Friday, April 29, 2011

Ada apa dengan Astro - Part 1

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ada Astro? Ada? Ada? Ada?

Ok. Baguslah kalau ada. Kalau tak ada pun tak apa. Hidup jugak kan?

Apa yang best ada Astro?

Jika hendak diikutkan dengan harga yang fakap tu, ramai jugak yang mengeluh. Betul. Gila hape sebulan sampai RM90 semata mata dengan channel package family tambah Sport HD. Dah tu, cerita asyik ulang ulang. Habis habis, TV 3 jugak di tengoknya.

Astro | The great repeater


Bola adalah tarikan utama pengguna untuk melanggan Astro. Yelah, mana lagi nak tengok bola kalau bukan dekat Astro. TV 1 dan TV 2 tak habis dengan propaganda mereka. Kalau ada dorang tunjuk bola Liga Super atau Liga Malaysia tak apa jugak. Alih alih Astro Arena jugak di cari kalau nak tengok bola Malaysia. Sepatutnya kerajaan kena ada inisiatif nak bantu memajukan bola sepak atau sukan sukan lain dengan menyiarkan secara langsung dekat stesen tv yang free nih!

Astro Arena Nadi sukan Malaysia | TV 1 kanser Malaysia

Berbalik kepada bola tadi, English Premier League atau Barclays Premier League, adalah antara event yang paling popular diatas muka bumi ini. Pemain bintang silih berganti, corak permainan yang menakjubkan, kualiti pemain yang superb dan penyokong yeng mencetuskan suasana yang penuh emosi. Itu adalah tarikan EPL.
 
Tanpa penyokong, sukan tiada makna.
 
 
Bila ramai orang tengok, mendapat demand yang tinggi, mulalah syarikat penyiaran berebut nak dapatkan hak penyiaran bersama ataupun secara ekslusif. ESPN berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk benua asia secara tak langsung, harga langganan bulanan Astro meningkat sekali ganda. What The Hell!! 
Tapi Man Utd punya pasal. Apa apa pun boleh.

Semenjak guna Astro B.yond nih, aku pun jadi demand kalau dekat rumah, channel ESPN yang 811 tu tak usik langsung, pergi tengok yang ESPN HD punya. Ngada ngada kan? Sebenarnya, apa guna amik channel HD kalau tak tengok. Channel HD memberi suasana lebih seronok ketika menonton bola contoh seperti hari Ahad ini. Man Utd vs Arsenal.

ESPN HD | Give you more details


Aku dah mula pening, nak tengok dengan kawan kawan yang boleh bersorak ramai ramai dekat kedai makan atau tengok di rumah dengan adik dalam keadaan senyap dengan channel HD. 

Apa yang aku tulis ni sebenarnya? Tadi nak kutuk TV1 sebab tak tunjuk bola, ni jadi benda lain pulak. Tenggelam punca dah. Ok lah. Aku tak nak sambung lagi. Mungkin ada sambungan ini cerita.

Adioss...

Thursday, April 28, 2011

Masalah rumah sewa

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Direct betul tajuk aku hari ni.

Pernah ada masalah? Mestilah kan?

Masalah aku sekarang, petang kelmarin lepas balik dari library, wah, dengan muka riak dan bangganya rasa semangat nak jawab paper sekarang jugak! Baru je jejak depan pintu rumah.

"Pin Pin(hon motor)..adik"

Aku : Yaa, En Fizan.

En Fizan : Hangpa nak duduk rumah ni sampai bila?

Aku : Kami ada lagi setahun setengah.

En Fizan : Owh, hangpa habis paper bila?

Aku : Habis 8, tapi 9 balik kot (8hb budak degree baru habis)

En Fizan : Ok. Kira 10hb la, hangpa kena keluar dari rumah ni. Kira bulan 6 kosong la rumah ni.

Aku : Aik, awat?

En Fizan : Tuan rumah nak masuk balik rumah ni. Dia tak mau bagi sewa dah.

Aku : Owh, tak pa, nanti kami sembang lain cam na.

En Fizan : Duit sewa rumah dah bayar ka? 

Aku : Tolak deposit yang awal dulu la.

En Fizan : Owh, ok ok.
 
Aku : ...(*&%^$#%^*#%##$%^&)

Terus dia blah motor dari rumah aku.

Entah berapa bakul aku maki dia dalam hati. Waktu waktu beginilah dia nak buat hal. Semua masih lagi dalam mood final. Haiyaa. Memang tak ada rumah sewa dah waktu macam ni. Demm betul.

Dear part 6,
Err, kalau ada yang nak keluar dari rumah tu, roger roger lah. Kalau ada rumah kosong tolong habaq mai. 

0124804576-Khai
 
Call me if you have house for rent in Lembah Bujang area. 
Trouble comes in no time

Adioss..

Sunday, April 24, 2011

Janganlah kejam sangat

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Breaking promise. Cakap tak nak update entry sehingga 2 Mei 2011, ini apa ini? 

Maaf. Aku bosan. Lagi pun blog ini blog aku, so aku punya sukalah.

Kelmarin aku pergi library, kononnya nak belajar bersama 2 orang makhluk Allah nih. Tup tup, diorang tak jadi. Aku belajar seorang diri di library. Lepas beberapa jam, aku mula sedar, library dah dipenuhi orang. Tengok depan, pusing belakang, pusing kiri, pusing kanan. Semua belajar dengan pasangan masing masing tak kiralah dalam kumpulan ataupun berdua. 

Aku seorang je belajar sorang sorang. Duduk pulak meja yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu satu masa tapi duduk sorang sorang. Gangster tak?

Hari ini pula, begitu juga. Dia tak dapat datang sebab kondisinya belum stabil. 
Tengah tengah bersiap, ada suara bertanya:

Suara : Pergi sorang ke hari ni?

Aku : Macam tu la gamaknya.

Suara : Tak mesej dia?

Aku : Dah, dia tak ok hari ni. Belajar sorang sorang pun boleh.

Suara : Jangan macam tu, janganlah kejam sangat. Dia tengah tak ok. Tunjuk sikit concern kau tu. Buanglah ego tu.

Aku : Concern?

Suara : Mana pergi sikap caring kau tu? Kau buang mana? Jangan ego sangat boleh?

Aku : .....(tersentap)

Always right | Heart was created to believe


Aku pun text dia.Tanya khabar, bagi kata kata semangat dan bla bla bla.

Dalam ramai ramai orang, aku boleh tipu tapi suara tadi aku tak boleh tipu sebab ia adalah suara hati aku. Aku dah hilang sifat caring yang satu ketika dulu ibarat bijiran di ladang gandum. Kalau dulu, aku sangat concern tentang kawan kawan sehingga suatu hari aku sedar, sehebat mana pun aku mengambil berat tentang kawan kawan, carry mark dan result exam aku macam tu juga. Tak jugak berubah.

You amazing if you have real friends

Aku terlalu takut untuk melihat kawan gagal dan ternyata ia memakan diri sendiri. Dari part 1 sehingga kini, aku tak pernah dapat semua lulus. Betapa bebal dan bengapnya aku bila masuk alam kampus nih.

Sekarang, aku selfish. Ya, jual ikan.
Bangun awal pagi, pergi library, belajar sorang sorang sambil tengok kawan terbongkang di rumah. 

Ah, baguslah dia tak bangun lagi.

Kejamkan aku?

Selfish | Stand alone, Sit alone, Suffer alone

Wahai kawan,
Maafkan aku. Kalau kau down, kau sakit, kau tak ok, just tell me. Jangan pendam masalah kau. 

Aku rindu kau yang lama dan aku cuba cari diri aku yang lama.


failed in exam is scum
but abandon friend is worst than scum

Adioss...

Wednesday, April 20, 2011

Final telah tiba

Yaa-Haa

Assalamualaikum semua

Good Luck for final kepada semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia



Semoga result sem ini lebih baik sebelumnya.

Amin.

Adios..

p/s: tidak update blog sehingga 1st May 2011

Sunday, April 17, 2011

Random talk

Yaa Haa

Assalamualaikum

Assignments
Home sweet home. Ok. Sebenarnya balik kejap je. Petang ni dah nak bertolak balik Merbok. Cik Elfira sayang saya tu buat spoil. Baru je aku menapak dalam rumah, dia dah tanya, assignment Costing dah siap belum?
Padahal aku lupa nak bawa balik kertas tu. Demm betul.
 Assignment | Selagi tak tutup mata

Maxis
Sebaik sampai je dekat area Baling, tup tup line tak ada. Rosak apa ntah dekat pemancar tu. Adoyai. Mesej, call, 3G semua tak dapat.wuwuwuwu. U, I tak dapat contact U semalam. Sorry. 
Ok, gedik di situ.
Hari ini aku disconnected dengan dunia luar


Gambar
Bukak bukak FB, ada orang tag pic dekat aku. Motif sangat tag aku dekat muka dia. Bahalol. Tak faham bahasa or what? Aku sendiri pun tak tahu. Pegi mampos la!!

Bola itu bulat, kad itu petak
Amboi, bukan main marah aku dekat budak tu. Bila dah layan bola, MU pulak kalah. Paul Scholes red card pulak tu. Lagi la meluap luap darah aku semalam. Eksyen je, aku tengok 15 minit pertama je. Mengantok =.=

Semalam download Rio, kejap lagi nak tengok, wink wink(sambil buat muka comel)

Hari ni nak ambil kereta dekat bengkel. Fully service. Seronok ah!!

Hari ni nak online puas puas dengan internet berkelajuan tinggi.


Nak download movies. Ada idea nak download movie apa?

Adioss..

Wednesday, April 13, 2011

Tutup buku semester 4

Yaa-Haa

Assalamualaikum

*Entry ini agak panjang kerana menceritakan kisah seorang budak dari awal sem hingga ke akhir sem. Mungkin ada episod. Sila sediakan bantal yang empuk bersama minuman atau bahan kudapan dan selamat membaca sehingga ke perkataan terakhir. Kalau tak nak baca, just click Nuff and click X. Thank you. :)

Esok adalah kelas terakhir untuk semester 4 ini. Pejam celik pejam celik, dah habis semester.

Ketika mula mula masuk semester baru dulu, semangat tinggi. Tambah pula duduk rumah sewa. Kononnya nak berdikari. Alhamdullilah sampai sekarang masih ok dan boleh meneruskan dengan gaya sebegini.

Kata Lenka, Trouble is friend. Yes. She right. Belum apa apa lagi dah ada masalah. 

Masalah 1 : Jadual clash
Aku paling benci bila kelas yang aku nak masuk tu penuh dan clash. Demm. Minggu pertama entah berapa kali turun naik bilik Koordinator bincang pasal jadual. Akhirnya, selesai juga masalah jadual. Tapi time tu pun morale dah jatuh sikit. Tapi tak apa, still early to give up.
Dah masuk kelas pulak, tak semua yang kita impikan akan dapat.

Masalah 2 : Classmate chemistry
Ini terjadi ketika aku masuk kelas DIA 4A untuk subjek BEL312 dan DIA 4C untuk ECO 211. Memanglah kedua dua subjek tu mempunyai lecturer yang baik tapi aku tak rapat dengan budak budak kelas tu. So, awal awal agak fakap jugak lah nak rapat dan borak dengan dorang.

Kawan | tak kenal maka tak cinta

Pepatah pun ada kata, hanya Suparjo mengenal Maniam. 
Ok, itu aku yang kata. =.=! 
Sehebat mana pun reputasi kelas orang, kita tetap akan berasa selesa dengan kelas kita sendiri. DIA 4D. Aku sayang sangat sangat kelas ni. Sesuatu yang aku tak dapat bila masuk kelas lain adalah riuh. Kelas lain senyap, tapi dekat luar bising, mungkin sebab mereka FUCK
Fokus Untuk Capai Kecemerlangan
Tapi kelas aku (4D) dalam kelas dan luar kelas sama sahaja, bising riuh gamat. 

Masalah 3 : Junior
Aku masuk kelas QMT 181 dengan budak budak part 2. DIA 2C. Dorang happy go lucky terutamanya Ah Chong, Solihin, Moshi, Syuhada dan Tasha. Sebenarnya tak ada masalah pun. Tapi ada juga masalah. Masalahnya dorang satu kepala dengan aku. Err..kadang kadanglah. Kadang kadang aku pun kena paku balik dengan dorang. Niat nak tackle Tasha terhenti bila dapat tahu dia dah ada pakwe. Kenal pula dengan 2 3 orang budak kelas tu. Cantik, lawa, pandai dan taken already. Ok. Terlepas lagi T.T

Tak kemana pun perempuan kalau kita kejar.

Ok. Tu jer kot masalah yang aku hadapi semester ni. Heaven kan kalau ada 3 masalah je dalam satu sem. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak kan aku nak cerita semua kot?

Kalau pasal pelajaran, aku rasa sem ni paling best. Akaun, Costing, Statistic dan Law aku boleh carry dengan baik dan result test dan kuiz semua ok dan not bad. Tengah seronok nih. Cuma Eco jer yang tak perform. Macro susah berbanding micro. 
 ECO 211 aku masuk kelas 4C. Kelas 4C ni majoritinya budak dekan. Aku rasa inilah kesilapan terbesar aku sem ni. Masuk kelas yang bukan jiwa aku. Lecturer ok, cuma persekitaran kelas aku tak gemar. Semua ibarat robot yang mendengar dan faham dengan apa yang lecturer ajar. Tiada sebarang pertanyaan tentang topik dan tiada soalan yang bermula dengan kalau.
Contoh: Lecturer sedang ajar tajuk International trade. Tentang specilization trade antara 2 country.

Aku nak je tanya bagaimana kalau ada 3 atau 4 negara yang terlibat. Tetapi sudah tentu budak kelas tu akan cakap aku nonsense. Soalan merapu. Bazir masa. Ok. 1st and last aku masuk kelas tu.
*nak nangis kejap

macam ni la perasaan aku bila masuk kelas ECO. Cuma aku tak reti tiru mimik muka Makky nih. wuwuwu T.T


Selain daripada itu, wow, dah macam karangan. Haha. Aku suka dengan budak budak kelas akaun dan costing. DIA 3A. Dorang semua pandai pandai dan gila gila. Lebih kurang macam kelas aku jugaklah. Aku seronok mix around dengan dorang tapi jauh di sudut hati, aku tak nak convo dengan dorang. Aku nak grad on time. Entahlah. Selalunya dalam kelas aku selalu kacau Fairuz, aku selalu bahan dia dengan Fira dan dia pulak selalu cakap aku couple dengan Fira. Last last 2 2 tak dapat. Puas. :D

Hey, aku ada BFF yang baru. Err..yang lama pun ada lagi sebenarnya. Nur Elfira Eleena Ez. Dia dah upgrade menjadi BFF daripada kawan biasa. Dia selalu ingatkan aku pasal kelas Akaun dan Law. Sementara tu, Nadya yang memang bestfrend dari part 1 pulak suka ingatkan aku pasal kelas costing dan AIS. 2 2 makcik ni akan hangin satu badan bila aku ponteng salah satu kelas tu. Sayang jugak dorang dekat aku. Haha.Aku pun sayang dorang.

 Comel tak budak ni tidur?

Inilah Elfira Eleena Ez. Nama panjang gerabak. Dia happy go lucky dan bersahaja. Yaa. Memang bersahaja, tidur sejam dalam kelas, lagi sejam buat muka comel dan snap pic dia SAHAJA. Sangat sangat bersahaja.

Gambar Nadya? Dari part 1 sampai part 3 dah banyak pic dia aku snap. So sem ni tarak.
Semester ni, kawan aku bertambah lagi. Aku kenal junior akaun, aku kenal budak degree, aku kenal housemate aku, aku kenal lebih rapat coursemate aku. 

Semester ni aku banyak mendiamkan diri daripada terlibat dengan aktiviti UiTM. Tak macam sem lepas. Kesana kemari dengan aktiviti. Sem ni aku cuma terlibat dengan Dinner SISDA. Tu pun sebab nama aku tercalon sebagai Exco Publisiti. Seronok bila dapat kenal lebih rapat dengan dorang. Majoriti exco Dinner adalah budak kelas 4A. Aku pun dah jadi salah seorang dari ahli kelas tu sebab BEL aku masuk kelas tu. 

Entah apa pulak yang menunggu semester depan. Aku nak masuk balik kelas 5D sem depan. Nak tadah telinga dengan Jiha 7-11 dok pot pet, nak bergaduh dengan Nadya, RXZ, Atul. Nak kacau Tyra, Umai dan Ain. Nak bergosip dengan Wani. Nak bertekak dengan Fateh. Nak bahan Fira. Nak sembang dengan Mila. Nak dengar lawak Alip. Wow. Banyak sungguh aku nak buat semester depan.

Lagi pun budak perempuan berharap aku dan Alip kembali masuk kelas tu sebab dorang asyik tengok Yit jer. Dah bosan agaknya :P

 ini dalam kelas, yang duduk depan selalunya stok rajin.
Aku? faham faham je la.

ini Tyra. Dia selalunya hantu gambar, cuma kali ni dia memang marah aku sangat sangat sebab tolak cinta dia sebab alih kerusi time dia nak duduk. Apa lagi. Gedebap!! Nangka jatuh. Hihi


Sikit je kan yang duduk depan. Tapi di sebelah dan di belakang kamera, ramai yang sedang berblogging, berFB, bergosip dan ber'tidur'.

Sem ni tak ada aktiviti hujung sem seperti sem lepas. No more makan makan, jalan jalan sebab aku dah tak jadi class rep. Terpulanglah kepada class rep sem ni nak buat apa lepas ni.
Sem ni juga aku belajar memasak. Skill masakan makin improve. WTH puji diri sendiri.

Aku rasa tak cukup panjang lagi entry nih.
Esok hari terakhir sesi pembelajaran sesi Jan-Apr 2011

~Sayonara~

Saturday, April 9, 2011

Boys days out | Spell It Right | Rio

Yaa-Haa
 Assalamualaikum
* ini tipikal personal entry yang menceritakan tentang seorang budak keluar sehari ke bandar. Tak suka, jangan baca. Harap maklum.
Misi : Tengok wayang
Pagi tadi bangun lebih kurang pukul 9.15 a.m. Err.. subuh entah ke mana =.=*
Bangun dengan muka tak bersalah on laptop. Rumet sedang enak dibuai mimpi. Biarkan, entah pukul berapa dia tidur semalam pun tak tahu, tapi nerd selalunya tidur awal. Aku bet dia tidur tak lebih dari pukul 12. 
FYI. Aku tidur pukul 11.45 p.m. semalam akibat kebosanan. 

Ok. Setelah membuang masa hampir sejam, aku mandi apa bagai then keluar dengan kawan aku. Memandangkan seorang jer yang bangun pagi tadi (yang lain masih terbongkang) aku keluar dengan dia, Syafik. Setiap kali nak keluar, mesti dia lambat, maka dengan itu, aku panggil dia Syafika. Kadang kadang Pqa, mungkin Fika or Pika. Apa apa je la kan. 

Destinasi #1: Makan
Kami makan di tepi INTAN. Mula mula nak makan dekat depan Maktab, tapi Syafik cakap depan INTAN lagi sedap, so tembak terus pergi INTAN. Err.. sebelah INTAN tu, kedai tepi jalan.

Destinasi #2: Cendol sebelah Petronas
Lepas makan, almaklum lah panas. Kami mencari cendol atau laicikang. Tapi jumpa cendol, so cendol je la. Perut kenyang suka hati.

Destinasi #3: Hasani
Ingat aku ni ulat buku ke hape? Aku pergi Hasani sebab nak cari magazine Digital Camera edisi April punya. Minggu lepas sibuk dengan test apa bagai sampai lupa nak beli benda alah tu, akhirnya, dapat juga beli tadi. Seronok!! Ok. Tak semua minat magazine cam gitu, tapi bagi aku it worth reading :D

Destinasi #4: Central Square
Masuk basement, cari parking, nak tengok wayang. Demm. Parking full. Keluar begitu sahaja.

Destinasi #5: Village Mall
Terus shoot ke VM. Terfikir kenapa ada van TV3, rupa rupanya, ada SIR. Spell It Right. Kami tengok dari atas je la. Best juga rupanya. Sebelum ni tengok dekat TV jer, 1st time dapat tengok live. Hahaha. Aku cuma dapat spell 3 dari 12 words yang dia bagi. Demm. Susah ok. =.=!



teruja dan bangga jugak aku tengok benda alah ni | dulu pernah ada cita2 nak masuk :)

Ok, kemudian beli tiket wayang. Masuk tengok wayang. Guess what? Cerita dia sangat2 seronok.
Will I Am jadi ayam, apa ntah nama watak dia. Lupa pulak. Jalan cerita yang ringkas, dialog yang menghiburkan. Senang cerita, gelak dari start sampai habis cerita. Best kan? Tengoklah. Tak rugi pun tengok.

Tadi coursemate, Muna cakap dia pun tengok cerita tu dengan family, kawan lama aku, Shah dia pun tengok cerita tu, sorang2 pulak tu. Kesian. Malangnya, aku tak jumpa salah seorang dari mereka dalam wayang tadi.

Ok. Itu jer nak cerita. 

Adioss...

Cerita semalam | Cikgu

Yaa-Haa

Assalamualaikum cikgu, anak murid, guru besar, kerani pejabat, tukang kebun.

Siapa lagi eh?

Tiba tiba bagi salam dekat cikgu. Buang tebiat nak mampus ke hape?

Sebenarnya, aku nak cerita sikit (ringkas dan padat). Semalam aku jumpa parent aku dekat RFC Laguna Merbok. Ini kes anak tak nak balik rumah parent tak nak ziarah anak kat pedalaman Merbok nun. Jauh. Yes, Sg Petani ke Merbok jauh. Hahaha.

Tiba tiba ayah tanya aku, lepas ni nak jadi apa, means nak sambung mana dan nak ambil apa lepas ni. Mujurlah dia tak sekejam Virus dalam cerita 3 Idiots, suka menyuruh anaknya jadi engineer.

Aku cakaplah, nak masuk UTM, sambung education. Nanti ada rezeki boleh jadi cikgu akaun. 

Ok. Percaturan silap. Ayah suruh aku ambil perakaunan dan pendidikan. 
Mama aku cakap, ye la, dia nak ambil pendidikan la tu, education.

*Itu pentingnya english education
 
Masalahnya sekarang, ayah nak aku ambil di UUM. Aarghhh. Hate this. Tak kemana lah aku, sekitar Kedah juga. Demm.
Tapi buat apa aku nak argue depan dia kan?

Nanti keluar UPU, isilah yang mana aku suka. Kalau UiTM Sarawak atau UNIMAS ada Bachelor in Education, why not?

Yang penting sekarang, habiskan diploma dulu. Setahun je lagi.

Err..

Saidatul Atikah, Amir Nordin, selamat ber praktikal di sekolah lama. Hehe

Shamila Amran, selamat berjumpa kembali. Cikgu eh? Tahniah! :D

Adioss....

p/s: make school fun

Thursday, April 7, 2011

Tiada tajuk

Yaa Haa

Assalamualaikum

I love accounting
I love accounting

I love accounting
* sambil mengetuk kepala dengan buku akaun.

Aku sedang mencuba sedaya upaya untuk menyukai tajuk ni. 

Hire Purchase

Sangat susah. Entah kenapa, dalam banyak2 tajuk akaun semester ni, HP la paling susah. Demm. Aku perlukan cikgu akaun sekarang. Bebal jugak aku dengan akaun ni kadang kadang.

Huh. Esok test akaun. Apa yang aku nak conteng dalam kertas tu?

Tak kan nak jadi macam budak tu. Hantar kertas kosong. Tolonglah, aku tak sanggup lagi nak repeat.
Perkataan repeat ni kadang kadang seolah olah taboo bagi aku. Tolongah HP. Janganlah jadi batu penghalang perjalanan aku. Janganlah sekarang.

Ini tidak adil, tidak adil tidak adil tidak adil
*pengaruh lagu Penakut-Yuna

Jeez. Lagi lagi nak mengeluh. Pergi study la bodoh.

Adios...

p/s: hopefully aku boleh buat esok
p/s: hopefully bangunan UiTM esok tiba tiba runtuh sebelum pukul 8.30 pagi esok. Jahatnya.

Tuesday, April 5, 2011

Kisah antara lobak dan kangkung

Suatu malam, ketika semua penghuni kolej sedang sibuk menyiapkan tugasan masing masing, ada juga yang sedang ber'online' Facebook. Begitu juga dengan salah seorang penghuni bilik B214. Berbalas komen dengan stranger. 
Bukan sahaja berbalas komen, tapi lebih kepada bertekak menggunakan ruangan komen. Setelah lama bertekak, barulah salah seorang daripada mereka memulakan perkenalan dengan add friend. 

Bermula saat itu, mereka berkomen komen dalam FB. Semakin lama semakin maju. Sehingga lah pada suatu hari, mereka ber 'voice' message menggunakan Yahoo Messenger(YM). Semakin lama semakin akrab hubungan mereka. Perbualan daripada kau aku menjadi I U. Si puteri tersebut mengenali sang jejaka kerana sebuah poster di kampus. Selalu sahaja nampak sang jejaka tersebut di mana mana. 



Malang pula bagi sang jejaka tidak tahu siapa gerangannya si puteri tersebut. Pernah sekali sang jejaka mendapat mesej dari si puteri,
Hye u, I nampak u tadi, pakai baju oren. Comel!!

Sang jejaka hanya mampu tersenyum dan berasa terkilan kerana tidak mengenali si puteri, inikan pula berjumpa dengannya.

Semakin lama hubungan mereka, semakin renggang disebabkan sang jejaka telah menjumpai kekasih hatinya. Si puteri seperti biasa sahaja, tidak sedih, tidak pula gembira.

Setelah hampir 3 bulan tidak lagi berhubung, tiba tiba, pada suatu malam, ternyata sang jejaka berasa kesunyian. Kini dia kembali seperti sebelumnya, single. 
 
 
 
Dengan kekuatan mental dan fizikal yang ada, dia mendail nombor si puteri. 

Siapa sangka, hubungan mereka yang terputus kembali rapat. Mereka gembira seperti sedia kala. Si puteri begitu marah kepada sang jejaka kerana meninggalkannya dahulu tanpa sebarang berita. Mereka kini semakin baik dan sang jejaka amat terkejut kerana si puteri tidak lagi berada di sini. Si puteri telah pun berpindah ke kampus lain untuk meneruskan cita citanya. Sayang seribu kali sayang. Mereka tidak pernah berjumpa.

Hey kangkung, kata si puteri.
Hey lobak, balas sang jejaka.

Akhirnya, sama sama meletakkan nama samaran mereka sebagai kangkung bagi sang jejaka dan si puteri pula adalah lobak. 

Sejauh mana pun lobak dan kangkung terpisah, mereka tetap ditanam di atas tanah. Tanah itu lambang perhubungan mereka.

Mungkin tanah sang kangkung lebih baik dari lobak kerana jauh dari arus pembangunan, tapi lobak dari tanah bandar juga hebat.

Kini, sang kangkung dan sang lobak masing masing sibuk dengan kehidupan mereka sendiri.
Tidak lagi berhubung seperti dahulu.
 
Mungkinkah kitaran hubungan mereka akan berterusan atau muncul pula sebuah episod baru?
Tapi, inilah reaitinya. Mereka saling merindui tetapi tidak pernah bertemu.

Adioss...

Saturday, April 2, 2011

Stalking. Bukankah itu seronok?

Yaa-Haa

Assalamualaikum kepada stalker dan mangsa stalker semua.
Hihihi.

Stalker. Apa kejadahnya makhluk sebegini? Sekarang ramai lah pulak yang berduyun duyun memprivatekan blog serta akaun FB untuk mengelakkan daripada diri di stalk. Wah. Jangan pandang jijik sangatlah dekat stalker.



Salahkah jadi stalker?
Setahu aku skodeng perempuan mandi memang salah dan berdosa. Tapi stalk orang. Adakah ia salah di sisi undang undang?

Pengalaman aku?
Yup. Aku pernah menjadi mangsa stalker. Seronok juga bila ada orang stalk kita. At least ada juga orang yang concern tentang kita, ada juga orang yang nak tahu kita buat apa setiap hari. Itu dan ini semua dia tahu tentang kita.
Dan suatu hari, aku pernah dapat mesej,

Hey u, tadi I nampak u depan library, u pakai baju malinja, warna oren, comel!!

Ok. Demm kan? Aku tak tahu siapa kejadahnya orang itu dan dia tahu semua tentang aku. Tapi, bila difikirkan balik, ia memang menakutkan bila semua yang kita buat dapat dihidu oleh si dia. Tetapi, bayangkan kita tiada siapa siapa nak stalk. Mesti bosan kan? Kita buat baik pun orang tak nampak, kita buat jahat pun orang tak tengok. Tapi kalau ada stalker, ada juga yang nampak apa yang kita buat.

Katakan,
Suatu hari, ada seseorang tuduh anda perogol. Dia cakap dia nampak anda di sekian sekian masa dan tempat. Anda pula cakap anda berasa di tempat lain pada masa itu. Guess what? Sometime stalker yang you all rasa very2 disgusting can turn to be hero. Itu pun kalau dia tampil ke hadapan dan menunjukkan anda mempunyai alibi lah. Who knows.

Lain kali, bila ada stalker dalam hidup anda. Cepat cepatlah bersyukur kerana masih ada lagi yang berminat atau nak juga ambil tahu tentang kita.

You're the special one.

Stalker itu musuh?
Tak kenal maka tak cinta. Motif dia stalk anda sebab ande merampas kekasih hatinya. Walhal, dia yang tak pandai jaga laki. Opps.. terlebih disitu. Maaf. Mungkin musuh anda perlukan informasi tentang anda bagi memudahkan dia membunuh anda. Mungkin.
Tapi bila dia sudah lama menjadi stalker anda, secara automatiknya dia akan selongkar blog anda. Of course dia juga baca blog anda. 



Did you see what I'm see right now?
Dia akan jadi pembaca setia blog anda, pengikut setia blog anda dan penjana duit Nuff anda. See? Jahat jahat dia pun dia tetap bantu anda dari segi lain. Mungkin lama lama dia akan nampak betapa baiknya anda berbanding dia. Tak kenal maka tak cinta. Samalah macam orang KL tak suka Merbok ketika kali pertama datang kesini. Tapi sudah kelama lamaan, mereka suka Merbok berbanding KL kerana Merbok aman dan tidak sesak. I guess.. Lalalalala.


Friday, April 1, 2011

1st april and keep counting

Yaa-Haa

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

Err..actually aku baru bangun. Er..5 minit yang lalu.


Semalam, tepat pukul 3.26 a.m. aku terpandang handphone. 1st April 2011. OMG!! Finally its coming. Dari tarikh ini bermulalah satu fasa yang bakal membuat orang kekal kuat atau jatuh.

Test 2, BEL final assesment, ECO group and individual task, LAW group assignment, Lab Test.

Yeah, its come again, every semester. No time to say no. From now on , its time to study.

Ni Final exam time table aku :
Thursday / 21-4-11 AIS280

Tuesday / 26-4-11 QMT 181

Wednesday / 27-4-11 FAR 200

Thursday / 28-4-11 LAW 240

Saturday / 30-4-11 MAF 220

Sunday / 1-5-11 ECO 211

3 subjek berterusan selama 3 hari. Ya. Aku yakin aku mampu lakukan. What important right now, just keep strong. Dont fall before its time. 

Rancho atau nama sebenar beliau Phunsukh Wangdu dalam cerita 3 idiots selalu berkata, Everything fine.

So, it will be fine.

Hiruma in Eyeshield 21 said, keep heat up your heart, and let the your head cool. Heat heart and cool head, it will be the best weapon in battlefield. 

Keep fighting!!

Adioss...