Thursday, March 29, 2012

3 tahun lepas

Yaa-Haa

Hebat kau super senior. Jalan mendongak. Tak perlu jalan tunduk. Kad matrik digantung dalam kereta. Kelas pergi tak pergi, sama sahaja. Makan? Foodcourt tak main lah. Junior perempuan panggil abang. Amboi! Kemain seronok. Yang perempuan pulak pissed off bila junior perempuan panggil akak! Hello! Kita boleh jadi kawan okay!

Bila aku lihat semua ini. Geli hati pulak. Teringat waktu mula mula datang sini. Berkemeja siap bertali leher. Bergaya dengan seluar slack dan kasut kulit hitam. Rambut kemas terpacak. Hensem habis kononnya. Apabila melihat bangunan keramat Malinja. Hati mula tak senang. Membayangkan kehidupan asrama yang super duper suck. Bilik 203B dimasuki. Barang dan beg diletak di penjuru katil. Berjabat tangan dengan budak Perak, Kelantan dan Alor Setar.  Nama diperkenalkan. Kononnya nak duduk satu bilik, hati kena baik. Muka kena manis.

Mama, adik dan sepupu balik ke Baling. Tinggal aku seorang diri di sini. Memulakan hidup baru yang bukan aku mahu. Memegang title mahasiswa UiTM sebagai pelajar perakaunan. Di sekolah aku menghanjeng budak akaun sebab aku budak sains. Otak berkembang katanya bila belajar sains. Budak akaun asyik dengan debit kreditnya. Ambik kau! Debit kredit lah selama 3 tahun dekat sini. Allah bayar cash!

Hati mula gusar apabila teman sebilik hisap rokok. Watefak! aku budak baik. Mana hisap rokok. Tapi itulah pengalaman hidup. Terpaksa tempuhi walaupun ia rumit dan perit. Mata meliar memerhati sana dan sini apabila berjalan menuju ke kelas. 

Wow! Perempuan tu tak pakai tudung!

Jakun betul aku. Memandangkan sekolah aku semua bertudung jadi bila masuk universiti, aku jakun melihat ramai gadis manis tidak bertudung. Rambut terjurai melepasi bahu, beralun alun ditiup angin. Kadang kadang manis, kadang kadang seksi. Bergantung pada penglihatan seseorang. Dalam kelas, macam macam peel manusia yang aku kenal. Blur, kuat maki, pendiam, pemalu, bajet macho, semua ada. 

Kehidupan aku di kampus dan di sekolah adalah sangat sangat berbeza. Di sekolah dahulu, aku low profile. Cikgu tak kenal aku, aku tak kenal cikgu. Masing masing buat hal sendiri. Batch masing masing pun tak semua yang kenal. Tapi di kampus, lain. Aku cuba untuk mengekalkan low profile macam di sekolah tetapi demmm. I'm failed. 

Aku dilantik menjadi class representative selama 3 semester berturut turut. Berkhidmat sebagai Sekeriat MMP di bawah naungan MPP. Aku kenal Umar, Aman, Eriq, Tyha, Angah, Bilal dan ramai lagi. Orang kenal aku dan aku tak kenal orang. Kereta Honda maroon itu satu satunya di Merbok. Semua orang boleh trace pergerakan aku. Shit!. Aku kenal cinta jarak dekat. Aku tinggalkan cinta jarak jauh yang katanya selamat itu. Aku yang mulakan dan aku yang hancurkan cinta itu. 

Aku ada stalker di kampus suatu ketika dahulu. Pada permulaan cerita, kami bergaduh dan akhirnya dia tempat menadah telinga mendengar cerita aku ketika aku tidak menghubungi kawan baik aku di sini. 

Disini juga aku mempunyai kawan baik yang sehati sejiwa dengan aku. Apa yang aku tak suka, dia juga tak suka. Apa yang aku suka dia pun begitu. Kebetulan? mungkin. Frekuensi otak sentiasa berhubung. Masing masing seolah olah tahu apa yang difikirkan oleh teman baik mereka. Andai kata aku teringat dia, tak lama lepas itu, ada mesej masuk. Ya! dari dia. Jika dia teringat aku, secara tak sengaja, aku call dia. 

Selama 3 tahun dan akan tambah 6 bulan aku di Merbok ini. Aku belajar macam macam. Dari akademik sehingga soal hati. Dari aku kutuk budak free hair sehinggalah aku bercinta dengan budak free hair. Dari kawan aku cakap aku noob sehingga lah dia cakap aku sosial. Too much to learn in 3 years.

Kehidupan kampus sedikit sebanyak mendewasakan aku. Semoga rakan yang lain juga sebegitu. Aku tak pasti apa yang bakal terjadi selepas ini. Rakan rakan rehat sebelum masuk degree, aku pula join the others menghabiskan diploma. 

Gelak, tawa, nangis, sedih, pilu, gembira, teruja. Semua perasaan ini pernah dirasai oleh semua orang. Sebahagiannya dirasai ketika ini. Campus life.

Selamat menghabiskan final paper kawan kawan. Selamat bercuti. Selamat berehat sebelum memasuki alam ijazah dan pekerjaan.

Semoga berjumpa lagi. 

Sayonara 

p/s: terlalu panjang untuk diceritakan semua disini. Let the other side of story as untold story. :)

2 comments:

husna. said...

i'm crying. wuwuwuwu :'(
tssrooottt, *sedut hingus* disgusting gila! haha.
nak tisu banyak banyak pleaseee.

Now, it's time to say bye bye to my buddies in Merbok ; my dearest classmates, coursemates. Wish you all the best in your life. Faces all the challenges that you meet and be strong. (:

Khai said...

Husna: thank you dear. Tahniah and all the best untuk next step in your life. :)