Monday, July 19, 2010

Tips For Driver (important about cornering)

*entry kali ini adalah serius..tidak ada humor seperti entry2 yang lain..

Aku menulis berdasarkan pengalaman. Sila fahami info yang aku cuba sampaikan ini.
*maaf jika anda agak susah hendak memahami artikel ini.

Kereta adalah sesuatu yang seronok untuk dipandu. Gunalah ia sebaiknya. Pemanduan berhemah adalah bermula daripada sikap pemandu itu sendiri. Jujur saya katakan, saya seorang yang perfectionist ketika memandu. Perangai saya ini telah membuat beberapa pemandu yang haram jadah sering memaki saya ketika memandu.

Saya sangat pantang dan marah jika sesebuah kereta membrek ketika mengambil selekoh. Cara yang betul ketika mengambil selekoh adalah membrek dahulu kenderaan sebelum mengambil selekoh. Anda boleh mengagak jarak kenderaan anda untuk brek sebelum memasuki selekoh. Jika anda tidak mahu menekan brek, anda juga boleh memperlahankan kenderaan anda dengan melepaskan pedal minyak dan membiarkan kenderaan bergerak dalam kelajuan yang semakin perlahan. Ketika kenderaan anda memasuki selekoh,anda haruslah menekan minyak. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan kenderaan dan dapat mengurangkan tekanan pada permukaan piring brek dan haba pada tayar.

Jika anda menggunakan kenderaan auto, tips di atas harus dipraktikkan. Ini kerana, ketika anda memasuki selekoh,gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah. Jika anda membrek ketika memasuki selekoh dan kembali menekan minyak ketika jalan lurus, gear kenderaan anda akan bertukar ke gear yang lebih rendah (gear 4 ke gear 2) sebagai contohnya. Gear kenderaan anda akan bekerja lebih dan ketika kembali di jalan lurus,apabila anda menekan minyak,maka gear yang sedang beroperasi di kedudukan 2 akan terus meningkat ke gear 4. Ini akan menyebabkan kelajuan kenderaan anda terganggu.

Jika anda membrek dahulu sebelum memasuki selekoh,gear anda akan terus berkurang kepada gear 2 dan anda menekan kembali menekan minyak ketika anda mengambil selekoh sehingga kembali ke jalan lurus.
*ketika kita menekan minyak,tujahan kuasa pada gear 2 adalah berada di tahap optimum.Di sini juga adalah hampir kepada tork maksimum. Ketika berada di jalan lurus, kenderaan kita berada pada gear ke-3 dan kuasa pecutan adalah melebihi kuasa pecutan kereta dlm kelajuan 120km/h.

cth:
kejadian: Kereta saya (Honda City 96') cuba memotong Totota Camry 02
lokasi: jalan Gurun-Jeniang
Honda City ketinggalan agak jauh daripada Camry tersebut. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengekori secara rapat Camry tersebut. Ketika menghampiri selekoh Camry tersebut menambah kelajuan dan saya memperlahankan kenderaan,ternyata Camry itu jauh dihadapan dan membrek dengan kuat ketika memasuki dan ketika berada di selekoh. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya City dengan memecut ketika memasuki selekoh.Kelebihan ada pada City kerana ketika itu City berada pada tork tertinggi dan Camry pula berada dalam keadaan mengurangkan kelajuan(breaking period). Maka City dapat memotong dengan mudah tanpa perlu memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dengan cara ini juga operasi enjin dapat menjimatkan minyak sebanyak 5% dan mengekalkan kelajuan seperti sebelum memasuki selekoh berbanding membrek ketika memasuki selekoh(movement of tyre delay 10 second).

p/s: cermin cara pemanduan anda dahulu sebelum bercakap mengenai cara pemanduan orang lain.

p/s:keseronokan memandu adalah apabila kita menguasai kenderaan keseluruhannya bukannya kenderaan yang menguasai anda.






7 comments:

cik pqa said...

bapak ah.
pasni khai da bley jadi penceramah kelas KPP! haha. :p

Khai said...

hahahaha.....boleh ja....sape yg masuk klas khai lps ni msti drive 120 ke ats..wAKAKA

Lukisan Separuh said...

woah..khai dah bagi tips memandu! bagus2..lepas nih boleh bawak aku jalan2 oh..kita merempit guna keta..eh, maksud aku..kita memandu dengan berhemah bersama-sama..hahaha

Khai said...

hahaha..orait...kita memandu berhemah k?? huhu

know me in word said...

dahsyat honda city(96)

Khai said...

haha..tawu xpe.... :P

Unknown said...

Ini basic drift..terbaik..