Sunday, April 15, 2012

"Tiada kereta ku bawa kau jalan jalan"

Sik ada kereta ku embak kitak jalan jalan. Rumah pun kamek sikda ada pun bapak mek pun. La la la la la... hehehehe



Seminggu aku disana. Hampir hari hari aku dengar lagu ni. Mula mula dengar di Unaco Pending. Itu pun sebab Paknek suruh beli roti. So aku keluar dengan Mamat. Dekat Pasaraya Unaco itulah aku dengar lagu ini buat kali pertamanya. Mula mula aku ingat ini lagu rakyat Sarawak sebab kerap sangat radio Cat FM putar lagu ini. Selidik punya selidik tambah dengan info dari Pak Nil dalam Mania, rupa rupanya ini lagu rakyat Sabah. By the way, ini lagu asal dari kepulauan Borneo, so rentak Sabahan dan Sarawak jelas dalam lagu ini. 

Aku suka lagu ini. :D

Ini pula versi jawapan daripada si perempuan. 




Enjoy there :)

Ciao..

p/s: nasha sik malu padah TOP gereknya. hahaha

Hai cantik, awak dah tidur ke?

Awak dah tidur? Belum? Kenapa tak tidur lagi?

Tunggu saya dodoikan ke? Alahai, comel je awak ni. Awak tidur lah. Pejam mata rapat rapat. Dahi jangan kerut. Andai saya datang dalam mimpi awak malam ni, layanlah saya sebaiknya. Bukan apa, saya takut awak tak dapat layan saya elok elok lagi lepas ni.

Saya tahu awak cantik, tapi cantik tak kekal lama sayang. Setiap malam awak tidur awal meninggalkan saya tercengang cengang di depan laptop keseorangan. Tapi betulkah awak tidur? Setiap malam berapa orang wish Good Night dekat awak? Mesti ramai kan? Saya okay jer. Sikit pun tak jealous. Sebab saya tak lama di sisi awak. You deserve better sayang.

Hari hari saya seronok tengok senyuman awak. Setiap kali awak post lagu cinta di FB page saya, saya tak pernah reply. Biarlah awak marah pun. Sebab saya tak suka lagu cinta. Maafkan saya. Selamat malam awak. Jangan cari saya esok pagi. Saya sentiasa mencintai awak.

-Dialog seorang pesakit kanser yang sayangkan kekasihnya. Akhirnya meninggalkan kekasihnya pada malam itu.-

Finally he goes. Love can't perform if there only one party. That's why he hate love song. Full of endless sweet dream. Good night

Wednesday, April 4, 2012

Borak petang

Hai!

Tak ada apa sangat nak cakap. Aku buat header baru. Bosan tengok Haha. Sekarang TOP pulak.  Ewah! Bunyi macam tukar pasangan pulak. Aku bukan gay. Aku suka TOP sebab dia cool dan suara dia sangat sangat deep.  Faham maksud deep? Google. Yahoo pun boleh.

Esok pagi flight aku ke Kuching, Sarawak akan berangkat pada pukul 7 pagi. Doakan perjalanan aku selamat. Tadi aku try mobile check in guna Blackberry melalui Air Asia software. Awesome! Lepas masukkan semua butiran, akan ada barcode untuk kita scan di mesin dekat lapangan terbang nanti dan boarding pass akan di print dari mesin itu. Awesome right? Tak perlu beratur panjang.

Tak perlukan Blackberry yang mahal mahal atau Galaxy Note mahupun Iphone. Cukup sekadar telefon bimbit yang mempunyai akses internet. Semua di hujung jari :D

Aku bukan nak show off bagai just nak tunjuk betapa mudahnya teknologi di hujung jari sekarang. Kalau ada jalan mudah kenapa nak guna jalan susah kan?

Mesti chacha sayang tengah meluap luap baca entry aku ni. Beruk band dia aku tak bagi lagi. Ekeke. Nanti I post okay, sayang?

Harap harap aku ada kenderaan di Kuching nanti. Kalau tak, rosak program seminggu aku di sana. Okay lah. Aku dah promote Blackberry, Air Asia, dengan beruk band Celcom. Cepat tekan Nuff aku. 

Adioss...


p/s: nak bungkus baju nak bungkus baju..(gaya Labu dalam cerita Nasib Si Labu Labi)

Tuesday, April 3, 2012

I’m the one you love but sorry I’m a bad boy


Lagu ini dituju khas kepada cinta aku yang lepas dan akan datang. Aku memang budak jahat. Tanyalah kepada cinta lepas mahupun sahabat baik ku. 

Sorry I'm a bad boy but I can change for you. 

Please be my last love <3

Mainan emosi

Aku kaku seketika. Kadang kadang aku terlepas dengan permainan dia, kadang kadang aku terperangkap dengan permainan dia. Psikologi dan emosi sangat sangat menjadi senjata utama dalam permainan. Kawan baik, sedang bergembira apabila musuh tumpas oleh pergolakan emosi. Hanya perlukan sedikit perang psikologi dan Bang! musuh mati. 

Kenapa aku perlu bersimpati dengan musuh?

Kerana dia pernah membahagiakan aku. 

Dia musuh emosi. Mainan emosi yang kadang kala sukar diramal. Adakalanya kejam dan ganas adakalanya halus tetapi sakit!

Sunday, April 1, 2012

Dua bulan senarai yang perlu dibuat

Yaa-Haa

Tanggal 30 April 2012. Aku menamatkan semester keenam. Oleh kerana aku pelajar special. Sem depan aku ada lagi. Hahaha >.<

Okay, taknak cerita pasal semester depan. Nak cerita tentang To-Do List aku sepanjang cuti 2 bulan ni. Harap harap semua menjadi lah. 

  1. Nak kurus. Oleh kerana nak kurus, aku dah deal dengan mama jangan masak sedap sedap waktu weekend dan hari mama sekolah tak perlu tapau nasi dari sekolah. Pandai pandai lah aku survive nanti. 
  2. Gym. Memandangkan dekat taman aku tak ada trek jogging, jadi aku nak pergi gym tempat aku selalu pergi. Bermula 13 Apr 2012 aku start pergi gym.
  3. Sarawak! Hell yeah. Aku nak berehat seminggu di sana. Kalau ada kereta, dapatlah aku berjalan disamping itu aku nak update blog tentang Sarawak. Tempat tempat menarik di sekitar Kuching. 
  4. Balik dari Sarawak nanti, aku dah janji dengan mama nak buat jasa dekat rumah. Mula mula aku nak bersihkan akuarium ikan tu. Nak beli ikan lain. Ikan lama mati kekenyangan setelah adik aku bagi makan overdose dekat ikan tu. Kesian mereka.
  5. Nak decorate ruang tamu tu. Dah berkurun gaya yang sama jer. Hi I'm Elic Leong :D
  6. Pokok bunga dekat luar tu dah layu. Tugas aku nak segarkan balik bunga bunga tu.
  7. Kelainan pada kereta. Mungkin juga. Tapi aku tak terfikir lagi nak buat apa dekat kereta tu.
  8. Hujung minggu aku nak bawa mama dan adik berjalan. Maybe pergi Perlis atau Penang. Lepak lepak main bowling, tengok wayang dan makan makan dekat tempat yang kami tak pernah cuba. 
  9. Attend my friend wedding. Tak sabar tengok dia bersanding. My boy gonna be man soon. Congrats bro! 
  10. Melawat kubur ayah setiap minggu. Mungkin 3 kali seminggu. Cuti aku semakin senggang. Rasa sunyi pula bila tiada suara menyuruh buat itu ini, pergi situ sini. Ayah, I miss you T_T. Al fatihah.
  11. Habiskan novel. Semestinya. 
  12. Aku nak pergi Pulau Langkawi lah. Last aku pergi umur 4 tahun. Hahaha. Bercuti dekat sana pun okay jugak.
  13. Pos broadband Nasha. Mengamuk pulak dia nanti. Adoyai. Ini pun masuk To Do List.

To Do list aku taklah sehebat orang lain yang dalam senarainya ada termasuk percutian keluarga ke luar negara. Seriously aku tak mampu. Tapi aku teringin nak pergi Pulau Jeju, Korea. Harap harap ada anak orang kaya yang baca blog aku dan suruh papa dia bank in RM20k untuk aku melancong ke sana. Haha. Harapan. -.-

Ini bukan senarai perlu dibuat sebelum mati dalam cerita Korea Scent Of A Woman atau Never Ending Story. Harap maklum. Hehe

Okay. Itu sahaja untuk hari ini. Selamat bercuti kepada seluruh umat  Diploma UiTM Malaysia. Tahniah kepada semua mahasiswa UiTM yang grad on time. Tahniah!

Kepada Byha, thanks sebab sanggup turun Kangar semata mata nak jumpa aku. Rindu katanya. Haha

Kepada Shah a.k.a Kucing. Jangan sedih sedih. Aku bosan dekat rumah nanti aku pi jumpa hang :)

Adioss (^_^)