Sunday, March 13, 2011

Beza maki hamun dan caci cerca

Yaa-Haa

Hello there world

Wow! Bombastik tak ayat aku hari ini? Caci cerca? Tak pernah ada dalam kamus dewan bahasa. Kalau ada sila cakap Khai Mr. Bombastik sekarang. Ok. Itu tak lawak

Maki hamun dan caci cerca. Sama ke? Gila lah kalau sama

FUCK | Common word we used everyday

Maki Hamun
Maki hamun lebih kepada menggunakan kata kata kesat dan intonasi  dan nada suara yang keras dan tinggi. dalam bacaan Bahasa Melayu akan ada tanda seru (!). Sengaja aku tunjuk macam mana rupa tanda seru itu kerana masih ada lagi pelajar universiti tidak tahu apa kejadahnya nama tanda itu. Pergerakan tangan seperti mengangkat 1 jari di tengah tahu pula. Inilah manusia. Maki hamun selalunya di gunakan oleh golongan lelaki yang terkenal dengan keangkuhan serta panas barannya. Laki yang tak baran tak cool. Siapa setuju? Haha Selalunya kaedah ini digunakan dalam pergaduhan mulut, ketika menyaksikan perlawanan bola sepak atau di atas jalan raya. So, faham faham sendirilah bagaimana ia diaplikasikan. Nak contoh ke?



Caci cerca
Caci cerca digunakan ketika dalam keadaan tenang. Senang cerita ia adalah adik beradik perli cuma ia lebih kasar berbanding perli. Caci cerca digunakan ketika berhadapan dengan orang yang kita nak caci. Begitulah lebih kurang. Perempuan gemar menggunakan caci cerca ini kerana mungkin nampak lebih sopan barangkali. Jika menggunakan kaedah maki hamun mungkin orang akan tengok seperti dia terkena histeria, jadi jalan terbaik untuk menjatuhkan seseorang dengan mulut bagi seorang perempuan adalah bukan dengan meniup tetapi mencaci. Ada faham? Baguslah begitu kerana aku sendiri kurang memahaminya. Girl is complicated. Bagaimana rupa caci? Tak pernah tengok drama melayu atau sinetron indon? 



Setelah lama mengkaji persamaan antara maki dan caci aku dapat tahu bahawa kedua duanya berdosa. So kau maki dapat dosa, kau caci pun dapat dosa. Moral of the story, jangan caci maki orang sesuka hati.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update apa. Kalau cikgu korang tanya apa beza maki dan caci, jangan ambil entry ini sebagai sumber rujukan ok? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Bombastik sangat ayatnya. Adoyai.

p/s: present BEL 312 tomorrow, wish me luck!
p/s: Semakin hampir dinner, semakin banyak kerja aku yang tertunggak

Adioss..


6 comments:

Gimi said...

Persamaanya...dua dua boleh buat hati orang terguris...

syazwiena khan said...

nak lagi perbezaan yang munasabah abg....

syazwiena khan said...

nak lagi perbezaan yang munasabah abg....

Khai said...

gimi: yup, that right

syazwiena: nnt update entry lain :)

hans said...

ar ar
betul juga kan
maki hamun masa tgh marah

cerca masa tgh tenang
baru aku perasan

Khai said...

hans: terima kasih kerana perasan. teruskan perasan benda2 yg remeh.haha :P