Thursday, March 22, 2012

Penipuan itu menyenangkan

Apabila benda yang dihajati tidak dapat. Otak bejat berfikir. Mulalah mencari akal untuk menipu.

Kalau tak menipu, bukan manusia namanya.

Aku manusia. Jadi aku menipu. Aku menipu untuk mengelak. Hari ini propaganda di BBM status menjadi. Beberapa mangsa termasuk perangkap akibat penipuan tersebut. Kata cinta dilafaz tanpa erti.

 Benar aku menipu. Aku menipu di Twitter, aku menipu di Facebook. Tapi aku tak pernah tipu di blog hitam ini kerana disini segala baik jahat aku terkumpul. Amarah, sedih, kecewa, gembira, semuanya disini.

Aku akui, kita manusia pasti akan menipu. Baik bekerja, dengan ibubapa mahupun sahabat. Bercakap mengenai persahabatan. Dalam persahabatan juga perlukan penipuan untuk terus kekal selama mungkin. Kita dapat menipu kawan baik. Kawan tak baik dan juga musuh. Ya, kita mampu menipu. Sesiapa sahaja yang kita mahu. Sedangkan menteri menipu rakyatnya secara am nya. 

I trust you but I don't trust devil inside you

Tetapi, hati juga tahu apa yang tersirat disebalik penipuan tersebut. Disebalik penipuan itu terdapat satu kenyataan yang sangat perit untuk diterima akal. Akal kadang kadang bodoh. Sanggup menerima penipuan yang menyenangkan daripada menerima kenyataan yang menyakitkan. 

No one can't stop when he lies

Andai disamakan penipuan dengan dunia ini. Sejauh mana pantai, sebanyak mana butir pasir di pantai. Selagi terus berjalan di persisiran pantai, selagi pasir diheret kaki. Selagi itu penipuan tidak pernah hilang. Setiap hari manusia melakukan penipuan. 

Penipuan. Sesuatu yang salah tapi menyenangkan. 

Adioss..

2 comments:

LELAKI INI said...

errr...
berfalsampah kau sekarang..
bagus2!

Khai said...

Umar: haha. merapu je aku nih.