Yaa-Haa
Tanggal 30 April 2012. Aku menamatkan semester keenam. Oleh kerana aku pelajar special. Sem depan aku ada lagi. Hahaha >.<
Okay, taknak cerita pasal semester depan. Nak cerita tentang To-Do List aku sepanjang cuti 2 bulan ni. Harap harap semua menjadi lah.
- Nak kurus. Oleh kerana nak kurus, aku dah deal dengan mama jangan masak sedap sedap waktu weekend dan hari mama sekolah tak perlu tapau nasi dari sekolah. Pandai pandai lah aku survive nanti.
- Gym. Memandangkan dekat taman aku tak ada trek jogging, jadi aku nak pergi gym tempat aku selalu pergi. Bermula 13 Apr 2012 aku start pergi gym.
- Sarawak! Hell yeah. Aku nak berehat seminggu di sana. Kalau ada kereta, dapatlah aku berjalan disamping itu aku nak update blog tentang Sarawak. Tempat tempat menarik di sekitar Kuching.
- Balik dari Sarawak nanti, aku dah janji dengan mama nak buat jasa dekat rumah. Mula mula aku nak bersihkan akuarium ikan tu. Nak beli ikan lain. Ikan lama mati kekenyangan setelah adik aku bagi makan overdose dekat ikan tu. Kesian mereka.
- Nak decorate ruang tamu tu. Dah berkurun gaya yang sama jer. Hi I'm Elic Leong :D
- Pokok bunga dekat luar tu dah layu. Tugas aku nak segarkan balik bunga bunga tu.
- Kelainan pada kereta. Mungkin juga. Tapi aku tak terfikir lagi nak buat apa dekat kereta tu.
- Hujung minggu aku nak bawa mama dan adik berjalan. Maybe pergi Perlis atau Penang. Lepak lepak main bowling, tengok wayang dan makan makan dekat tempat yang kami tak pernah cuba.
- Attend my friend wedding. Tak sabar tengok dia bersanding. My boy gonna be man soon. Congrats bro!
- Melawat kubur ayah setiap minggu. Mungkin 3 kali seminggu. Cuti aku semakin senggang. Rasa sunyi pula bila tiada suara menyuruh buat itu ini, pergi situ sini. Ayah, I miss you T_T. Al fatihah.
- Habiskan novel. Semestinya.
- Aku nak pergi Pulau Langkawi lah. Last aku pergi umur 4 tahun. Hahaha. Bercuti dekat sana pun okay jugak.
- Pos broadband Nasha. Mengamuk pulak dia nanti. Adoyai. Ini pun masuk To Do List.
To Do list aku taklah sehebat orang lain yang dalam senarainya ada termasuk percutian keluarga ke luar negara. Seriously aku tak mampu. Tapi aku teringin nak pergi Pulau Jeju, Korea. Harap harap ada anak orang kaya yang baca blog aku dan suruh papa dia bank in RM20k untuk aku melancong ke sana. Haha. Harapan. -.-
Ini bukan senarai perlu dibuat sebelum mati dalam cerita Korea Scent Of A Woman atau Never Ending Story. Harap maklum. Hehe
Okay. Itu sahaja untuk hari ini. Selamat bercuti kepada seluruh umat Diploma UiTM Malaysia. Tahniah kepada semua mahasiswa UiTM yang grad on time. Tahniah!
Kepada Byha, thanks sebab sanggup turun Kangar semata mata nak jumpa aku. Rindu katanya. Haha
Kepada Shah a.k.a Kucing. Jangan sedih sedih. Aku bosan dekat rumah nanti aku pi jumpa hang :)
Adioss (^_^)
2 comments:
*sedang Bank in RM20K pada khai melalui cimb click*
hikhikhik :)
Husna: trimas! trimas! trimas! hahaha *check balance CIMB*
Post a Comment