Yaa-Haa
Assalamualaikum
Hari sabtu yang lalu aku mengisi minyak RM20 je. Student, mana mampu nak isi full. Hari Isnin lagi RM10. Hari ini lagi RM10. Meter minyak aku main area E. Shit. Sumpah penat macam ni. Nak isi half tank terus takut nanti tak cukup bajet nak makan.
Atau pun kereta aku yang problem. Sebelum ini memang jimat habis. Tayar belakang dah botak. Duit lagi. Haish. What the H la jaga kereta ni. Itu ini dia mintak. Coolant pun dah dekat kering. Adoyai adoyai adoyai.
Minggu ni RM40 untuk kereta. Makan RM35 dan topup RM15. Lagi RM10. Err...lain lain lah kot. Entah.
Hai duit duit. Tumpahnya duit dari dompet laksana air hujan yang mencurah curah hingga ke ladang gandum. Siapa cakap budak akaun pandai main duit, pandai jaga duit, pandai estimate perbelanjaan. Sama jer weh. Boros macam budak kos lain jugak. Kami pun nak pakai itu nak pakai ini. Nak guna itu nak guna ini. Nak labur sana nak labur sini. Nak joli sana nak joli sini.
Haaaa. Bebai. Okay. Esok paper Costing. Semua tu kerja nak kira kos sahaja. Asyik kira kos syarikat ja, kos poket sendiri pun tak terkira lagi.
Adioss..
p/s: Paper MKT pagi tadi macam orang kampung cakap, walking in the park. Senang!!
No comments:
Post a Comment