Yaa-Haa
Mula-mula aku nak wish kepada semua yang nak balik tu, selamat bercuti selama 3 hari. Seronok sebenarnya cuti selang seli ni. Kejap minggu ni 2 hari, minggu depan 3 hari cuti. Tak lah bosan sangat dengan perkara rutin. Kelas pun akan jadi kejap ade kejap tak de. Siapa berani purpose benda ni kat Pengarah kita?
Okey. Stop dreaming.
Benda itu tak akan terjadi kecuali aku yang naik jadi pengarah. Still daydreaming Mr. Khai?
Ini ada sedikit tips terbaik untuk menghabiskan masa di Kolej, KTU dan Rumah Sewa sekiranya anda tidak pulang ke kampung masing-masing. Saja aku guna kampung, rasa jauh dan dramatik sikit. Kalau guna rumah, tak cukup feeling rasanya. Okey. Ini adalah tips nya :
1. Tidur sepuas-puasnya ketika berada di kediaman anda. Maklumlah kan, dah nama pun cuti, tidur adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan memandangkan hampir hari-hari kelas bermula pada pukul 8 pagi. Orang cakap, qada' balik tidur-tidur yang tak cukup sebelum tu. Eh pandailah bab tu, kalau bab sembahyang ada kamu nak qada'??
2. Basuh kenderaan anda (sekiranya ada). Peruntukkan masa anda dengan kenderaan anda sehingga setengah hari dan ke atas kerana setiap hari anda menaikinya tanpa memeriksa tahap kesihatannya. Wash, Wax, and the important is pampered it. It worth activity. Apa ingat manusia je kena belai?
3. Main game. Sebelum itu, install game banyak-banyak dalam laptop anda dan main game puas-puas sehingga muntah hijau. Ingat! Main waktu cuti sahaja okey?
4. Borak-borak dengan Pak Guard. Ini aktiviti ketika di Kolej. Cuba lah beramas mesra. Tapi jangan main ramas-ramas. Kalau berani cuba tanya dia kenapa suka saman budak. Kalau dia bagi jawapan tak bernas, cuba brainwash dia. Jadikan dia berada di tempat kita. Hahaha.
5. Tulis blog. Anda boleh luahkan semuanya dalam blog itu. Marah,geram, suka seseorang, seronok. Apa-apa sahaja.
Blog | Best way for fun
6. Buka website TV3 atau Youtube dan tekan kata kunci AJL 25. Tengok AJL bagi sesiapa yang belum tengok dan sesiapa yang sudah tengok cuba buat analisa bagaimana Cinta Sempurna gagal menang dan kemenangan mengejut Anna Rafali. Sebenarnya aku tak puas hati dia menang tapi itu rezeki dia.
"Sempurnanya lagumu, no wonderlah aku tak menang", said Yuna
7. Buat amal ibadat banyak-banyak sepanjang 3 hari cuti. Setiap masa kita melakukan dosa walaupun sekecil zarah.
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
8. Ulang kaji dan siapkan assignment yang sudah tentu diberikan oleh pensyarah kepada kamu. Aku pun dapat banyak juga assignment. Hampeh.
Itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang. Ini adalah cara TERBAIK untuk menghabiskan cuti kamu. Sekarang tahukan kenapa aku guna capital letter untuk perkataan TERBAIK ini kan?
Selamat bercuti kepada semua pelajar UiTM Kedah dan semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Kedah kerana menyambut Hari Keputeraan Sultan Kedah.
Sultan Kedah, happy birthday! (Boleh ke macam ni??) Ampun Tuanku!!
p/s: packing. Mahu pulang. Aku pulang.......
No comments:
Post a Comment