Sunday, October 23, 2011

Barang yang lepas usah dikenang,kerana kenangan itu kadang kala menyakitkan



Kita diberi rasa untuk merasa. Di beri hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikir. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian. 




Selesai sahaja solat maghrib, telefon berdering menandakan panggilan masuk dari seseorang. Apabila dilihat pada nama. Termenung sejenak memikirkan kenapa sang pemanggil menelefon aku. Panggilan disambut. Serak basah suara pemanggil di corong talian. 

She takes it all..

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Tidak aku sangka hujan pada malam itu membawa khabar duka dari selatan tanah air. Aku sedih bila mengenangkan seorang kawan baik menderita akibat ditinggalkan. Setahun bersama, tiba tiba kekasih hati beralih arah kepada The Past. Itulah kenyataan yang perlu ditelan sekarang. Dia bakal lalui hari hari sukar berkeseorangan tanpa si dia disisi. 

Terlalu kejam cinta ini. Terlalu kejam kepada seorang pemain cinta yang ikhlas mencintai si jantung hati. Akhirnya dia kecundang. Entah apa silapnya apabila sang lelaki mula serius dengan si dia tetapi si dia pula yang merosakkan segalanya.



Selama setahun kasih disemai. Rasa cinta dan sayang berputik mekar di dalam taman hati dan akhirnya cintanya pergi begitu sahaja. Jangan sedih kawan. Menangislah, menangislah sehingga titisan yang penghabisan kerana selepas itu kau akan bangun balik. Bangun dari kesedihan ini. 

Maaf kawan, aku tak mampu berada dekat dengan kau untuk menenangkan kau dan mendengar segala cerita sedih kau. Aku tahu perasaan yang kau lalui ketika ini. 



Aku bukan pakar motivasi nak tiup semangat kau di pagi hari tapi aku merasai apa yang engkau rasa. Sangat perit. Bersabarlah. Berdoa pada yang satu. Andai kau baca entry ini, ingatlah tak semua yang kita rancang akan berjaya. Tak semua yang kita nak akan capai. 

Barang yang lepas usah dikenang,kerana kenangan itu kadang kala menyakitkan.

Adioss...

p/s: its time to forget the past and continue to proceed to the future sayang.

No comments: