Friday, July 1, 2011

Silent reader yang cantik

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Hari ini, aku nak cerita tentang Silent reader. Dengan rasminya aku baru tahu aku ada silent reader. Cantik orangnya. Kejap lagi aku tunjuk gambar dia. 

Teruja, seronok, terharu, sedih pun ada bila dapat tahu dia adalah silent reader untuk blog hitam ini. Aku sedih sebab dia bisu dan tangan dia terikat time dia baca blog. Punya banyak entry aku, satu pun dia tak pernah komen. Demm. Haha



Tetapi disebabkan dia pembaca yang setia, dia aku maafkan. 

Hey you, teruskan baca blog I. :D
 
Setelah lama berkenalan dan menjadi kawan dan juga kawan kepada kawan, kami berkongsi minat yang sama bermula dari kereta sehingga ke wayang dan juga blog. 

Dan, kami juga mempunyai sekumpulan manusia yang tak disukai yang sama. 

Senang kata, kami suka benda yang sama dan juga benci benda yang sama.

Aku pun kadang kadang hairan, terlalu banyak benda yang sama dan juga perbualan kami begitu lancar dan tiada pengulangan. Maksudnya tak ada benda yang dia atau aku tak faham dan perlukan pengulangan terhadap satu satu topik mahupun ayat.

Semalam, sempat lagi aku berseloroh,

Ntah ntah kita ni adik beradik?

dia cakap, yer. adik beradik.

mama lain, papa lain.

Macam macam yang kami bualankan semalam. Blog, silent reader, wayang, transformers, Maddi jane,blog superb Farah Liyana, Apih, Marya dan Bella, blog terburuk, pertukaran nama kepada ####, tarik hidung, apa yang perempuan suka hinggalah ke geli geli kucing dapat anak. 

Sampai sekarang aku tak dapat macam mana kucing buat geli geli then dapat anak. Hahaha.

Seperti yang aku janjikan, nama silent reader dan juga kawan baik aku ni adalah Nasha Fazira. Cantik orangnya. Tetapi sudah berpunya. Boyfriend dia kawan aku jugak. Tapi of course lah aku kenal boyfriend dia dulu before her.

Ini gambar dia.

Aku curik dari Facebook

Nasha, ni abang promote page you. 

Kalau ada sape2 nak kenal boleh lah add dia. Mana lah tahu ada saudara jauh yang kenal atau terbaca dalam Utusan Melayu dengan bayi yang ditemui dalam perut buaya 20 tahun lepas, inilah dia. Dah cantik pun sekarang. Hehehe. Peace yoo!!!

p/s: yang paling best semalam,kami sama sama vote link tu sebagai blog terburuk abad ini. Haha. Adalah link tu yang dah tak ber update berzaman.

p/s: Tahniah kepada kak Marya dan Apih kerana berterusan menjadi all time favourite blog saya. Farah Liyana pula all time favourite kepada si Nasha dan Bella Lim berada di tangga ketiga all time favourite. Sekian.

Adioss...

No comments: