Yaa-Haa
Assalamualaikum. Hello there Malaysia.
Ada perbezaan antara kawan baik dan teman tapi mesra?
Ada tak agak agak?
Aku rasa ada. Ini menurut perspektif aku sendiri yang sememangnya aku pakai spek. Take note. Sesiapa nak boyfriend yang specky. Hello!! I'm here. Oh maaf. Promote diri kejap. Back to the topic.
Kawan baik.
Kawan yang boleh dibawa kedalam dunia kita. Dia boleh bersama kita time senang mahupun susah. Dia juga yang banyak tolong kita dari semua segi dari soal pelajaran, kewangan, sehingga ke percintaan. Dia ibarat penasihat peribadi dan kadang kadang seperti abang/kakak yang sayang kepada adiknya. Begitu lah kot. Ini definisi aku. Kalau tak puas hati, boleh tulis kat komen nanti. Baca sampai habis dulu ok? Orait.
Teman tapi mesra.
Selalunya orang cakap teman tapi mesra ni macam skandal ataupun pra awek/pakwe. Macam tu ke? Teman tapi mesra. Of course dorang mesra bukan. Kadang kadang keluar sekali, makan sekali. Gelak gelak sampai keluar air mata. Melawak. Kadang kadang melawak kasar. Dah nama pun teman tapi mesra. Memang mesra setiap masa. Tak pernah emo walaupun sesaat.
Kebaikan kawan baik dan teman tapi mesra
Kawan baik.
Kemana pun kita pergi. Dia ada dengan kita even jauh. jauh dimata dekat di hati. Dia ibarat Mr/Mrs Fix. He/She can solve all our problem. Sometime we need other than best friend to solve our problem. Kawan baik selalunya pendengar yang setia. Dia sentiasa mendengar masalah anda bilamana ande perlukan dia.
Teman tapi mesra.
Kawan seperti ini akan bertindak seperti buah hati kita tetapi tidak melebihi tahap yang dibenarkan. Kongsi keinginan yang sama, mungkin serasi. Banyak membantu kita dalam kehidupan kita. Kadang kadang dia seperti dadah. Kita ketagih untuk bercakap, mesej, atau pun berjumpa dengan dia.Kelebihan kawan seperti ini adalah kita boleh layan dia macam kita layan kawan sejantina tanpa perlu berkompromi dengan masalah berlainan jantina. Cool der. Aku tak malu dengan kau. Jangan nak baik sangat lah. Teman tapi mesra aku cakap cam tu dekat aku. Hehehe
Kekurangan kawan baik dan teman tapi mesra.
Kawan baik.
Jangan sesekali memulakan ataupun meng upgrade status anda daripada kawan baik kepada in relationship kerana itu bukan jalan terbaik. Lebih banyak mendatangkan masalah dari kesenangan. Bayangkan, anda kapel dengan kawan baik anda. Suatu hari, korang gaduh. Kemudian ko pulak pergi jumpa awek ko.
Cth:
Kau : Wei, ko kena tolong aku. Awek aku merajuk. Ko kan kawan baik aku.
Awek/Bestfriend ko: Erk???
Nampak? Timbul konflik di situ. Bagi aku agak susah nak differentiate antara kawan baik dan kapel bila kedua duanya adalah orang yang sama.
Teman tapi mesra.
Konflik perasaan. Bila selalu bersama dia. Kita akan kenal dia dengan lebih rapat. Kemudian mungkin kita akan suka kepadanya. Soal hati kadang kadang Hakim pun tak dapat selesaikannya. Sekiranya anda tiba tiba berhajat untuk menjadikan dia special one anda tetapi ditolak kerana dia hanya aggap anda kawan ataupun teman tapi mesra. Tak ke frust menonggeng kau? Susah kan. Tapi kalau 2 2 on. Ok jer. :)
Kesimpulan.
Lebih baik ada kawan dari hidup sorang sorang.
Teman tapi mesra orang lain, kawan baik lain orang. Special One and your future Husband/Wife are the same person.
p/s: selsema sebab nak tengok bola punya pasal.
p/s: berbakul bakul maki hamun aku dapat dari teman tapi mesra aku semalam. Best!! haha
Adioss....
8 comments:
bia kwn rmai...tp kekasih satu..kan ..kan...
nice entry khai (:
aku pun pernah terlintas nak publish entri ni. simpan buat draft je. yelah, takut kalau-kalau ada yang terasa. mana tahu kan?
fira: yup. betul2.
husna: thanks sis. ada ke org nak terasa dgn entry mcm ni? ok. hati manusia. tak siapa tahu. :)
Mcm2 lh kn
Mcm2 lh kn
Mcm2 lh kn
nak tanye, teman tapi mesra ini ada involve intimate relationship ke? tq
Post a Comment