Wednesday, March 9, 2011

Kamu hebat dimata ku

Yaa-Haa

Hello there Malaysian.

Hidup ini penuh pancaroba. Kalau tiada pancabora, tiada cabaran bukanlah hidup namanya. Hari hari kita dilanda masalah. Aku sekarang dilanda sejenis penyakit. Aku tak pasti sama ada ia berbahaya, merebak atau boleh membawa maut atau tidak.

Feeling Disorder
Waiting for someone

Apakah ini? Aku sendiri kurang arif dengan penyakit ini. Kadang kadang ada, kadang kadang tak ada. Tetapi ia berlarutan. Penyakit ini muncul ketika aku mendapat mesej atau call dari certain nama sahaja. Tapi aku rasa masih normal sekiranya aku excited untuk angkat call dari perempuan. Kalau aku berdebar debar angkat fon daripada lelaki, aku rasa patut buat pemeriksaan jantina selepas ini. Syukur Alhamdulillah aku masih normal. Tetapi aku kadang kadang tak suka konflik ini. Otak cakap tak, hati cakap mahu. Vavi betul. Otak dan hati sentiasa bergaduh antara satu sama lain. Ketika inilah aku seperti lalang. Melentok kemana sahaja mengikut tiupan angin. 
Aku selesa dengan dia. Tapi kenapa setelah berjauhan? Kenapa tidak apabila dia berada disini dahulu? Dulu dia disini. Ya. Di UiTM Kedah. Sekarang dia di UiTM Puncak Perdana. Aku selalu panggil dia Orang Puncak dan dia gelar kawan kawan dia di sini, Merbok.

Aku tak percaya cinta


Terus terang aku cakap aku hanya mesej dan call sahaja. Tak pernah berhadapan dengannya walaupun sekali even dia cakap dia pernah bertentang mata dengan aku dan beberapa kali selisih ketika di UiTM Kedah ini. Tetapi aku? Tidak tahu siapakah gerangannya. Sumpah aku teruja dapat kenal dia. Dia bukan perempuan tipikal yang selalu aku tengok. Dia seorang yang mempunyai maruah dan polisi yang boleh dikatakan hebat. Yaa. Dia hebat di mata aku. Dia cool. Dia memahami. Yang paling penting, dia GILA.

Sudah banyak kali mulut celupar aku ni cakap benda yang agak pedas dan menyakitkan hati. Tetapi dia. Sangat cool. Dapat menerima lawak kasar aku. Kadang kadang lawak kasar aku tu kawan aku yang laki pun sentap. Tetapi tidak dia. Bagi aku dia hebat. Hebat dengan caranya.

AKU SUKA DIA
AKU SAYANG DIA
AKU HORMATI DIA

Adioss....

No comments: