Wednesday, March 30, 2011

So, what the plan?

Yaa-Haa

Assalamualaikum

So, what the plan? The plan is just a plan. So fuck up the plan. Kadang kadang kita merancang sesuatu yang belum tentu jadi. Of course lah, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. 
Aku dah berputus asa untuk ajak seorang budak perempuan ni keluar makan makan, lepak lepak.
 
Yup, budak ok? Sebab dia rendah dan kecil dari aku. Mungkin tak rendah sangat, tapi aku tak tinggi sangat pun.
 
Motif? Dulu aku kawan baik dia. Awal awal sem dulu bukan main kamceng, setiap kali aku habis kelas LAW, 
Hello, Ad Juwara jom, 
Hello, Nasmee Tomyam jom,
Assalamualaikum, Err.. Kedai Pak Tam jom. (time sengkek)
 
*Kedai Pak Tam kedai paling murah  dan tak tetap area Lembah Bujang. 
Nasi goreng kampung + nasi lebih + telur mata + teh o ais laici = RM 4.50

Jawapan dia, JOM!!!

Sekarang : 
Ala, sorry, tak boleh.
Hello, aku ada test malam esok.
Anda terlambat 2 saat kerana saya baru lepas makan.
Err..pakwe aku tak bagi keluar rumah malam2 

Ok. alasan yang last sekali tu memang desperate habis.



Aku just nak borak borak hilang bosan, gelak gelak. Dengar perkembangan dia, cerita perkembangan aku, sembang bohong (ni aku selalu buat dengan dia). Itu sahaja. Bukan aku nak ambil kesempatan atau kelambatan ke atas dia.

Geez. It can't be helped. Sekarang aku hanya perlu menghantar mesej dan menunggu jawapan dia. 
Yes or No.

Yaaa. Aku rindu kamu sekarang.
What? Do you think I will miss you that much? Dream on. 
Of course I'm kidding.
But, I really miss that time, we compare our meals, we laugh and we eat together.

Adioss....

p/s: kalau kamu baca, tolong call or explain to me briefly where the hell you going? why you so busy? how your dinner?I'm really really miss you.

Saturday, March 26, 2011

Karaoke punya pasal

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ehem ehem...

Sakit tekak. Dari semalam, eh bukan, dari hari Khamis lagi sakit tekak. Nak telan air liur pun susah. Sebelum ni aku tibai ais, milo, teh o ais laici apa bagai, tak pulak nak sakit tekak. 

Hari Rabu ritu, lepas beli barang rumah dengan Syafik dan Miki dekat Tesco Sg Petani Selatan (saja nak tukar angin, pegi shopping kat situ) kami ke Pusat Karaoke Keluarga dekat Lagenda Heights. Sebelah Econplus. Dekat situ murah. RM 1.20/ lagu. Murah kan?



*Tauke, aku dah promote kedai you. Nanti kasi discount.

Entah berapa lagu melalak, minum air mineral beli dari kaunter depan. Demm betul, bangun pagi esok, sakit tekak. Mujur masih boleh mengucap dua kalimah syahadah. Menguap? Lagi lah boleh.

Hari ini pun pergi melalak lagi. Adoyai. Bertambah tambahlah sakit tekak aku ni. Nak pergi cari Strepsils.


p/s: best jugak melalak lagu Tragedi Oktober, ekeke :P

Adioss...

Balance Shit instead of Balance Sheet

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Aku tak suka jadi budak akaun. Tak suka. Tak suka. 
Aku tak suka sebab 2 tahun belajar buat Balance Sheet tak pernah balance. Hebat kan? Mana ada lagi pekerjaan atau topik yang mengambil masa hampir 2 tahun untuk mempelajari dan mempraktikkan benda dan format yang sama berulang kali tetapi tidak pernah berjaya. 

Inilah perasan aku setiap kali dapat Balance Sheet tak imbang

Even dalam kelas, lepas 3 kali padam jumlah aset dan liabiliti dan usha jawapan kawan sekeliling, baru Balance Sheet aku balance. Shit right?

Dalam test mahupun final. Aku selalu tinggal Balance Sheet.Tak pernah buat sebab aku tahu tak pernah balance.

Kawan aku cakap, perakaunan ini ibarat kahwin 4. Kahwin 4 sudah semestinya kita kena adil dan saksama. Akauntan di ibaratkan sebagai ketua keluarga. Jika akauntan berjaya mengimbangi Balance Sheet mahupun Trial Balance, maka dia seperti ketua keluarga yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki yang kahwin 4.

Adil dan saksama. Banyak mana jumlah aset, banyak tu jugalah jumlah liabiliti.

Unbalanced | Aku sendiri tak tahu apa motif aku letak gambar ni

Masalahnya, aku bukan nak kahwin 4. Aku nak tengok Balance Sheet aku balance. That all. Grrr. Geram dengan akaun.

Tahun lepas aku suka sangat guna alasan:
Aku tak ada basic akaun

Tapi sekarang, maybe its sound weird but I actually start to love accounting. Everyday I walk, I talk, I go everywhere, I never ashamed to be accounting student.

Maybe 2 to 3 years, I'll come back as 
GTK
Great Teacher Khairul
your
Accounting Teacher in service

(background music: Driver's High by L'arc-En-Ciel)
GTO Theme Song
Want to be like him | Make school fun
Motif sangat tulis panjang panjang.

Sebenarnya, aku nak cakap aku ada kuiz esok pagi. Branch, FAR200
Wish me luck

p/s: sorry for broken grammar, itu pentingnya English education, kata Usop

Adioss...

Friday, March 25, 2011

In relationship? Its meaningless

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Ini entry personal. Tak suka? Sila tekan tanda X di atas. Terima kasih

Relationship sometimes meaningless. Bermula dengan Facebook/Twitter/Blog/YM, minta nombor, mesej, call, jumpa, date, tengok wayang, main bowling, makan, beli hadiah, hantar balik sampai rumah/kolej. Sangat tipikal kan? Semua orang pernah buat benda benda tu.

Kadang kadang aku hairan, kenapa perlu buat benda seperti itu. Penting ke? Kenapa? Aku tiada jawapan untuk soalan itu yang aku sendiri pernah buat. Demm =.=*

Kawan aku pernah cakap jadi perempuan best. Dapat pula boyfriend yang pandai bergaya, ada kereta sport dan berpoket tebal. Boleh bahagia ke? Boleh jamin masa depan ke? Err, mungkinlah.
Selagi ada duit, selagi tu ada cinta. Gitu? Adoyai, sempit sungguh pemikiran.

Kalau ada baca entry aku yang lepas lepas. Aku dah buat perjanjian dengan 8-10 orang budak kelas. Aku tak akan couple sampai habis diploma. Mungkin aku akan teruskan dengan janji tersebut.

Nadya cakap aku ego. Ok. Mungkin. Ramai cakap laki tak pernah lunaskan janji mereka. Tetapi aku cuba, bukan, aku buat janji aku menjadi kenyataan. Tak semua lelaki jahat. Tak semua lelaki mungkir janji. Tak semua lelaki suka main perempuan.

Ego in love | They also have a price


Its hard to confess but I like N**** *****. Biarlah apa orang nak kata. Dah hati aku cakap macam tu. Dari dulu lagi suka dia cuma bukan jodoh aku dengan dia. Ada saja halangan aku nak rapat dengan dia. But now, I'm done. I'm done chasing her. I do like her but I'm done chasing her.

Yes I do like you

Berapa kali nak ulang der??

The end of the day, kalau cita cita aku menjadi kenyataan. Aku akan tinggalkan UiTM. Mungkin UTM destinasi seterusnya. Bachelor in Education. Tengoklah macam mana. Aku lebih percayakan hubungan rakan rakan dari kekasih. Sejauh mana pun kita, selama mana pun kita menghilang, tetap namanya kawan. 
Kalau kekasih?
Katakan:
Seorang Arau , seorang Skudai. 
Tup tup.. baru sebulan dah ada orang baru.
What The Fish?

Yeah you're right | I go this way, you go that way

That why in relationship with someone right now seem to be meaningless.


Not all. Certain only. Aku tabik lagi salute kat Mr Dat, even dia jauh dari Cik Pqa. Diorang tetap ok. Tetap macam dulu.

Hubungan yang sebegitu perlukan kepercayaan yang tinggi. Tahniah! Semoga sampai ke jinjang pelamin.

Entah apa aku melalut ni. Maaf. Ini cuma isi hati aku. Tak berniat nak luka, sentap mahu pun menyedihkan sesiapa secara terang terangan mahupun sinis.

Adioss...

Tuesday, March 22, 2011

Mesej yang tak disangka sangka

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Guess what? Aku baru terima mesej dekat FB, seorang MC UiTM Perlis ketika Ustazah Nur Bahyah datang ke sana tahun lepas. Aku pernah buat entry ini. Kawan dia yang beritahu dia pasal kewujudan gambar dia ketika dia jadi MC tahun lepas. 

Nama dirahsiakan


Bukan main penat aku cari tuan punya gambar ni. Akhirnya jumpa juga. Tapi, tadi tak sempat tanya umur dia, tup tup offline. Adoyai. Harap harap dia 1991 bukan 1990 :P

Mimpi lah kau. Dia superb gorgeous, kau? Ada apa?
=.=*

Esok seluruh calon eh bukan calon, pelajar yang mengambil SPM akan menerima keputusan mereka. 
Good luck kepada semua pelajar yang mengambil SPM di seluruh Malaysia.

SPM | Sijil Penentu Masa depan


p/s: tak sabar menunggu result Izzy
Adioss...

Sunday, March 20, 2011

Sekitar Malam Gala SISDA 2011 (Gambar)

Yaa-Haa

Assalamualaikum Malaysia

Seperti yang dijanjikan. Ini ada sedikit gambar pada Malam Gala SISDA yang berlangsung pada Jumaat malam (18/3/2011)


























credit to-

  • Nikon D3000
  • Nana Atyn (bg pinjam kamera)
  • All DIA Part 4 students
  • All handsome & gorgeous Dinner's exco
  • All Part 1 students
  • All Part 6 students
  • Attending lecturers

Adioss..

Saturday, March 19, 2011

SISDA Gala Night : Terima kasih semua

Yaa-Haa

Assalamualaikum. Hello there all accounting students.

Fuh. sangat penat semalam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar Perakaunan UiTM Kedah dari Part 1 hingga Part 6 yang sudi menghadiri dan memeriahkan Malam Gala SISDA. International Cultures and Weddings Night.

Ok. Semalam,semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah pada awalnya dan semua masalah berjaya diatasi. Bagi pandangan aku, cukuplah dengan abang kakak Part 6 balik dengan muka ceria, that good enough for me. Memang Dinner dibuat khas untuk meraikan mereka.

Aku masih mengantuk dan keletihan. Gambar gambar baru transfer dalam laptop, tak proses lagi. Insyaallah esok aku upload gambar Dinner semalam.

Adioss...

p/s: apabila kedua dua pihak sama sama meleburkan ego, berlaku sedikit perbualan. Harap ia diteruskan
p/s: nak sambung tidur