Tuesday, June 28, 2011

Jalan yang berbeza

Yaa-haa

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, aku sekarang dah berada tahun terakhir di UiTM Kedah. Kalau tiada aral melintang, insyaallah pertengahan tahun depan habislah Diploma aku.
Kadang kadang penat menunggu detik dimana kami semua, maaf, kita semua sama sama tersenyum sambil keluar dari pintu pagar UiTM Merbok dan membawa segulung diploma, harapan serta impian masing masing. Masing masing membawa bagasi dan menaiki keretapi masing masing menuju ke tempat di mana cita cita masing masing bakal tercapai di sana kelak. 

Different people, different path

Kini aku sedar akan kata kata kawan aku yang setahun yang lalu ibarat kata kata orang tiada ilmu.
Katanya akauntan bumiputera hanya berapa orang sangat dalam Malaysia ni. Maksud dia yang benar benar professional dan mempunyai sijil pro dalam arena perakaunan ini. 

Selepas ini, aku dan beberapa orang lagi. Mungkin berpuluh orang akan keluar dari kepompong perakaunan. Masing masing akan ikut cabang dan jalan mereka masing masing. Begitu juga aku.
Mungkin juga ada yang menyimpang jauh dari perakaunan. Public relation, kulinari, perhotelan, tourism. Apa apa sahaja kursus yang terdapat atas muka bumi ini mampu di isi oleh kita.
 
Mahasiswa Diploma Perakaunan. Bukan mahu membangga diri atau riak, tetapi itulah hakikatnya. Apabila kita berada di dalam salah satu kursus professional, maka apa sahaja jalan mahupun lorong, kita mampu tempuhi dengan jayanya. Insyaallah.
5 tahun dari sekarang aku berharap dapat berjumpa kembali rakan rakan diploma.

Mungkin sudah ada diantara mereka yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau pun ada juga yang sudah berkahwin. Mungkin juga ada juga yang sedang struggle dengan ACCA/MICPA Exam. Profesional accountant lah katakan. Aku doakan kamu berjaya.

Adioss…

No comments: