Wednesday, March 30, 2011

So, what the plan?

Yaa-Haa

Assalamualaikum

So, what the plan? The plan is just a plan. So fuck up the plan. Kadang kadang kita merancang sesuatu yang belum tentu jadi. Of course lah, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. 
Aku dah berputus asa untuk ajak seorang budak perempuan ni keluar makan makan, lepak lepak.
 
Yup, budak ok? Sebab dia rendah dan kecil dari aku. Mungkin tak rendah sangat, tapi aku tak tinggi sangat pun.
 
Motif? Dulu aku kawan baik dia. Awal awal sem dulu bukan main kamceng, setiap kali aku habis kelas LAW, 
Hello, Ad Juwara jom, 
Hello, Nasmee Tomyam jom,
Assalamualaikum, Err.. Kedai Pak Tam jom. (time sengkek)
 
*Kedai Pak Tam kedai paling murah  dan tak tetap area Lembah Bujang. 
Nasi goreng kampung + nasi lebih + telur mata + teh o ais laici = RM 4.50

Jawapan dia, JOM!!!

Sekarang : 
Ala, sorry, tak boleh.
Hello, aku ada test malam esok.
Anda terlambat 2 saat kerana saya baru lepas makan.
Err..pakwe aku tak bagi keluar rumah malam2 

Ok. alasan yang last sekali tu memang desperate habis.



Aku just nak borak borak hilang bosan, gelak gelak. Dengar perkembangan dia, cerita perkembangan aku, sembang bohong (ni aku selalu buat dengan dia). Itu sahaja. Bukan aku nak ambil kesempatan atau kelambatan ke atas dia.

Geez. It can't be helped. Sekarang aku hanya perlu menghantar mesej dan menunggu jawapan dia. 
Yes or No.

Yaaa. Aku rindu kamu sekarang.
What? Do you think I will miss you that much? Dream on. 
Of course I'm kidding.
But, I really miss that time, we compare our meals, we laugh and we eat together.

Adioss....

p/s: kalau kamu baca, tolong call or explain to me briefly where the hell you going? why you so busy? how your dinner?I'm really really miss you.

Saturday, March 26, 2011

Karaoke punya pasal

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ehem ehem...

Sakit tekak. Dari semalam, eh bukan, dari hari Khamis lagi sakit tekak. Nak telan air liur pun susah. Sebelum ni aku tibai ais, milo, teh o ais laici apa bagai, tak pulak nak sakit tekak. 

Hari Rabu ritu, lepas beli barang rumah dengan Syafik dan Miki dekat Tesco Sg Petani Selatan (saja nak tukar angin, pegi shopping kat situ) kami ke Pusat Karaoke Keluarga dekat Lagenda Heights. Sebelah Econplus. Dekat situ murah. RM 1.20/ lagu. Murah kan?



*Tauke, aku dah promote kedai you. Nanti kasi discount.

Entah berapa lagu melalak, minum air mineral beli dari kaunter depan. Demm betul, bangun pagi esok, sakit tekak. Mujur masih boleh mengucap dua kalimah syahadah. Menguap? Lagi lah boleh.

Hari ini pun pergi melalak lagi. Adoyai. Bertambah tambahlah sakit tekak aku ni. Nak pergi cari Strepsils.


p/s: best jugak melalak lagu Tragedi Oktober, ekeke :P

Adioss...

Balance Shit instead of Balance Sheet

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Aku tak suka jadi budak akaun. Tak suka. Tak suka. 
Aku tak suka sebab 2 tahun belajar buat Balance Sheet tak pernah balance. Hebat kan? Mana ada lagi pekerjaan atau topik yang mengambil masa hampir 2 tahun untuk mempelajari dan mempraktikkan benda dan format yang sama berulang kali tetapi tidak pernah berjaya. 

Inilah perasan aku setiap kali dapat Balance Sheet tak imbang

Even dalam kelas, lepas 3 kali padam jumlah aset dan liabiliti dan usha jawapan kawan sekeliling, baru Balance Sheet aku balance. Shit right?

Dalam test mahupun final. Aku selalu tinggal Balance Sheet.Tak pernah buat sebab aku tahu tak pernah balance.

Kawan aku cakap, perakaunan ini ibarat kahwin 4. Kahwin 4 sudah semestinya kita kena adil dan saksama. Akauntan di ibaratkan sebagai ketua keluarga. Jika akauntan berjaya mengimbangi Balance Sheet mahupun Trial Balance, maka dia seperti ketua keluarga yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai lelaki yang kahwin 4.

Adil dan saksama. Banyak mana jumlah aset, banyak tu jugalah jumlah liabiliti.

Unbalanced | Aku sendiri tak tahu apa motif aku letak gambar ni

Masalahnya, aku bukan nak kahwin 4. Aku nak tengok Balance Sheet aku balance. That all. Grrr. Geram dengan akaun.

Tahun lepas aku suka sangat guna alasan:
Aku tak ada basic akaun

Tapi sekarang, maybe its sound weird but I actually start to love accounting. Everyday I walk, I talk, I go everywhere, I never ashamed to be accounting student.

Maybe 2 to 3 years, I'll come back as 
GTK
Great Teacher Khairul
your
Accounting Teacher in service

(background music: Driver's High by L'arc-En-Ciel)
GTO Theme Song
Want to be like him | Make school fun
Motif sangat tulis panjang panjang.

Sebenarnya, aku nak cakap aku ada kuiz esok pagi. Branch, FAR200
Wish me luck

p/s: sorry for broken grammar, itu pentingnya English education, kata Usop

Adioss...

Friday, March 25, 2011

In relationship? Its meaningless

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Ini entry personal. Tak suka? Sila tekan tanda X di atas. Terima kasih

Relationship sometimes meaningless. Bermula dengan Facebook/Twitter/Blog/YM, minta nombor, mesej, call, jumpa, date, tengok wayang, main bowling, makan, beli hadiah, hantar balik sampai rumah/kolej. Sangat tipikal kan? Semua orang pernah buat benda benda tu.

Kadang kadang aku hairan, kenapa perlu buat benda seperti itu. Penting ke? Kenapa? Aku tiada jawapan untuk soalan itu yang aku sendiri pernah buat. Demm =.=*

Kawan aku pernah cakap jadi perempuan best. Dapat pula boyfriend yang pandai bergaya, ada kereta sport dan berpoket tebal. Boleh bahagia ke? Boleh jamin masa depan ke? Err, mungkinlah.
Selagi ada duit, selagi tu ada cinta. Gitu? Adoyai, sempit sungguh pemikiran.

Kalau ada baca entry aku yang lepas lepas. Aku dah buat perjanjian dengan 8-10 orang budak kelas. Aku tak akan couple sampai habis diploma. Mungkin aku akan teruskan dengan janji tersebut.

Nadya cakap aku ego. Ok. Mungkin. Ramai cakap laki tak pernah lunaskan janji mereka. Tetapi aku cuba, bukan, aku buat janji aku menjadi kenyataan. Tak semua lelaki jahat. Tak semua lelaki mungkir janji. Tak semua lelaki suka main perempuan.

Ego in love | They also have a price


Its hard to confess but I like N**** *****. Biarlah apa orang nak kata. Dah hati aku cakap macam tu. Dari dulu lagi suka dia cuma bukan jodoh aku dengan dia. Ada saja halangan aku nak rapat dengan dia. But now, I'm done. I'm done chasing her. I do like her but I'm done chasing her.

Yes I do like you

Berapa kali nak ulang der??

The end of the day, kalau cita cita aku menjadi kenyataan. Aku akan tinggalkan UiTM. Mungkin UTM destinasi seterusnya. Bachelor in Education. Tengoklah macam mana. Aku lebih percayakan hubungan rakan rakan dari kekasih. Sejauh mana pun kita, selama mana pun kita menghilang, tetap namanya kawan. 
Kalau kekasih?
Katakan:
Seorang Arau , seorang Skudai. 
Tup tup.. baru sebulan dah ada orang baru.
What The Fish?

Yeah you're right | I go this way, you go that way

That why in relationship with someone right now seem to be meaningless.


Not all. Certain only. Aku tabik lagi salute kat Mr Dat, even dia jauh dari Cik Pqa. Diorang tetap ok. Tetap macam dulu.

Hubungan yang sebegitu perlukan kepercayaan yang tinggi. Tahniah! Semoga sampai ke jinjang pelamin.

Entah apa aku melalut ni. Maaf. Ini cuma isi hati aku. Tak berniat nak luka, sentap mahu pun menyedihkan sesiapa secara terang terangan mahupun sinis.

Adioss...

Tuesday, March 22, 2011

Mesej yang tak disangka sangka

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Guess what? Aku baru terima mesej dekat FB, seorang MC UiTM Perlis ketika Ustazah Nur Bahyah datang ke sana tahun lepas. Aku pernah buat entry ini. Kawan dia yang beritahu dia pasal kewujudan gambar dia ketika dia jadi MC tahun lepas. 

Nama dirahsiakan


Bukan main penat aku cari tuan punya gambar ni. Akhirnya jumpa juga. Tapi, tadi tak sempat tanya umur dia, tup tup offline. Adoyai. Harap harap dia 1991 bukan 1990 :P

Mimpi lah kau. Dia superb gorgeous, kau? Ada apa?
=.=*

Esok seluruh calon eh bukan calon, pelajar yang mengambil SPM akan menerima keputusan mereka. 
Good luck kepada semua pelajar yang mengambil SPM di seluruh Malaysia.

SPM | Sijil Penentu Masa depan


p/s: tak sabar menunggu result Izzy
Adioss...

Sunday, March 20, 2011

Sekitar Malam Gala SISDA 2011 (Gambar)

Yaa-Haa

Assalamualaikum Malaysia

Seperti yang dijanjikan. Ini ada sedikit gambar pada Malam Gala SISDA yang berlangsung pada Jumaat malam (18/3/2011)


























credit to-

  • Nikon D3000
  • Nana Atyn (bg pinjam kamera)
  • All DIA Part 4 students
  • All handsome & gorgeous Dinner's exco
  • All Part 1 students
  • All Part 6 students
  • Attending lecturers

Adioss..

Saturday, March 19, 2011

SISDA Gala Night : Terima kasih semua

Yaa-Haa

Assalamualaikum. Hello there all accounting students.

Fuh. sangat penat semalam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar Perakaunan UiTM Kedah dari Part 1 hingga Part 6 yang sudi menghadiri dan memeriahkan Malam Gala SISDA. International Cultures and Weddings Night.

Ok. Semalam,semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah pada awalnya dan semua masalah berjaya diatasi. Bagi pandangan aku, cukuplah dengan abang kakak Part 6 balik dengan muka ceria, that good enough for me. Memang Dinner dibuat khas untuk meraikan mereka.

Aku masih mengantuk dan keletihan. Gambar gambar baru transfer dalam laptop, tak proses lagi. Insyaallah esok aku upload gambar Dinner semalam.

Adioss...

p/s: apabila kedua dua pihak sama sama meleburkan ego, berlaku sedikit perbualan. Harap ia diteruskan
p/s: nak sambung tidur

Friday, March 18, 2011

Girl's thing :When Devil wears Prada

Yaa-Haa
 Hello there everyone

Aku terjaga pukul 4.36 a.m. and I couldn't continue my sleep. Ok then. Aku belek segala movie yang aku ada dan decide nak tengok cerita Devil Wears Prada.

Lepas tengok movie tu (actually baru habis tengok) aku baru terfikir kenapa girl perlu ada lebih dari 1 handbag, kena ada at least 3 kotak kasut, perlu ada bermacam macam corak dan warna untuk shawl, tudung dan selendang. All this things is Fashion. Fashion is how you make your day. Fashion is your characteristic and fashion is all about obsession.

Girl, please correct me if I'm wrong. I'm intentionally not trying to get all this kind of girl who have very massive amount of taste and preference about fashion. I like to keep it simple.

Okay, back to the topic. Eh, apa tajuk kita tadi? A'ah. Ok. Pukul 8 malam ini akan bermulanya SISDA Gala Night. Seriously, I'm nervous. Aku hanya akan pakai sesimple yang mungkin sedangkan kawan2 perempuan, senang cakap, classmates aku semuanya melaram sakan. Baju dah beli sebulan sebelum Dinner. Ok. Thats ridiculous. But them? Its how to make your great night. Jeez. It can't be helped.
So, apa yang aku nervous sangat adalah bagaimana penerimaan aku terhadap kaum kaum ini. Ya. Tak salah satu sem sekali melaram, tapi, entahlah. Haha. I'm speechless.

Sebenarnya, aku bukan nak cakap sangat tentang fashion kerana aku seorang yang buta fesyen. (Dah tulis panjang panjang tentang fesyen, kau cakap tak cakap tentang fesyen? Damn you!!)

Girls, tolong jangan sentap dengan entah apa yang aku merapu dekat atas tentang fesyen apa bagai. Bukan niat aku nak condem benda alah ni ok? Maaf.

If devil wears jersey, it will become Man Utd

Kalau kita tengok cerita Devil Wear Prada kan? Dah tengok ke belum? 
Ceritanya sangat berkait dengan realiti sekarang. 
When you boss, you are the King.
Apa kejadahnya itu. Pekerja bekejar kesana kemari semata mata dengan benda remeh bin temeh.

Tema cerita ini juga boleh dikatakan sebagai obsession to work. Kadang kadang cerita ni menampar pipi aku sendiri. Aku terlalu sibuk dengan hal Dinner dan assignment (haram tak banyak mana pun)
sampai ayah aku call nak jumpa kejap pun tak boleh. Apa yang aku dah buat ni?

Fashion needs Egoism


Yup. Aku stress dengan kerja sebagai Exco Publisiti. Itu ini, semua aku. Pembantu? Tak ada sebab setiap kali tanya semua tak ada, tak tahu dan bila aku tanya ada Photoshop ada tak? Dia tanya aku balik. Apa kejadahnya tu? Kedai gambar jawapan aku. Senang. So, I.m worked alone, I'm screwed it up and I'm done.
Pening pening pun kerja semua dah settle. Alhamdullilah.

Ayah, abang minta maaf sebab tak ada masa nak jumpa ayah minggu ni. Kalau tak ada aral melintang, maybe minggu depan balik kot. Tu pun kalau tak ada lah. Ayah rindu abang ke rindu kereta? (Soalan sentap di situ)
Awat senyap?

Hahaha. Ok. Ayah aku tak mungkin baca blog ni.

Ok. Have a good day. Wish us luck for incoming dinner tonight.

Adioss...

Sunday, March 13, 2011

Beza maki hamun dan caci cerca

Yaa-Haa

Hello there world

Wow! Bombastik tak ayat aku hari ini? Caci cerca? Tak pernah ada dalam kamus dewan bahasa. Kalau ada sila cakap Khai Mr. Bombastik sekarang. Ok. Itu tak lawak

Maki hamun dan caci cerca. Sama ke? Gila lah kalau sama

FUCK | Common word we used everyday

Maki Hamun
Maki hamun lebih kepada menggunakan kata kata kesat dan intonasi  dan nada suara yang keras dan tinggi. dalam bacaan Bahasa Melayu akan ada tanda seru (!). Sengaja aku tunjuk macam mana rupa tanda seru itu kerana masih ada lagi pelajar universiti tidak tahu apa kejadahnya nama tanda itu. Pergerakan tangan seperti mengangkat 1 jari di tengah tahu pula. Inilah manusia. Maki hamun selalunya di gunakan oleh golongan lelaki yang terkenal dengan keangkuhan serta panas barannya. Laki yang tak baran tak cool. Siapa setuju? Haha Selalunya kaedah ini digunakan dalam pergaduhan mulut, ketika menyaksikan perlawanan bola sepak atau di atas jalan raya. So, faham faham sendirilah bagaimana ia diaplikasikan. Nak contoh ke?



Caci cerca
Caci cerca digunakan ketika dalam keadaan tenang. Senang cerita ia adalah adik beradik perli cuma ia lebih kasar berbanding perli. Caci cerca digunakan ketika berhadapan dengan orang yang kita nak caci. Begitulah lebih kurang. Perempuan gemar menggunakan caci cerca ini kerana mungkin nampak lebih sopan barangkali. Jika menggunakan kaedah maki hamun mungkin orang akan tengok seperti dia terkena histeria, jadi jalan terbaik untuk menjatuhkan seseorang dengan mulut bagi seorang perempuan adalah bukan dengan meniup tetapi mencaci. Ada faham? Baguslah begitu kerana aku sendiri kurang memahaminya. Girl is complicated. Bagaimana rupa caci? Tak pernah tengok drama melayu atau sinetron indon? 



Setelah lama mengkaji persamaan antara maki dan caci aku dapat tahu bahawa kedua duanya berdosa. So kau maki dapat dosa, kau caci pun dapat dosa. Moral of the story, jangan caci maki orang sesuka hati.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update apa. Kalau cikgu korang tanya apa beza maki dan caci, jangan ambil entry ini sebagai sumber rujukan ok? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Bombastik sangat ayatnya. Adoyai.

p/s: present BEL 312 tomorrow, wish me luck!
p/s: Semakin hampir dinner, semakin banyak kerja aku yang tertunggak

Adioss..


Saturday, March 12, 2011

I wish but I miss you

I wish 

I wish to see you

I wish to miss you

I wish to see you smile again

I wish to talk to you like another day

I wish

Just wish

I wish i realize i miss you so badly

i wish i have spent much time with you

only wish

just wish

and continue wish

you there

but

now you're gone

right now when you look me

very pathetic right?

maybe its right to you go

but i'm really really miss you

i wish you happy there

~sayonara~

Al- Fatihah
disedekahkan kepada dua orang insan yang terbaik yang pernah aku ada

Mohd Sharafuddin Bin Suaidi
&
Liya Bt Nordin

Orang sibuk concern bagai nak rak dengan Tsunami di Jepun, aku sibuk dengan Merong Mahawangsa pulak

Yaa Haa

Hello there Malaysian and Nippon

Maaf semua. Semua orang tengah bersedih tentang tsunami yang melanda negara pengeluar anime paling berjaya di dunia sedangkan aku leka lagi excited dengan Hikayat Merong Mahawangsa.

Maka dengan itu hatta sekalian alam ini turut musnah dilanda ribut badai sehingga memecah belah kan sebuah negara yang gah di mata seluruh mergastua serta sekalian makhluk bumi yang ada.

Maaf. Saya terpengaruh dengan suara latar cerita Hikayat Merong Mahawangsa itu tadi. Teringat zaman sekolah menengah. Sorang sorang kena baca cerita lama di depan waktu subjek Bahasa Melayu Komsas. Lepas lepas baca tu rasa macam berada di zaman Hang Tuah. Hatta maka. Hahaha. Lawak. Tapi itulah seni bahasa dan sanjungan kita generasi sekarang hasil hikayat dan bahasa di zaman silam.

Ok. Saya ingin menyampaikan sedikit kata kata semangat kepada rakan rakan yang berada di Jepun sama ada yang terkena tsunami mahupun tidak.

Uzumaki Naruto, Onizuka Eikichi, Uchiha Sasuke, Kobayakawa Sena. Baca ini.







Orewa Khairul Adilah wa, Nippon niokeru tsunami no gisei-sha no gisei-sha ni aitō no i o arawashite. Nippon ni wa, subete no hitobito wa,-shin no utagawa rete iru. Anata ga gaman shite, subete no hōpu.
Watashi wa nani ga okotta no ka to kanashiku naru. Anata wa subete ni kansha shimasu. Kōun
Aku harap dengan kata kata semangat aku ni. Dorang boleh survive. Ok. Tu je nak cakap. Aku nak sambung kerja BEL 312. Actually tak start lagi =.="

Adioss....

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Yaa Haa

Hello there Malaysian

Aku rasa nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi tak tahu bila. Ada siapa siapa nak teman? Jom. Sendiri tengok sendiri belanja. Aku ingat nak ajak orang tu. Tapi dia 50 50. Maybe ajak Anis Tasnim kot. (cuba nasib). Kalau tak pun ajak Nadya atau Aien
Tapi lagi best kalau ajak member rumah. Ok. Pagi ni nak siapkan BEL312 dulu. lepas Jumaat nak pergi usha tiket. Kalau orang tu tak dapat tengok. Member rumah la jadi mangsa. Ayuh kawan kawan!!

Malay : Hikayat Merong Mahawangsa
International : The Malay Chronicles Bloodlines

Wednesday, March 9, 2011

Kamu hebat dimata ku

Yaa-Haa

Hello there Malaysian.

Hidup ini penuh pancaroba. Kalau tiada pancabora, tiada cabaran bukanlah hidup namanya. Hari hari kita dilanda masalah. Aku sekarang dilanda sejenis penyakit. Aku tak pasti sama ada ia berbahaya, merebak atau boleh membawa maut atau tidak.

Feeling Disorder
Waiting for someone

Apakah ini? Aku sendiri kurang arif dengan penyakit ini. Kadang kadang ada, kadang kadang tak ada. Tetapi ia berlarutan. Penyakit ini muncul ketika aku mendapat mesej atau call dari certain nama sahaja. Tapi aku rasa masih normal sekiranya aku excited untuk angkat call dari perempuan. Kalau aku berdebar debar angkat fon daripada lelaki, aku rasa patut buat pemeriksaan jantina selepas ini. Syukur Alhamdulillah aku masih normal. Tetapi aku kadang kadang tak suka konflik ini. Otak cakap tak, hati cakap mahu. Vavi betul. Otak dan hati sentiasa bergaduh antara satu sama lain. Ketika inilah aku seperti lalang. Melentok kemana sahaja mengikut tiupan angin. 
Aku selesa dengan dia. Tapi kenapa setelah berjauhan? Kenapa tidak apabila dia berada disini dahulu? Dulu dia disini. Ya. Di UiTM Kedah. Sekarang dia di UiTM Puncak Perdana. Aku selalu panggil dia Orang Puncak dan dia gelar kawan kawan dia di sini, Merbok.

Aku tak percaya cinta


Terus terang aku cakap aku hanya mesej dan call sahaja. Tak pernah berhadapan dengannya walaupun sekali even dia cakap dia pernah bertentang mata dengan aku dan beberapa kali selisih ketika di UiTM Kedah ini. Tetapi aku? Tidak tahu siapakah gerangannya. Sumpah aku teruja dapat kenal dia. Dia bukan perempuan tipikal yang selalu aku tengok. Dia seorang yang mempunyai maruah dan polisi yang boleh dikatakan hebat. Yaa. Dia hebat di mata aku. Dia cool. Dia memahami. Yang paling penting, dia GILA.

Sudah banyak kali mulut celupar aku ni cakap benda yang agak pedas dan menyakitkan hati. Tetapi dia. Sangat cool. Dapat menerima lawak kasar aku. Kadang kadang lawak kasar aku tu kawan aku yang laki pun sentap. Tetapi tidak dia. Bagi aku dia hebat. Hebat dengan caranya.

AKU SUKA DIA
AKU SAYANG DIA
AKU HORMATI DIA

Adioss....

Monday, March 7, 2011

Apa perbezaan antara kawan baik dan teman tapi mesra

Yaa-Haa

Assalamualaikum. Hello there Malaysia.

Ada perbezaan antara kawan baik dan teman tapi mesra?

Ada tak agak agak?

Aku rasa ada. Ini menurut perspektif aku sendiri yang sememangnya aku pakai spek. Take note. Sesiapa nak boyfriend yang specky. Hello!! I'm here. Oh maaf. Promote diri kejap. Back to the topic.

Kawan baik.
Kawan yang boleh dibawa kedalam dunia kita. Dia boleh bersama kita time senang mahupun susah. Dia juga yang banyak tolong kita dari semua segi dari soal pelajaran, kewangan, sehingga ke percintaan. Dia ibarat penasihat peribadi dan kadang kadang seperti abang/kakak yang sayang kepada adiknya. Begitu lah kot. Ini definisi aku. Kalau tak puas hati, boleh tulis kat komen nanti. Baca sampai habis dulu ok? Orait.

Teman tapi mesra.
Selalunya orang cakap teman tapi mesra ni macam skandal ataupun pra awek/pakwe. Macam tu ke? Teman tapi mesra. Of course dorang mesra bukan. Kadang kadang keluar sekali, makan sekali. Gelak gelak sampai keluar air mata. Melawak. Kadang kadang melawak kasar. Dah nama pun teman tapi mesra. Memang mesra setiap masa. Tak pernah emo walaupun sesaat. 



Kebaikan kawan baik dan teman tapi mesra

Kawan baik.
Kemana pun kita pergi. Dia ada dengan kita even jauh. jauh dimata dekat di hati. Dia ibarat Mr/Mrs Fix. He/She can solve all our problem. Sometime we need other than best friend to solve our problem. Kawan baik selalunya pendengar yang setia. Dia sentiasa mendengar masalah anda bilamana ande perlukan dia.

Teman tapi mesra.
Kawan seperti ini akan bertindak seperti buah hati kita tetapi tidak melebihi tahap yang dibenarkan. Kongsi keinginan yang sama, mungkin serasi. Banyak membantu kita dalam kehidupan kita. Kadang kadang dia seperti dadah. Kita ketagih untuk bercakap, mesej, atau pun berjumpa dengan dia.Kelebihan kawan seperti ini adalah kita boleh layan dia macam kita layan kawan sejantina tanpa perlu berkompromi dengan masalah berlainan jantina. Cool der. Aku tak malu dengan kau. Jangan nak baik sangat lah. Teman tapi mesra aku cakap cam tu dekat aku. Hehehe

Kekurangan kawan baik dan teman tapi mesra.

Kawan baik.
Jangan sesekali memulakan ataupun meng upgrade status anda daripada kawan baik kepada in relationship kerana itu bukan jalan terbaik. Lebih banyak mendatangkan masalah dari kesenangan. Bayangkan, anda kapel dengan kawan baik anda. Suatu hari, korang gaduh. Kemudian ko pulak pergi jumpa awek ko.
Cth: 
Kau : Wei, ko kena tolong aku. Awek aku merajuk. Ko kan kawan baik aku.
Awek/Bestfriend ko: Erk???

Nampak? Timbul konflik di situ. Bagi aku agak susah nak differentiate antara kawan baik dan kapel bila kedua duanya adalah orang yang sama.



Teman tapi mesra.
Konflik perasaan. Bila selalu bersama dia. Kita akan kenal dia dengan lebih rapat. Kemudian mungkin kita akan suka kepadanya. Soal hati kadang kadang Hakim pun tak dapat selesaikannya. Sekiranya anda tiba tiba berhajat untuk menjadikan dia special one anda tetapi ditolak kerana dia hanya aggap anda kawan ataupun teman tapi mesra. Tak ke frust menonggeng kau? Susah kan. Tapi kalau 2 2 on. Ok jer. :)

Kesimpulan. 
Lebih baik ada kawan dari hidup sorang sorang.
Teman tapi mesra orang lain, kawan baik lain orang. Special One and your future Husband/Wife are the same person.

p/s: selsema sebab nak tengok bola punya pasal.
p/s: berbakul bakul maki hamun aku dapat dari teman tapi mesra aku semalam. Best!! haha

Adioss....

Friday, March 4, 2011

I just haven't met you yet

Yaa-Haa

Aku bosan bosan. Aku geledah Youtube dan jumpa ini. Aku suka sangat lagu ini. 


Just haven't met you yet - Michael Buble

I'm not surprised, not everything lasts
I've broken my heart so many times I stopped keeping track
Talk myself in, I talk myself out
I get all worked up then I let myself down

I tried so very hard not to loose it
I came up with a million excuses
I thought, I thought of every possibility

And I know some day that it’ll all turn out
You'll make me work so we can work to work it out
And I promise you kid that I give so much more than I get
I just haven't met you yet

I might have to wait, I’ll never give up
I guess it's half timin and the other half's luck
Wherever you are, whenever it's right
You'll come outta nowhere and into my life

And I know that we can be so amazin
And baby your love is gonna change me
And now I can see every possibility

Somehow I know that it’ll all turn out
You'll make me work so we can work to work it out
And promise you kid I'll give so much more than I get
I just haven't met you yet

They say all’s fair in love and war
But I won’t need to fight it
We'll get it right and we'll be united

And I know that we can be so amazin
And bein in your life is gonna change me
And now I can see every single possibility

And someday I know it'll all turn out
And I'll work to work it out
Promise you kid I’ll give more than I get

Oh you know it'll all turn out
And you'll make me work so we can work to work it out
And promise you kid to give so much more than I get yeah
I just haven't met you yet

I just haven't met you yet
Oh promise you kid to give so much more than I get
I said love love love love love love love
I just haven't met you yet


Aku belum jumpa 'dia' lagi.

Adioss....

Thursday, March 3, 2011

Aku mahu pulang

Yaa Haa

Apabila selesai semua jenis test apa bagai. Inilah masa terbaik untuk merehatkan diri. Aku rasa aku perform untuk 3 test (FAR, LAW, QMT) , average effort untuk 2 test (MAF, AIS) dan worst untuk test 1 (ECO). Adoyai.

Aku nak balik Baling minggu ni. Rindu rumah. Rindu Mama,Ayah, Adik. Rindu Astro ESPN StarSport. Rindu Raja Lawak. Rindu Streamyx yang LAJU. Motif sangat cakap macam tu. Minggu depan bertukar angin pula. 2 tayar menjadi 4 tayar. Wink Wink. Bawak kereta pula minggu depan. Nak menyesakkan UiTM.

Internet laju | anda terpaku seketika kerananya


Ada tak shortcut yang boleh sampai rumah dalam masa 30 minit ke? Ada? Kenapa Baling-Sg Petani tak buat highway? =.="

Wednesday, March 2, 2011

Of course he ruin the game.

Assalamualaikum.

Well hello there. As you all might be able to see my blog background is black right?

(Ini Bukan Anwar Hadi)

Okay.That not my style.

Yaa-Haa

Hello there. Did you see the BPL match between Chelsea and Manchester United right now? As you might be able to see Chelsea win the game because of referee stupid decision. I don't think Alex Ferguson can take chin on that. I believe he will react angrily because of biased referee decision.

Ok. Back to my simple and understand language. Malay.

Dari apa yang kita dapat lihat daripada perlawanan sebentar tadi, pengadil tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna. Terlalu banyak  high profile errors yang dibuat oleh pengadil pagi ini.
(pada pendapat aku la)

For your information:
Chelsea 2
-David Luiz
-Lampard (pen)

Man Utd 1
-Rooney

Rooney got striking goal in this match.


Kegagalan pengadil melihat Luiz mengasari Rooney, Ivanovic mengasari Nani dan kebodohan pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila Chris Smalling hanya melihat bola tanpa ada niat untuk melakukan terjahan tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Aku tak ingat siapa pemain Chelsea yang langgar Smalling sehingga dia jatuh dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

What the Fish la pengadil.

Itu lah yang dinamakan permainan.

Sometime we lose, sometime we win.

Tapi point aku dekat sini.

PENGADIL BIAS!!

Geram tahu tak bila pengadil menjahanamkan sebuah permainan pantas sehingga berlakunya kemeriahan layangan kad. Demm.

He ruin the beautiful game. He totally more worst than scum.

Adioss...