Monday, November 14, 2011

Aku merindui mu ayah

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Apa khabar silent reader semua? Harap harap sihat selalu. Blog aku sudah tidak berupdate pada satu tempoh masa yang lama. Maaf semua, ada hal yang lebih penting perlu di uruskan.

[Note: Ini mungkin entry sedih jika dihayati secara bersungguh sungguh. Sediakan tisu atau tekan sahaja button X di atas. Terima kasih]

Hari ini genap 12 hari pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang beriman. 

Sejak pemergian ayah yang telah menderita 5 tahun sakit strok, kencing manis dan darah tinggi. Segala rutin harian telah berubah. Walaupun aku sendiri jauh dari ayah tapi sepanjang cuti semester ini aku asyik memerap di rumah menemani ayah dan akan keluar jika ada kerja yang perlu diselesaikan dan keluar dengan ajakan beliau.

Rumah ini terasa sangat sunyi. Selalunya setiap pagi dia akan memanggil nama aku dan adik supaya bangun tidur untuk mengerjakan solat subuh. Ketidakupayanya beliau untuk berdiri dan berjalan tanpa bantuan menyebabkan semua arahan melalui mulut. Kadang kadang hampir setiap masa ayah memanggil nama aku, adik dan mama silih berganti untuk membantunya seperti menukar channel tv, telefon orang, nak makan dan sebagainya.

Kereta Honda City maroon. Ayah sekali pun tidak pernah pandu. Silih berganti stereng kereta itu bertukar tangan sehingga aku mendapat lesen. Kemana sahaja ayah mahu pergi, pasti sampai ke tempat itu. Kadang kadang puas bergaduh mengenai arah jalan baru lah sampai ke destinasi tujuan.

Tapi semua itu sudah tiada lagi. Tiada lagi panggilan membingitkan setiap pagi, tiada lagi panggilan nama setiap masa, tiada lagi arahan membawa beliau ke sana dan ke sini. Walaupun aku tahu tanggungan aku sudah di ringankan tetapi aku merindui ayah.

Kata orang, allah lebih sayangkannya. Telah lama ayah menderita. Jika ayah masih hidup mungkin beliau menderita sekarang. Sebelum arwah pergi, beliau koma 6 hari akibat pendarahn besar pada otak. 

Ya, sudah tiba masanya menemui Yang Maha Esa.

Aku redha di atas ketentuan mu Ya Allah walaupun ia pahit untuk ditelan.

Sayonara...

In memory ayahanda tersayang 

Ahmar Saberi Bin Mohd Khatib
8.6.1960 - 3.11.2011

3 Nov adalah ulangtahun perkahwinan Mama dan Ayah

Ayah mengambil mama pada tarikh itu dan melepaskan mama pada tarikh itu.

Al Fatihah

Adioss...

10 comments:

husna. said...

I'm crying :'(
I can't imagine what you're feeling but I want to express my condolences to you.
Be strong khai (:

Qil_Zawawi said...

sbr k.,sm0ge arwah dtempatkan di klgn yg beraml s0leh

Slipar Jepon said...

Banyak bersabar.
Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada),
sedekah yang berkekalan,
ilmu yang dimanfaatkan,
anak-anak soleh yang berdoa kepadanya.
Biasakan amal surah yasin setiap hari.Al fatihah.Moga rohnya tenang disana.
Salam takziah.

Khai said...

Husna :

Thanks Husna :')

Khai said...

Qil:

Terima kasih. amin :)

Khai said...

Mila:

Thanks Mila for reminder :)

cik pqa said...

be strong khai. ayah tak nak apa-apa dah, cuma doa dari anak-anaknya yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana :')

*al-fatihah

Anonymous said...

takziah..

Khai said...

Pqa: thanks pqa :)

Khai said...

anon: terima kasih anon. (lain kali tolong mention nama)