Thursday, January 20, 2011

Saya pandai buat sup sesumpah

Yaa-Haa

Riak betul tajuk aku kan? Hari ni hari Khamis. Pergi ke kelas macam biasa. Lecturer yang pernah mengajar aku time Part 1 sudah berjaya mengingati nama penuh aku. Khairul Adilah. Tahniah Puan! Maka selepas ini nama aku akan sentiasa terpahat dibibirnya. Demm!! Selesai kelas yang pertama. Masuk pula kelas yang ke dua pada pukul 10. Tanpa Take 5 seperti selalu sesi pembelajaran diteruskan selama 1jam 56 minit. Otak tepu. Formula, jalan kira,term semua menjadi satu.Hahaha. Aku sendiri yang pening. Entah apa yang aku belajar tadi. Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan entry langsung. Aku tengah ting tong.

Too much formula to memorize


Pukul 12 tengahari balik rumah dengan housemate. Tumpang motor dia sebab motor aku tak ada minyak. Motif sangat nak cerita tak mampu nak isi minyak. Najib!! Minyak mahal la dowh!!

Balik rumah, Top Chef ada kelas pulak. 2nd Chef kena masak. Siapa 2nd Chef? Aku lah! Khairul Adilah, pakar dalam memasak nasi yang lembut dan enak dan membancuh air yang not sweet just nice. Statement macam nak suruh orang maki je.

Masak | Lebih seronok dari makan

Ok. Dengan berat hati dan nervousnya mengangkat kuali dan letak atas dapur. Chef Khai memulakan masakannya.

-Sup Sesumpah
-Belalang Panggang
-Katak Goreng
-Jus Rumput

Sedap tak? 

Gila agaknya nak buat menu macam tu. Dah macam makanan eksotik dah.

Aku masak:
-Sardin dalam tin
-Ayam goreng yang frozen tu
-Telur goreng

Tu jer yang aku pandai. Tapi yang hairannya. Pujian melambung pula yang aku dapat.
Kerak ayam sedap lah. Nasi cun lah. Air sedap. Telur cair sedap. Hahaha

Korang tahu tak betapa nervousnya aku nak tunggu feedback korang? Tahu tak?
Tapi mindset aku cakap:
Tengahari, semua orang lapar.. Makan apa pun sedap.

Aku anggap pujian mereka tadi sebagai pujian orang lapar.Hahaha..

Gila ke apa? Tak pernah-pernah masak sardin dalam tin dengan goreng ayam. Tiba-tiba orang puji sedap.
Selalu dekat rumah mama jer yang masak. Eden tolong habiskan jer..Hehehe.

Malam ni awek angkat aku ajak pergi fun fair dengan classmate. Nak pergi ke tak?
Minggu depan ada meeting Dinner lagi. Cepatlah bagi aku info untuk dinner. Tangan dah mengeletar nak buat poster ni. Aku sekali lagi dilantik sebagai Exco Publisiti. Apa famous sangat ke aku ni?

Ok lah. Aku nak jadi orang Jepun kejap. Mengecilkan mata. Tido.

4 comments:

Anonymous said...

laaa..ko ke buat poster? nanti macam poster sports day sisda. tak lawa ah.

Khai said...

anonymous: poster sportday mmg x lawa..time aku xreti guna lg..i try my best..it just a poster..dont bother..

Anonymous said...

sempoi..ada keberanian nak memasak..terbaik dari ladang habaq hg..
apa2 resepi baru nk dicuba..
tnya aku nu..
Iron Chef (Fahim)

Khai said...

fahim: haha..tu la..nnt kami upah ang masak..heheeh