Saturday, August 27, 2011

Berita fantasy team- gameweek 3

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Super Sunday!! 



Manchester United vs Arsenal

It comes at the great time. I loike!

Skuad Fantasy team Khairul Neymar berubah lagi. Selepas prestasi Drogba tidak menentu semenjak 2 perlawanan lepas, hanya bermula dari bangku simpanan, pengurus pasukan, Khairul Neymar (KN) telah mengantikan Drogba dengan Edin Dzeko. KN tertarik melihat aksinya dalam perlawanan Man City menentang Bolton minggu lepas. 

Philip Bardsley juga kelihatan goyah selepas dikenakan layangan kad merah pada perlawanan minggu lepas. KN telah menggantikan dia dengan Robert Huth. 

Bakary Sagna pula kelihatan berada di bangku simpanan kerana KN begitu bias dalam kemenangan MU terhadap Arsenal. Beliau berkata,
Saya tidak nampak Sagna dapat bermain ditahap prestasi beliau ketika ini dengan kehadiran lawan seperti Rooney,Young, Welbeck dan Nani.

UiTM League #2
Geng Bola #23

Dibahagian tengah pula, KN masih mengharapkan keajaiban terhadap Nani dan Petrov. Sementara itu Gutierrez hebat mengemudi bahagian tengah skuad Devilbats ini.

Asamoah Gyan pula mungkin bakal digantikan selepas Gameweek 3 jika dia tidak dapat menembusi pertahanan lawan. Kata KN lagi,
Saya percayakan beliau. Dia kuat dan laju. Mungkin sedikit masa lagi dia pasti menjaringkan gol. Just keep faith in him.

Dzeko- Pembelian sensasi baru KN minggu ini. Menggantikan Drogba yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.Dzeko kelihatan menyengat dalam perlawanan minggu lepas selepas menjaringkan sebiji gol buat Man City.

Kapten Devilbats, Wayne Rooney bermula garang dengan 2 gol daripada 2 perlawanan. Secara automatik menjadi pilihan KN sebagai pengempur utama pasukan dan kapten.

Transfer Rumour

David Silva
Aksi hebat minggu lepas dengan 10 mata dalam 1 perlawanan. KN masih melihat perkembangan beliau untuk 3 perlawanan seterusnya. Kemungkinan menggantikan Martin Petrov di bahagian tengah.

Danny Welbeck
Penyerang muda United telah menjaringkan gol minggu lepas dan peluang berada dalam 1st 11 adalah tinggi tetapi perlu bersaing dengan kehadiran semula Chicarito. KN tidak mahu mengambil risiko kehilangan mata pada perlawanan seterusnya.



Jarvis
Pemain tengah Wolves telah menunjuk kelasnya yang tersendiri. Begitu hebat dalam 2 perlawanan. Dengan harga yang jauh lebiih murah berbanding Silva, mungkin menjadi pilihan terbaik untuk KN menggantikan Petrov dengan Jarvis.


On the bench
Shay Given dan Sagna pasti bebai dengan sikap bias yang ditunjukkan pengurus mereka. Ternyata KN tidak meletakkan harapan tinggi kepada Given untuk menjaga gawang kerana lawannya minggu ini adalah Wolves. Pasukan bawah yang masih kekalkan rekod 100%


News from Kuching,Sarawak

4 comments:

Urzain Hussain said...

jom lawan dengan aku..
aku ada jugak ..:)

Khai said...

Urzain : haha jom2. ko ada code league x?

Apih El Nino said...

David Silva player aku. Sangat boleh diharap. Next week Juan Mata join team aku pulak. Sebab aku memang minat player Spain.

kerozady said...

Apih :

Cett, confident je kau. Haish. aku nak tukar petrov n silva next week.