Saturday, March 17, 2012

Semester terakhir katanya

Yaa-Haa

4 paper lagi. 2 minggu lagi. Semester terakhir kepada student pro dan star. Bagi aku dan segelintir lagi, ini hanya permulaan kepada hidup yang baru. Awal bulan depan, rezeki aku dapat balik Kuching. Lepak sana seminggu. Rindu semua keluarga di sana. 

Permulaan kepada hidup yang baru. Kami adalah pemilik kad hijau yang terpaksa di gantung di leher setiap kali nampak kelibat lembaga berpakaian seperti baju polis. Pak guard UiTM. 

Seperti yang sedia maklum, kad matrik bagi pelajar UiTM adalah berwarna kuning. Untuk yang warna hijau, itu adalah kad matrik yang lama. Dengan erti kata lain, kami terpaksa memanjangkan lagi pembelajaran disini. Senang cakap, Part 7. 
[Sila gelakkan aku sekarang]

Ramai orang cakap, semestinya malu jika belajar lebih sem. Tambah tambah nak sebut perkataan part 7. Tapi itulah hakikatnya. Aku tak kisah. Dari mana aku start, di situlah aku menghabisannya. 

Biar pun dulu, akaun bukan pilihan aku, tapi kini aku hidup dengan akaun. Di sini lah aku kenal pelbagai jenis manusia dan kadang kala setan atau pun babi.

Ya, setan dan babi banyak bertopengkan manusia sekarang. Cerita setan dan babi ini akan aku update pada entry seterusnya. 

Aku kena sambung study. Esok exam LAW. Doakan aku. 

Sayonara...

p/s: just stay strong. Lagi sebulan kamu nak duduk dengan dia. Be strong!

2 comments:

Gimi said...

Gud luck...semoga semuanya baik2 aja.
Gimi juga semester akhir...doakan Gimi

Khai said...

Gimi: thanks Gimi, Good luck too. All the best :)