Saturday, October 16, 2010

University Of Mykhel | one day..perhaps :)


Yaa-Haaa!!!!

*kali ini aku nak merapu....
Dah lama aku fikir tentang idea ni. Cuma masa jer yg x mencukupi bg aku nak karang entri panjang2.. (bajet sibuk lah kau)


University Of Mykhel


University Of Mykhel (UOM) adalah salah satu cabang Mykhel Corporation. Merah melambangkan berani bersaing dan mampu berdiri dengan gagah bersama gergasi perindustrian dan pasaran yang lain manakala putih pula melambangkan sebuah firma yang baru dan masih suci tanpa cacat cela. Universiti ini adalah universiti swasta dan milik sepenuhnya oleh Mykhel Corp. Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti ini. Hampir semua jenis Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD terdapat di sini.

VISI UNIVERSITI
Melahirkan mahasiswa yang berani bersuara dan mampu mencipta revolusi untuk generasi yang akan datang.

MISI UNVERSITI
Mencipta dan memberi kebebasan untuk generasi muda menunjukkan hasil karya atau kerja mereka dengan cara tersendiri.
Mendengar masalah yang mereka hadapi dan berikan cara kepada mereka dan biarkan mereka menyelesaikan dengan cara tersendiri.
Memupuk semangat kerja yang tinggi dan telus serta sifar makan suap.
Mendidik mahasiswa agar membantu semasa sendiri dan membantu mahasiswa menampilkan diri mereka yang sebenar.

PRA-SYARAT
Pelajar2 yang diterima ke universiti ini adalah golongan yang mendapat sekurang-kurangnya 8A daripada 11 subjek untuk Diploma dan sekurang2nya CGPA 3.2 @ 3 principle untuk menyambung pelajaran ke program ijazah sarjana muda. universiti ini tidak mengambil kira faktor kewangan mahupun pangkat atau darjat seseorang dimana UOM adalah universiti untuk semua dan tiada diskriminasi kaum di dalam unversiti ini. semua dilayan sama rata.

PROSES PENGAMBILAN PELAJAR
Setiap bakal mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di sini, mereka harus di temu duga terlebih dahulu dan diberi surat perjanjian bekerja di bawah Mykhel Corp setelah tamat belajar atau boleh memilih sama ada untuk bekerja di tempat lain setelah tamat belajar kelak. Dengan erti kata lain, mereka tidak perlu menandatangani surat tersebut.

KELEBIHAN UOM
-SETIAP MAHASISWA BERHAK MENDAPAT TEMPAT TINGGAL YANG SELASA.
-SETIAP PELAJAR PERLU MENDAFTAR KENDERAAN MEREKA DI UOM UNTUK KEMUDAHAN PARKING DAN KESELAMATAN KETIKA BERADA DI DALAM KAMPUS.
-SETIAP PELAJAR MENDAPAT ELAUN MAKAN RM100/SEBULAN DAN ELAUN SARA DIRI RM1500/SEM
-SETIAP PELAJAR BERHAK MENDAPAT PINJAMAN PTPTN (BOLEH PILIH)
-PELAJAR ISTIMEWA DAN KURANG BERNASIB BAIK(MISKIN) AKAN DIBERIKAN BANTUAN SEPENUHNYA DAN BIASISWA MYKHEL
-MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP),MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ(MPK),MAJLIS PERWAKILAN FAKULTI(MPF) ADALAH BADAN UTAMA MAHASISWA DI UOM DAN SEMUA DIBERI ELAUN PERKHIDMATAN SEPANJANG TEMPOH BERTUGAS.
-SETIAP PROGRAM MEMPUNYAI BANGUNAN FAKULTI,LAMBANG,BAJU KORPORAT DAN BUDAYA BELAJAR YANG TERSENDIRI.
-TEMPAT BELAJAR YANG SELESA
-JUMLAH TENAGA PENGAJAR YANG SENTIASA MENCUKUPI
-KEDIAMAN KOLEJ YANG SELESA(6 0RANG=APARTMENT 3 BILIK)
-PRASARANA YANG LENGKAP (MYKHEL CINEMA PLAZA,MYKHEL Store,MYKHEL Pizza,Fried Chicken,Hot Plate,MYKHEL Performance dll.)
-MAHASISWA YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN CGPA 3.2 AKAN DITAWARKAN BEKERJA MENGIKUT KELAYAKANNYA.

bagi kami MYKHEL, tiada apa yang mustahil bagi pengajian kelas pertama untuk generasi masa hadapan kerana di MYKHEL

WE CARE EVERYTHING YOU WANT

P/S: doakan ini terjadi suatu hari nanti...amin...
P/S: lebih baik berangan drpd dengar Belanjawan 2011..keh keh keh

2 comments:

Nadya said...

pergh! haha..angan tinggi gilaaa..xpa2..xsalah pn nk da angan2 khai.. haha
nnt bg anak aku msok u ang free nah! hee~

Khai said...

nad: hehehe
ni kesinambungan Mykhel cellular yg kita wt mgt 153 tuu..heheh
ak da taksub sgt ngan benda nih...degree nnt nk amik biz management la... ;)

p/s:thankz bg sokongan