Saturday, August 6, 2011
Anuar Zain - Perpisahan (Special Dedication to Allahyarhamah Liya Bt Nordin)
Special Dedication to allahyarhamah Liya Bt Nordin (6 July 1991 - 5 July 2010)
Semoga kamu bahagia, tenang dan aman di sana.
Baru semalam secara tak sengaja bercerita tentang kamu kepada kawan baruku.
Al Fatihah
Friday, August 5, 2011
Sorcerer's Apprentice (Tesla Coil Scene) - My favourite scene
Oh my god!
I love this scene
Thursday, August 4, 2011
Tips memikat lelaki berkereta Subaru
Yaa-Haa
Assalamualaikum
Excuse me, but I might drink a little bit more than I should tonight. Yup. Aku terlebih minum harini.
Adoyai. Berkocak kocak air dalam perut ni. Mabuk!!
Fresh oren 2 gelas dan tebu fresh beli kat bazaar lembah bujang tadi.
Air tebu ni pun tak habis lagi. Ada sebelah laptop ni haa.
Erm, apa aku nak cakap malam ni. Haa
Tips lah. Barang siapa yang curik lagi entry aku lepas ni, duit Nuff dia tak halal RM50 hengget.
Hahaha
Seperti tajuk di atas.
Tips memikat lelaki berkereta Subaru
1. Jangan sombong.
Kalau dapat tahu cik abang sedang membodek bapaknya kereta baru. Janganlah jual mahal pulak. Go on jer dengan dia. Untunglah kau dapat boyfriend kaya. Kalau BF kau sekarang guna kapcai atau kereta buruk. Sabar jela. Tak lama lagi dapat merasa bau Subaru.
2. Don't ever talk shit about Japan's cars
Lelaki tak suka girl cakap tahi tentang kereta Jepun. Tahulah bapak kau guna Hyundai Matrik dengan Proton Saga FL. Jangan berani nak kondem kereta Jepun. Tak merasa kau naik Subaru nanti.
3. Don't talk BMW
Tahu tak syarikat pembuat kereta mewah BMW dan Merc berbulu sangat dekat syarikat kereta jepun terutamanya Honda dan Toyota. Orang Jepun tiru dan buat lebih baik dan lebih murah. Toyota Camry dan Honda Accord dinobatkan sebagai Mercedes Jepun oleh taiko dan tauke cina. Melayu je berlagak naik BMW dan Merc yang maintenance tinggi setiap bulan. Apa kejadahnya.
Don't make boyfriend pissed off
Motifnya sekarang, cik abang naik Subaru, so jangan cakap la pasal BMW yang bapak kau guna pergi kerja tu depan dia. Makan hati woo.
4. Puji kereta dia
Take note! Laki suka perempuan puji kereta depa even kereta tak basuh sebulan. Jaga hati beb. Kalau kereta pakwe kau busuk. Ko tolong la beli perfume kereta tu. Berapa hengget sangat nak dibandingkan minyak kereta dia dengan makan pakai kau lagi. BBM, bil P1 Wimax nak berSkype malam malam. Tu tak termasuk cardigan dekat Armani Exchange habuan birthday gift engkau lagi!
Eh, A|X ada jual cardigan ke?
5. Janganlah jadi mata duitan sangat.
Kalau BF atau ada boy yang ngorat kau tu naik moto cabok atau kereta bapak dia sahaja. Terimalah seadanya. Dah bukan rezeki kau nak merasa Subaru. Maybe Honda, Toyota, Nissan, BMW or Merc.
Who knows. :)
Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa Subaru. Mungkin sebab kawan aku nak pakai Subaru kot tak lama lagi. Berdoa jela. Untung untung boleh tumpang pergi kelas.
Adioss...
Wednesday, August 3, 2011
Craving for Neymar hairstyle
Yaa-Haa
Assalamualaikum
Semangat bangun sahur ni. Sapu butter dekat roti dan mengunyah. Hahaha
Eh, apa aku nak tulis tadi?
Erm..... Erm.... Erm....
Demmm... tunggur Blogger loading punya lama (berukband tak bayar lagi) sampai lupa apa nak tulis tadi.
Sebab tu aku lama tak update. Lagi pun aku memang tak ada idea nak tulis buat masa ini. Cerita jiwang geli geli aku macam la korang nak dengar sangat kan? So, aku simpan jela, buat koleksi syok sendiri.
I'm craving for Neymar hair style.
Mohawk beb!
Dengan bangganya aku pun potong la ikut gaya Neymar. Tapi amoi saloon mana tengok bola maa. Yang dorang kenal just Mohawk Beckham jer. =.= Sedeyh!!
So, dorang pun potong pendek. Dah la aku ni jenis yang boleh tengok beribu batu tanpa spek mata kan??
Takpe la, tunggu panjang sikit, boleh alter lagi rambut ni.
Si Acap Kalap tu pun nak buat fesyen cenggini jugak. Tapi rambut dia panjang. So, bolehlah 70% macam Neymar. Demm. Jealous!!
Err.. ni sebelum aku merapu panjang panjang, korang kenal tak siapa Neymar?
Ni haa, jiran sebelah rumah aku.
Neymar
Tak lawa? AAK. Ada aku kesah?
Kalaulah mamat ni masuk Chelsea, ada jugak peluang aku nak tengok Chelsea main. FYI, aku tak suka tengok Chelsea main sebab tak best!
Last aku tengok Chelsea main full time lawan MU or time Jose Mourinho. Pastu dah tak ada. Kalau tengok pun kejap kejap jer.
Ok. Apa aku merapu ni?
Oh ya. Sekarang dia main untuk Brazil outfit. Santos.
Playing style : Explosive run and confusing dribble
Memandai jer aku ni. Layan je lah eh?
Aku TERPAKSA buat entry bodoh bodoh macam ni sebab tak ada siapa nak COPY PASTE.
Kalau aku buat entry tips or ilmiah or fact contoh macam :
Makanan somtam kegilaan perempuan
atau
10 tips pikat lelaki berkereta Subaru (for girl)
Tak perlu nak tarik cursor dekat tulisan bold tu. Aku tak buat lagi pun entry cenggitu. Insyaallah, nanti aku buat eh.
Maka dengan itu, mudah mudah jela entry aku di COPY PASTE. Da la aku jenis yang malas nak disable right click.
Lantak la, nak ambil entry, ambil je la. Just letak kredit sikit kat bawah tu. Tu pun dah cukup.
Tak nak letak tak apa maaa
Anak lu nanti, orang culik and mengaku anak diorang. Baru lu tahu langit tinggi rendah.
Wahahaha. Gua tak habis lagi pissed off sama lu.
Kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia,
Selamat mengharungi ibadah puasa dengan sempurna dan mengejar manfaat sepanjang bulan mulia ini.
Entry aku tunggang langgang? Jangan salahkan aku, kalo tak kerana plagismer (tukang copy paste) tu. Tak ada entry aku nak jadi macam ni.
Adiosss....
p/s: Miss you Atirah
Labels:
gila bola,
In Hating Memory,
secebis nota
Friday, July 29, 2011
Kadang perlu layan perasaan
Yaa-Haa
Lama aku tak update blog. Maaf. Sibuk dengan macam macam.
Siapa cakap lelaki ego tak reti menangis? Tak reti kecewa dan tek reti sentimental.
Tahukah anda lelaki juga manusia yang diberikan akal fikiran dan juga hati oleh Maha Pencipta.
Subhanallah.
Tawa wanita sangat bernilai tapi lebih bernilai air mata seorang lelaki.
Sekuat mana pun seorang lelaki, mengalir juga air mata mereka.Segagah mana pun fizikal mereka, terkulai lemah juga melayan kekecewaan diri.
Lelaki juga manusia. Jangan ketawakan tangisan lelaki kerana tangisan mereka lebih bermakna.
Adioss...
p/s: tak boleh update panjang2, sibuk.
Saturday, July 23, 2011
Hampir setahun kamu pergi, dan malam itu aku hanya mampu tersenyum
Yaa-Haa
Al Fatihah kepada arwah ayah Athirah Marzuki. Marzuki Bin Abdullah di atas pemergiannya pagi tadi.
**********
Dua malam lepas,
Hari raya di sambut meriah. Dengan mengenakan baju melayu berwarna coklat dan bersampin hitam serta bersongkok. Aku menyambut Aidilfitri di bumi Borneo. Hajah Zaiton dan Haji Nordin datang melawat kami sekeluarga di rumah nenek aku. Tiada kata yang mampu menggambarkan keadaan ketika itu. Sungguh mengembirakan.
Aku bersalam dengan Haji Nordin dan Hajah Zaiton, kemudian aku terpandang wajah yang sangatku kenal.
Liya Nordin.
Kamu sangat cantik. Berbaju kurung purple biru dan bertudung. Walaupun kamu tidak meletakkan sebarang make up tapi kamu sangat sangat cantik. Aku tidak langsung mengerti apa yang aku lihat ini tetapi aku sangat bahagia.
"Hai", sapaku.
"Kamu tegur siapa, Khairul?", soal Haji Nordin.
"Err..Liya. Tu Liya kan?", jawab aku sambil tunjuk ke satu arah.
Haji Nordin hanya tersenyum dan berkata,
"Sebelum ini hanya kami sahaja mampu melihat dia, sekarang kamu.", kata Haji Nordin.
Aku masih tak mengerti tetapi aku suka apa yang aku lihat pada malam itu. Sungguh indah.
Tiada perasaan yang mampu aku rasai ketika itu. Ajaib. Aku tidak mengerti tetapi aku suka rasa ini.
Melihat mata mu yang mendamaikan. Senyuman mu yang menusuk kalbu.
Jauh di sudut hati ku.
AKU RINDU KAMU, LIYA NORDIN
Sepanjang kita berkawan, kita langsung tak pernah berselisih faham. Kamu sangat sangat menghargai kawan kawan. Kamu bijak menggunakan kata kata dan memotivasi diri sendiri.
Dengan hanya kata kata, kami bersaing dari segi akademik untuk meraih perhatian mu. Begitu bodoh pabila difikirkan kembali. Tetapi, jika tiada kamu, tiadalah kami menjadi insan berguna hingga ke hari ini.
Hampir setahun kamu meninggalkan kami disini. Malam itu, aku hanya mampu tersenyum dan berharap kamu di tempatkan di kalangan orang beriman. Hanya Al Fatihah dan beberapa kerat doa yang hanya mampu aku berikan buat kamu wahai kawan.
Tidak sangka aku melihat kamu tersenyum dan begitu gembira di hari yang mulia itu.
Aku harap kawan kawan yang lain juga dapat merasai kamu sentiasa di sisi mereka.
Aku mengharapkan mimpi itu datang kembali agar aku boleh melihat kamu tersenyum gembira. Ia datang seolah olah pernah berlaku....
~ Sayonara ~
Friday, July 22, 2011
A good good life
Yaa-Haa
Sometimes I'm losing myself. Yeah. I'm losing my life.
Time to get a life. A good good life.
Hello new world. Let me go the new world.
The world with a very good life.
Someone, please tell me I'm good even no one beside me.
Let she live with peaceful life she had now.
Thanks Micheal Buble. Your song open up my eyes.
Home
and
Feeling good
Adioss...
Subscribe to:
Posts (Atom)











