Thursday, March 29, 2012

3 tahun lepas

Yaa-Haa

Hebat kau super senior. Jalan mendongak. Tak perlu jalan tunduk. Kad matrik digantung dalam kereta. Kelas pergi tak pergi, sama sahaja. Makan? Foodcourt tak main lah. Junior perempuan panggil abang. Amboi! Kemain seronok. Yang perempuan pulak pissed off bila junior perempuan panggil akak! Hello! Kita boleh jadi kawan okay!

Bila aku lihat semua ini. Geli hati pulak. Teringat waktu mula mula datang sini. Berkemeja siap bertali leher. Bergaya dengan seluar slack dan kasut kulit hitam. Rambut kemas terpacak. Hensem habis kononnya. Apabila melihat bangunan keramat Malinja. Hati mula tak senang. Membayangkan kehidupan asrama yang super duper suck. Bilik 203B dimasuki. Barang dan beg diletak di penjuru katil. Berjabat tangan dengan budak Perak, Kelantan dan Alor Setar.  Nama diperkenalkan. Kononnya nak duduk satu bilik, hati kena baik. Muka kena manis.

Mama, adik dan sepupu balik ke Baling. Tinggal aku seorang diri di sini. Memulakan hidup baru yang bukan aku mahu. Memegang title mahasiswa UiTM sebagai pelajar perakaunan. Di sekolah aku menghanjeng budak akaun sebab aku budak sains. Otak berkembang katanya bila belajar sains. Budak akaun asyik dengan debit kreditnya. Ambik kau! Debit kredit lah selama 3 tahun dekat sini. Allah bayar cash!

Hati mula gusar apabila teman sebilik hisap rokok. Watefak! aku budak baik. Mana hisap rokok. Tapi itulah pengalaman hidup. Terpaksa tempuhi walaupun ia rumit dan perit. Mata meliar memerhati sana dan sini apabila berjalan menuju ke kelas. 

Wow! Perempuan tu tak pakai tudung!

Jakun betul aku. Memandangkan sekolah aku semua bertudung jadi bila masuk universiti, aku jakun melihat ramai gadis manis tidak bertudung. Rambut terjurai melepasi bahu, beralun alun ditiup angin. Kadang kadang manis, kadang kadang seksi. Bergantung pada penglihatan seseorang. Dalam kelas, macam macam peel manusia yang aku kenal. Blur, kuat maki, pendiam, pemalu, bajet macho, semua ada. 

Kehidupan aku di kampus dan di sekolah adalah sangat sangat berbeza. Di sekolah dahulu, aku low profile. Cikgu tak kenal aku, aku tak kenal cikgu. Masing masing buat hal sendiri. Batch masing masing pun tak semua yang kenal. Tapi di kampus, lain. Aku cuba untuk mengekalkan low profile macam di sekolah tetapi demmm. I'm failed. 

Aku dilantik menjadi class representative selama 3 semester berturut turut. Berkhidmat sebagai Sekeriat MMP di bawah naungan MPP. Aku kenal Umar, Aman, Eriq, Tyha, Angah, Bilal dan ramai lagi. Orang kenal aku dan aku tak kenal orang. Kereta Honda maroon itu satu satunya di Merbok. Semua orang boleh trace pergerakan aku. Shit!. Aku kenal cinta jarak dekat. Aku tinggalkan cinta jarak jauh yang katanya selamat itu. Aku yang mulakan dan aku yang hancurkan cinta itu. 

Aku ada stalker di kampus suatu ketika dahulu. Pada permulaan cerita, kami bergaduh dan akhirnya dia tempat menadah telinga mendengar cerita aku ketika aku tidak menghubungi kawan baik aku di sini. 

Disini juga aku mempunyai kawan baik yang sehati sejiwa dengan aku. Apa yang aku tak suka, dia juga tak suka. Apa yang aku suka dia pun begitu. Kebetulan? mungkin. Frekuensi otak sentiasa berhubung. Masing masing seolah olah tahu apa yang difikirkan oleh teman baik mereka. Andai kata aku teringat dia, tak lama lepas itu, ada mesej masuk. Ya! dari dia. Jika dia teringat aku, secara tak sengaja, aku call dia. 

Selama 3 tahun dan akan tambah 6 bulan aku di Merbok ini. Aku belajar macam macam. Dari akademik sehingga soal hati. Dari aku kutuk budak free hair sehinggalah aku bercinta dengan budak free hair. Dari kawan aku cakap aku noob sehingga lah dia cakap aku sosial. Too much to learn in 3 years.

Kehidupan kampus sedikit sebanyak mendewasakan aku. Semoga rakan yang lain juga sebegitu. Aku tak pasti apa yang bakal terjadi selepas ini. Rakan rakan rehat sebelum masuk degree, aku pula join the others menghabiskan diploma. 

Gelak, tawa, nangis, sedih, pilu, gembira, teruja. Semua perasaan ini pernah dirasai oleh semua orang. Sebahagiannya dirasai ketika ini. Campus life.

Selamat menghabiskan final paper kawan kawan. Selamat bercuti. Selamat berehat sebelum memasuki alam ijazah dan pekerjaan.

Semoga berjumpa lagi. 

Sayonara 

p/s: terlalu panjang untuk diceritakan semua disini. Let the other side of story as untold story. :)

Monday, March 26, 2012

Imaginary girlfriend


Yaa-Haa

Lama tak menaip. Aku menaip ketika tulis blog sahaja. Sekarang main Facebook dan Twitter semua di Blackberry. Blackberry pun yang murah sahaja. Tak sampai beribu pun. 

Hidup aku sekarang boleh dikatakan okay. Cuma kadang kadang sunyi. Aku nak kehidupan part 4 aku dahulu. Tiada komitment, tiada banyak masalah dan ada life. Itu yang penting. 

Sunyi bukan bermaksud tiada kawan langsung, cuma dah terbiasa ada teman disisi yang selalu bergaduh benda remeh temeh. Dan kini.. hilang......


I'm done! Aku give up untuk bercinta lagi buat masa ini. Aku hanya perlukan seseorang yang jauh dimata. Aku hanya nak seseorang yang boleh aku mesej atau BBM. Call malam malam tanpa perlu berjumpa, bagi bunga, keluar makan, dating, atau pun tengok wayang.

Someone likes imaginary girlfriend tapi sebenarnya dia hanya seorang kawan yang hanya berhubung menggunakan handphone atau internet. 

Waktu aku tingkatan 3, aku ada seorang kawan sebegini. Setiap hari dia akan update apa yang dia buat sepanjang hari dan begitu juga aku. Aku di Kedah sementara dia di Negeri Sembilan. Hubungan kami semakin lama semakin akrab. Nama dia Bella. Aku tak pernah tengok dia dan dia pun tak pernah tengok aku. Just masing masing imagine rupa bentuk masing masing.


I'm enjoying stuff like that. Not too much commitment there. Just text her what ever you want to ask or tell her and done! Tak perlu nak jumpa cuma beli topup sahaja. 

Aku tercari cari kalau ada lagi orang yang sanggup jadi imaginary girlfriend aku. Hahaha. Berhubung dalam handphone jer, tak lah nak jealous memanjang. 

Hubungan aku paling lama boleh bertahan selama setahun. Itu pun sebab jauh. Hubungan yang selepas itu semua hancur.

Setahun itulah yang paling aku sayang. Terima kasih Iz :)

Okay. Tu je nak cakap. 

Adioss...


p/s: Seriously, I'm not ready into serious relationship.

p/s: Lagu Blue-Big Bang lirik sedih tapi muzik rancak. Apa kejadah?

Thursday, March 22, 2012

Penipuan itu menyenangkan

Apabila benda yang dihajati tidak dapat. Otak bejat berfikir. Mulalah mencari akal untuk menipu.

Kalau tak menipu, bukan manusia namanya.

Aku manusia. Jadi aku menipu. Aku menipu untuk mengelak. Hari ini propaganda di BBM status menjadi. Beberapa mangsa termasuk perangkap akibat penipuan tersebut. Kata cinta dilafaz tanpa erti.

 Benar aku menipu. Aku menipu di Twitter, aku menipu di Facebook. Tapi aku tak pernah tipu di blog hitam ini kerana disini segala baik jahat aku terkumpul. Amarah, sedih, kecewa, gembira, semuanya disini.

Aku akui, kita manusia pasti akan menipu. Baik bekerja, dengan ibubapa mahupun sahabat. Bercakap mengenai persahabatan. Dalam persahabatan juga perlukan penipuan untuk terus kekal selama mungkin. Kita dapat menipu kawan baik. Kawan tak baik dan juga musuh. Ya, kita mampu menipu. Sesiapa sahaja yang kita mahu. Sedangkan menteri menipu rakyatnya secara am nya. 

I trust you but I don't trust devil inside you

Tetapi, hati juga tahu apa yang tersirat disebalik penipuan tersebut. Disebalik penipuan itu terdapat satu kenyataan yang sangat perit untuk diterima akal. Akal kadang kadang bodoh. Sanggup menerima penipuan yang menyenangkan daripada menerima kenyataan yang menyakitkan. 

No one can't stop when he lies

Andai disamakan penipuan dengan dunia ini. Sejauh mana pantai, sebanyak mana butir pasir di pantai. Selagi terus berjalan di persisiran pantai, selagi pasir diheret kaki. Selagi itu penipuan tidak pernah hilang. Setiap hari manusia melakukan penipuan. 

Penipuan. Sesuatu yang salah tapi menyenangkan. 

Adioss..

Saturday, March 17, 2012

Semester terakhir katanya

Yaa-Haa

4 paper lagi. 2 minggu lagi. Semester terakhir kepada student pro dan star. Bagi aku dan segelintir lagi, ini hanya permulaan kepada hidup yang baru. Awal bulan depan, rezeki aku dapat balik Kuching. Lepak sana seminggu. Rindu semua keluarga di sana. 

Permulaan kepada hidup yang baru. Kami adalah pemilik kad hijau yang terpaksa di gantung di leher setiap kali nampak kelibat lembaga berpakaian seperti baju polis. Pak guard UiTM. 

Seperti yang sedia maklum, kad matrik bagi pelajar UiTM adalah berwarna kuning. Untuk yang warna hijau, itu adalah kad matrik yang lama. Dengan erti kata lain, kami terpaksa memanjangkan lagi pembelajaran disini. Senang cakap, Part 7. 
[Sila gelakkan aku sekarang]

Ramai orang cakap, semestinya malu jika belajar lebih sem. Tambah tambah nak sebut perkataan part 7. Tapi itulah hakikatnya. Aku tak kisah. Dari mana aku start, di situlah aku menghabisannya. 

Biar pun dulu, akaun bukan pilihan aku, tapi kini aku hidup dengan akaun. Di sini lah aku kenal pelbagai jenis manusia dan kadang kala setan atau pun babi.

Ya, setan dan babi banyak bertopengkan manusia sekarang. Cerita setan dan babi ini akan aku update pada entry seterusnya. 

Aku kena sambung study. Esok exam LAW. Doakan aku. 

Sayonara...

p/s: just stay strong. Lagi sebulan kamu nak duduk dengan dia. Be strong!

Sunday, March 11, 2012

He's your everything


One night, got an unexpected call from the person I never met her again. She ask me about 'that girl'. When I said I love 'that girl'. She hang up the phone.

Tomorrow, she declare her relationship with other guy. Handsome and quite attractive guy.

One unexpected conversation occur in twitter via direct message. She told me she wait for me too long. Just before I'm with Miss F. She sick.

What The Fuck!

I didn't see your effort. Now she with other guy. One day away from I dump her. 

You're just like me. Having many option. Too much to grab but wise decision, you got the best from the best. Congratulations! 

I'm happy for you.

Be nice with him.

He's your strength.

He's your soul.

He's your love.

He's your everything.

Have a nice moment with him.

Sayonara~