Monday, October 24, 2011

Antara kegembiraan dan kesedihan

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Wah tajuk bukan main. Action! Okay, start berlakon sekarang. Ini bukan cerita cinta jiwang jiwang muntah darah. Kawan aku yang frust menonggeng pun dah okay. Kot! Aku call tapi tak dapat. Phone off. Bercuti gamaknya. Bersangka baik pulak aku kan. Entah entah dia commit suicide tak! Shit! Hell No! Ramai lagi girl dalam Malaysia ni dia boleh buat awek. Nonsense!

Okay. Aku merapu lagi sorang sorang. Haishhh. -.-'

Semalam ada 3 berita. Bercampur baur perasaan ni haa. Gila bajet ayat aku. Pertama, Marco Simoncelli mati kemalangan di litar Sepang. Bak kata kawan aku, hilanglah seorang permata rempit bertauliah dunia. 
Hurm, nice word actually.

Kedua, All Blacks menang Piala Dunia. Patut aku gembira ke? Semalam tengok ragbi 20 minit dengan adik tapi tak faham kejadah. Dia tanya aku, aku tanya dia. Macam orang bodoh je tengok ragbi semalam sebab tak faham rules. Haha. By the way, tahniah All Blacks

Ketiga, Old Trafford. Tak perlu aku nak ulas panjang. Aku cuma nak cakap, Fergie patut letak Jones bukannya Evans. Dia sayur. Jones more determine. He's everywhere. 

Campur ini, ke empat, pagi ini aku check Fantasy Premier League. Robert Huth tak main match semalam, so sistem buat autosubs. Dzeko ganti Huth. 12 points from Dzeko alone. Mujurlah ada dia. Aku bercampur baur. Nak sedih ke nak happy? Pening sudah. 


Gameweek 7 & 8, point aku sekitar 25 je. Minggu ni naik sikit. Oklah. GB league pun naik 1 anak tangga. Hehe. UiTM & Sail River League macam tak ada saingan. Bosan. (riak & takbur)

Okay. Tu aje nak cakap untuk harini. 

Adioss..

p/s: eh, sayang dah bangun? awal pulak harini. :P

Sunday, October 23, 2011

Barang yang lepas usah dikenang,kerana kenangan itu kadang kala menyakitkan



Kita diberi rasa untuk merasa. Di beri hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikir. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian. 




Selesai sahaja solat maghrib, telefon berdering menandakan panggilan masuk dari seseorang. Apabila dilihat pada nama. Termenung sejenak memikirkan kenapa sang pemanggil menelefon aku. Panggilan disambut. Serak basah suara pemanggil di corong talian. 

She takes it all..

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Tidak aku sangka hujan pada malam itu membawa khabar duka dari selatan tanah air. Aku sedih bila mengenangkan seorang kawan baik menderita akibat ditinggalkan. Setahun bersama, tiba tiba kekasih hati beralih arah kepada The Past. Itulah kenyataan yang perlu ditelan sekarang. Dia bakal lalui hari hari sukar berkeseorangan tanpa si dia disisi. 

Terlalu kejam cinta ini. Terlalu kejam kepada seorang pemain cinta yang ikhlas mencintai si jantung hati. Akhirnya dia kecundang. Entah apa silapnya apabila sang lelaki mula serius dengan si dia tetapi si dia pula yang merosakkan segalanya.



Selama setahun kasih disemai. Rasa cinta dan sayang berputik mekar di dalam taman hati dan akhirnya cintanya pergi begitu sahaja. Jangan sedih kawan. Menangislah, menangislah sehingga titisan yang penghabisan kerana selepas itu kau akan bangun balik. Bangun dari kesedihan ini. 

Maaf kawan, aku tak mampu berada dekat dengan kau untuk menenangkan kau dan mendengar segala cerita sedih kau. Aku tahu perasaan yang kau lalui ketika ini. 



Aku bukan pakar motivasi nak tiup semangat kau di pagi hari tapi aku merasai apa yang engkau rasa. Sangat perit. Bersabarlah. Berdoa pada yang satu. Andai kau baca entry ini, ingatlah tak semua yang kita rancang akan berjaya. Tak semua yang kita nak akan capai. 

Barang yang lepas usah dikenang,kerana kenangan itu kadang kala menyakitkan.

Adioss...

p/s: its time to forget the past and continue to proceed to the future sayang.

Saturday, October 22, 2011

Tips kesan dan elakkan diri daripada pembenci

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Korang ada hater? Atau pun haters? Amboi, kelas kau jah. Ramai benci kau. Kau ingat kau hot? Haha.
Ok. Stop nonsense. 

Hater. Pembenci. Orang yang benci / tak suka / meluat / menyampah dengan kita. Boleh faham apa yang aku nak maksudkan? Okay, bagus.

Hater tak semestinya benci dengan attitude atau perangai kita. Mungkin dia benci kita sebab kita sokong team juara, Manchester United. Sedangkan dia sokong team muda mentah, Arsenal. Mungkin!

Ataupun dia benci sebab kita berjaya menambat hati si dia. Rupa rupanya dia pun syok dekat girlfriend kita. Adoyai, langit tak selalu cerah bang. Sorry, gua menang :D
Okay. Itu contoh jer. 

Okay. Tips untuk kesan dan elakkan diri dari pembenci :

1. Block dia
Block haters dari segala jenis rangkaian sosial, Twitter, Facebook, Google+. Tapi kalau dah follow blog dia. Biar jelah. Tak perlu nak unfollow pun. Tak rugi apa apa pun. Itu pun kalau kita tahu dia benci kita. Ye tak?

2. Tanya dia suka kita atau tidak. 
Lagi bagus kalau dia boleh bagi sebab sekali. Mustahil lah hater nak tunjuk diri dia yang sebenarkan?

Amat : Kau suka aku?
Ani : Tak
Amat : Jadi kau benci aku?
Ani : Ish. Tak lah.
Amat : Dah tu? Janganlah benci aku
Ani : Yela yela. Aku tak benci kau.
Amat : Jadi kau sayang aku kan?
Ani : &%$#%^*& 

Okay ni dah tahap annoying.


3. Kalau kita tahu siapa benci kita, mesej dia 

Mesej : Aku nak keluar tengok wayang dekat Village Mall. Jangan pergi sana sebab kau benci aku. 

Lagi bagus kalau korang boleh tulis detail. Waktu, masa, hall, tempat duduk, cerita apa. Senang dia nak racun korang. Haha. Acah jer

4. Waktu berjalan pandang bawah
Kadang kadang kita tak tahu hater sedang memerhati kita, jadi kita pandang bawah sahaja. Selamat. Nampak macam humble sikit.

5. Kalau dia benci kita sebab pasukan bola. Kerap pakai jersi bola team kita
Secara automatiknya dia tak akan dekat dengan kita sebab sakit mata tengok jersi kita. Merah tu. Jersi team dia biru laut. Alahai. Tak mengancam langsung.

6. Kalau dia benci kita sebab kita kaya, bagi dia RM100k
Kemudian cakap,
RM100,000 ni bukan nilai persahabatan kita. Persahabatan kita tak ternilai harganya. Jika kau sudi nak jadi kawan aku lagi, nescaya lebih banyak kau akan dapat. Hehehe (Berhasil kepada mata duitan sahaja) 

See? dari nak elak dia benci kita, last last dia jadi best GILLETE friend kita.

Okay. Cukuplah 6 tips yang entah apa apa ni. Kenapa idea aku macam taik sangat nih. Ish. 

Sorry. Aku perlukan blogwalking yang intensif. Asyik baca Blog Serius ja. Sampai update blog pun dah jadi malas. (Alasan)

Adioss...


p/s : khusyuk betul sayang main game. ish ish ish :)

Tuesday, October 18, 2011

Mimpi, melabur dan kaya

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Semalam aku mimpi. Pagi ini aku mandi awal. Jangan fikir bukan bukan. Orang tua tua cakap, kalau mimpi tu bagus, jangan cerita dekat orang. Nanti mimpi tu tak akan menjadi. Jadi tak jadi tetap aku nak cerita sebab blog dah lama tak di update. Kesian silent reader aku.

Pagi tadi aku start jogging. Sebenarnya, tak adalah jog sangat pun, just berjalan laju. Nak build up stamina and bagi kaki serasi dengan jalan tar dahulu. Sebelum ni kaki dah naik lemak asyik diulit dengan selimut dan karpet tebal sepanjang hari. Waktu jogging pagi tadi, aku cuba recall mimpi aku semalam. Sehinggalah aku ternampak papan tanda taman perumahan. Haaa, dah ingat pun mimpi tersebut. Begini ceritanya:

Pada suatu hari, aku tak ada duit, waktu tu cuti semester. Twitter dan Facebook memang wajib bukak setiap hari. Entah macam mana Nabilatul Husna (coursemate) tweet :

Saya terlalu kaya, jika anda kesempitan wang, sila tweet saya. TQ.

Dengan pantasnya, aku call dia terus. Bla bla bla, akhirnya dia setuju nak bagi aku RM50, 000 dahulu. Keesokkan harinya, dia faks surat perjanjian. Dalam surat tu, agreement lah senang cakap. Ada tempoh bayaran balik, interest dan penalti kalau lambat bayar semua ada tercatat dalam agreement tu.

Yang aku cuaknya adalah, interest 5% sebulan. Kemudian, aku check dengan bank, dalam akaun aku ada RM 595,0000. 25 (5.95 juta). 25 sen tu baki sebelum duit tu di bank in. 

Aku : Kenapa kau bagi aku banyak sangat ni? Mana aku nak cekau duit banyak2 bayar interest kau lagi.
Husna : Ala, takpe, kau guna je dulu. Niat aku nak tolong kawan kawan.
Aku : Tolong mende charge sampai 5%. Pffttttt

Bila dah bukak sem baru, aku cepat2 beli 5 bijik rumah dekat Taman Lembah Bujang Indah fasa 5. Amboi kayanya. Lengkap dengan perabut kesemua rumah dan sewa rumah aku charge around RM400 ja. Harga student. Budak budak rumah aku duduk rumah corner lot. Rumah awek aku dekat tengah tengah. Tapi bayaran half je. Lagi 3 bijik rumah aku buat sewa. 

Aku melabur dekat 4 buah bank. Public Mutual, Hong Leong, Am Bank dengan OUB. kot. Aku pun tak ingat sangat. Long term saving acc. Fixed interest. Setiap bank RM 500,000.

Duit tu yang aku rolling nak bayar balik hutang pinjaman RM 6 juta.

 Haih, gila gila. Miskin pun susah, kaya lagi susah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ;)

Adioss...

p/s: Tapi dalam mimpi aku tu, aku tetap setia dengan Honda City '96 tu. Kenapa eh?

Wednesday, October 12, 2011

WW- Legendary striker

Yaa-Haa


People may laugh at his running and his dribble. But not his goals. One of the great legend at Old Trafford.

Ruud van Nistelrooy

Tuesday, October 11, 2011

Thank you old friend

Yaa-Haa

Alhamdulillah, aku dah tak emo macam kelmarin. Tak mengantuk pulak pagi ni. So, tak ada kerja. Update blog kejap. Pukul 11 nanti pergi gunting rambut. Aku rimas rambut panjang. Pukul 2 flight balik Melbourne.

Esok pagi aku ada speaking test MUET. Baru hari ini aku rasa gementar. Haha. Semalam boleh chill lagi. Siap cakap dekat coursemate : Ala, hang cakap ja. Macam tak pernah buat...

Lepak la. Harap harap diorang okay. Sebenarnya aku gugup. Langsung tak prepare. Shit!

I need a wake up call. Thanks friend. Setelah sekian lama tidak dengar kata kata nasihat, semalam aku akhirnya diberikan ceramah free. Hahaha. Tapi sebelum itu, aku semestinya kena marah dan maki di atas kebodohan dan kegopohan diri. 

Try to love yourself before love others.

Aku mulai jelas mesej yang dia cuba sampaikan. Bodohnya aku bila difikirkan balik. Tapi aku manusia yang sentiasa mudah membuat kesilapan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Kau hadir tatkala aku sangat sangat memerlukan.

Adioss...

p/s: header baru dalam pembikinan
p/s: good morning the past

Monday, October 10, 2011

Akhirnya ia tertumpah jua ke bumi


Yaa-Haa

Dari semalam aku cuba untuk bendung rasa ini. Cuba untuk tidak mengendahkan rasa ini. Folder Running Man dibuka. Episod demi episod ditonton. Handphone sengaja di silentkan. Tapi pada masa yang sama, mata melirik tajam ke arah handphone megharapkan panggilan pujukan dari si dia. Ya, memang dia call. 

Tapi, menghampakan. She act likes nothing happen and I must admit. She a good actress. Untunglah couple dengan pelakon. 

Rasa seperti sia sia sahaja segala penat lelah dan pengorbanan dilakukan. Bukan niat untuk mengungkit tapi sedikit penyesalan tetap terasa. Hati lelaki penuh dengan ego, tapi hati lelaki juga tahu apa itu sakit, perit, kecewa dan sedih.

Akhirnya, ia tertumpah jua ke bumi. Malam yang hening. Dalam pekat kegelapan malam. Ia tidak mampu menahan beban takungan yang terlalu lama. Ia turun seakan akan tidak mahu berhenti. Akhirnya terlena bersisa tangisan.

He's a man and he also crying

What goes around comes around. Aku percaya pada falsafah ini. Mungkin ini satu hukuman kepadaku di atas kesilapan lampau. Meninggalkan dia terkapai kapai tatkala hati inginkan kebebasan. 

Ya Allah, peritnya rasa ini. Ampunkan aku. Ampunkan segala kekhilafan ku sebagai hamba mu yang lemah lagi hina ini. Aku tak sanggup lagi menerima keperitan ini Ya Allah.

Tak semua tindakan kita adalah betul. Tak semua tindakan kita adalah salah.

Aku tetap sayang dia dan berharap dia kembali. Sumpah aku tak suka perasaan ini sekarang.

Adioss...

p/s: I love you

Sunday, October 9, 2011

It really happen

Arwah tok wan pernah cakap,
Orang yang kita paling sayang, dia lah yang buat kita paling banyak menangis sebab dia.

Finally, its happen. Terima kasih kawan. You awesome! 


Kawan

Wednesday, October 5, 2011

Terima kasih Blog Hitam

Yaa-Haa

Blog hitam. Lama juga aku tidak kesini. Aku tinggal kamu bersendirian sehingga bersawang. Di saat aku kesunyian kesepian dan kehilangan, baru aku menggerakkan tangan untuk klik pada bookmark "Blogger | Dashboard. Begitulah kamu digunakan setiap masa aku punya yang lain.

Di blog hitam inilah aku memarahi diri sendiri, memarahi orang lain, memuji orang dan meluahkan segala yang terpendam. Di sini juga kamu setia menjadi medium luahan rasa tuan mu yang kadang kala seperti kacang lupakan kulit. Mujurlah kamu tak mampu bercakap dan merajuk. Jika tidak sudah tentu kita akan bergaduh dan menangis setiap hari.

-biggest mistake is walk away from you-

Terima kasih blog hitam. Terima kasih kerana kamu tetap disini. Aku berharap dapat menggunakan khidmat kamu lagi selepas ini. Aku tak hebat dalam penulisan seperti Blog Hitam Bernafas Dalam Ego. Aku tak sepopular blogger Obefiend dengan Blog Serius. Aku juga bukan fenomena seperti Marya Hana, Nurul dan Maria Elena.

Aku hanya tipikal Blogger users. Hanya menulis bila perlu. 

Aku akan terus menulis menggunakan kamu kerana silent reader mahukan begitu. Mereka tetap baca apa sahaja yang aku tulis sama ada baik mahupun buruk. Mereka adalah the great loyal silent readers. 

Terima kasih blog hitam. Eh, rupa rupanya kamu sudah 1 tahun 5 bulan. Dah boleh berjalan baby saya ni. Hahaha.

Adioss...

p/s: saat melihat dia tersenyum sambil memeluk hadiahnya, aku lah manusia paling bahagia pada saat itu.
p/s: sakit rahang sebab senyum banyak sangat :)