Monday, January 16, 2017

Diari Uber Khai : Darjah 2

Untuk meneruskan kelangsungan hidup setiap bulan, aku mesti memperolehi wang pendapatan sehari RM36. Bagaimana nak buat duit setiap hari dengan cara mudah? Uber. Ya, aku part time Uber driver (aku tak bangga dan tidak pula berasa keji dengan jawatan tersebut)

RM36 X 30 = RM 1080. Itu sebulan kos asas untuk sara aku seorang. Hutang kereta, ptptn, insurans, bil telefon, bagi mama sikit.

Jadi pendapatan Uber aku wajiblah melebihi RM36 sehari. Malas malas pun RM50 lah sehari.

Wait. Bukan itu aku nak cerita sebenarnya.

Hari ini aku buat Uber, start pukul 10 pagi, sebelum tu aku settle hal servicing client dulu (aku juga adalah ejen insurans). Ada lah 3 trip sepanjang 2 jam online. Huh, bosan. Menjelang jam 12.50 tghari, aku ingat nak pusing depan Jalan TAR ataupun Jalan Simpang Tiga, mana tahu ada amoi nak balik dari tempat lunch ke office. Kuching dah ada trend okay, bila orang dah dapat parking spot cantik punya depan opis, time lunch hour, diaorang request Uber.
Bagus bukan, tak perlu hadap jem, carpooling, tak perlu cari parking dan bayar tambang Uber yang super duper murah daripada teksi walaupun Surge 2.0x. Hahaha.

Akibat mengejar nikmat dunia, aku salah masuk jalan. Cari apa di Satok waktu tu. Jalan jem hanat. Padan muka. Nak dijadikan cerita, aku dapat ping Uber. Menuju ke sekolah (jalan paling jem time tengahari) Sabar jelah...

Aku ni kahwin pun belum, mana ada skill nak park kereta tengah tengah jalan macam bapak budak yang selalu tunggu anak anak mereka balik sekolah. Jadi, aku park jauh sikit. Aku call rider tu nak cakap aku dah sampai depan sekolah. Aku ingat budak sekolah form 4 ke, form 5 ke yang angkat sekali suara halus gila."Hello..bang Uber kah?"

"Ya saya, Encik Hanapi, saya parking depan bas, kereta axia put.." "Bang, Hanapi tu bapak saya, Okay okay, on the way"

Sekali yang buka pintu kereta aku, budak kecik, laki, darjah 2, tak comel sebab muka berlemoih. Comot.

Amboi, cakap kedah sikit pun takleh.

"Adik, salah kereta ni, abang buat Uber, bukan ayah adik" "Sayalah request Uber tadi, bapak saya, Hanapi, saya Haikal Rafael"

"Amboi nama!, Adik Awie Rafael ke? Ataupun adik Rykal Hakimi?" "Sapa tu?" "Nevermind"

Maka "Start Trip" di tatal ke kanan dan aku mula memandu ke destinasi.

"Dik,selalu ke naik Uber?"
"Hari hari, setiap hari kereta lain lain"
"Parents mana?"
"Kerja"
"Pagi sapa hantar?"
"Mak"
"Ni kita ke rumah ke?"
"Ya, ke rumah"
"Sapa ada di rumah?"
"Nenek, bibik, adik"
"Ada adik kecik?"
"Ada, comel. Perempuan"
"Ni setiap hari balik naik Uber, tak takut kena culik ke?"
"Tak, setiap kali request Uber, terus screenshot send ke ayah"
"Hmmmm..bagus..." (Siap ada gambar driver, no plat kereta, lagi nak culik anak orang?)

Aku terus matikan perbualan aku di situ sambil melayan perasaan. Selamat tiba ke destinasi.Tambang dia hanya RM6.30. Dihulurnya RM7 dan kipdecheng!

Aku senyum. Biar dia melangkah masuk melepasi pondok guard (aku nak hantar masuk dalam tapi bangla ni banyak songeh, so drop depan guard jelah) menuju ke tangga and hilang disebalik tangga tersebut.

Budak darjah 2, baru berumur 8 tahun, sudah pandai balik rumah sendiri. Kalau aku, jenuh menangis tepi pagar kalau ayah tak muncul muncul. Hebat betul kau dik. Haikal Rafael. You earn my respect!

Tapi....

Kesibukan ibubapa mencari rezeki kadang kala buat mereka lupa ada yang lebih penting daripada gaji hujung bulan. Memang duit sekarang penting, Tak ada duit, boleh mati dibuatnya, tapi tanggungjawab sebagai ibubapa juga perlu dipraktikkan. Soal dia bawa telefon ke sekolah, aku taknak sentuh. Bagi aku smartphone adalah keperluan. Bukan lagi barang mewah ataupun kehendak.

Aku rasa nak komen banyak lagi pasal sikap parents dia, tapi. Tak mengapalah, mungkin aku tak meletakkan diri aku di dalam kasut mereka. Lain orang, lain cara didikan mereka.

Tunggu aku dah ada anak baru aku komen pasal parenting ni.

Adios!


Sunday, January 15, 2017

Friday, January 13, 2017

Ada lagi ke orang baca blog ni?

Assalamualaikum!

Hai. 4 tahun tak jumpa. Ada lagi ke orang datang singgah sini KLMJ, lepak lepak, ketik iklan kat sini|? LOL ketik iklan. Semenjak ada mini blog kicauan burung, aku dah stop main blog. Mungkin blog dah tak sepopular dulu, but hey, tulisan mampu membunuh. So let kill people by the word. Shall we.

BIG SHOUT OUT TO KEKASIH SEUMUR HIDUP, NASHA FAZIRA!

Sebab dia, aku bukak blog pagi ni. KLMJ pulak dia pagi tadi sebelum turun kerja terjumpa gambar zaman Julai 2012. Kira kira 2000 tahun lalu.

Tengoklah, kalau aku rajin, aku menaip. tapi bukan penulisan layan perasaan macam dulu, maybe pasal politik, bola sepak, gaming, gajet, perihal insurans, review buku di kaca mata aku. So, aku bertanggungjawab di atas segala penulisan aku tapi aku  tak bertanggungjawab atas apa yang kau faham, Terutamanya yang jenis bodoh sombong. Baca tajuk je pastu komen, atau bash orang sebab grammar salah, atau cakap aku poyo sebab speaking london, dan kau yang jenis tak bagi signal nak masuk simpang (tak ada kena mengena).

Selamat tahun baru.

My new resolution is to achieve my last year resolution that have or has been made in 2012 which is "nak kurus". LOL

Adios!




p/s:Ada rezeki, tahun ni nak memetik bunga di taman. So, korang belilah insurans dengan aku. Korang mati, keluarga tak hidup melarat. Itu je aku nak pesan.