Yaa-Haa
Daebak!
Itu yang keluar dari mulut aku setiap kali menonton variety show yang paling best atas muka bumi ini.
Running Man. Aku mula tengok show ni time tengah malam hari Ahad. Waktu tu aku teman adik aku tengok Arsenal main. Kalah pulak time tu. Dia frust. Terus tukar tv. Tukar punya tukar tiba tiba stuck dekat channel 393. OneHD.
Aku mula mula tengok rasa macam variety show cina punya. Tapi lepas tu, Haha buat lawak. Mau tak gelak guling guling aku tengok. Episod 26 rasanya.
Start dari situ lah aku mula mengorak langkah nak tengok RM lagi. Check buku guide, rupa rupanya RM tu start pukul 6.30 ptg hari Jumaat. Aku ni bangang pergi tunggu yang ulangan punya hari Sabtu 12 tgh malam. Bengong -.-'
Watak yang paling aku suka adalah:
- Haha
- Kang Gary
- Jong Kook
- Kwang Soo
- Song Ji Hyo
- Yoo Jae Suk
Aku suka Lizzy tapi dia sekejap jer dalam show tu. Paling aku tak suka Joong Ki dengan Suk Jin. Joong Ki sebab dia jambu dan Suk Jin terlampau bodoh. Dia eja princess macam ni P R I N S E S. Adoyai. Sengal betul.
Tapi sedih sikit sekarang sebab Gary dan Ji Hyo dah tak jadi Monday Couple. Kalau nama still ada pun tapi peminat semua dah tahu Ji Hyo bercinta dengan CEO syarikat dia sendiri. Aku tumpang sedih dengan nasib Gary.
Cerita tentang Gary, tak sah kalau tak ada Haha. Ha Dong Hoon. Orang pertama yang berjaya buat aku terus suka dia dengan hanya 10 minit menonton RM. Damn! He's funny! :D
Ha Dong Hoon atau Haroro atau Haha sangat memberi impak kepada RM. Tanpa dia RM tak akan lawak macam sekarang. Itu pendapat aku lah. Dia comel tapi dia mampu menghidupkan watak Bad Guy Haroro dan Playboy Haha.
Satu lagi sebab RM disukai ramai sebab Kookie. Sparta Jong Kook dengan badan tough dan perut 6 pax. Dayyum! Semua perempuan suka dia. Untunglah
RM lebih dikenali ramai apabila MC kebangsaan mereka, Yoo Jae Suk turut serta menjadi tulang belakang show ini. Kalau dekat Malaysia, macam Aznil Nawawi lah lebih kurang. Boleh?
Kalau nak cerita tentang game RM nih, sampai esok aku karang pun tak habis. Pada awal RM mungkin PD tu tak cukup idea lagi, so game diulang ulang setiap minggu sehingga pesarta boleh tahu apa yang berlaku selepas ini. Tapi setelah 20 ke 30 episod, kita akan nampak perubahan misi pada setiap minggu dan adakalanya misi tersebut seolah olah IMPOSSIBLE.
Dalam banyak banyak episod RM, aku suka episod Thailand dan 6 orang SNSD. Time SNSD tu, aku dapat rasa betapa bahagianya Gary, Haha dan Kwang Soo. Jong Kook macam malu malu sikit so dia tak nampak excited sangat.
Masa tu Gary lupa Ji Hyo. Kerat jari la kalau dia tengok Jessica tapi teringat Ji Hyo. Hahaha.
Okaylah. Aku ada hal kejap. Nanti sambung lain.
Adioss...
p/s: semua gambar amik dari episod SNSD. Malas nak search keywords lain
p/s: tiba tiba batuk time kunyah Mentos. Apa kejadah? Ex aku kutuk aku ke?
No comments:
Post a Comment