Yaa-Haa
Assalamualaikum
Maaflah lama tak update. Kan aku cakap ritu aku serabut diawal awal sem, kemudian aku merepek sorang sorang. Tak ada sape nak baca entry aku dah lepas ni.
Ok. Gua sudah insaf. Tak nak merepek kerepak dah macam 2 minggu lepas. Hari ni kita bukak cerita tentang Xperia. Tapi sebelum tu aku nak cerita sikit, hari Sabtu hari tu aku tengok cerita KL Gangster. Best!! Lebih best berbanding Kongsi. Tapi kalau Farid Kamil combine dengan Shamsul Yusof bikin cerita
KL Black Syndicate. Mesti boom kan?
Sam, Aaron, Adi Putra, Shamsul, Farid, pastu Zizan, Fizo Omar dan Ajib dalam cerita KL Gangster (aku lupa nama dia). Cuba bayangkan. Pergh!!!
KL Gangster Kongsi Gelap
Ok. Cukuplah, kang shamsul mintak skrip ngan jalan cerita dekat aku. Nangis tak berlagu aku nak karang jalan cerita yang tak tahu hujung pangkal tu.
Ini baru mukadimah aku. Okay. Ini cerita tentang Xperia X8.
Aku beli kira kira 6 hari yang lalu. Hari Rabu. Eksaited tu tak perlu tahu lah. Handphone baru, sape tak eksaited. Orang yang teman aku beli pulak yang ter over eksaited nyaa.
Apa yang menarik dalam handphone ini ialah :
1. Application
Banyak gila application dalam phone ni. Macam biasalah, ada GPS, Ringdroid (ringtone cutter), Camera Zoom and effect. Tak perlu beli lomo. Gambar dia sebijik hasil dari lomo kamera.
2. Android market
Ada application yang kena bayar, ada yang free. Macam macam apps dan games yang aku download. Sumpah best.
3. Facebook for Android
Kalau selalu kita tengok orang update status guna Blackberry. Rasa bangga bongkak riak apa bagai lah. Sekarang pengguna Xperia and etc yang guna platform Android boleh berbangga update status via Android. Makin ramai yang dah terkena racun via Android aku. Hehe.
See? via android. yang komen komen like tu bukan pasal gitar sangat pun. pasal android jer lebih.
kita boleh check in jugak. Ingat Blackberry jer ke boleh?
4. Penggunaan internet yang optimum
Aku cucuk sim beruk band celcom then main tenet guna handphone. Cayalah. Puas hati. Youtube, Facebook, Android market, download Angry Bird sume laju laju belaka. Hahaha. Kemudian racun kawan,
Eh, tenet aku laju, guna handphone harga 500 jer. BB harga ribu ribu kau ade?
*guna sim berukband memanglah laju.
Makan hati jer kawan BB aku tu. Hehehe.
5. Angry bird
Ini aku agak ketinggalan. Orang dah main berapa abad. Aku baru nak main. Demm kan? Peduli apa aku. Blackberry ada game best macam ni? Hehehe.
6. Kamera
Heran aku kenapa SE tak guna Cybershot sebagai kamera diorang sekarang. But gambar still better than Blackberry Bold ape jadah ntah model dia. Xperia X8 kamera 3.2MP. Kalau nak main kamera, handphone ni bukan pilihan terbaik. Better ambil Vivaz Pro or Satio.
7. Android platform
Selalu kita tengok SE platform ngan Symbian platform je kan. Kali ni Android pulak naik. Aku suka platform ni. Sekarang aku guna OS Android 2.1. Mungkin lepas ni nak update ke 2.3. Platform Blackberry boleh update macam ni?
Seronok betul aku membahan Blackberry hari ni. Cukup lah tu, kang makan hati lagi kawan Blackberry aku tu. Maaf kepada pengguna Blackberry semua. Eden bergurau jer. Jangan marah yaa.
Bro, apa kata lu beli Galaxy Tab pulak. Biar satu kelas kau makan hati. Amacam? Hehehe :)
Okay lah. Akhir kata
Adiosss....
p/s: jangan rasa kita berada di kemuncak dunia bro...
No comments:
Post a Comment