Friday, November 25, 2011

Minggu pertama semester baru

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah selesai minggu pertama sesi pembelajaran di UiTM Kedah. 
Ehem... dah senior year dah cik abang oii sedar sedar diri sikit. Minggu pertama, macam biasalah, serabut jadual, tanya kawan sana sini masuk kelas mana, call lecturer, koordinator, dekan, pengarah bagai nak solve problem pasal subjek clash. Err, over nya. Minggu pertama juga adalah minggu yang best sebab kelas selalu batal. Batal batal dan bantal. Hehe. Last last, tak ada kelas langsung. Best!

Kereta aku sudah bertinted gelap tapi still boleh nampak driver. Cukup sekadar menjaga kulit si buah hati dan menahan bahang Merbok yang cukup panas sekitar pukul 1 ke 4 petang. Apa motif aku cerita dekat public? Hahaha. Okay, over lagi. Euwwww ngada ngada benda macam tu pun nak bagitahu. 

Nak baca, sila baca. Nak komen, sila komen. Tak nak baca jangan baca, tak nak komen jangan komen. Aku  tak kisah. Chill lah.

Okay, tak ada idea apa nak tulis. Maybe dah masuk kelas nanti, aku tengok ragam lecturer, ragam rakan rakan. Mungkin ada idea nak update blog. Silap silap lepas ni aku update blog sebab nak bahan orang. Haha. Okay. Aku memain jer. Perangai aku yang suka membahan orang sekarang telah di ambil oleh si buah hati. Sakan dia membahan dalam Twitter. Hoho :D

Okay. Nak tweet tweet pulak.

Adioss...

p/s: I miss our night walking in front of Seoul Garden :)




2 comments:

Anonymous said...

sila dedahkn buah hati kau yg latest!

Khai said...

Umar: Hahahahahahaha. Biarkan ia menjadi rahsia :D