu dia balik puncak baru aku nak contact dia lagi. Dekat puncak dia adalah diri dia yang sebenar. :)

Okay. Semua cerita pendek aku berdasarkan kawan kawan, jadi tajuk entry ni pun kawan lah. FYI, aku akan tulis entry dulu, baru tulis tajuk sebab taknak terikat dengan tajuk bila aku tulis entry.

Faham tak?

Good. Hehe

Adioss...

p/s: waiting for MU vs Tot action
p/s: dengar kata budak pre-law tikam budak DiDE, memang tradisi Diploma f*cked Pre law tak akan tamat lah.

Tuesday, August 16, 2011

Peristiwa yang mungkin suck yang pernah berlaku dalam hidup

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Seronok tengok MU menang 2-1 Ahad malam haritu. Thanks to Nasha ( my silent reader) yang sudi teman eden sampai sakit mata terkena asap rokok meja sebelah. Berbekalkan aiskrim Cornetto dan Fresh orange. Laju jer dia habiskan! sambil tengok 22 orang kesana kemari mengejar sebijik bola. HAHAHA

Okay. Cukup aku merapu. 

Hari ini gua nak cerita tentang benda yang mungkin korang rasa suck bila benda ni terjadi kepada korang.

1. Jatuh cinta pada girl/ boy friend orang
Yang ini aku mintak simpang banyak banyak. Ya, memang ramai kawan kawan aku adalah girlfriend orang. Ada yang rapat, ada yang so so sahaja. Seelok eloknya mintak simpang lah ye even girlfriend orang tu lebih cantik dari gf kamu. Jadi macam gua. Single. HAHA 
Seronok ke dengar orang cakap :
'Eh, hari tu aku nampak pompuan ni dengan housemate kau, ni ngan kau pulak? Aiyoo'


2. Hon kereta pakcik depan terhegeh masuk simpang, sekali dia pergi rumah kita daa.
Aku pernah sekali. Suck betul. Nak cepat, sekali ada pakcik ni terkemut kemut masuk simpang taman aku. Sekali pergi rumah aku daa. Kawan bapak aku. Demm!! T_T

3. Ada tetamu datang rumah tapi tak kenal
Bila tetamu tu kenalkan diri, rupa rupanya sepupu ayah aku, kira pakcik aku jugak lah! 

4. Potong kereta dekat selekoh tiba tiba ada roadblock kat depan
Taknak cakap banyak. Dapat surat cinta lah jawabnya.

5. Kenal nama tak kenal rupa
Aku : Encik, boleh saya berjumpa dengan En Azmi?
Anon : Kamu kenal tak En Azmi?
Aku : Tak, tapi dia urus bahagian bas
Anon : Sayalah tu. Tak tengok nama dekat sini? (sambil tunjuk papan nama di atas meja)
Aku : &^$^&*$@

6. Puasa tak penuh
Perempuan tak apa lah. Ada cuti. Ni yang kaum adam ni apa cerita? Suck wei tak puasa penuh!!

7. Awek ajak keluar time poket kering
Sangat sangat suck! Nak pinjam kat kawan, kawan pun macam kita. Nak mintak kat mak, malu.
Maka terpaksalah:
"Sorry sayang, I busy minggu ni. Ada seminar jap lagi. Prof Not So Easy bagi ceramah. T__T "

8. Kena reject dengan awek
Tak perlu cakap lah kan? Semua frust menonggeng sampai yang lelaki sejati kena reject pun status FB boleh bertukar dari I miss her so much kepada Saya suka lelaki berbadan sasa. What The Fish!!

9. Confident boleh jawab test sekali.....
Jawapan yang kamu tulis tu tak sama LANGSUNG dengan jawapan daripada golongan DL. Suck!!


10. Yang terakhir..

Paling suck dalam dunia blog. Aku penat taip tapi takde orang komen. Silent reader je bersepah T__T

Lets call it a day. See you later. 

Adioss...

p/s: aku malas nak letak gambo


Eh, kalau korang ada kejadian yang lebih suck dari aku 10 list aku ni. Share share lah kat ruangan komen tu. Aku tak disable comment pun. Comment moderation pun tak da. Kbai!

Wednesday, August 3, 2011

Craving for Neymar hairstyle

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Semangat bangun sahur ni. Sapu butter dekat roti dan mengunyah. Hahaha

Eh, apa aku nak tulis tadi?

Erm..... Erm.... Erm....

Demmm... tunggur Blogger loading punya lama (berukband tak bayar lagi) sampai lupa apa nak tulis tadi.

Sebab tu aku lama tak update. Lagi pun aku memang tak ada idea nak tulis buat masa ini. Cerita jiwang geli geli aku macam la korang nak dengar sangat kan? So, aku simpan jela, buat koleksi syok sendiri.

I'm craving for Neymar hair style.

Mohawk beb!

Dengan bangganya aku pun potong la ikut gaya Neymar. Tapi amoi saloon mana tengok bola maa. Yang dorang kenal just Mohawk Beckham jer. =.=  Sedeyh!!

So, dorang pun potong pendek. Dah la aku ni jenis yang boleh tengok beribu batu tanpa spek mata kan??

Takpe la, tunggu panjang sikit, boleh alter lagi rambut ni. 
 
Si Acap Kalap tu pun nak buat fesyen cenggini jugak. Tapi rambut dia panjang. So, bolehlah 70% macam Neymar. Demm. Jealous!!

Err.. ni sebelum aku merapu panjang panjang, korang kenal tak siapa Neymar?

Ni haa, jiran sebelah rumah aku.

Neymar



Tak lawa? AAK. Ada aku kesah?

Kalaulah mamat ni masuk Chelsea, ada jugak peluang aku nak tengok Chelsea main. FYI, aku tak suka tengok Chelsea main sebab tak best! 


Last aku tengok Chelsea main full time lawan MU or time Jose Mourinho. Pastu dah tak ada. Kalau tengok pun kejap kejap jer.

Ok. Apa aku merapu ni?

Oh ya. Sekarang dia main untuk Brazil outfit. Santos.


Playing style : Explosive run and confusing dribble



Memandai jer aku ni. Layan je lah eh?

Aku TERPAKSA buat entry bodoh bodoh macam ni sebab tak ada siapa nak COPY PASTE.

Kalau aku buat entry tips or ilmiah or fact contoh macam :

Makanan somtam kegilaan perempuan

atau

10 tips pikat lelaki berkereta Subaru (for girl)

Tak perlu nak tarik cursor dekat tulisan bold tu. Aku tak buat lagi pun entry cenggitu. Insyaallah, nanti aku buat eh. 

Maka dengan itu, mudah mudah jela entry aku di COPY PASTE. Da la aku jenis yang malas nak disable right click.

Lantak la, nak ambil entry, ambil je la. Just letak kredit sikit kat bawah tu. Tu pun dah cukup.

Tak nak letak tak apa maaa

Anak lu nanti, orang culik and mengaku anak diorang. Baru lu tahu langit tinggi rendah.

Wahahaha. Gua tak habis lagi pissed off sama lu.

Kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia,

Selamat mengharungi ibadah puasa dengan sempurna dan mengejar manfaat sepanjang bulan mulia ini.

Entry aku tunggang langgang? Jangan salahkan aku, kalo tak kerana plagismer (tukang copy paste) tu. Tak ada entry aku nak jadi macam ni.

Adiosss....

p/s: Miss you Atirah