Thursday, February 9, 2012

Sesungguhnya, kau tercipta untukku


Setiap pagi, sebaik sahaja terjaga dari tidur akibat diganggu oleh bingitan alarm lagu "Call It what You Want dari Foster The People. Mata di pisat pisat. Lantas tangan lekas mengambil telefon bimbit disebelah bantal.

Sekadar memeriksa sekiranya ada mesej, BBM atau mention dari Twitter. Good morning gorgeous. Kadang kadang sayang, baby dan nama di sertakan sekali. Jika sebelum ini, jari lantas menekan nama penerima tersebut. Tapi sekarang otak berfikir dan jari menekan nama secara rawak untuk menghantar mesej selamat pagi kepada penerima tersebut. 



Selalunya, penerima mesej tersebut adalah perempuan. Pernah aku hantar mesej selamat pagi kepada kawan aku. Lelaki! Akhirnya di balas, Butuh Hang, Gay!

Serik.

Begitulah setiap pagi aku menghabis sekurang kurangnya 1 sen untuk mesej selamat pagi. Kadang kadang mereka balas, kadang kadang matahari dah memacak, baru mesej di balas. Nampak sangat baru bangun.

Give a girl good morning message will change her attitude for whole day. Aku percaya pada frasa itu. Bagi aku mesej selamat pagi akan membuatkan kita rasa dihargai. Bukan untuk mengorat, cuma tanda aku masih ingat pada dia. 

Hanya 1 sen untuk dibazirkan dan kita buat orang gembira di pagi hari. Sekurang kurangnya, mereka tahu, ada yang masih ingat pada mereka. Itu dah jadi tabiat aku setiap pagi. 

Err.. tajuk dekat atas tu macam tak masuk dengan isi entry ni, tapi aku dah janji nak buat tajuk entry tu dalam Twitter. Harap maaf lah yer.

Adioss...



p/s: Well you got what you want, and what you never knew, perfect gift from me to you :)

2 comments:

shazleen nur said...

saya xdpt pon :P

Khai said...

Lynd: kan dah dapat :P