Yaa-Haa
Al Fatihah kepada arwah ayah Athirah Marzuki. Marzuki Bin Abdullah di atas pemergiannya pagi tadi.
**********
Dua malam lepas,
Hari raya di sambut meriah. Dengan mengenakan baju melayu berwarna coklat dan bersampin hitam serta bersongkok. Aku menyambut Aidilfitri di bumi Borneo. Hajah Zaiton dan Haji Nordin datang melawat kami sekeluarga di rumah nenek aku. Tiada kata yang mampu menggambarkan keadaan ketika itu. Sungguh mengembirakan.
Aku bersalam dengan Haji Nordin dan Hajah Zaiton, kemudian aku terpandang wajah yang sangatku kenal.
Liya Nordin.
Kamu sangat cantik. Berbaju kurung purple biru dan bertudung. Walaupun kamu tidak meletakkan sebarang make up tapi kamu sangat sangat cantik. Aku tidak langsung mengerti apa yang aku lihat ini tetapi aku sangat bahagia.
"Hai", sapaku.
"Kamu tegur siapa, Khairul?", soal Haji Nordin.
"Err..Liya. Tu Liya kan?", jawab aku sambil tunjuk ke satu arah.
Haji Nordin hanya tersenyum dan berkata,
"Sebelum ini hanya kami sahaja mampu melihat dia, sekarang kamu.", kata Haji Nordin.
Aku masih tak mengerti tetapi aku suka apa yang aku lihat pada malam itu. Sungguh indah.
Tiada perasaan yang mampu aku rasai ketika itu. Ajaib. Aku tidak mengerti tetapi aku suka rasa ini.
Melihat mata mu yang mendamaikan. Senyuman mu yang menusuk kalbu.
Jauh di sudut hati ku.
AKU RINDU KAMU, LIYA NORDIN
Sepanjang kita berkawan, kita langsung tak pernah berselisih faham. Kamu sangat sangat menghargai kawan kawan. Kamu bijak menggunakan kata kata dan memotivasi diri sendiri.
Dengan hanya kata kata, kami bersaing dari segi akademik untuk meraih perhatian mu. Begitu bodoh pabila difikirkan kembali. Tetapi, jika tiada kamu, tiadalah kami menjadi insan berguna hingga ke hari ini.
Hampir setahun kamu meninggalkan kami disini. Malam itu, aku hanya mampu tersenyum dan berharap kamu di tempatkan di kalangan orang beriman. Hanya Al Fatihah dan beberapa kerat doa yang hanya mampu aku berikan buat kamu wahai kawan.
Tidak sangka aku melihat kamu tersenyum dan begitu gembira di hari yang mulia itu.
Aku harap kawan kawan yang lain juga dapat merasai kamu sentiasa di sisi mereka.
Aku mengharapkan mimpi itu datang kembali agar aku boleh melihat kamu tersenyum gembira. Ia datang seolah olah pernah berlaku....
~ Sayonara ~
2 comments:
al-fatihah. she always has a sweet smile. :)
Ummi:
Yes she is :). al fatihah
Post a Comment