Saturday, April 2, 2011

Stalking. Bukankah itu seronok?

Yaa-Haa

Assalamualaikum kepada stalker dan mangsa stalker semua.
Hihihi.

Stalker. Apa kejadahnya makhluk sebegini? Sekarang ramai lah pulak yang berduyun duyun memprivatekan blog serta akaun FB untuk mengelakkan daripada diri di stalk. Wah. Jangan pandang jijik sangatlah dekat stalker.



Salahkah jadi stalker?
Setahu aku skodeng perempuan mandi memang salah dan berdosa. Tapi stalk orang. Adakah ia salah di sisi undang undang?

Pengalaman aku?
Yup. Aku pernah menjadi mangsa stalker. Seronok juga bila ada orang stalk kita. At least ada juga orang yang concern tentang kita, ada juga orang yang nak tahu kita buat apa setiap hari. Itu dan ini semua dia tahu tentang kita.
Dan suatu hari, aku pernah dapat mesej,

Hey u, tadi I nampak u depan library, u pakai baju malinja, warna oren, comel!!

Ok. Demm kan? Aku tak tahu siapa kejadahnya orang itu dan dia tahu semua tentang aku. Tapi, bila difikirkan balik, ia memang menakutkan bila semua yang kita buat dapat dihidu oleh si dia. Tetapi, bayangkan kita tiada siapa siapa nak stalk. Mesti bosan kan? Kita buat baik pun orang tak nampak, kita buat jahat pun orang tak tengok. Tapi kalau ada stalker, ada juga yang nampak apa yang kita buat.

Katakan,
Suatu hari, ada seseorang tuduh anda perogol. Dia cakap dia nampak anda di sekian sekian masa dan tempat. Anda pula cakap anda berasa di tempat lain pada masa itu. Guess what? Sometime stalker yang you all rasa very2 disgusting can turn to be hero. Itu pun kalau dia tampil ke hadapan dan menunjukkan anda mempunyai alibi lah. Who knows.

Lain kali, bila ada stalker dalam hidup anda. Cepat cepatlah bersyukur kerana masih ada lagi yang berminat atau nak juga ambil tahu tentang kita.

You're the special one.

Stalker itu musuh?
Tak kenal maka tak cinta. Motif dia stalk anda sebab ande merampas kekasih hatinya. Walhal, dia yang tak pandai jaga laki. Opps.. terlebih disitu. Maaf. Mungkin musuh anda perlukan informasi tentang anda bagi memudahkan dia membunuh anda. Mungkin.
Tapi bila dia sudah lama menjadi stalker anda, secara automatiknya dia akan selongkar blog anda. Of course dia juga baca blog anda. 



Did you see what I'm see right now?
Dia akan jadi pembaca setia blog anda, pengikut setia blog anda dan penjana duit Nuff anda. See? Jahat jahat dia pun dia tetap bantu anda dari segi lain. Mungkin lama lama dia akan nampak betapa baiknya anda berbanding dia. Tak kenal maka tak cinta. Samalah macam orang KL tak suka Merbok ketika kali pertama datang kesini. Tapi sudah kelama lamaan, mereka suka Merbok berbanding KL kerana Merbok aman dan tidak sesak. I guess.. Lalalalala.


2 comments:

husna. said...

ye, itulah yang kita cari.
ehem ehem. i like this anyway

"Samalah macam orang KL tak suka Merbok ketika kali pertama datang kesini. Tapi sudah kelama lamaan, mereka suka Merbok berbanding KL kerana Merbok aman dan tidak sesak."

Khai said...

husna: thanks, rasanya ramai lagi yg suka frasa itu ;P