Sunday, March 11, 2012

He's your everything


One night, got an unexpected call from the person I never met her again. She ask me about 'that girl'. When I said I love 'that girl'. She hang up the phone.

Tomorrow, she declare her relationship with other guy. Handsome and quite attractive guy.

One unexpected conversation occur in twitter via direct message. She told me she wait for me too long. Just before I'm with Miss F. She sick.

What The Fuck!

I didn't see your effort. Now she with other guy. One day away from I dump her. 

You're just like me. Having many option. Too much to grab but wise decision, you got the best from the best. Congratulations! 

I'm happy for you.

Be nice with him.

He's your strength.

He's your soul.

He's your love.

He's your everything.

Have a nice moment with him.

Sayonara~

Tuesday, February 28, 2012

Kahwin awal


Bekas budak UiTM Kedah kahwin masa cuti semester haritu. Sekarang dia degree. Mula hidup yang baru bersama tersayang. Alhamdulillah. Kahwin awal cegah maksiat.

Semua orang excited terutamanya perempuan. Semua berebut nak kahwin awal. Lelaki pun sebenarnya seronok jugak nak kahwin awal. Sekarang pegang tangan pun maksiat.. Adoyai (mengeluh)

Bila dah kahwin nanti. Semua benda halal. Siap dapat pahala lagi. Ber round round lah jawabnya. Err. Okay. Abaikan. 



Kalau dapat boyfriend tua 2 3 tahun daripada girlfriend tak apa lah. Maybe boyfriend dia dah ada pekerjaan. Kalau macam aku ni. Student. Memang harapan lah nak kahwin waktu belajar. Macam yang aku kata tadi. Semua nak kahwin awal terutamanya perempuan tetapi bagaimana dengan pihak lelaki? Lelaki pun nak kahwin awal jugak. Senang. Tetapi kami cool. Sebab tanggungjawab selepas berkahwin sangat sangat berat. Sebab tu cool. Kalau jada bini macam jaga motor kapcai. Aku pun nak!

Kalau sekarang baru couple. Cuba kamu usha perempuan lain depan si dia. Mana dia tak marah. Silap silap tangan lekat dekat muka. Just saying. Itu baru couple. Cuba kalau dah kahwin. Haish. Kalau tak ready. Jangan lah ada niat nak kahwin awal.

Lagi satu. JANGAN CAKAP DEKAT GIRLFRIEND KITA BAHAWA KITA AKAN KAHWINI DIA.

Mungkin dia buat tak kisah tetapi, dia sangat sangat sangat kisah. Beware of dog!



Tetapi. Kalau kahwin awal pulak. Macam macam persepsi buruk masyarakat kita sekarang. Mengandung luar nikah lah. Tak sabar lah. Galak. Apa lagi? Semua benda benda yang buruk. Haish. Tak faham betul aku.

Bila bestfriend aku cakap dia nak kahwin pada umur 25 tahun. Aku yang nervous. Macam aku pulak yang nak jadi husband dia. Tetapi aku nak sangat jadi husband dia. 

Kalau lah ada pinjaman untuk student kahwin. Ada ke universiti yang encourage student kahwin awal?  

Haha. Okay, aku merapu.

Adioss...

p/s: N_____ please be my last love

Sunday, February 26, 2012

Ketahuan

Yaa-Haa

Tadi aku nak update benda lain. Tapi lepas baca blog adik beradik si Marya dengan Bella tu. Dah hilang idea.

Aku ketahuan

Esok kena submit business proposal. Harini, financial plan pun tak siap lagi. Kejap lagi lepak library sampai kerja siap. Okay. Aku tak tahu pukul berapa nak siap. Petang sikit nak pergi ambil printer. Printer tolong siap hari ini. Aku nak guna malam ni. Jangan buat hal. Please!!

Semalam tengah tingtong buat financial plan. Buah hati kesayangan nyer ponn, Si Nasha tu minta tolong ajarkan dia financial plan. Last last aku buat benda lain. Office layout untuk dia. Lepas tu kick in harga barang untuk Material Equipment. Sambil sambil tu usha usha video k-pop dekat laptop Lina.

Mahu tak bengang cek mek tu. Lain dia suruh aku buat, lain yang aku buat. Siap tenung gua macam nak makan. Lepas tu bila aku cakap nanti aku bawak dia main ice skating dekat Penang, terus dia cool down. Sambung kerja balik. Hahaha.

 Lagu Tonight-BigBang ulang dekat 5 kali, Genie-SNSD, 3 kali. Fiction-Beast 2 kali.

Motif aku cerita benda ni untuk apa? Apa kejadahnya?

Lepas tu pukul 9.40 malam baru gerak pergi Tesco cari harga barang. Tesco punyalah ramai orang macam esok tak boleh beli barang. Adess.  Hell yeah! Memang last minit punya kerja dorang ni. Mujurlah dengan Nasha, tak sampai hati aku nak marah. Kalau team sendiri. Dah lama kena tendang. Hahaha. Acah jer. 

Bangun pagi tadi terus bukak photoshop buat flyer dan background untuk business plan kami tu. Nak bertweet pun tak sempat. Mandi pun belum nih. Busuk!

Ni aku nak reveal logo business kami:

Mengada ngada judak lecturer ak pun. Logo 4 segi taknak. Nak jugak logo bulat. Haish. Tak faham bahasa betul. 

Doakan team aku sempat siap business plan kejap lagi. Amin.

Adioss...

Friday, February 24, 2012

Say You Like Me


This song for you,

Just say you like me. That all I want to hear. :)

Thursday, February 23, 2012

Kadang kadang cinta bukan untuk dimiliki

Benar kata orang, kadang kadang cinta bukan untuk dimiliki. Jaga selagi ada, jangan mencari ketika hilang. 

Ada kalanya ia memeritkan apabila diri sendiri tak tahu arah tuju, hilang punca, tenggelam. Kadang kadang terawang awangan tanpa mengerti erti hidup. Biarlah.

Kadang kadang aku yang ting tong, bila dia di depan mata, macam macam aku bahan dia. Bila dia dah balik, mulalah mencari. Kadang kadang aku lapar, tension. Dia yang jadi sasaran aku. Sebab dia tak reti marah. Jangankan kata babi. Bodoh pun tak reti keluar dari mulut. Untunglah aku. Haha

Hari hari kena bahan pun aku masih sayang. 

Tiada siapa pernah faham apa yang sebenarnya terjadi antara kami semenjak perkenalan pada tahun 2010. Rasanya. Aku pun dah ingat ingat lupa. 

Pada awal perkenalan, dia milik orang lain, begitu juga aku. Hampir hari hari double date dan aku tak pernah terfikir aku akan kenal dia macam sekarang dan lebih lebih lagi jadi kawan baik. Itulah yang dinamakan takdir menemukan kita. Cuma tempat dan masa menjadi tanda tanya dalam setiap cerita.

Aku mula banyak berbicara dengan dia melalui FB selepas 3 bulan break dengan ex lama aku. Short story but it take along day to finish. Macam macam yang kami kongsikan bersama. Dari tanya khabar sehingga ke makanan kegemaran. Setelah hampir berhari hari aku berchatting dalam fesbuk dengan dia. Rupa rupanya begitu banyak persamaan antara kami. Itu aku kira bonus. Bukan senang nak jumpa kawan yang sekepala dengan kita dalam banyak banyak hal. 

Aku beruntung jumpa dia. Seperti mana aku cakap dalam entry lepas. Dia faham aku lebih dari aku faham diri sendiri dan dia ubat, di saat aku berada di sampingnya, aku tenang. Hilang segala gundah gulana di hati. 

Mungkin juga, aku tak bisa memilikinya, mungkin juga aku mampu memilikinya tetapi bukan sekarang. 

Aku tak mahu kehilangan kawan seperti dia. Dia lah ubat, dia lah racun. Susah senang, dia yang aku cari. 

Wahai kawan, walau apa yang terjadi, kita tetap kawan. Andai kau jauh di sana. Aku tetap disini. Tetap menjadi seorang kawan yang setia, 


And every day that you want to waste, that you want to waste, you can
And every day that you want to wake up, that you want to wake, you can
And every day that you want to change, that you want to change, yeah
I'll help you see it through 'cause I just really want to be with you

Waste- Foster The People

Adioss...

Saturday, February 18, 2012

The unspoken truth


I'm sorry. No matter how our relationship are get going after this, I still love you just like the other day.

Setelah sekian lama aku mengenali diri kamu.Baru kini aku rasa akan perasaan ini. 

Kau baik, cantik dan memahami. Aku sangat selesa disamping kamu. Hanya kau yang mampu faham aku lebih dari aku faham diri ku sendiri. 

Gundah gulana aku hilang setiap kali aku melihat kamu. Setiap kali aku sedih, duka, kecewa, ingin mati, dan kadang kadang tenggelam dalam konflik diri ku sendiri. Kau yang ku cari. Setiap kali aku dalam keadaan sebegitu kau pantas menyelamatkan aku. Kau umpama ubat ajaib. Bisa merawat hati tanpa berbuat apa apa. 

Together with you, I'm so happy

Kau lah yang pertama, mampu buat aku kembali tersenyum tanpa aku sedari. Tatkala kau di depan aku, aku gembira. Kau langkah datang kepadaku, hatiku berbunga. Kau berada disisi ku, aku tenang.

Kau lah ubat ajaib aku. Tetapi, apabila kau hilang dari pandangan. Aku merasa kosong. Kosong sekosong kosongnya. Satu hari kau menghilang, 10 hari aku tenggelam. Tiada berita, tiada apa. Hati aku memberontak. Maafkan aku. Aku terlalu merindui kamu. Kau ibarat racun. 



Bila kau di sisi, kau lah ubat. Bila kau tiada, kau lah racun. 

Ubat satu keperluan. Racun, penamat hidup. 

Kau lah segala galanya. 

Please be my last love

Aku menunggu kamu disini. Setia di sini. Bila tiba masanya, katakan kepadaku.

Aishiteru 

Andai aku bukan jodohmu, katakan 

Sayonara..



p/s: maaf atas ganti nama kau dan aku
p/s: you know how much I love you. 

Sunday, February 12, 2012

Kegilaan aku terhadap Running Man

Yaa-Haa

Daebak!

Itu yang keluar dari mulut aku setiap kali menonton variety show yang paling best atas muka bumi ini. 



Running Man. Aku mula tengok show ni time tengah malam hari Ahad. Waktu tu aku teman adik aku tengok Arsenal main. Kalah pulak time tu. Dia frust. Terus tukar tv. Tukar punya tukar tiba tiba stuck dekat channel 393. OneHD. 



Aku mula mula tengok rasa macam variety show cina punya. Tapi lepas tu, Haha buat lawak. Mau tak gelak guling guling aku tengok. Episod 26 rasanya. 

Start dari situ lah aku mula mengorak langkah nak tengok RM lagi. Check buku guide, rupa rupanya RM tu start pukul 6.30 ptg hari Jumaat. Aku ni bangang pergi tunggu yang ulangan punya hari Sabtu 12 tgh malam. Bengong -.-'

Watak yang paling aku suka adalah:
  • Haha
  • Kang Gary
  • Jong Kook
  • Kwang Soo
  • Song Ji Hyo
  • Yoo Jae Suk
Aku suka Lizzy tapi dia sekejap jer dalam show tu. Paling aku tak suka Joong Ki dengan Suk Jin. Joong Ki sebab dia jambu dan Suk Jin terlampau bodoh. Dia eja princess macam ni P R I N S E S. Adoyai. Sengal betul. 



Tapi sedih sikit sekarang sebab Gary dan Ji Hyo dah tak jadi Monday Couple. Kalau nama still ada pun tapi peminat semua dah tahu Ji Hyo bercinta dengan CEO syarikat dia sendiri. Aku tumpang sedih dengan nasib Gary.

Cerita tentang Gary, tak sah kalau tak ada Haha. Ha Dong Hoon. Orang pertama yang berjaya buat aku terus suka dia dengan hanya 10 minit menonton RM. Damn! He's funny! :D 



Ha Dong Hoon atau Haroro atau Haha sangat memberi impak kepada RM. Tanpa dia RM tak akan lawak macam sekarang. Itu pendapat aku lah. Dia comel tapi dia mampu menghidupkan watak Bad Guy Haroro dan Playboy Haha. 

Satu lagi sebab RM disukai ramai sebab Kookie. Sparta Jong Kook dengan badan tough dan perut 6 pax. Dayyum! Semua perempuan suka dia. Untunglah

RM lebih dikenali ramai apabila MC kebangsaan mereka, Yoo Jae Suk turut serta menjadi tulang belakang show ini. Kalau dekat Malaysia, macam Aznil Nawawi lah lebih kurang. Boleh?



Kalau nak cerita tentang game RM nih, sampai esok aku karang pun tak habis. Pada awal RM mungkin PD tu tak cukup idea lagi, so game diulang ulang setiap minggu sehingga pesarta boleh tahu apa yang berlaku selepas ini. Tapi setelah 20 ke 30 episod, kita akan nampak perubahan misi pada setiap minggu dan adakalanya misi tersebut seolah olah IMPOSSIBLE. 



Dalam banyak banyak episod RM, aku suka episod Thailand dan 6 orang SNSD. Time SNSD tu, aku dapat rasa betapa bahagianya Gary, Haha dan Kwang Soo. Jong Kook macam malu malu sikit so dia tak nampak excited sangat. 



Masa tu Gary lupa Ji Hyo. Kerat jari la kalau dia tengok Jessica tapi teringat Ji Hyo. Hahaha.

Okaylah. Aku ada hal kejap. Nanti sambung lain. 

Adioss...


p/s: semua gambar amik dari episod SNSD. Malas nak search keywords lain

p/s: tiba tiba batuk time kunyah Mentos. Apa kejadah? Ex aku kutuk aku ke?