Yaa - Haa
Pagi tadi terngiang-ngiang kata-kata sepupu aku yang bakal mengajar di sebuah sekolah menengah di Kudat,Sabah. Oleh itu, aku nak kongsikan sedikit kata-kata beliau. Beliau?
Setiap manusia diberikan akal fikiran dan juga keupayaan. Makan gaji adalah salah satu cara kita menghasilkan nafkah hidup untuk kita tetapi sejauh mana dengan hanya makan gaji kita boleh survive?
Berdasarkan daripada kata-katanya. Fahamlah aku, dia adalah seorang graduan UTHM yang mempunyai kebolehan membuat wiring dan berkaitan dengan elektrik . Walaupun sekarang dia seorang guru, tapi pada masa lapang mahupun cuti sekolah, dia akan mengambil upah wiring. Sekurang-kurangnya sekali buat wiring dia akan dapat sekitar RM500-Rm 1500. Bayangkan cuti sekolah yang panjang. Dengar katanya, bulan ini dia berjaya menjana sekitar RM14000 dengan wiring sahaja. Tak kisah lah sekiranya dia pulang dari Sabah menaiki Toyota HILUX atau Mercedes Compressor. Biar terbeliak mata orang kampung yang mengatakan dia tak mampu mempunyai duit yang sebegitu banyak.
Dia juga sempat memberikan pandangan kepada pembelajaran aku. Katanya, aku seboleh-bolehnya mesti ada 3 pilihan apabila masuk ijazah nanti:
- Pendidikan
- Perakaunan
- Perbankan Islam
Dia juga mengesyorkan aku mengambil bidang pendidikan sepertinya. Kalau aku masuk pendidikan, maknanya aku akan menjadi guru akaun. Permulaan gaji sekitar RM2600 dan ditambah elaun itu dan ini sekitar RM1000. Maka gaji lebih kurang RM3600. Kalau part time fotografi aku diteruskan, kira-kira sebulan aku boleh menjana sekurang-kurangnya RM400. Gaji aku RM4000 sebulan. Kalau umur aku waktu itu dalam 24-25. Andai kata cita-cita aku tercapai, alangkah seronoknya. Amin.
Saya sudah buat pelan perancangan, anda pula bagaimana?
Paul Walker with Skyline |
Bayangkan aku seorang cikgu sambil bergaya dengan Skyline. Ranggi beb!!
RM | Tanpa RM kita lapar
p/s: breakfast Cornflakes sambil tulis entry.
4 comments:
awak tru plan sya..haha.
p/s :ouh paul walker ♥♥
leen: apa pulak..kita yg wt pelan ni dulu..xda tiru2..haha
cett..kita depan mata ni ada..paul walker jugak dia cari..
eleh..sja ja kta diam2..xbtao pelan kt org len..haha
* nk wt mcmna,mnusia mmg mcm 2..yg dpan mta xnmpk..nk jga yg xdpan mta..bla yg dpan mta xda..bru brakai..haha..
haha..no komen lorh..
Post a Comment