Thursday, February 23, 2012

Kadang kadang cinta bukan untuk dimiliki

Benar kata orang, kadang kadang cinta bukan untuk dimiliki. Jaga selagi ada, jangan mencari ketika hilang. 

Ada kalanya ia memeritkan apabila diri sendiri tak tahu arah tuju, hilang punca, tenggelam. Kadang kadang terawang awangan tanpa mengerti erti hidup. Biarlah.

Kadang kadang aku yang ting tong, bila dia di depan mata, macam macam aku bahan dia. Bila dia dah balik, mulalah mencari. Kadang kadang aku lapar, tension. Dia yang jadi sasaran aku. Sebab dia tak reti marah. Jangankan kata babi. Bodoh pun tak reti keluar dari mulut. Untunglah aku. Haha

Hari hari kena bahan pun aku masih sayang. 

Tiada siapa pernah faham apa yang sebenarnya terjadi antara kami semenjak perkenalan pada tahun 2010. Rasanya. Aku pun dah ingat ingat lupa. 

Pada awal perkenalan, dia milik orang lain, begitu juga aku. Hampir hari hari double date dan aku tak pernah terfikir aku akan kenal dia macam sekarang dan lebih lebih lagi jadi kawan baik. Itulah yang dinamakan takdir menemukan kita. Cuma tempat dan masa menjadi tanda tanya dalam setiap cerita.

Aku mula banyak berbicara dengan dia melalui FB selepas 3 bulan break dengan ex lama aku. Short story but it take along day to finish. Macam macam yang kami kongsikan bersama. Dari tanya khabar sehingga ke makanan kegemaran. Setelah hampir berhari hari aku berchatting dalam fesbuk dengan dia. Rupa rupanya begitu banyak persamaan antara kami. Itu aku kira bonus. Bukan senang nak jumpa kawan yang sekepala dengan kita dalam banyak banyak hal. 

Aku beruntung jumpa dia. Seperti mana aku cakap dalam entry lepas. Dia faham aku lebih dari aku faham diri sendiri dan dia ubat, di saat aku berada di sampingnya, aku tenang. Hilang segala gundah gulana di hati. 

Mungkin juga, aku tak bisa memilikinya, mungkin juga aku mampu memilikinya tetapi bukan sekarang. 

Aku tak mahu kehilangan kawan seperti dia. Dia lah ubat, dia lah racun. Susah senang, dia yang aku cari. 

Wahai kawan, walau apa yang terjadi, kita tetap kawan. Andai kau jauh di sana. Aku tetap disini. Tetap menjadi seorang kawan yang setia, 


And every day that you want to waste, that you want to waste, you can
And every day that you want to wake up, that you want to wake, you can
And every day that you want to change, that you want to change, yeah
I'll help you see it through 'cause I just really want to be with you

Waste- Foster The People

Adioss...

No comments: